Pages

Friday, August 14, 2020

Jejak Kyushu DAY 02 - 03 FUKUOKA CASTLE RUINS & OHORI PARK

Hari dah hampir menjengah waktu tengahari. Nasib baik cuaca agak mendung hari pertama aku di bumi Fukuoka ni.

Jadi mengambil peluang cuaca yang tak terik mana aku ambik subway dari Tenjin menuju ke Fukuoka Castle Ruins dan area Ohori Park.





Keluar dari subway station aku terus menapak ke Maizuru Park terlebih dahulu untuk ke Fukuoka Castle Ruins.













Boleh tahan jugak jauh menapak masuk ke dalam kawasan taman ni. Nasib baik redup dan banyak pokok pokok.

Maizuri Park ni cukup terkenal time cherry blossom, tapi kalau time aku datang ni haram lah nak nampak.

Semua nampak hijau je. Orang berjalan dalam taman tu pun aku nampak macam Incredible Hulk atau Mak Kau Hijau. 

Agaknya orang nampak aku macam shreak !













Setelah berpeluh ketiak akhirnya sampai jugak di kawasan Fukuoka Castle Ruins tersebut. Lokasinya jaduh ke dalam belah belah belakang.





Fukuoka Castle Ruins ni pernah menjadi tapak istana Fukuoka namun telah musnah dan yang tinggal hanya lah saki baki runtuhan sahaja. 

Namun dari kawasan atas laluan tu boleh nampak area bandar Fukuoka dengan bangunan bangunan pencakar langit menghiasi kawasan latar belakang.












Sebenarnya aku agak kecewa jugak datang tempat ni sebab macam tak de apa apa sangat. Tapi redah je lah.



Dah abis melawat area ni, aku ke Ohori Park, sebuah lagi taman yang terkenal sebagai taman rekreasi warga tempatan melepak lepak di waktu petang.

Tapi time tengahari pun orang pun ramai bersantaian.

Siap ada Starbuck Cafe dalam park ni.




























Park ni pun memang agak besar tak daya aku nak habiskan kalau menapak seluruh kawasan.

Abis melawat kawasan Ohori Park ni, aku ambik subway lagi menuju ke lokasi yang aku memang teringin sangat nak pegi.

Tapi nak tuju tu panduan macam kelabu kelabu asap. Lama aku study cemana nak sampai ke sana.

Yakin boleh ! Aku cuba. Harap aku berjaya sampai dengan sisa masa yang ada hari ni.







Sampai di station train yang di tuju, tapi lokasinya masih jauh dari situ !

Lepak dulu minum kopi.

bersambung.................

4 comments:

  1. Subhanallah cantik... Sukanya tgk Jeoun, belum kesampaian lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa nanti abis covid boleh road trip ke sana pulak...

      Delete
  2. itu antara starbuck dgn view plg lawo kat jepang kata depa

    ReplyDelete