Pages

Thursday, March 8, 2012

Jom Makan : D'Harapan Seafood, Tanjung Harapan

Seminggu ni lepas balik dari Semarang aku memang sangat busy. 

Banyak benda nak kena buat, dengan masalah masalah yang berlaku di site tu buat aku penat otak. Tapi paling penting aktiviti liburan di lupa jangan. 

Weekend lepas aku bawak OR dan Hero jalan jalan. Maklum la minggu lepas aku tak de di bumi Malaysia ni, so minggu ni kena bawak Hero pulak kalau tak dia merajuk. Dia tu nak aje jalan jalan. Suka je la dia. Tapi kang kerap sangat berjalan dia asyik nak berjalan je.

Kali ni pegi mana?

Tak jauh pun uols ! Pegi makan je di Tanjung Harapan, Klang !

* mati la seafood lagi.

Ikutkan Hero dia nak makan KFC !

Mari lihat menu melantak yang telah di lantakin hujung minggu hari tu.








Yezza !

Gambar last tu adalah Udang Goreng Tepung. Tapi dia sampai lewat perut pun dah lapar dan bergelora maka aku belasah dulu. Hanya tinggalkan satu untuk ambik gambar.

Ya. Bagi yang selalu ke Muara Klang mesti terpinga pinga sebab menu macam lain kan?

Actually, kami tak makan di Muara Klang yang biasa tu. Kali ni kami try kedai lain. Aku pun macam dah jemu makan kat Muara Klang tu walaupun inzal jugak di situ. Tapi bila fikir orang pasti ramai kat situ, beratur la apa lah.. Jadi kami try la kedai lain.

Nak tau kedai ni di mana?

Kedai ni di area Tanjung Harapan jugak la. Dari simpang tu kalau Muara Klang ke kanan kan, ini ke kiri. Terus je lepas beberapa kolam ikan maka terjumpa la D'Harapan Seafood ini.

Tengok menu agak agak sedap tak?

Well. Nak kata sedap sangat tu tak de lah. Makanan so so je. Orang pun tak ramai tapi servis slow jugak. Dia kata semalam pekerja tak de. Hmmm alasan tak munasabah jugak.

Anyway semua makanan tu berharga RM93 !

Berbaloi ke tidak, korang fikir la sendiri tapi makanan memang boleh la. 

Sebab kami pun just nak mencuba so boleh la cuma next time aku rasa makan je la kat Muara Klang tu. Ambience pun menarik. Plus dekat sini tak boleh pilih pilih ikan udang ketam semua. Dia main masak je. Dan ketam dia tak gemok macam selalu. Kurus kurus je semua seafood dia.

Cuma yang best kat sini, karaoke dia penyanyi dia sedap !

Ya. Dia nyanyi lagu Jay Jay je lah. Tapi memang sedap suara dia. Aku dengar suara dia sampai menambah makan nasik. 

Pastu nyanyi lagu berduet dia bantai jadi lelaki dan pompuan. Terus keluar suara halus pecah lobang.  Terus aku tak lalu nak makan !

So bagi pencinta pencinta makanan yang hendak mencari kelainan, apa salahnya ke D'Harapan Seafood Restoran ini.

Ayuh, tengok saki baki gambaran nya.




Dan macam biasalah, kalau pegi berjalan macam ni aku mesti bawak camera nak ambik gambar sunset.

Hari tu matahari menarik jugak so sempat la ambik gambar sementara layan Hero bermain. Kejap main buih sabun, pastu main mercun pop, pastu ada je la benda dia nak buat selagi aku tak angkat bontot. Layan kan je lah. Dia tahu misi aku mesti nak tunggu sunset. So dari petang kami sampai lepak lepak menghirup udara segar dulu then lepas maghrib baru la kami pegi makan.

Lepas makan terus balik, sempat singgah aku nak beli ubat gigi dulu then Hero tetap nak KFC. Nak bawak bekal pegi sekolah esok.

Tu la aktiviti kekeluargaan weekend lepas. Cuti sekolah yang bakal mendatang ni, macam biasa lah Hero dah tanya siap siap.

"Papa cuti sekolah nanti kita nak pegi mana?"
"Hero nak pegi mana?"
"Kita tidur hotel Papa !"

* pengsan

Tetap la nak feeling feeling mewah.

Aku dah riki few tempat, tapi cuti sekolah mostly penuh. Tapi hujung minggu ni kami akan ke satu destinasi percutian keluarga. Dalam negara je lah. 

Lagipun cuti sekolah. Aku pun kadang kadang tak betah jugak nak duduk diam diam. Ada je dalam otak aku ni merangka acara.

Oh ya. Gambar sunset di Tanjung Harapan aku upload esok lah. Bersabar okeh.

So minggu ni cuti sekolah aku bakal bawak Hero dan OR jalan jalan. Minggu depan aku ada trip dengan GBS. Minggu satu lagi aku ada event office dan hujung minggu last bulan ni aku bawak OR dengan Hero jalan lagi over the weekend.

Semua dah confirm. Maka aku akan busy seperti lebah.

Tapi jangan risau, entry akan berjalan macam biasa.

2 comments:

  1. Jeram dgn tg harapan ni mn lg sedap? Sy vote jeram dgn harga yg berbaloi huhuhu

    ReplyDelete