Pages

Wednesday, March 7, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 6

Pagi pagi aku bangkit bila jam berbunyi.

Aku dah kunci jam sebab aku terlajak tak bangun kang tertinggal kapal terbang. Kalau tertinggal cemana? Kena beli tiket lain la kot kan?

Tapi aku tersedar tu pukul 6.30 pagi.

Cuaca dah terang benderang. Sempat sambung tidur lagi 15 minit. 

Sedapnya tidur di tilam yang empuk. Kepenatan semalam masih belum hilang. Penat woo 4 jam pegi, 4 jam balik. Kat atas Dieng Plateau tu dalam 3 jam je rasanya. Nasib baik la aku sempat pegi semua tempat yang aku nak pegi.

Kalau ikut kan mata memang tak nak bangun. Tapi last last kena bangun jugak lah.

Bangkit je terus aku berkemas kemas. Airport memang tak jauh, lagipun hari Ahad aku tak rasa jalan jem. Apa apa pun aku kena make sure aku sampai Airport pada waktu yang ditetapkan. Tak boleh lambat nanti mengundang masalah.

Menghabiskan masa masa terakhir di hotel yang best ni, akhirnya aku mandi dan berkemas kemas. Bersiap siap.

Daud pun dah bersedia nak balik !

Ambik semua baju yang ada campak dalam beg, walla !

Ready !

Jom kita balik jom !


Lepas kemas semua dan pastikan tak de barang yang tertinggal aku pun turun ke lobby. 

Dia ada ambik deposit swipe kat kad aku tapi sebab aku tak de guna apa apa dia koyak depan mata aku je. Maksudnya tak akan ada additional charge lah. Ya lah, aku tak de pun minum apa apa air dalam fridge hotel. 

Paw tuala pun tak.

Aku cuma paw selipar tu je. Tak pe kan?

Hiks. Tapi kalau hotel macam ni dia tak kisah sangat. Aku pulang kunci, pastu dah !

Settle !


"Mas, bisa saya dapatkan taxi terus ke Bandara?"
"Oh ya. Mas tunggu di sini saja, nanti saya panggilkan"

Aku pun pose pose kat lobby kejap. Memula macam ramai orang, pastu semua orang blah. Makcik makcik mana ntah penuh kat lobby tu. Sibuk bergambar !

Tak sampai 5 minit taxi pun datang dan aku terus di bawa ke Bandara (Bandar Udara).


Dari Dafam Hotel ke Bandara tak de lah jem. Aku naik taxi dan terus di bawa ke sana dalam masa 15 minit je dah sampai.

Sampai sampai sempat melilau kejap. Tambang taxi dalam Rp18,000. Aku bagi je driver taxi tu Rp20,000. Keep the change. Malas aku nak bawak duit syiling nanti. Berat. 

Aku tak terus check in. Aku lalu tengok macam tak ramai orang. Ya lah, airport pun kecik je. Sempat pegi ambik gambar dulu. Kenangan sebelum meninggalkan Bandar Udara, Ahmad Yani, Semarang !



Lebih kurang aku rasa macam dah tak de nak buat apa, aku pun check in.

Kat airport tu memang tak de apa sangat. Ada KFC. Ada bank dan ATM. Pengurup wang dan beberapa restoran lain. Nak makan pun aku malas. Ingat memang nak makan dalam flight je nanti. So aku pun terus check in je.

Laluan pertama. Mudah. Scan beg. Body tak de bunyi dan terus masuk. 

Masuk baru sampai ke kaunter untuk document verification. Tak de apa jugak. Dia tengok beg aku pun ringan je so settle kat situ.

Dalam airport tu ada la beberapa kedai, tapi tak de yang menarik. Nak beli apa pun tak tau. Kuih kuih aku malas nak beli. Tak makan ! Memang agenda shopping tak de dalam list aku. Nak beli kain kain semua aku tak reti. Lagipun tak jumpa yang menarik.

Akhirnya lebih kurang 20 minit lagi sebelum last boarding, aku pun masuk ke international boarding. Kena bayar airport tax dulu dalam Rp100,000 !

Tapi masa scan tu memang slow. Dia orang kat Indon ni strict sikit lah. Aku pun cuak jugak nampak macam semua beg di tahan. Semua kena bukak. Ada yang kotak pun di bukak. 

Actually dia orang memang particular bab liquid dan botol apa semua. Kalau terlebih had memang dia orang rampas.

Aku pun kena !

Sebab ada air mineral dalam beg kamera. Aku tak perasan. 

"Bapak bisa minum aja di sini"
"Ngga apa apa"

Aku bagi je dia.

Tapi masa dia scan body aku, mamat tu perasan something. Berkali kali dia raba kocek aku.

"Korek api?"
"Hmm"

Memula aku buat bodo je sebab dia tak jumpa. Tersorok belakang kotak rokok. Tapi aku tau mesti dia musykil kalau aku ada rokok takkan tak de lighter ! Takkan aku nak cakap.

"Korek api tak de. Korek bontot ada, nak?"

Mahu aku kena sula kat situ !

Last sekali aku bagi je kat dia. Ambik la nak sangat !

So aku dah tak de lighter. Lagipun dalam international boarding room tu tak de pun smoking room. Bilik pun kecik je, cukup untuk satu flight je.


Kat kerusi menunggu tu aku ambik port belakang sekali. Memang biasalah sebab aku tak nak berebut rebut. Masing masing dah ada seat, nak berebut buat apa? 

Tiba tiba aku dengar suasana sedikit riuh kat sebelah aku.

"Nak apa lagi? Dalam ini semua pakaian ! Saya datang dari sana macam ni juga, lepas saja. Kenapa bila nak balik macam macam hal jadinya"

Bunyi Indon tapi macam tak Indon. Aku tau mesti orang Malaysia.

Al kisah. Brader ni beg dia berat sangat kot. So orang Air Asia perasan. So ada minah dengan mamat ni datang la nak check beg dia. Dia tak kasik. Pastu bertekak. Mamat Air Asia tu cakap baik je elok elok. Mamat ni yang emo tak tentu pasal. Cakap tengking tengking.

Nak jadi lagi ganas. Ada pompuan sekali dengan brader ni tapi aku rasa bukan wife dia sebab aku dengar minah tu cakap.

"Saya bukan sama dia. Saya sama ibu saya"

Dia duduk depan brader ni la. Aku suspect dia orang satu team. Minah ni dengan mak dia ni satu hal. Masa scan tadi, dia orang kena bukak kotak sebab beli apa benda ntah dalam botol. Macam cencaluk tu. So dah kena rampas. Pastu pegawai Air Asia ni sekali lagi nak check beg dia sebab dia ada lebih pada 5 beg !!

Banyak gila.

"Dalam ni semua kerepek lah. Nak sangat ambik lah !!!"

Dia menjerit.

Terkujat mamat Air Asia tu.

"Susah la orang Indon ni. Semua tak boleh!"

Dia menjerit sorang sorang diri. Ada mat salleh kat situ dok pandang je. Aku pun pandang gak la sebab dia sebelah aku je. 

Pastu mamat Air Asia tu pun tak puas hati jugak. Dia panggil geng dia yang lain. Siap bawak penimbang. Dia timbang beg brader tadik tu 14 kilo !! Pastu brader ni ada 2 lagi beg lain. Yang lawaknya, ada brader lain kat area tu beg dia aku perasan banyak jugak, terus je dia peluk beg dia bawak lari. Takut kena timbang jugak.

Minah yang tadi tu still membebel tak tentu pasal.

"Orang Indon ni memang macam ni.......... bla bla bla"

Kuat pulak tu. Aku rasa macam nak pegi lempang je. Motip kau kutuk kutuk tapi kau datang Indon? Pastu kau shopping lupa diri pastu tak nak bayar eksess baggage. Sebelum tu masa kat scanner tu, pompuan ni dengan mak dia dah buat scene. Dia dah masuk dan check in semua pastu nak keluar balik ! Dengan harapan, nak pegi beli barang lagi kat kedai kat luar.

Sewel la orang macam ni.

Aku buat bodo je tapi menyirap la jugak aku tengok. Aku tak salahkan orang Air Asia. Tapi minah ni dengan brader ni memang kurang ajar. Tengking tengking marah mamat Air Asia sampai la ada sorang lagi mamat datang dan redakan keadaan. Mamat tu kata tak pe la bawak je la semua beg beg dia tu naik flight.

Kalau aku jadi dia aku malu sendiri. Tapi memang dasar tak tau malu, buat muka bodoh pastu membebel lagi tak puas hati. Semuanya tak kena. Pastu kutuk Air Asia lah. Pastu kutuk orang Indon lah. 

Argh. Aku yang jadi stress.

Dan ada satu lagi makcik ni lagi syok. Dia dengar je pastu jadi tukang angguk.

"Ya lah. Ya lah... Haaah... Ya..."

Tu je ayat dia. Mengiyakan apa pun aku tak tahu. Korang tau kan jamu Nyonya Maneer tu semua berasal dari Semarang. Maybe dia orang shopping jamu agaknya.

20 minit tu suasana macam sedikit tegang tapi terkawal sampai la pengumuman di buat, flight dari KL dah landing yang sampai pukul 8.40 pagi macam aku tiba hari tu dan flight yang sama ni juga akan bawak kami semua pulang ke Kuala Lumpur.

Pastu masing masing ready nak beratur sampai la pintu di buka dan terus je meluru tak sabar sabar nak balik.



Flight tak penuh pun, so aku ambik port belakang walaupun seat aku kat tengah.

Bila aku usha, aku sepatutnya duduk sebelah minah tadi dengan mak dia. Ayoh ! Ngeri. Malas aku. So aku pose pose je at belakang sampai la kapal terbang mula bergerak.

Sempat aku usha mamat ni kat belakang buat pengumuman. Baru aku tau dia orang baca skrip je. Cipan. Buat benda yang sama takkan tak hapal hapal. Seingat aku LL6 dulu hapal bersungguh sungguh. Tapi tak pe lah, saja je lah benda baru yang aku discover. Masa flight datang hari tu aku nampak minah yang buat annoucement tu pun hapal. Main cakap je. Masalahnya bila dia membaca, so 3 orang yang bagi demo tali pinggang keledar tu semua tercirit cirit kejar nak bagi syncronize. Tak pe lah. Maybe jugak mamat ni baru keje kot. 


Dan akhirnya kapal terbang mula bergerak meninggalkan Bandara Semarang menuju runaway sebelum berlepas ke udara dalam cuaca pagi yang cerah.

Aku dah pose pose tepi tingkap. 3 seat aku sorang sorang best jugak. Rasa macam nak tidur je. Mengantuk dan keletihan masih ada.

Tapi aku lapar !



Pesawat terbang melintasi kota Semarang.

Dari atas aku nampak hotel yang aku stay dan tempat tempat yang aku dah lalu. Menarik jugak lah dan macam biasa kamera aku asyik dok ketuk ketek ketuk ketek walaupun announcement dah di buat, alat elektronik tidak dibenarkan. 

Pedulik !



Dan apabila flight dah di udara dan bergerak dengan lancar, mula la makanan di jual. 

Aku nak order beryani tak de. So makan lagi nasik lemak Pak Nasir ni.

Tapi aku perasan Nasik Lemak Pak Nasir ni dah tak sedap macam dulu. Seingat aku lah, dulu kalau naik flight Nasik Lemak memang sedap. Tapi sekarang kering dan kurang lemak. Dah tak sedap.

Perlu ke aku telefon Pakcik Tony Fernandes tanya?

"Alo?? Apsal Nasik Lemak Pak Nasir ni dah tak macam dulu? Dah tak sedap?"
"Oh. Dulu Nasir Wahab yang masak, sekarang ni Nasir Bilal Khan"

* koma

Tapi lapar punya pasal, belasah je lah.


Oh. Muffin tu aku tak beli dalam flight. Tu lebihan yang aku beli kat kedai kek kelmarin. Aku bawak balik. So aku boleh makan.

Tapi tak sedap jugak.

Tak pe la janji kenyang.

Sepanjang 2 jam 20 minit penerbangan, aku sempat tidur satu lapse. Sedar sedar dah nak sampai. Argh. Tak sabar nak balik. Lagi tak sabar nak tengok apa khabar Wanda aku tepi jalan tu.

Selamat kah?




Dan sebaik saja kapal terbang mendarat, pintu belakang pun di buka, aku turun dulu. Sebab aku duduk belakang.

Dah tak pedulik apa, aku terus je jalan, lepas kastam dan sempat beli rokok. Keluar dari airport menapak sampai ke kereta.

Dari jauh dok intai intai. Ada ke tak Wanda ni. Kalau kena tarik, nasib badan lah.  Dari jauh sebab banyak sangat kereta tepi jalan tu so tak berapa nampak sangat. So bila dah dekat tu baru la rasa lega.

Ya. Wanda masih di situ.

Aman bahagia. Sorry sayang, kena tinggal kepanasan.

Jam menunjukkan jam 12 tengahari, aku start engine dan Wanda mula mengaum. Terus bergerak dan balik rumah dengan kepuasan. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Sapa sangka trip menggelabah aku ni turn out to be satu trip yang aku rasa menarik terutama pengalaman aku di Lawang Sewu tu. Everytime aku ingat aku rasa berdiri bulu roma !

Overall aku rasa Semarang memang tak de lah tourist spot sangat, tapi untuk explore dan menikmati keindahan alam, yes. Indonesia bagaikan syurga untuk itu. Sebab itu pun aku suka Indonesia. Kaya dengan alam semulajadi yang berbeza beza.

Jangan tanya budget. Aku travel tak de budget. Aku try to minimize perbelanjaan seminima yang mungkin. At the same time, aku tak suka nak sekat keinginan apa aku nak buat hanya kerana aku on tight budget. Belanja ikut suka dan kemampuan. Kalau yang basic basic tu memang la tak mahal. Overall aku rasa OK je. Lagipun aku tak shopping kot.

Permisi dulu. Tunggu hingga siri jelajah yang lain. 

TAMAT

13 comments:

  1. salam perkenalan..
    seronok baca blog ni..byk info pasal travel..
    jemput singgah ke blog saya juge ;)

    ReplyDelete
  2. fuhh..best meng and gue rasa watak bowok tuh menarik..hiks

    ReplyDelete
  3. Ok..sya pun dh khatam..hehe..bestla baca trip bro nih!!

    ReplyDelete
  4. salam bro..memang best baca cerita kau bro..terbaik untuk jadi panduan tuk trip aku bln 5 ni kesana..ayat mmg x blh blah..blh buat org gelak and menagis dlm satu masa..haha keep it up bro dlm blogging ni..tq nais info

    ReplyDelete
  5. cadang nak ke karimun dari sini..tengah survey untuk trip 2014.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan bro...

    blog yg bagus, tahniah!

    btw, aku akui, mmg nasi lemak pak nasir dah x umppphhh

    ReplyDelete
  7. CS : salam...

    terima kasih.

    ya.... dah bertukar nasir agaknya

    ReplyDelete
  8. dah baca bnyk supermeng punya travel story, yg ni paling best

    ReplyDelete