Pages

Saturday, April 14, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 5 - Kyoto - Part 5

Selepas merasa lega akhirnya kerana pencarian Maria Ozawa telah berakhir, aku pun jalan lagi.

Memang nak tuju ke area Gion seperti dalam peta.

Destinasi ke 5 dalam list aku.

Sempat nampak pokok orange ni. Nak petik takut. Ambik gambar je lah.


Jalan punya jalan sampai ke Yasaka Shrine ni.

Yasaka Shrine ni terletak antara Gion dengan kawasan Higashimaya yang mana aku datang tadi yang banyak kedai kedai yang menjual barangan cenderamata dari Kiyomizudera tu.

Apa yang menarik kat shrine ni ada banyak lantern dengan nama nama pendonate di letakkan. Di sini ada berlangsung perayaan yang agak terkenal iaitu Gion Matsuri biasanya di raikan pada bulan Julai. 

Layan gambar je lah. Hari pun dah nak senja. Aku ada jumpa bamboo groves jugak masa ikut jalan ni tapi dah gelap nak masuk cuak jugak la. Dah la tak de orang sangat.

Cuaca pun sejuk ya amat.




Hari pun dah petang. 

At least aku rasa lega sikit la sebab semua 5 destinasi aku nak pegi dah pun berjaya aku sampai. Tambah lagi tempat tempat yang tak termasuk dalam list yang sempat aku singgah.

Memang Kyoto besar dan banyak tempat untuk di lawati. Sehari memang tak cukup. Kata mamat yang aku jumpa kat hostel tu, dia jalan 3 hari Kyoto !

At least aku cuba cover semampu yang mungkin untuk 1 hari ni. Dan aku berpuas hati.

Lebih puas hati sebab aku akhirnya sampai jugak di Gion.

Gion ni memang kawasan yang famous sebagai Geisha District. Banyak kedai, restoran dan tea house yang mana Geiko dan Maiko berkerja mengentertain pelanggan.

Geiko tu Geisha. Maiko tu Geisha muda baru nak belajar. Dia orang akan di temani oleh Geisha Mak ayam something macam tu lah. Kat kawasan ni memang banyak kedai kedai kayu kecik kecik je kalau tengok dari depan. Tempat pun suram. Tapi kat dalam, memang ada lah acara yang tersendiri.

Geisha ni sebenarnya bukan pelacur tapi more to peneman sambil pelanggan minum minum. Dia orang akan menari dan buat persembahan macam tu lah.

Susah nak jumpa yang tepi tepi jalan tapi ada jugak la yang aku terserempak. May be dia orang baru nak pegi keje kot.

Gion ni luas jugak, tapi kawasan yang paling menarik adalah di Shirakawa Area dan jugak Hanamikoji Street.

Suasana dah gelap. Mari kita usha kawasan hitam ini.







 

Dari area Gion ni aku naik bas terus sampai ke Kyoto Station.

Sejuk gila.

Sampai di Kyoto Station jalan jalan usha kawasan dekat dengan area tu. Dah gelap pun. Tapi sebelah station tu ada Kyoto Tower. Ada restorant dan kedai kedai dan hotel. Boleh tahan la sibuk kawasan ni.

Usha bangunan yang menarik ni. Tingkap dia macam dah roboh. Tapi sebenarnya tak. Design dia memang pelik tapi menarik.







Hari pun dah malam. Plus aku ada agenda tetiba yang aku nak buat.

Jadi aku terus bergegas balik ke Osaka.

Takut tak sempat.

Gi mana?

Tunggu..............

Overall aku rasa Kyoto is a must place visit especially kalau ke Osaka. Memang banyak tinggalan sejarah zaman lama yang masih ada. Tempat pun menarik dan lawa. Cuma masa lah. Kalau ada 2 hari pun OK. Tapi kalau aku cuma ada sehari. Dah boleh berpuas hati lah.

Sekurang kurangnya, aku berjaya jelajah Kyoto semampunya...

Paling penting, Maria Ozawa di temui di Kyoto ini.

Hiks.

bersambung.....

5 comments:

  1. abang meng...

    aku akan cuba ikut itinerary ko...aku kt osaka skrg...esok nk teroka kyoto...smg berjaya...thanks abg meng...gua dh jatuh cinta dgn japang..

    ReplyDelete
  2. Jepun ni cuaca die lbih kurg seoul ke??

    ReplyDelete