Pages

Tuesday, March 6, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 5

Selepas itu kami mula bergerak ke destinasi terakhir.

Cuaca pun dah mula mendung balik semula. Aku pasti, hujan akan turun lagi lepas ni. Langsung kami tak berbicara pasal apa yang Pak Yusuf ceritakan tadi. Dia cuma bagitau aku lembaga tu besar dan tinggi, hitam dan berbulu.

Dari Candi Bima tadi kami bergerak ke Telaga Warna. Ini lah sebenarnya highlight trip aku ke Semarang sebab aku memang teringin nak tengok sendiri Telaga yang di katakan berwarna ni.

Perjalanan tak berapa jauh, tapi macam biasa, sampai sampai je tengok ramai jugak orang. Aku dan Pak Yusuf melangkah dari parking tempak Bowok park van kami dan masuk.

Untuk masuk ke kawasan Telaga Warna ni, bayaran Rp10,000 di kenakan.

Pak Yusuf sempat jumpa geng geng dia dan layan borak. Tak pe lah. Aku jalan je dan mula memasang lensa. Bersedia nak ambik gambar.

Pak Yusuf kejar aku lepas tu dan tunjuk pokok paku pakis yang telah di tebang dan di jadikan pasu macam yang aku jumpa sebelum tadi. Dah tak de batang dah pokok pokok tu semua. Ada jugak pokok betik berbuah comel comel kat situ. Sempat aku usha, tapi kebanyakkannya masih lagi hijau dan muda.

Tak sampai beberapa minit, akhirnya aku sampai juga.

Depan mata ni hah !

Telaga Warna !




Airnya kehijauan. Memang disebabkan oleh sulfur di dasarnya.

Tasik ini dulu sebelum ni adalah kawan gunung berapi, tapi dah tak aktif. So air hujan yang menakung di kawasan ni telah menjadikan ianya satu tasik besar dan kerana sulfur yang terdapat di dalamnya, maka airnya menjadi warna hijau.

Kata Pak Yusuf, kalau cuaca cerah akan nampak warna pelangi ! Kadang kadang biru kalau jumlah plankton berubah. Memang lawa tempat ni, tapi ikut cuaca lah.

Aku melilau di kawasan tasik tu dan Pak Yusuf bawak aku terus ke belah dalam. Ada ramai jugak orang kat kawasan tu sebenarnya. 

Makin jauh ke dalam, ada lagi satu tasik yang di panggil Mirror Lake. Yang menariknya, Mirror Lake ni bersambung dengan Telaga Warna tapi airnya jernih. Mungkin kandungan belerang nya dan sebenarnya banyak ikan ikan di situ. Ikan boleh hidup kat tasik tu tapi tidak di Telaga Warna.


Di antara Telaga Warna dan kawasan Mirror Lake tu ada kawasan yang sangat misty. Tumbuhan kayu yang besar besar dan batu berlumut je ada kat situ.

Di situ kami temui patung ini.


Tau patung apa ni?

Ni adalah patung Gajahmada yang terkenal sewaktu pemerintahan Kerajaan Majapahit dulu. Di bawah patung ni ada tertera.

'Aku bersumpah tidak akan memakan buah Palapa'

Something like that lah. Aku tanya Pakcik Yusuf.

"Buah Palapa itu apa?'
"Macam buah apple tapi ianya spices"
"Oh"

Dan Pak Yusuf menerangkan dengan lebih lanjut. Sewaktu pemerintahan Gajah Mada ni, Indonesia masuk belum di satukan, so kepulauan Indonesia ni kiranya terpisah lah dari segi kerajaan dan sebagainya, jadi Gajahmada bersumpah di tidak akan makan buah palapa tu sehinggalah beliau berjaya menyatukan Indonesia sekarang ni !

Buah Palapa tu adalah makanan orang kaya kaya zaman dulu, so atas dasar itu lah dia bersumpah untuk kesatuan Indonesia raya, beliau akan menyatukan Indonesia sampai berjaya !

Dan beliau berjaya.

Pak Yusuf bagitau lagi, bila dia berjaya tu dia dapat banyak hadiah dari rakyat yang merupakan Buah Palapa.

Tak tau la dia muntah ke tak makan buah Palapa tu lepas tu.

Di kawasan ni juga ada beberapa gua. Ada juga semangat anisma yang masih menebal di sini. Ada beberapa batu yang masih disembah. Sebabnya? Atas batu batu ni ada pokok. Dia orang berfikiran, kalau batu batu ni memberi kehidupan pada pokok, maka batu batu ni juga boleh memberikan kehidupan pada manusia !


Gua gua ni masih di kunjungi untuk meditasi. Ada beberapa gua yang di kunci dan hanya boleh di masuki oleh pengamal pengamal yang mahu bermeditasi.

Begitu juga kawasan ni masih lagi di sembah dari segi batu batu nya. Yang peliknya, banyak pokok pokok besar yang di tanah dah tumbang, tapi pokok pokok atas batu tu semua masih lagi hidup dan segar. Membesar sebesar besarnya. Tu yang mistiknya.

Bawah ni adalah patung 3 wajah. Menggambarkan Indonesia waktu dulu yang berbeza beza tanpa kesatuan. Ada juga patung bernama Eyang Kumalasari !

* pengsan

Perlu ke aku SMS Norkumalasari???



Kawasan ni ada mistik tersendiri dan penuh dengan sejarahnya. Memang kalau kita berjalan tanpa guide memang tak tau apa lah. Ambik gambar je lah. Tapi Pak Yusuf ni tau banyak benda dan dengan dia aku pun  banyak di beritahu.

Kami melilau lagi, ada few gua lagi kat situ. Batu batu dan patung patung lama. Ada juga patung menggambarkan kehidupan lalu dengan ketuanya yang begitu berkuasa sehingga di sembah rakyat jelata.

Lepas tu kami merayap lagi, aku cuba nak naik atas bukit untuk ambik gambar tapi macam dah nak hujan. Jadi kami merayau kat kawasan kawasan terdekat tu je keliling Telaga Warna ni.




Pastu hujan dah mula turun. Kami keluar menuju parking.

Bowok tidur dalam kereta. Mungkin kepenatan. Aku belikan air mineral untuk Pak Yusuf. Penat dia kering tekak bercerita kat aku sepanjang jalan. 

Kami lepak lepak minum sambil aku hisap rokok. Ada banyak kedai kedai di buka di situ jual macam macam lah. Snow cap pun ada. Kau mampu feeling feeling pakai snow cap kat Indon?




Sampai hujan mula turun dengan lebat, kami masuk ke Van dan Bowok pun tersedar.

Dari situ kami terus bergerak meninggalkan kawasan Telaga Warna dan juga Dieng Plateau.

Nak turun ke bawah semula tu jalan memang tak nampak apa. Kabus ! Bowok drive slow slow. Sempat dia berhenti nak kencing dan dia kata air kat masjid tu sejuk gila. Beku kaki dia !

Bowok sibuk tanya aku kenapa aku tak kencing kencing. Dia few times berhenti nak terkencing je.

"Nasib baik sekali, kalau kayak gini dari awal tadi, nda bisa lihat apa apa"

Pak Yusuf berseloroh.

"Mungkin dia tahu saya datang dari jauh !"

Aku sambung dan Bowok ketawa.



Dan akhirnya kami sampai juga ke Wonosobo.

Kelihatan Gunung Sekunir di litupi kabus dan awan tebal. Cuaca sejuk dingin. Kami terus bergerak selepas hantar Pak Yusuf di entrace Dieng Plateau tu. Aku bagi dia Rp100,000. Lebih Rp25,000. Tak pe lah. Kesian dia. Aku sedekah je lah walaupun harga Rp75,000 tu sebenarnya boleh lagi kalau nak tawar jadi Rp50,000. Tapi kalau Rp50,000 tu banyak mana sangat la dia dapat. (RM15) ? Macam tak berbaloi baloi. Dia berhujan, berpanas dengan aku kat atas tadi dan aku pun rasa tak de masalah nak bagi lebih sikit. 

Yang penting aku puas hati.


Di Pekan Wanosobo ada konsert apa ntah. Sampai jem jalan. Sempat aku usha dari dalam kereta. Hujan hujan macam ni dia orang tetap terkinja kinja menikmati hiburan.

"Kamu ngga lapar?"

Aku tanya Bowok.

"Ngga apa apa Bang. Tadi waktu di Candi, saya udah makan mee"
"Kenyang?"
"Ngga apa apa"
"Saya lapar !"
"Abang lapar?"
"Ya !"

Dia ketawa.

"Mahu nyingah makan dulu?"
"Bisa"

Bowok drive meninggalkan pekan Wanosobo menuju Semarang.

"Bisa tahan sampai di Kota Bang?"
"Hahahaha. Kalau ada warung makan, berhenti aja"

Dan lepas tu Bowok jadi lebih alert. Memandu sambil cari kedai makan. Dan akhirnya kami jumpa kedai makan ni dan singgah.

"Sini bisa Bang?"
"Bisa"

Dan kami lepak. Hujan pun makin lebat. Sesuai la berhenti kejap dan mengisi perut.

Kami order makanan. Aku order ayam kampung, udang dan beberapa jenis lauk lagi. Penuh meja.

"Kok Bang. Mewah sekali makannya"
"Kamu makan lah. Sama sama"
"Jarang sekali saya makan kayak gini"
"Ngga apa apa. Rezeki sama sama. Ayuh !"

Dan kami melantak mengisi perut.




Kos makan semua tu adalah Rp60,000 ! (RM18)

"Murah nggak Bang?"
"Hmmmm"

Kami sempat la borak panjang sementara tunggu hujan reda. Waktu dah gelap. Kami berborak pasal kehidupan dia di Indonesia ni, pasal family dia, banyak benda lah. Dia OK. Aku tanya dia jawab je. Dia tanya pun aku jawab.

"Saya mahu macam abang"
"Apa?"
"Ya. Ada uwang. Boleh wisata mana aja"
"Ngga. Uwang itu dikumpul, mana bisa turun dari langit"

Dia ketawa.

Seronok jugak borak dengan dia. Bila diam tu dia mula la menyanyi. Hiburkan aku sambil dengar lagu kat radio. Masalahnya bila aku tanya siapa penyanyi semua dia tak tahu !

On the way tu pulang ke Semarang cuaca dan gelap. Sesekali kami berbual. Jalan memang gelap gulita. Aku tak risau Bowok bawak sebab dia dah biasa dia je yang risau kan aku.

"Ngga apa apa kan Bang, jalan sepi kayak gini?"
"Ngga.. Hati hati aja"

Sesekali kami melintas pekan pekan kecil. Bowok bercerita satu pekan tu memang terkenal dengan Ayam. Ramai yang ke situ untuk melanggan dan berhibur. Ada banyak hotel hotel murah di situ. Bowok juga bercerita pasal dia pernah accident, ICU 4 hari. Family dia ingat dia dah mati. Tapi Alhamdulillah, lepas tu dia sadar.

"Kamu ada mimpi apa apa ngga sewaktu koma?"
"Ada. Ada yang berpesan, nda bisa bawak speda motor kencang kencang lagi"
"Sekarang kamu masih pakai speda motor?"
"Masih Bang"
"Kencang nggak?"
"Masih"

Dan kami sama sama ketawa.

On the way tu kami perasan tempat menarik. Aku tanya Bowok dia kata ada cafe dan boleh lepak situ sambil tengok Semarang dari atas bukit. Aku pantas ajak dia berhenti. Dia ikut je.

Kami lepak di cafe tu. Suasana memang menarik tapi cuaca masih hujan. Kami duduk dan minum. Ada penyanyi kat situ.

"Suara kamu lebih bagus!"
"Ngga Bang"
"Kamu aja nyanyi di pentas"
"Ngga Bang. Kalau saya yang nyanyi semua ni larik !"


Aku masih kenyang, tapi nak makan ringan ringan je. Bowok suruh aku order tempe goreng. Aku tak de la minat sangat tapi cuba je lah. Turned out tempe goreng tu sedap gila ! Rangup. Tepung tu yang sedap. Tapi makan tak abis. Aku suruh Bowok tapaw bawak balik.

Air pulak, aku cuba minuman ni. Nama dia STMJ.

Susu, Telur, Madu dan Jahir.

Jahir itu adalah halia !

Sedap !


Lepas lepak lepak tu aku fikir, aku nak bagi sesuatu kat Bowok ni. Nak bagi tips tapi duit aku dah tak banyak yang tinggal. Ada dalam Rp300,000. Nak tukar matawang asing, mana nak cari malam malam begini?

Sudahnya datang idea. Since CIMB aku tu aku dah activate untuk oversea withdrawn, so aku cash out dari ATM machine je. Masalahnya dalam tu tak de duit. Aku terus text BW. Aku tau dia ada akaun CIMB. Dan BW pantas je transfer.

"OK. Tugas kamu, cari CIMBNiaga"
"Baik bos !"

Bowok akur. Dia called sapa ntah, then dapatkan lokasi CIMBNiaga terdekat. Dan aku berjaya keluarkan sikit duit. Ada spare untuk bagi dia dan bayar airport tax esok. Lebihnya aku boleh je simpan.

Bowok bawak aku pusing pusing dulu sekitar Kota Semarang menikmati hiruk pikuk malam di kota besar itu.




Sampai di hotel aku, Bowok park dekat lobby.

"Kamu mahu rokok?"
"Rokok Malaysia?"
"Iya"
"Loh. Bang. Mahal itu. Abang nanti gi mana?"
"Saya masih ada spare, tapi di kamar. Kamu tunggu di sini aja. Sebentar ya"

Aku keluar naik atas dan ambik rokok. Lepas tu aku turun dan dapatkan Bowok. Bowok tengah borak dengan Adit. Adit ni kawan pada adik Bowok.

"Bang. Ini lah Adit"
"Oh.. terima kasih kenalkan saya sama Bowok. Bagus sekali dia"

Adit sengeh sengeh. Chubby budaknya. 

Kami melangkah meninggalkan Adit yang bertugas ketika itu.

"Ini buat kamu"
"Ya Allah Bang.. sampai 2?"
"Tak apa apa"
"Benar abang masih ada lagi rokok ni?"
"Ya. Saya masih ada"
"Rokok di sana kan mahal"
"Ngga apa apa"

Aku hulurkan 2 kotak rokok bersama tip Rp100,000. Bowok salam dan cium tangan aku. Motip lah.

Dan kami berpisah di situ. Berkali kali dia pesan kalau aku ke Semarang lagi carik dia nanti. Aku mengiyakan. Waktu berborak dalam kereta aku cakap aku teringin ke Karimunjawa nanti. Tapi tak tau bila. Bowok jugak bagitau aku pasal Demak tempat Wali Songo yang mana aku rasa menarik jugak untuk di lawati.

Bowok memandu meninggalkan perkarangan hotel.

Aku masuk dan jumpa Adit di pintu lobby.

"Ini buat kamu"

Aku salam dan hulurkan tips pada Adit. Dia terima dengan gembira.

"Terima kasih Mas"

Dan aku naik atas cepat cepat nak pengsan.

Penat !

bersambung.........

2 comments:

  1. best kalau dpt guide yg ok kan..terharu sgt

    dulu masa pg Bali dpt guide yg ok.rasa nak semua harta dekat dia haha
    *campak kalkulator dekat suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... so far guide/drebar kat indo ni semua OK belaka.... cuma kdg kdg kena hati2 jugak takut kena tipu...

      * bak sini kalkulator tu

      Delete