Pages

Thursday, August 13, 2020

Jejak Kyushu DAY 02 - 02 KUSHIDA SHRINE & TENJIN

Masih lagi di area Hakata Old Town. 

Lepas dah drop beg aku kat hotel tu, aku meneruskan lawatan. Kali ni ke Kushida Shrine yang terletak tak jauh dari situ.



Kushida Shrine merupakan sebuah historical shrine yang menjadi titik mula perayaan Gion Yamakasa Festival sebuah acara membuang penyakit yang diraikan sejak dahulu lagi.

Masuk percuma.

Takde lah berbeza mana dengan shrine shrine yang lain tapi tempat ni menjadi salah satu destinasi lawatan popular di kota Fukuoka ni.

















Merayap dalam kawasan shrine ni dan keluar ikut laluan belakang membawa aku ke kawasan berdekatan Hakata River.

Di kawasan ini lah terletaknya Canal City mall dan juga Kawabata Shopping Arcade. Antara tempat tersohor untuk membeli cenderamata dan membeli belah.

Menariknya kawasan ni seolah olah kita berada di dua zaman berbeza dengan setting dan kawasan yang kekal dengan cafe cafe tradisi Jepun dan bangunan lebih modern di sebelah kawasan Hakata River.








Aku usha dulu kawasan Kawabata Shopping Arcade, sebuah kawasan beli belah lama yang menjual barangan tempatan dan cenderamata.



 









Boleh tahan panjang shopping arcade ni. Di hujung laluan akan nampak kawasan mall mall besar yang lebih high end.


Dan sebuah sungai iaitu Naka River menjadi kawasan pemisah antara Hakata dan Tenjin.









Di kawasan Tenjin ini terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai ACROS.


Visit the ACROS building is Tenjin Chuo Park. ACROS has a rooftop garden which is open on weekends and holidays until 4PM, and makes for a good view of the city. 

The building has a terraced roof that merges with the park and contains some 35,000 plants representing 76 species. Just east of ACROS is the former Prefectural Guest House, featuring turn of the century architecture.






Dari belah depan nampak seperti bangunan biasa je. Masuk dalam more to convention center selain ada kedai kedai dan restaurants tapi bila keluar laluan belakang baru nampak bangunan yang kekal dengan ribuan tanaman berupa garden bertingkat.



Sebenarnya boleh naik ke tingkat tingkat tu. Ada laluan di sediakan tapi aku malas.

Aku ambik port duduk kat kerusi usha bangunan ni dari jauh berdekatan kawasan lapang. Sambil sambil tu take five. Boleh tahan pancit dah nih !






Dah abis take five, tapi macam 50 minit jugak agaknya.

Menapak explore kawasan Tenjin yang penuh dengan pusat membeli belah dan department store.

Masa untuk window shopping !










Takde maknanya aku nak bershopping. Lagi lagi orang macam ulat di kawasan ni.

Sebaiknya aku gi kawasan lebih tenang. Santai santai sambil menikmati keindahan.

Ayuh kita ke taman bunga !

bersambung................

2 comments: