Pages

Tuesday, April 10, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 4 - Tokyo - Part 1

Hoyeh !

Muncul lagi. Kali ni aku nak bawak korang semua merayau ke Tokyo.

Pernah dengar nama Tokyo? Mesti pernah kan? Sapa tak pernah tu pekak la kot.

Pernah tau nama Edo?

Tak tau??

Ya. Edo tu adalah nama lama bagi Tokyo. Dulu ibu negara Jepun terletak di Kyoto. Bila berpindah ke Edo dia tukar nama. Dari Edo jadi.. Tokyo. So Kyoto ke Tokyo.

Nampak?

Apa? Tak ambik pedulik?

Lantak korang !

Aku memang plan nak pegi Tokyo. Paling excited nak tengok Fuji on the way ke Tokyo. Harap dapat tengok !


So di hari ke 4 aku berada di Jepun aku bangkit awal macam biasa. Kali ni lebih awal sebab aku tau Tokyo lagi jauh dan aku akan naik Shinkansen lebih lama. Aku fikir jugak, banyak tempat aku nak cuba cover di Tokyo jadi aku kena keluar awal.

Banyak masa, banyak tempat boleh aku jalan.

Semalam lepas balik dari Fukuoka aku dah masuk bilik baru. Ya, bilik lama tu dah ada orang lain tempah so kini aku berpindah dari bilik yang ada 6 orang kepada 3 orang je. Masa aku sampai semalam ada sorang je mamat Cina dalam tu. Dia sumbat telinga. Langsung tak nak bermesra.

Tapi yang keji nya. Katil tempat aku sepatutnya tidur penuh dengan barang barang. Tak tahu barang sapa. Ada baju lah, jacket lah. Suka hati je main sepah sepah.

Eiii. Stress aku !

Aku kumpul kan kat lantai je. Lantak lah. 

So masa aku nak tidur yang sorang lagi tu belum balik. Pagi ni masa aku bangun ada nampak dia berbungkus. Tidur dalam sejuk. Heater pasang pun tetap sejuk. Aku selimut 2 lapis. Pakai baju 2 lapis. Tetap la giegiel Waheeda jugak.

Bilik yang aku duduk ni tingkat 3. Semalam tingkat 2. Masalahnya tingkat 3 tak de bilik mandi. Terpaksa la turun ke tingkat 2. Bawak baju siap siap. Tangga dah la sempit, kaki pun sakit. Slow slow aku berjalan subuh subuh buta macam tu.

Oh. Ini gambar bilik air.

Walaupun kecik tapi aku masih muat.

Maknanya aku dah kurus lah kan? Ya lah. Kurang pemakanan sihat di Japan ni.


Sempat berak !

Jangan tak percaya. Aku boleh berak di sini. Sebabnya toilet dia bersih. Cuma toilet dia tak de lagu lagu macam kat toilet yang aku jumpa hari tu di Osaka Station.

Tak pe lah. Janji berak keluar. Berak sekadar menghidupkan roh. Bukan berak beriya iya. Dah la tak boleh hisap rokok pun.

OK. Abis pasal mandi. Abis pasal berak.

Ayuh ! Bersiap sedia, kita nak gi Tokyo ni. Jauh ni.

Keluar dari hostel aku menapak sampai Fukushima Station. Naik train sampai Osaka Station. Naik train lagi sampai Shin Osaka.

3 Train. Tapi semua on time. Semua cepat. Dan tak de la jauh mana. Cuma orang ramai la waktu pagi pagi sebab orang dah nak pegi keje. Tak boleh nak duduk. Tak pe tak jauh pun.

Sampai kat Shinkansen station aku berdialog macam biasa.

"I need ticket to Tokyo. Window seat please. Oh. Fuji Mountain side ! I wanna see Mount Fuji"

Dia gelak gelak. Sebab aku tak sure Fuji tu belah kanan ke belah kiri.

Then dia bagi aku ticket dan walla. Aku masuk terus tunggu Shinkansen ke Tokyo.



Dah dapat tiket. Dapat train. Dapat seat.

Duduk diam diam !

Shinkansen ke Tokyo bergerak pukul 7.30 pagi. Paling awal pukul 6 pagi rasanya. So perjalanan ke Tokyo akan mengambil masa selama 3 jam 10 minit. Lebih jauh dari Fukuoka ke Osaka semalam. Tapi tak pe. Aku ada masa nak feeling feeling dalam train.


Dan ini trail perjalanan aku untuk hari ini.


Aku dah siap bawak bekalan untuk hari ni.

Beli air kopi. Beli air limau dan bawak air masak dari hostel, aku isi dalam botol yang aku beli kat Hiroshima semalam. Nak jimat duit beli air. Air mahal jugak tau.

Tak payah aku susah payah beli air dalam Shinkansen ni. Kang mahal. Rugi duit je. Baik aku simpan duit untuk benda lain.

Dapat window seat. Aku tak sabar sabar. Paling aku tunggu saat aku nampak Mount Fuji nanti. Makcik Mayumi kata aku boleh tengok dari Shinkansen. Tapi kata Makcik Mayumi lagi, hanya yang bernasib baik je nampak sebab dia 4 kali naik Shinkansen tak pernah nampak clear. Selalu je berawan.

Cuaca hari tu macam baik so aku rasa nasib aku mungkin baik.

Teruja ! Teruja ! Teruja !

* feeling feeling tepi tingkap sambil libas rambut macam Ella

 

 

Train tak penuh jadi aku boleh bermaharaja lela sesuka hati.

Apa yang bagus dalam train di Jepun ni. Walaupun kalau kita tengok semua orang busy dengan telefon masing masing tapi semua silent !

Tak de la bunyi krong kreng. Kejap teet teet. Pastu kalau dia orang bercakap dalam train, tak de la memekak.

"Hello ! Hah ! Ko kat mana tu? Apa?? Aku tak dengar !! Hallow ! Hallow !"

Tak de oke.

Tak de kisah kisah macam tu dalam train di Japan. Semua tahu dan hormat hak masing masing.

Dan Shinkansen ni kosong sebab harga tiket memang mahal. Macam foreigner boleh la beli JR Pass tapi untuk local memang tak layak. Dia orang kena bayar harga betul. Dan tiket dari Osaka ke Tokyo saja lebih kurang 18,000 Yen ! Dekat RM700 !!

Kalau pegi balik?

Kan mahal tu.

Tu la priviledge foreigner di Japan. So rugi kan kalau pegi Japan tak naik Shinkansen ni.

* mati la promote.


Dan Shinkansen Hikari mula meninggalkan Osaka menuju ke Tokyo.

Station pertama dia berhenti lepas 30 minit kemudian iaitu Kyoto !

Aku usha. Ya. Esok aku akan ke Kyoto pulak ! Jadi aku tengok dulu  keadaan di sana. Nampak macam OK lah. Bagus jugak esok aku tau la cemana keadaan kalau aku ke Kyoto ni.

Train stop ambik orang dan terus bergerak. On time !


Yang bestnya !

Dalam train ke Tokyo ni, tak macam train dari Fukuoka semalam. Boleh smoking tapi ada compartment khas dan bilik kecik tu kena gilir gilir. Tapi Hikari ke Tokyo ada gerabak khas !

Smoking cars !

So boleh je gi duduk. Pilih kerusi kosong dan merokok.

Hahah berkepuk kepuk la asap dalam tu. Ada bau jugak la dan seat pun dah macam kuning kuning. Ada je orang Jepun yang duduk dalam gerabak tu sepanjang perjalanan.

Aku pulak masuk situ untuk merokok je. Best jugak. Merokok dalam train sambil menikmati keindahan luar.

Menarik wooo !

Tengok ni, rokok baby masak merah di bawa ke Jepun.


Siap ada ashtray tu !!!

Hiks.

Nampak tu lighter yang aku beli semalam kat Fukuoka. Kecik je lighter dia. Tulisan Jepun. Ah. Malas ingat nanti teringat kisah polis bodo tu. Rengsa aku di buatnya.

Sewaktu Shinkansen meninggalkan Kyoto, sampai satu kawasan ni tiba tiba aku nampak snow !

Argh.....................

Excited nya.........

Apa nama tempat ni?

Aku tak pasti tapi betul betul buat aku teruja. Aku harap ada snow di  Tokyo jugak tapi kata Makcik Mayumi, jarang snow kat sana. So aku tak de lah expect sangat cuma berharap sebab tempat ni tak jauh dari Kyoto mungkin esok pun snow di Kyoto.

Walaweiii. Seronok bukan main aku jadinya. Terus memasang cita cita nak ambik gambar snow.




Nampak gunung yang dilitupi kabus dan snow tu?

Ah !

Tu ke Fuji?

Apsal tak nampak?

Keji kau Fuji ! Keji kau Fuji !

* hantuk kepala berkali kali kat cermin tingkap tanda kecewa.

Memang betul kata makcik Mayumi hanya orang yang beruntung je boleh tengok Mount Fuji.

Ada rasa kecewa jugak tapi nak buat cemana. Nak harapkan dapat tengok masa balik nanti aku tak rasa sebab sure aku akan balik malam dari Tokyo. Dah tak nampak apa apa.

So tu je la permandangan yang dapat aku nikmati. Sekadar memujuk hati sendiri.

Tak lama lepas tu, Shinkansen berhenti di station ke dua. GifuHishima


Tak de apa pun kat bandar ni. Stop sekejap sebelum Shinkansen bergerak semula menuju ke destinasi.

Aku sempat makan.

Bukak bekalan makanan. Apa lagi. Roti Gardenia la 2 keping. Cukup untuk mengalas perut. Perut dah bernyanyi riang pagi pagi ni walaupun aku dah sumbat makan Maggie pagi tadi kat hostel.



Lepas tu train bergerak lagi.

Perhentian seterusnya adalah Nagoya. Mesti korang pernah dengar kan?

Tengok ni gambar gambar sekitar bandar Nagoya.







Tahukah anda Nagoya merupakan bandar ke empat terbesar di Japan selepas Tokyo, Yokohama, dan Osaka.

Boleh tahan la padat dia.

Tapi Nagoya sendiri bukan la tourist destination. More to perkilangan sebab banyak kilang kilang terutamanya dari company US di buka di sini.

Apa yang menarik di sini?

Tak de apa sangat rasanya. Tapi jangan fikir korang boleh jumpa kedai kain Nagoya pulak !

Ntah ntah tak de kedai kain nama Nagoya kat sini kan?

Aku pun tak de plan nak stop merayau di sini. Takkan la nak gi cari kedai kain Nagoya pulak. Tu kat Carrefour Subang Jaya pun ada !


Dan Shinkansen Hikari bergerak laju lagi.

Aku feeling feeling macam biasa dalam train melayan perasaan.

Dari kawasan bandar yang padat, lalu pulak di kawasan pergunungan. Cuaca pun nampak terang dan jelas. Tapi sebab bullet train ni laju, view kat tepi memang cepat bertukar. Dari bandar ke hutan, pastu kampung, pastu country side.

Cuaca pun boleh bertukar dalam masa 5 minit perjalanan.

Kejap panas. Kejap terang. Pastu mendung. Berkabus. Salji. Apa apa pun aku yakin kat luar tu cuaca masih lagi dingin dan beku. Sejuk !

Layan kan je lah. Ini pengalaman yang paling baik untuk melihat negara Jepun ni.


Tengah mengelamun tu, tiba tiba aku nampak ni !

Arghhhh !

Aku girang ! Aku girang !


Tiba tiba aku rasa nak melompat !

Fuji ! Fuji !

Yes ! Yes !

Aku nampak Gunung Fuji !

Yahoooooooooooo.


Terus rasa excited gila gila.

Cepat je tangan capai kamera dan aku jadi macam orang gila terkinja kinja nak ambik gambar. Dalam train tu pun tetiba je semua orang ke tepi tingkap dan snap gambar view ni.

Ada yang pakai compact camera. Ada yang pakai hp camera je !

"Ke tepi !!!!! Aku ambik dulu !!!"

* mati la mengganas secara tiba tiba.

Walhal semua ada tingkap masing masing.

Tak peduli kawasan dan orang dalam train. Aku pun tetiba terkinja kinja secara berlebihan. Kalau orang tengok dari luar mesti nampak aku paling over. 

Tap ! Tap ! Tap ! Tap !

Bunyi DSLR mula menunjuk lagaknya. 

Oh. Terharu gila. Akhirnya dapat jugak aku tengok Gunung Fujiama yang tersohor ni. Sapa sangka. Dalam aku budget aku dah terlepas tadi, rupanya tidak.

Ntah gunung apa tadi tu, ini baru betul. Ini baru Fuji Mountain yang aku nanti nanti kan.



Dan aku boleh senyum kepuasan.

Dapat lihat Fuji dengan mata sendiri. Dapat ambik gambar walaupun train bergerak sangat laju. Sekejap je aku rasa macam dah buat half pusingan gunung ni. Nak kata jauh tak berapa jauh, tapi mungkin cuaca memang baik dan aku sangat lucky dapat melihatnya sendiri !

Terima kasih Tuhan.

Dah. Tak mau cakap banyak. Ambik gambar selagi sempat.


Dan semakin lama Fuji semakin jauh di tinggalkan. Sekejap je pun aku rasa tak sampai 10 minit dah lepas kawasan pergunungan ni. Tapi memang superb sebab dia seketul je gunung ni tak de anak anak gunung lain yang menyebok menghalang pandangan.

Di kawasan ini adalah tempat bernama Hikone.

Aku ada baca. Ada masuk dalam list aku jugak sebab aku teringin nak tengok Fuji dengan jarak lebih dekat. Kalau boleh nak pegi sampai ke kaki gunung nya. Tapi aku tau itu agak mustahil dalam jangkamasa singkat yang aku ada ni.

Apa apa pun, aku merasa puas. Inzal sampai ke dinding !


Di Pekan Hikone ni lah ada tasik yang menjadi destinasi pelancongan.

5 tasik semuanya. Ada jugak keretapi dengan rel kayu yang begitu popular di sini. Insya Allah. Satu hari nanti ada masa dan kemampuan aku akan sampai ke sini jugak. Dengar cerita pekan ni memang lawa la sebab berlatar belakangkan Gunung Fuji.

Wajib pegi tu kalau sapa yang dah sampai sini.

Makin lama Fuji Mountain makin hilang. Aku sambung berangan. Ralit tengok keadaan dan persekitaran.


Lepas 30 minit berlalu akhirnya Shinkansen yang aku naik melalui pulak kawasan bandar yang lebih pesat membangun. 

Mula mula aku ingatkan Tokyo dah. Rupanya bukan.

Yokohama !





Yokohama ni merupakan bandar ke dua terbesar di Japan. 

Sebabnya. Tokyo terlalu besar jadi limpahan kepadatan tu bersambung terus dengan bandaraya Yokohama ni. Jarak Tokyo dengan Yokohama tak berapa jauh. Kalau dengan Shinkansen ni kiranya dalam 15 minit je kot. Tapi kalau naik kereta ke bas ke, masak jugak la nak sampai.

Apa apa pun, aku makin teruja. Dah nak sampai Tokyo ni.



Yokohama ni sebenarnya lebih kepada bandar pelabuhan dan merupakan pelabuhan pertama yang di buka untuk kapal kapal asing.

Pernah musnah dalam satu kejadian gempa bumi satu ketika dulu tapi sekarang dah OK dan pesat membangun. Ramai foreigner tinggal di kawasan Yokohama ini.

Sebesar besar Yokohama ni tapi dia tak de airport sendiri !

Sebabnya dah dekat dengan Tokyo, so dia orang share airport je. 

Yokohama tak de dalam plan aku, tapi aku teruja jugak sebab tau ada satu Hard Rock Cafe kat Yokohama ni.

Teruja kan.

Kalau Fukuoka aku dah pegi, takkan aku nak lepaskan peluang nak jejak Yokohama pulak?

Tapi kena fikir balik. Aku tak banyak masa. Aku perlu usha Tokyo dulu.

Lebih excited nak tengok Tokyo. 

Dan Shinkansen mula menghampiri kota Tokyo. Kota tersibuk di Japan ini. Antara bandar paling prominent dalam dunia ni.

Welcome to Tokyo !



bersambung..........

7 comments: