Pages

Tuesday, April 10, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 4 - Tokyo - Part 2

Tada !!!!

Kita dah sampai Tokyo ni.


Pastu nak buat apa?

Kalau ikutkan dalam otak aku ni banyak tempat aku nak pegi. Tapi tu lah aku kena budget betul betul. Nak pegi dari satu tempat ke tempat yang lain bukan dekat. Pastu nak naik train kena tengok masa jugak.

Lagi sewel bila tengok train route dia. Koma sekejap.


Kau tak rasa aku gila sekejap telek map tu??

Berselirat okeh. Tak tau la berapa line yang ada. Kat Osaka pun dah koma sini harus la mulut berbuih terus.

Tapi tak pe. Berkat pengalaman, kena perhati betul betul. Tengok slow slow. Fahami dan amati. Mesti OK punya.

Masalahnya tak semua train route tu covered by JR. Jadi aku kena plan jalan aku ikut JR Line kalau nak free. Tapi tak jugak. Depends on destination yang aku nak pegi gak la.

Tak boleh berkira sangat even though ada JR Pass, kalau route yang nak naik tu kena beli, then memang kena beli tiket lain.

Tempat pertama aku nak pegi adalah Asakusa.

Nak sampai ke Asakusa ni kena naik Yamamoto Line (Covered by JR) pastu berhenti dekat Ueno Station !

Dari Ueno Station, naik pulak Ginza Subway Line dan turun di Asakusa. Yang ni tak covered by JR so tiket kena beli sendiri dalam 220 Yen.

Keluar dari station Asakusa cari la exit ke Asakusa tu dan nanti nampak ni.


Dan di deretan jalan tu akan nampak ni !


Apa tu tau?

Abang beca !

So kalau feeling feeling nak naik benda alah beca tu boleh. Tapi kau sanggup ke? Aku tak sanggup. Kesian sebab dia akan tarik dengan tangan dia sendiri. Kalau ringan macam kapas tak pe jugak. Tapi aku ni?

Berat macam sauh !

Silap silap terlungkup dengan aku karang.

Tak pe. Jalan kaki tak jauh. Keluar exit, pusing kiri, jalan beberapa langkah. Akan nampak orang ramai dan....

 

Terus nampak pintu masuk ke Asakusa !

Nampak tu tanglung besar tu? Tu la dia pintu masuk nya. Orang ramai kat kawasan ni maka tak susah mana nak kenal pasti tempatnya.

Dulu kawasan ni merupakan kawasan hiburan zaman Tokyo Edo dulu. Tapi most of the kawasan dah musnah waktu perang dunia ke dua. Now tinggal saki baki je lah.


Aku tak faham dia tulis apa.

Korang?

Dan.. Di sini abang adik beca tadik akan menunggu. Nak masuk ke dalam kompleks Asakusa ni boleh la ambik dia orang nanti dia orang akan tarik bawak berjalan di kawasan sekitar. Tapi mahal la. Kalau 30 minit dalam 8000 Yen ! (RM320?)

* pengsan

Asakusa ni kiranya tinggalan past decades Jepun dulu dulu. So kalau nak dapat feel cemana Japan zaman dulu. Zaman Rin Hanee Koma. Zaman Oshin !

Hah di sini la tempat dia.

Bangunan masih kayu. Masih mengekalkan banyak tradisi Japan especially pada binaannya.


Sebaik saja melangkah kaki masuk ke kawasan ni, akan nampak la tanglung besar ni. Memang kena lalu bawah gerbang ni. Di sini jugak lah terletaknya Sensoji. Temple Budha yang paling famous di Asakusa ni.

Gerbang ni nama dia Kaminari Gate di bina 1000 tahun yang dulu. 

Nak masuk kawasan ni Free sahaja.

Ayuh ! Jangan buang masa.


 

Dan sebaik saja melepasi gate ni, kita akan menemui deretan kedai kedai yang menjual cenderamata dan sebagainya.

Banyak kedai. Pilih la nak beli apa. Cari la nak cari apa. Kebanyakkannya ada di sini !

Dan macam biasa aku usha FM dulu. Telek dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Mostly aku jumpa dalam 450 Yen seketul (RM20 !)

Mahal nyer.

Tapi dah sampai takkan tak beli. 

Tak pe. Sabar dulu. Jalan jalan dulu check harga.


Dan dari kawasan Asakusa ni boleh nampak bangunan ni !

Tau apa?


Nampak tak menara hujung tu? 

Nama dia Tokyo Sky Tree.

Menara tu sudah menjadi tower tertinggi di Japan dengan ketinggian 643 meter dan tower ke dua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Memang ni akan menjadi ikon Japan lepas ni. 

Tapi menara tu masih dalam pembinaan belum sepenuhnya siap tapi rata rata dah menjadi tumpuan pelancong untuk melihat dengan lebih dekat menara tertinggi ini.

Lawa jugak menara tu kan?

Dan ini lah dia Asakusa Shrine yang di bina pada Zaman Edo dulu dan kiranya Shrine tertua di negara Jepun ini.

Yok. Usha !

 

Aku tak masuk pun kat dalam sebab malas.

Orang pun macam ramai. Shrine shrine ni kalau binaan menarik baru aku masuk. Kalau biasa biasa malas lah. Lagipun apa la sangat aku nak tengok kat dalam tu.

Kat tepi bangunan ni aku nampak macam ada salji. Mungkin snow turun dua tiga hari lepas kot di Tokyo.

Kempunan aku nak main snow. Dapat tengok saja jadi lah.

Ada juga pagoda di sini. 

Susah gila aku nak ambik gambar Pagoda ni. Kejap kejap ada orang lalu. Pastu ada je orang menyibuk nak ambik gambar kat sini.

Lama jugak la aku tunggu. 

Akhirnya dapat juga.

 


 

Lepas merayau kawasan sekitar aku ambik je la gambar yang aku nampak.

Kat kawasan ni ada few temple lain. Ada theme park jugak tapi tak de la yang grand mana. Nampak ada few rides kat tepi tu. Ada Sensoji Temple yang glamer tu jugak. Tapi aku just tengok tengok macam tu je.

Tak boleh nak layan masa lama sangat di sini.

Banyak lagi tempat nak pegi kan. Dapat tengok dan ambik gambar pun jadi lah.



Dan aku merayau lagi pusing keliling di kawasan sekitar.

Aku tengok ni hah. Ni bukan abang okeh. Kakak Becha !

Kau mampu nak tarik 2 orang macam ni dengan kudrat yang ada?

Kalau aku, aku hempas dan tinggal je. 

"Motip korang berdua tak nak berjalan kaki? Bukan besar sangat pun tempat ni??"

* sambil cekak pinggang.

Mati la kena bunuh terus lepas tu aku ni.


Dan nampak la binaan zaman Japan yang masih kekal di kawasan ni.

Memang lawa jugak la kawasan ni bagi yang dapatkan feel Japan era dulu kala macam dalam cerita Jepun lama yang kita tengok.

Kawasan ni pun tak de ramai orang sangat. Orang ramai berpusu pusu kat kedai kedai yang jual cenderamata tu tadi. Ada satu shrine tu aku teringin nak masuk tapi dia tulis kat situ stricted. Aku nampak satu minah salleh ni keluar dari tu terus aku sapa dia.

"Can we go in?"
"Yes. Just around this area"
"Thanks"

Aku pun masuk. Memang kawasan ni kiranya tempat suci. Nama dia Dempoin Temple. Dalam tu ada garden ada kolam semua. Tapi nampak macam biasa biasa je. Aku terus keluar.



Pastu merayau lagi.

Abang abang beca ni sibuk la nak promo aku naik beca dia.

"Kau tak takut pengsan ke??"

Perlu ke aku tanya macam tu?

Hahaha.

Tak de la aku nak naik pun. First macam tak sanggup nak tengok dia bermandi peluh. Ke dua, aku rasa jalan kaki lagi senang.

Dan untuk menyedapkan hati, naik beca tu tak de tali pinggang keselamatan so belum tentu selamat kalau beca ni berguling guling.

Hiks.



Nampak jugak budak budak sekolah di kawasan ni.

Adakah salah sorang daripada mereka itu Maria Ozawa?

Nehi. 

Bukan kot.

Aku berjalan sikit ke arah tepi sungai sebab nak tengok Tokyo Sky Tree dengan jarak yang lebih dekat. 

Kat tepi sungai tu macam ada park lah. Sumida Park.

Oh. Sebelum tu aku kembali ke kedai yang banyak banyak tadi dan mulakan aktiviti shopping !

Dalam banyak banyak kedai jual FM aku jumpa satu kedai dia jual 3 ketul 1000 Yen !

Tu paling murah. 

Yang lain semua bagi 450 Yen. Paling murah pun ada 400 Yen. Still mahal. So nak beli banyak pun cuak. Berat satu hal. Mahal ya jugak. Tapi langkah berjaga jaga takut tak jumpa kat tempat lain aku beli je yang 3 ketul 1000 Yen tu.

"Can I have 3 more like this one"

Oh suka je penjual tu bukak kotak dan bagi aku pilih.

Nak tak nak kena beli lah jugak.

Sempat jugak cari baju I Love Tokyo yang di kirim oleh kawan kawan. 

And take note : Lepas tempat ni aku tak jumpa dah FM kat mana mana. So mungkin tempat jual cenderamata di Tokyo agak limited so kawasan ni je la yang banyak choice nak cari bagi peminat FM macam aku ni.

Oh. Dah sampai dekat tepi sungai. Ayuh usha kawasan sekitar.


Yang nampak kaler gold tu adalah mercu tanda syarikat Arak !

Dan ini la gambaran menara Tokyo Sky Tree dari jarak terdekat yang aku nampak.



Cool kan?

April 2012 baru di buka. Nanti boleh la naik atas tu dan boleh tengok keseluruhan bandaraya Tokyo ni.

Aku lepak lepak tepi sungai tu lama jugak. Sempat la hisap rokok 2 batang sambil menikmati keindahan. Ramai jugak orang di kawasan tu dan paling penting cuaca adalah sejuk gila !!

Nampak je cerah tapi menggigil aku di buatnya. Tu yang rasa asyik nak merokok je.

Nak panaskan badan.

Lepas lepak kat sini aku blah naik Ginza Subway dan balik semula ke Ueno Station.

Tau apa ada di Ueno Station ni?

Jeng Jeng Jeng.....


Hard Rock Cafe okeh.

Yey !

Lepas Fukuoka semalam aku terus jadi gila semula kat Hard Rock Cafe ni. Mengimbau kenangan lama zaman muda muda. Excited je bila dah sampai.

Hard Rock Cafe ada 2 di Tokyo. Actually ada 3 eh 4 !

Satu Ueno Station ni. Dalam Station keretapi ni sendiri. No 2 di Raponggi ! antara Hard Rock terawal di dunia ni. Pastu ada di Narita Airport ( bukan dalam airport tapi dekat dengan mall near Narita) dan satu lagi dekat Yokohama yang aku lalu masa naik train tadi.

So nak pegi semua memang tak boleh lah. Aku cuma ada satu hari ni je kat Tokyo. So aku pilih Ueno Station sebagai pilihan aku.

Sebelum tu, usha dulu kawasan sekitar Ueno Station. Antara station keretapi yang sibuk di Tokyo ini selain daripada Tokyo Station tu sendiri. Kalau Tokyo Station kiranya major hub ke selatan Japan macam Osaka tu semua tapi Ueno Station ni kiranya major hub untuk train ke utara macam Hokkaido dan Sapporro.

Dekat kawasan Ueno Station ni jugak ada Ueno Park. Kawasan yang popular especially waktu cherry blossom. Ada juga muzium, zoo dan sebagainya.

Tapi aku skip sebab aku dah penat jalan jalan kat Park di Nara tempoh hari.



Busy jugak la station ni sebenarnya dan besar gila !

Sebab tu la macam mall dah jadinhya dan Hard Rock Cafe Ueno Station tu terletak di bahagian bawah station ni.

Tak susah nak cari.

Dah jumpa. Apa lagi? Jom lah masuk !






Dah sampai tu apa lagi, usha la merchandise nya.

Waktu aku dok usha usha aku nampak satu couple ni. Muka macam Melayu. Memula aku masuk dia perasan jugak. Pastu aku dengar.

"Nanti kalau beli kat Pak Teh. Pak Ngah nampak cemana?"

Senyap.

"Kalau beli kat Alang. Nak kena beli kat Along jugak"

Kann !

Dialog busuk mereka berdua. Sah sah la aku tau tu orang Melayu.

So sambil aku tengok tengok barang tu dan dia pun perasan aku. Aku senyum dia orang pun balas je. Couple laki dengan pompuan.

Banyak jugak la aku nampak dia orang shopping. 

Aku memula tak beli apa apa pun. Tak tau nak beli apa. Last sekali aku keluar tu nampak dia orang tengah ambik gambar kat depan pintu HRC ni.

"Nak saya tolong ambikkan gambar ke?"
"Boleh !!"

Terus dia pass kan kamera kat aku. Kesian pulak la tengok ambik turn bergambar. Nak gambar berdua tak boleh.

"Dari Malaysia ke?"

Aku tanya dia. Cuba cuba borak lepas tu.

"Haah. Shah Alam. Abang?"
"KL"
"Oooo. Sorang je ke?"
"Haah"
"Wah.. Berani nya"

Erk....

Nak kena takut ke?"

"Datang bercuti?"

Aku tanya dia orang.

"Haah. Honeymoon"
"Oooo.. Pegi mana dah?"
"Baru sampai semalam. Tengah jalan jalan lah ni"
"I see"
"Eh. Abang nak ambik gambar ke?"
"Heheh.Tak payah lah"

Baru kawin rupanya. Dia orang datang ke Tokyo terus. 6 hari honeymoon tapi tak de pegi jauh jauh. Cuma pusing pusing area Tokyo je. Aku cakap aku dari Osaka terus dia orang rebah.

"Tak jauh ke?"
"Jauh jugak la"
"Naik flight?"
"Tak. Naik keretapi"

Pastu dia macam blur je. Aku pun malas la nak cerita banyak. Mungkin tak biasa travel sangat kot.

So lepas abis borak dok wish mereka selamat bergumbira maka kami pun berpisah. Dia orang peminat HRC jugak so aku bagitau la ada few lagi HRC kat Tokyo ni, dia orang cakap.

"Nak pegi, tapi tak tau la cemana nak pegi !"

Kann. Sweet jugak laki bini berdua ni.

Nak abang beca tadi hantar?

Kalau abang beca tak pengsan. Dia orang berdua ni pengsan.

Last sekali dia orang pun blah. Tak tau pegi mana. Aku suruh pegi Asakusa tu dia orang tak tau jalan. Ikut suka lah.

Aku pun tak tau nak pegi mana. Ingat nak masuk HRC nak minum double berry macam kat Fukuoka ! Yang penting nak dapat souvenir glass ! 

Kalau beli mahal jugak, baik la aku minum je. Harga pun sama dengan glass kosong. So dapat minum air, basahkan tekak, lepak hisap rokok dan dapat glass sekali.

Jom !

 

 


Wah !

Double berry dah sampai.

Nampak tu glass dia ada tulis Ueno Eki. Dah jadi dua dah koleksi aku selepas Fukuoka. So tukar koleksi lain la sekarang nak kumpul gelas ni pulak !

Tau apa aku nampak dalam HRC tu??

Ni hah !


Abang sumo uols !!!

"Hoi habang sumo !! Motip kau berpakaian kebangsaan masuk Hard Rock???? Kau dah kenapa???"

Debush !

Terus aku pengsan kena tumbuk !

Macam berduka lara baru lepas kalah sumo je.

Aku lepak tak lama. Abis minum air, hisap rokok pastu aku pun bergerak lagi.

Destinasi seterusnya?

Naik train dan pegi ke Tokyo Tower !


Bukan !

Gambar atas tu bukan Tokyo Tower. Tokyo Tower yang lain.

Untuk sampai ke Tokyo Tower, dari Ueno station kena naik Yamanote Line.JR Pass free !

So keluar dari Hamamatsucho Station kena menapak.

Tu yang aku napak World Trade Center punya bangunan tu.

Kalau tadi Ueno Station tu terletak di kawasan Utara Tokyo. Kini aku berada di kawasan Selatan Tokyo !

Actually aku nak buat kerja gila nak pegi tengok Rainbow Bridge tapi jauh nak menapak pulak. Pastu nak kena patah balik sebab dia terletak di sebelah station yang satu lagi. Sebab aku tak berapa pasti dan masa pun memang mencemburui aku terus je ke Tokyo Tower je lah. Kalau ikut plan, aku nak ke Odaiba dan Fuji Building. Banyak tempat la nak pegi tapi???????????

Cepat sedar diri ! Jangan berangan berlebihan !

Di Tokyo ni nak merokok tak boleh sembarangan walaupun kat open air.

Kalau jalan kaki tepi tepi bangunan tu hah ada lah kawasan ni.

Smoking area !


Mampu nak buat tempat macam ni kat Malaysia?

Silap silap kang jadi tempat orang buang sampah. 

Walaupun tempat ni tempat merokok tapi bersih. Ada ashtray semua cukup. Tapi tu lah cuaca sejuk so nak duduk kat kawasan ni pun tak de masalah sangat. Tapi memang baik jugak la tak de la nampak orang berjalan kaki dengan asap berkepul kepul keluar dari mulut.

Nak hisap rokok, sampai di kawasan macam ni hah hisap la satu kotak abis pun tak pe.

Aku pun ambik feel jugak. Tak pe. Tengah dok hisap ada je yang nak pinjam lighter. Cakap jepun dengan aku.

"Korek. Korek. Korek. Korek"

Senyum. Tak perlu kata apa apa.

Sebab tak faham. Tapi aku tau la dia nak pinjam lighter !


Dah menapak lagi. Banyak bangunan aku nampak.

Banyak jugak gaya gaya orang yang aku jumpa.

Tengok mamat ni. Cool kan rambut dia?


Dan, akhirnya selepas kira kira 15 minit menapak dari station tadi, maka jumpa la pintu gerbang ni.

Actually pintu gerbang ni merupakan Zojoji Temple !


Di bina pada 1393 !

Ni ibu segala temple yang ada di Japan ni.

Kuil asal memang dah tak de, yang tinggal semua reconstructed balik semula dated 1622. Yang betul betul asli tu hah pintu gerbang dia tu yang memang teguh dah kukuh walaupun berlaku banyak kali kebakaran, gempa bumi, perang dah sebagainya.

Dan ini dia Zojoji Temple dan belakang dia Tokyo Tower !


Nak sampai ke Tokyo Tower tu kena pusing kawasan kompleks Zojoji Temple ni dulu.

Yok. Kita merayau ke sana.




Nampak dekat je tapi sebab jalan tu pusing bukit, kira jauh jugak lah.

So Tokyo Tower.

Apa ada dengan Tokyo Tower ni?

Berdiri megah setinggi 333 meter, setengah kurang dari Sky Tree Tokyo tadi, sebelum ni tower ni merupakan tower tertinggi di Tokyo !

Kalau naik atas ni boleh nampak Gunung Fuji kalau cuaca elok.


Tahukah anda, Tokyo Tower ini merupan same model dengan Eiffel Tower di Paris?

In fact ! Tokyo Tower lebih tinggi daripada Eiffel Tower by 13 meter !

Dan sebab tu lah, tower berwarna merah putih yang menjadi simbolik, kelahiran semula dan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia ! Sekarang ni jadi radio antenna dan juga tumpuan pelawat di Tokyo ni.

Jom pegi lebih dekat.

Awas !

Kena naik bukit sikit.




Dan sampai la kat kaki menara ni.

Kat bawah ada wax muzium. Ada restoran dan cafe. Ada jugak kaunter jual tiket untuk naik ke atas.

Aku?

Tak naik !

Pusing pusing jalan jalan kat situ je.

Oh sempat aku kencing kat sini.

So kiranya aku dah kencing kat Tokyo Tower. Korang bila lagi??????

Hiks








Dah !

Tak boleh lama lama sangat di situ.

Kena bergerak meninggalkan tempat ni walaupun terpegun sekejap.

Walau tak sehebat Eiffel Tower yang aku rasa overated tu. Tokyo Tower ni ada tarikan tersendiri.

Jom blah !


Misi aku seterusnya nak pegi Rapponggi !

Cemana nak pegi?

Kena naik subway. Tapi bukan line tadi, kena naik subway lain. Ikut belah lain.

Berpandukan peta aku menapak mencari station.

Sempat nampak bunga bungaan musim musim sejuk begini.




Dan menapak terus meninggalkan Tokyo Tower di belakang menuju Shinjuku Station untuk naik Oedo Line. Tak cover by JR !

* nanges

bersambung.............

4 comments: