Pages

Wednesday, October 28, 2020

#traveldalamnegara : Pintasan SALOMA

Sebut saja nama Saloma rata rata ramai yang mengenali Bidunita ini. 

Dan atas jasa bakti beliau, satu tarikan terbaru dan  menjadi port untuk berswafoto dengan konsep futuristik yang instagrmmable di Kuala Lumpur telah di bina dengan mengambil nama bersempena nama beliau iaitu sebuah jejantan pejalan kaki yang di kenali sebagai Pintasan Saloma.

Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara Kampung Baru dan Jalan Ampang yang dikenali dengan nama Saloma Link kini dibuka secara rasmi kepada orang awam, 


Antara fakta menarik tentang pintasan Saloma ini.

S....sah dibuka pada 5 Februari 2020 pada pukul 2.30 petang. Pembinaannya mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan dan sepatutnya dibuka pada November 2019 namun terpaksa menghadapi kelewatan. Pembinaan projek ini kelihatan mudah, namun ianya ada cabaran yang tersendiri dari segi kejuruteraan, tiang cerucuknya perlu dipasak berhati-hati kerana ia hampir dengan terowong LRT Kelana Jaya, Terowong bekalan air di lebuhraya AKLEH dan juga beberapa terowong bawah tanah yang lain ke KLCC.


A..... anda boleh naik jambatan ini dari Lorong Raja Muda Musa 3, iaitu 100m dari LRT kampung Baru atau dari arah KLCC bersebelahan Menara Public Bank.


L.... Laluan berjalan kaki menuju KLCC dari Kampung baru kini lebih cepat dan selamat dengan jarak tempuh 15 minit berbanding 30 minit di jalan yang sibuk dan berbahaya. Lampu-lampu LED Saloma Link akan bertukar warna sama pada waktu malam dan seolah-olah menyerupai Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.


O....Operasi pintasan ini di buka  Mon - Sat : 5am - 1am  & Sun / Public Holiday : 5am - 12.30am. Ia tidak dibuka 24 jam untuk mengurangkan masalah vandalisme


M....Memang cantik untuk bergambar di sini. Ianya bukan sekadar jambatan biasa, ia memang jambatan pejalan kaki yang dibuat untuk menjadi salah satu ikon baru untuk Kuala Lumpur yang mampu menjadi tarikan pelancongan juga. Diinspirasikan daripada sirih junjung di mana struktur dengan gaya keMelayuan ini memang jarang diketengahkan dalam rekaan senibina bangunan di Malaysia ini.


A...Anggaran laluan kejantas pejalan kaki Saloma link ini panjangnya 370 m menelan belanja sekitar RM 31 juta. Dari seluruh panjang jambatan ini, 69m dibuat merentasi lebuhraya bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH). Jambatan ini dilengkapi dengan sistem CCTV serta ada pengawal keselamatan berjaga sebagai langkah keselamatan bagi para pengguna untuk kegunaan harian dan terdapat ramp untuk penunggang basikal disediakan.


Aku sendiri memang dah lama kepingin nak menjengah tempat ni. Kebetulan masa berada di Kg Baru hari tu, kami terus je usha garing kawasan ni.

Park kereta di area LRT Kg Baru tu, then ada laluan naik ke atas pintasan. 

Sememangnya dah menjadi tumpuan ramai orang !


Untuk sampai ke atas pintasan, ada lif dan juga laluan bertangga. Ikut suka lah nak ikut mana mana pun tapi kalau tangga boleh nampak view dari setiap level.







Sampai di paras atas adalah level pintasan tu ada ruang untuk view deck kawasan sekitar yang agak lapang. Tapi since ramai orang datang walaupun malam, terpaksa la mengecilkan body menyelinap diri !






Dari arah situ, maka bermulalah laluan merentas Pintasan Saloma ini....

Maka bersedialah untuk berlaga bahu dengan orang ke sana ke sini tanpa arah tuju....







Dan memasuki kawasan di bawah relung arca tu memang rasa macam agak futuristik jugak binaan dia.

Lagi lagi dengan lampu lampu bertukar warna. Menyerikan suasana. Macam musim raya !











Dan melintasi pintasan pejalan kaki ini maka kita akan sampai lah ke kawasan KLCC !!




Dan di seberang sana tu adalah kawasan perkuburan Islam Jalan Ampang di mana Saloma dan juga P Ramlee di kebumikan. Now dah pasti kenapa nama pintasan ni sangat dekat dengan nama Saloma kan?

P Ramlee dah ada jalan dia yang tersediri, pintasan ni bagi hak kat Saloma pulak lah.

Tapi tu la punya la ramai orang, macam dah tak heran tempat ni berdekatan dengan kawasan kubur. Kalau kat kampung, lebih rela ikut jalan jauh sebab tak nak lintas kawasan kubur macam ni.

So riang riang sorak sorak bergambar suka ria, jangan lupa sedekah apa yang patut kepada penghuni kubur di sini !

View sekitar kawasan Pintasan Saloma belah KLCC pun agak menarik juga.



Dah melintas, kami patah balik semula ke area Kg Baru nuh.





Sememangnya Pintasan Saloma punya tarikan tersendiri boleh jadi ikon negara dengan senibina warisan Melayu yang modern dan futuristik !




Boleh datang ramai ramai tapi jangan la buang sampah dan mengvandal sana sini. Jaga harta negara ni bersama sama yach !

Datang waktu malam view lebih padu....

Selamat berkunjung !

5 comments:

  1. Mencabar gak nak sampai sini, waze tunjuk jalan sini suami gi jalan lain, last2 sampai dah tak boleh masuk...dah tutup...kita tengok kubur aje lah

    ReplyDelete
  2. Nice. Aku lama dah nakpi tapi tak samai lagi..leh la layan malam.new year nanti kalo dah xde pkpb laaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. org punya la ramai.. tak leh nak bergerak bebas sgt.. pegi pagi pagi lah. hehehe

      Delete
  3. lawo, tp dok rajing sapa.
    semoga arwah Saloma diampunkan & dicucuri rahmat olehNya.

    ReplyDelete