Pages

Tuesday, October 27, 2020

ROSDET Tomyam KL

 Acara makan makan keluarga.

Ada dari ahli keluarga aku sakit gigi tak lalu makan. Dia teringin nak makan bubur Kg Baru jadi kami yang tak sakit ni turut menyibuk sama.

Lokasi tujuan adalah ke Rosdet Tomyam berdekatan Kg Baru, KL. Berbondong bondong la kami semua ke sana atas dasar simpati pada yang kesakitan sesambil nak bagi sokongan padu !

Bagi semangat la konon, kan?

Rosdet Tomyam memang tak asing lagi untuk family aku. Dari kedai dia saiz gerai sampai la dah acquire berkedai kedai sekarang ni. 

Rezeki dia business maju jaya !

Ni kedai favourite Arwah Ayah aku jadi tak pelik la kami pun selalu datang makan di sini dan dah jadi restoran tomyam kegemaran keluarga kalau di area KL sana.

Pelanggan pun memang sentiasa ramai jadi kena menunggu tempat tersedia baru lah dibenarkan masuk menjamu selera.

Aku sendiri pun agak dah lama tak datang berkunjung, memang banyak perubahan dari segi saiz kedainya di sini.

Hebat berdumbel dumbel...

Datang atas dasar beri semangat kan? jadi order orderan adalah tak berapa aku ambik port sangat. Konon dah kenyang dah menjaga diet.

Tunggu minuman minuman datang.

Hidangan bubur datang dulu. Bagi laluan pada pesakit yang dah beberapa hari tak lalu makan tu.

Wah. Menarik dan terkesima selera rasa. 

Yang lain lain pun order makanan lauk pauk biasa je. Kami semua ada dekat 15 orang semuanya jadi macam macam lauk yang di pilih.

Sila lah makan makan !

Tetiba aku nampak nasi bubur tu rasa sungguh menarik.

Sudahnya orang yang sakit yang teringin nak makan bubur tu tak de lah makan mana. Aku lak yang over.

As usual lah. Pantang nampak makanan selera datang membuak buak. Tetiba rasa macam baru keluar dari hutan dan lama tak nampak makanan.

Nom Nom Nom....

Ha ha ha. Tak ku duga orang yang sakit gigi tak de makan mana pun. Yang cas cas diet ni lupa diri bila nampak nasi bubur di sini.

Aummm.. Dap Dap Dap.

Terbaik !

Kalau asyik makan di Kg Baru sana nuh, sesekali bertukar angin boleh lah menjamu selera di sini.

ROSDET TOMYAM
160, Jalan Abdul Rahman Idris, 
Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur

Opening hours: Daily, 2.30pm-1.30am

Kekenyangan, sengkak perut nak berjalan ke parking kereta.

Tapi ada acara lain pulak lepas ni, dah alang alang kami kat area KL. Sebulat suara kami nak gi terjah ke sana.

Eh malam masih muda. Ayuh kita semua bermesra di pesra muda mudi !

5 comments:

  1. Memang nampak pun sedap sangat tu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehe sweet cemana tu. jangan makanan terlebih sweet sudah

      Delete
  3. siannya. aku paham sbb aku pun penah sakit (operate) gigi, mmg bubur je yg mampu. err tapi ikan bilis tu ok ker?

    ReplyDelete