Pages

Monday, April 9, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 3 - Fukuoka

Sewaktu aku sampai di Hiroshima Station sebelum ni aku agak contemplated.

Aku tengok jam macam masih awal. Perlu ke aku segera balik Osaka? Kalau balik Osaka aku nak buat apa? Dah la cakap dengan hostel nak balik lambat kang malu je awal awal aku dah muncul. Macam tak de arah tujuan nak pegi.

Macam ni la travel aku kalau tak berapa nak planning. Tapi aku suka je. Aku suka on the spot decision. Aku fikir doable ke tak, then aku take risk !

Siap.

"How long it takes from Hiroshima to Fukuoka?"
"1 and half hour"
"What time is the last Shinkansen from Fukuoka back to Osaka?"
"8.30pm"
"OK. Hmmm.."

Otak aku masih menimbal balik. Kena cepat buat keputusan !

"Alright. Gimme tiket to Fukuoka. Window seat !"

Then dia tekan tekan kat komputer dia tak lama lepas tu dia print kan aku tiket.

Yeah !

Aku tak balik Osaka. Tapi aku pegi Fukuoka !

Tiba tiba aku tersedar aku langsung tak de map dan panduan di Fukuoka. Berani mati betul.

"Errr. Do you happen to have Fukuoka Map?"
"No. Onry this"

Pelat sikit. Dia bagi aku time table Shinkansen je.

Tak pe lah. Aku gamble je.


Fukuoka terletak di barat Japan dan station dia nama Hakata !

Jarak perjalanan adalah selama sejam iaitu kira kira 250 kilometer jaraknya.

Hakata ni juga merupakan station terakhir untuk Shinkansen dari Line Osaka. Dari Hakata ke Nagasaki kat bawah bawah tu ada lagi track dia tapi kena naik train lain. Tapi tetap covered by JR !

Agak agak kalau aku ada masa memang aku meluncur laju je sampai Nagasaki. Tapi tak boleh. Kang aku tak sempat nak balik ke Osaka !

Dan kalau dari Hakata nak ke Tokyo, kena tukar Shinkansen di Shin Osaka sebab perjalanan dari Hakata ke Osaka saja dah sejauh lebih 550 kilometer.

Dan sebanyak tu aku travel hari ni, nanti nak balik lagi 550 kilometer so dah cukup 1000 kilometer aku naik Shinkansen hari ni !

Bullet Train mula bergerak otak aku sibuk merangka !

Apa jadi kalau aku tak sempat balik Osaka?

Hmmm

Apa jadi kalau kat Fukuoka aku teranjing anjing sengsorang?

Hmmm..

What if? No. No that way. Tukar plan ! Like that. Or Maybe like this. Boleh kot. Kot. Kot.

Macam tu la otak aku berfikir. Tapi tak pe. Keputusan dan di buat, apa pun yang jadi kat Fukuoka karang aku redah je. Yang pasti aku bakal sampai ke Fukuoka.

Kenapa aku nak pegi Fukuoka?

Ehem.

Layan gambar ni dulu sewaktu Shinkansen mula meninggalkan Hiroshima.



Oh ya.

Pramusaji dah datang nak jual air.

Macam biasa, tetap berhemah.

Ini kah Maria Ozawa ?

Hmmm cun jugak sebenarnya minah ni.

Aku agak penat dan keletihan. Cuba cuba aku lelapkan mata sekejap.


Aku memang pernah dengar nama Fukuoka. 

Dan tak fair jugak kalau aku menidakkan aku ni bekas peminat koleksi Hard Rock Cafe dan aku dah tak mahu pegi jalan jalan dan tengok HRC sendiri.

Susah nak terangkan feel bila kau tengok sendiri setiap HRC yang ada di dunia ni. Sebagai bekas peminat setia, everytime pegi HRC mesti nak cari merchandise lah. Nak tengok la. Ambik gambar lah. Dan macam macam lagi. Dan aku tak terkecuali !

Walaupun aku dah tak collect apa apa, tapi aku teruja bila tahu salah satu Hard Rock Cafe di Jepun ni letakknya di Fukuoka. Aku memang ada niat nak pegi tapi bila tengok peta macam jauh. Aku takut tak de masa dan Makcik Mayumi pun tak advise aku jalan sejauh ni. Dia takut aku di timpa susah di perjalanan.

Tapi berkat ada taik lalat di telinga. Berpusar dua dan memang degil dari azali. Kalau aku cakap aku nak, aku akan cuba jugak. Jadi ke tak jadi belakang cerita.

So here I am. Heading to Fukuoka hanya dengan satu misi !

Mencari Hard Rock Cafe, Fukuoka !

Hiks.


Shinkansen bergerak laju selama 1 jam 5 minit dan akhirnya aku tiba juga di Station Hakata.

Excited ada. Cuak pun ada. Aku keluar dari station terus aku cari kaunter pertanyaan. Memang tu aku dah aim masa dalam Shinkansen tadi. Aku tak tau mana nak tuju pun. Aku cuma tau ada HRC tapi aku tak tau pun kat mana.

"How can I go to Hard Rock Cafe"

Aku tanya minah kat kaunter di Hakata Station tu.

"Oh.. Yahudong"
"I am sorry. I dont get it"
"Ya...hu....dong !"
"Do you have a map? How .. how can I go there"
"Yes"

Dia keluarkan map. Dia pun tunjuk la aku tempat di mana letaknya Hard Rock Cafe Fukuoka.

Jauh okeh dari Hakata Station ni. 

"Here.. Yahudong"
"Oh.. Yahoo Dome !"

Baru la aku faham. Kalau tak aku mampus aku tak faham dia sebut apa.

Then dia terangkan kat aku, aku kena nak bas  dalam 40 minit.

Aiyo. Koma terus. Jauh okeh. Buatnya aku tak sempat nak balik ke Hakata Station ni nanti aku terlepas nak balik Osaka.

Parah !

Tapi dah sampai ni aku nekad je lah. 



Aku tak expect nak tengok benda lain pun kat Fukuoka ni. Dari map aku tengok macam tak de apa yang menarik sangat. Dan Kota Fukuoka ni more to kota pelabuhan rather than destinasi pelancongan. Kebanyakkan kapal berlabuh di sini dari Korea Selatan sebab Fukuoka ni kira tempat paling dekat dengan Korea dah.

Aku ucapkan terima kasih pada minah kat kaunter tadi tu dan berdoa moga aku sempat pegi dan balik.

Aku keluar dari station dan tunggu bas.

Pastu aku tak jumpa carik bas yang di bagitau tu.

"Is this bas going to Yahoo Dome?"

Aku tanya satu minah Japan ni.  Dia pun tengah beratur tunggu bas. Aku tunjuk peta yang ada tulis Yahoo Dome. Terkulat kulat dia nak jawab.

"No. No"

Apa dia boleh buat adalah tunjuk isyarat tangan berkali kali tanda bukan. Pastu dia macam nak cakap suruh aku tunggu kat belah belakang sikit sebab bas tu nanti ada kat situ. Dia siap sebut nombor bas. Siap tulis dengan jari. Macam kelakar pulak. Itik dengan ayam berkomunikasi.

"Arigato. Thank you very much"

Dia senyum dan angguk.

Aku menapak jauh jugak la daripada dia sebab dia kata tunggu kat situ. Aku tunggu kat bas stop tu tapi macam takde bas pun. Ada bas lalu tapi tak de berhenti.


Kat 5 minit aku berdiri di situ tiba tiba ada orang tarik jaket aku.

Aku toleh. Minah tadi.

Dia nak cakap tak reti. Dia tunjuk je bas yang aku patut naik tu berhenti dekat tempat dia menunggu yang aku jumpa dan tanya dia. Gigih dia datang cari aku. Rasa bersalah la tu bagi aku salah info. 

Aku cepat je lari kejar bas tu.

"Thank you !!!!"

Jerit dulu sedas kasi semua orang dengar. Tak sempat nak tunduk dah nanti bas tinggal. Bas dah nak jalan.

Dan aku naik bas dengan tambang 200 Yen.


Ni peta yang aku dapat dari kaunter tadi.

Tak de apa yang menarik di Fukuoka ni. So aku rasa lepas gi HRC aku boleh balik je lah.

Sambil sambil tu mata aku meliar nak tengok dah sampai ke aku kat Yahoo Dome ni. Tapi aku dah pesan kat driver bas tu supaya bagitau aku bila dah sampai. Aku duduk betul betul belakang dia.

"I'll be sitting here, if we arrive you let me know, is it ok?"
"OK! OK!"
"Arigato"
"Arigato Gozaimasu"

Tu perbualan pendek aku dengan dia. Aku cuak sebab aku takut dia tak faham. Kang lain pulak jadinya.

Tapi cuak so macam setiap 5 minit aku nak tanya dia dah sampai ke? Dah sampai ke? Tapi macam annoying jugak.

Sekali sekala aku tengok kat cermin. Dia akan tengok jugak thru cermin tu dan aku buat pandang dia dengan mata penuh isyarat.

"Dah sampai ke?? Dah sampai ke belum? Jangan lupa bagitau saya bila sampai ! Jangan lupa tau Doremon ! Saya duduk di belakang awak ni saja ya...  Jangan lupakan saya !!!!!"

Bongok cakap sorang sorang. Hahahaha.

Sambil tu dok layan jugak seluruh kota Fukuoka ni.


Fukuoka tak sebesar Osaka tapi lebih besar dan lebih sibuk dari Hiroshima.

In fact, Fukuoka adalah bandar paling besar di pulau Kyushu.

Berdebar debar jugak la aku duduk dalam bas tu. Dok perhatikan sekeliling. Bas membelah kota. Kejap naik elevated highway, kejap turun lalu jalan besar pastu jalan pelik pelik. Aku pun dah tak tau mana aku berada time tu.

Tengok peta dah nampak Yahoo Dome, tapi bas ni sampai kat mana aku tak pasti.

Akhirnya.

"Yahudong !"

Dia bagitau aku.

Ya lah. Memang semua orang sebut macam tu kot kat sini. Tak reti nak sebut Dome betul betul.

Dari jauh aku nampak Yahoo Dome tu so aku macam fikir jauh jugak nak menapak.

"Do I have to walk?"
"Ya"

Beriya je. Ntah ntah tak faham. Sudahnya aku turun je dan naik jejantas cross jalan.

Di tepi tu ada mall. Aku dah nampak sign Hard Rock Cafe so aku tau aku berada di tempat yang betul. Kata minah kat kaunter tadi HRC ni letaknya dalam mall ni. So aku nak tuju kat situ la. Tapi tengok matahari petang tu macam lawa gila.

Aku cuba cuba snap dari atas jejantas.




Aku dapat few shot tapi sebab macam banyak bangunan dan jalanraya kat bawah tu jadi gambar semua macam kurang menarik.

So aku pun jalan je la cross jejantas tu untuk ke Hawks Town Mall.

Bila dah cross tu aku nak turun tangga dari jejantas tetiba ada orang tiup wisel.

Aku berpusing pusing cari. Tengok tengok... ada polis !

Sudah !

Dia tengok aku dan suruh aku berhenti.

Alamak. Aku dah buat apa? Cuak.

Aku tak tau nak tulis balik apa dia cakap dengan aku. Yang aku dengar.

"Korek Korek Korek Korek Korek !"

Mengorek tak abis abis. Dia cakap Jepun dengan aku ! Mana lah aku faham.

Tapi dari isyarat dia tu macam dia cakap aku tak boleh ambik gambar kat situ.

"Why?"

Aku tanya dia balik.

"Korek Korek Korek Korek Korek"

Mengorek lagi ! Adus. Tak faham. Aku dah la nak cepat nih !

"OK. What is wrong with it?"

Then dia tunjuk tunjuk camera aku. Aku pun bukan view dan tunjuk semua gambar yang aku ambik. Pastu dia tengok satu persatu.

"Ooooo.. Aaaaa........"

Pastu dia sibuk tanya aku gambar tu kat mana kat mana. Motip lah. Then semua gambar dalam kamera tu dia nak tengok !!!

"Can you do it faster I dont have a whole day for you"
"Ohh.. good ! good !"

Aiyoh ! 

Dia ralit tengok gambar aku ambik pulak dah. Stress aku jadinya polis ni. Dah la langsung dia tak faham English. Aku dah rengsa dah.

Then dia pun tunjuk aku satu bangunan tu dan dengan isyarat tangan aku tau dia cakap tak boleh ambik gambar bangunan tu. Aku tak ambik pun. Mungkin dia syak aku snap kot. Aku tak tau bangunan apa. Mungkin bank ke apa kot. Ntah lah. 

"Name"

Dia tanya aku nama. Eh. Pulak dah. Nak nama. Aku pun malas nak fikir panjang aku bagi je passport aku.

"Name?"

Nak cari mana part nama kat passport pun dia tak tahu. Aku tunjuk. Pastu dia cakap apa benda ntah macam dia nak nombor something. Aku tak tau nombor apa.

"Passport number? This is passport number"

Aku tunjuk dia.

"No !.. No !! Korek korek korek korek"

Adui. Aku ni dah la lambat dan nak kejar masa. Pastu dia tunjuk aku part birthdate.

"Birthdate?"

Aku musykil la pulak nak tau birthday aku. Sudahnya aku bagi je. Dia salin kat buku note dia dan dia lepas kan aku pergi. Motip la ambik nama dengan tarikh lahir aku?

Nak bagi hadiah kah??

Buang masa aku je. Tak abis abis dia tunjuk isyarat bagus kat kamera aku mungkin nak puji gambar aku ambik kot. Dah ! Malas aku layan polis tu. 

Then aku pun blah. Masuk terus ke mall ni. Sempat gi beli lighter kat kedai bawah tu. Nak hisap rokok lighter aku dah abis gas !


Mall ni boleh tahan jugak la besar. Berpusing pusing aku cari tapi tak jumpa. Last sekali aku jumpa kaunter pertanyaan dan aku tanya. Dia kata Hard Rock Cafe belah luar berdepan dengan Yahoo Dome !

Ah. Kalau aku tau tak payah aku masuk melilau kat dalam ni. Boleh je ikut jalan luar.

Tapi tak pe lah. So aku menapak dan keluar dari exit dari mall aku nampak ni.



Argh !!

Akhirnya. 

Rasa nak berguling guling je.

So depan Hard Rock tu ada Yahoo Dome. 

Ini la gambar bangunan Yahoo Dome tu.


Besar kan? Boleh muat 35,000 orang ni !

Sebenarnya ianya adalah stadium baseball. Memang kat Fukuoka ni famous jugak la baseball ni. Siap ada league semua.

Hari dah nak hampir malam.

Aku usha dulu kawasan sekitar Yahoo Dome dan Hard Rock Cafe Fukuoka tu.





Tengok la tangga nak naik ni !

Beranak beranak. Tapi jangan risau. Ada open escalator okeh kat sini nak naik ke atas. So aku pun naik.

Sebenarnya aku nampak satu bangunan yang menarik. Nampak sign dia tulis Hilton tapi di bawah dia tu aku nampak satu lagi binaan yang lawa. Glass kaca besar macam ulat bulu.

So aku nak pegi check tempat apa tu.

Let's uols ! Mari kita pegi.

Tapi barang di ingat. Time ni sejuk gila ! Gila gila punya sejuk !


Aku berjalan dari HRC sampai ke Yahoo Dome dan terus je menuju ke bangunan tu. Sempat la nampak statue dan beberapa arca arca menarik di situ.

Mostly dibina untuk penggemar dan penyokong baseball ni lah.


Hotel Hilton ni besar gila.

Aku rasa macam hotel paling besar aku pernah tengok kot. Gila bapak besar. Tak rugi ke? Hari hari ke penuh?

Mula la aku nak fikir benda mengarut.

Tak pe. Yang penting nak juga usha apa benda bangunan melengkung kat bawah hotel tu.

Aku pegi dekat dekat. Rupa rupanya lobby hotel !

* pengsan.


Memula aku macam nak masuk tapi takut kena halau pulak.

Hotel dia setinggi 36 tingkat dan ada 1036 bilik !!!

Mak kau ! Banyak gila.

Aku pusing pusing kat situ je lah. Nampak Hakata Bay dari ruang legar Hilton ni. Memang lawa jugak tapi cuaca macam dah gelap. Angin pulak bertiup menambah sejuk tubuh aku.

Sejuk weyyy ! Tak boleh duduk lama lama.

Tapi sempat usha Fukuoka Tower ni. Ni mercu tanda Fukuoka sebenarnya. Ingat nak pegi tapi aku tak rasa aku ada cukup masa untuk tu.

Tak pe lah. Esok aku fikir aku nak pegi Tokyo aku tengok Tokyo Tower je lah.




Hari pun dah makin gelap.

Aku tak boleh lama lama ni, nanti nak kena naik bas balik ke Hakata Station pastu nak balik Osaka lagi.

So aku pun patah balik ikut jalan yang aku datang dari Yahoo Dome tadi. Sempat la aku usha usha dan ambik gambar di kawasan sekitar.

Cuaca makin sejuk. Nak pegang kamera pun tangan aku dah macam nak beku. Menggigil tak usah nak cerita lah.

Tak tahan !

Aku dah pakai baju 4 lapis ni.




Pastu macam ada walk of fame.

Selalu orang letak tapak tangan tapi di sini dia letak tangan. So boleh feeling feeling bersalaman dengan pemain pemain baseball ni semua.

Aku nak bersalam pun tak tau mana satu nak salam.

Haram sekor pun aku tak kenal !



Dan cuaca pun makin gelap. Aku turun open escalator tadi dan sampai semula ke Hard Rock Cafe Fukuoka !

Tinggu okeh escalator ni. Nak je aku main turun naik turun naik. Tapi kang kalau orang nampak mesti dia ingat aku gila.





So aku kembali semula ke Hard Rock Cafe.

Tempat yang nangis nangis hentak hentak kaki aku nak pegi ni. Hah ! Sekarang ni dah sampai. So apa lagi. Pegi la beli merchandise dan tengok apa yang patut.

Aku pun masuk. Usha garing. Ada sorang mamat Jepun je jaga kat merchandise shop tu. So aku fikir, aku dah sampai sejauh ni aku kena beli something !




Oh !

Kalau dulu, shortglass ni memang menjadi pujaan aku. Tapi kini pandang sepi je. Yang ada berlambak kat rumah ni pun masih dalam kotak lagi.

Usha je lah.

Sambil tu sempat la aku borak borak dengan mamat keje Merchandise Shop ni. Sebab orang tak ramai dia OK je layan aku.

"I am from Malaysia but today I came from Osaka !"
"Wow. That's far. You here for work?"
"No"

Aku gelak gelak.

"I came here just to see Hard Rock Cafe Fukuoka"
"Wow !"

Terus dia impress. Muka impressed la. Ke dia fikir aku gila?

Lantak !

Aku usha la baju baju. Macam biasa standard je tapi aku sempat beli sehelai untuk aku T Shirt. Dan mamat ni bagi aku free Fridge Magnet HRC !!!

Terharu habang nyah !!!!!

Owh. Memula dia nak bagi aku keychain tapi aku cakap aku lebih suka FM. So dapat la seketul. Mahal jugak tu.

"I am so touched ! Thank you"

Berjujuran airmata mengalir ke bumi Fukuoka.

Podah !

Abis borak tu aku ingat macam nak blah. Aku tanya dia mana aku nak tunggu bas balik Hakata Station. Dia kata tepi Hard Rock tu je. Then ada minah Japan ni waitress masuk situ then dia orang borak pastu tetiba.

"Oh you are coming from Osaka just to see Hard Rock Fukuoka?"

Hahahaha

Aku gelak. Maluh ! Ada ke mamat tu pegi bagitau.

"Come on in. You dont wanna have a drink?"
"Oh.. I dont know. I am afraid I dont enough time to catch the Shinkansen back to Osaka"
"Owh. What time is your train?"
"The last one at 8 plus"
"Still have time !! Come on"

Aku budget budget memang masih sempat sebenarnya. Plus aku lapar !!!! Satu hari tak makan hari ni. Makan roti dengan cokelat je pagi tadi dalam train.

Puas dia pujuk aku masuk. Tak dia sorang lepas tu ada sorang lagi minah Japan keluar dan pun sambung pujuk aku.

Last sekali aku masuk jugak.



Sempat la aku usha keliling. Ambik ambik gambar. Sempat gi kencing.

"Dont worry, you can leave you things here. No one gonna steal it"

Hiks.

Then dia orang datang ambik order. Tanya aku nak makan apa nak minum apa. Tak ramai orang dalam tu so memang tak de keje la tu kot. Last sekali aku order Fish and Chips and Double Berry Cooler.

Yang bestnya, aku dapat glass tu as souvenir ! Memang kalau minum Berry Cooler dan air air yang non alchoholic di HRC ni kita dapat glass.

Ah. Mula la aku pasang niat nak kumpul gelas tu pulak !




Oh ! Air dia sangat inzal !

Fish and Chip dia.. Erk... boleh tak aku cakap aku makan tepung dia je????

Aku kan tak makan ikan. Cuit cuit gitu je la letak sos cili banyak banyak. Tapi sebab lapar kan. Belasah je lah.

Ni hah gambar salah sorang daripada 2 minah tu. Kejap kejap dia datang kat meja aku. Layan borak.


Kat sejam jugak la aku kat situ. Borak macam macam dengan minah minah ni. Seronok jugak layan dia orang. Nasib baik la tak terlajak.

Pastu aku cepat cepat mintak diri.

"Arigato Gozaimasu. See you again"
"See you again"

Siap kiss kiss pipi lagi. Mati la kalau Makcik Mona nampak.

* lari.........


Pastu aku tunggu bas kat tepi Hard Rock Cafe tu dengan kesejukan yang teramat sangat.

Sejuk gila gila ! Aku rasa dekat 3 darjah kot time tu. Dengan angin nya.. Rasa macam nak peluk tiang je. Menggigil tak tahan.

Bas pulak lambat sampai. Rasa macam kena hiris cuping telinga aku. Pulak tu aku lupa mana ear cap aku yang makcik Mayumi bagi. Rasa aku letak dalam beg kamera tapi korek korek tak jumpa.

Ntah ntah tercicir dah !

Argh..

Nasib baik la tak sampai 15 minit muncul jugak. Terus aku masuk bas dan duduk diam diam.



Dan sampai Hakata Station aku terus ambik tiket. Aku sempat sampai awal jugak. jalan tak jem. Kiranya aku tak naik last train. Aku naik second last train ke Osaka. Pukul 7.53 malam.

Lega dah berjaya sampai station dan dapat tiket balik.

Puas hati rasanya. Memang mencabar dan mengerikan tapi alhamdulillah semuanya turned out to be so much fun !

Thank you Fukuoka !



Ini dia Shinkansen yang akan membawa aku pulang.

Tapi yang bestnya dalam train ni ada smoking coach ! Yey ! Boleh hisap rokok. Dan tempat hisap rokok dia cool gila. Macam dalam bar. Mengadap cermin belah luar. Tapi tak banyak kerusi so kena tunggu giliran.

Tapi best lah walaupun malam tak nampak apa.



Sepanjang perjalanan sejauh 550 kilometer lepas tu aku terlelap. Hari ni kiranya aku berjalan dari JB sampai ke Perlis.

Tepat jam 10.49 selepas hampir 3 jam aku tiba di Shin Osaka. Tukar train ke Osaka station dan train ke Fukushima Station sebelum menapak sampai semula kat hostel aku.

What a day !

Penat. Tapi aku merasa puas !

bersambung.........

12 comments:

  1. Best travelogue u..
    I will be at fukuoka this october..
    :)

    ReplyDelete
  2. JS : enjoiceeeeeeeee and have fun in fukuoka !

    ReplyDelete
  3. woahaha...tak dapat bygkan camne tetiba kena paksa lepak kat HRC tu lg.

    berapa kena pancung tang makan dan minum tu bro?

    ReplyDelete
  4. paksa pun best apa tempat ni.. ahaks..

    aku pun lupa berapa patuk... rasanya tak dlm rm70 kot

    ReplyDelete
  5. nothing but best! best! best!
    *me too HRC fanatic

    ReplyDelete
  6. JJ : oh... u must have been collecting hrc merchandise banyak banyak rite?

    ReplyDelete
  7. waa..rasa mcm setiap HRC je pergi ni..ciku dah sampai gak fukuoka ni tapi bkn ke HRC.cantik gambar2nya.

    ReplyDelete
  8. Ciku : tu la memula macam malas. tapi alang2 dah sampai. redah je la...

    fukuoka hari tu sampai petang. nak pegi kat bangunan yang lawa tu pun tak sempat

    ReplyDelete
  9. aku baru baca entry ni sbb nak gi jepun. rasa cam nak tiru iti ko neh.
    betul ke dapat gelas free kalo lepak minum kat cafe dia ke ko mmg bertuah ari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya hanya di HRC Jepun.. kalau minum non alcoholic cocktail dapat free glass. Kalau kat Malaysia atau tempat lain harga minuman tu ada 2. satu free gelas satu lagi free tisu sajork..

      hahahaha

      Delete
  10. Bestlah baca post ni. Gila2 n fun trip to fukuoka. ��

    ReplyDelete