Pages

Wednesday, June 24, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 10 | BAIKEN MOSQUE, ALMATY

Sebuah lagi masjid yang tersergam indah di kota Almaty ini adalah Baiken Mosque.



Proses pembinaan masjid bermula pada bulan Ogos 2012 dan siap pada tahun 2014. Pembukaan masjid tersebut dilakukan pada April 2014 yang lalu. oleh Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev sebagai penghormatan kepada negarawan terkemuka  - Ketua Presidium Soviet Tertinggi SSR Kazakh - Baiken Ashimov.

Masjid ini terletak di persimpangan jalan Rozybakiev dan Zhandosov dan merupakan masjid terbesar di kawasan Bostandyk di Almaty.

Bangunan masjid ini mempunyai kubah emas tradisional dengan empat menara mengelilingi setiap sudut masjid.



Masjid Baiken dibina di kawasan seluas 6000 meter persegi dan boleh memuatkan 3000 jemaah dan mempunyai 6 tingkat. Dua tingkat bawah tanah disediakan untuk tempat letak kereta.

Selain itu, di tlantai bawah terdapat ruang pelbagaiguna. Selebihnya masjid mempunyai pengezonan klasik: bahagian tengahnya diduduki oleh ruang utama untuk solat, di bahagian atas masjid adalah dewan wanita. Masjid ini juga di kira sebagai salah satu karya senibina moden di Almaty.





Kerana ruang kawasan yang terhad, Masjid Baiken tidak memiliki halaman seperti kebiasaan di kebanyakan masjid di Asia Tengah. Khabarnya masjid ini di bina di atas tapak bekas pusat perjudian kasino Zodiak.

Bahagian wudu lelaki dan perempuan di bahagian bawah.




Terdapat beberapa laluan untuk memasuki masjid ini dan untuk setiap pintu masuk terdapat ruang khas untuk menukar pakaian dan menyimpan kasut.









Ukiran dinding kaca di bahagian luar masjid.

Masuk ke dewan solat utama.






Ruang solat di masjid ini dapat menampung sekitar 3,000 jemaah dalam satu satu masa. Gaya pencahayaan juga di peraktikan dengan cara terbaik iaitu dengan tingkap tingkap kecil di bahagian kubah yang mampu mengurangkan penggunaan lampu dan tenaga elektrik. Tidak lupa juga senibinanya menitik beratkan kemampuan bunyi akustik dari seluruh ruang dalaman tanpa perlu banyak peralatan bunyi moden.

Hari ini, masjid ini, mungkin, adalah cahaya itu sendiri, baik dari segi jumlah alat pencahayaan dan juga jumlah tingkap kaca berwarna di kota. Peralatan akustik masjid tidak kurang dipikirkan dan direka bentuk dengan peralatan bunyi moden. 

Terdapat sebuah lampu chandelier bersaiz besar yang tergantung di ruang tengah masjid dikelilingi oleh 6 lampu bersaiz yang lebih kecil.





Di bahagian dalamnya, ruang utama dihiasi dengan keindahan ukiran dan seni khat dari Al-Quran yang diukir dengan indah pada dinding dalam berwarna hijau serta padanan dinding kapur berwarna lembut kemerahan. Keseluruhan lantai dialas dengan permaidani berwarna turqoise.

Warna warna ini membangkitkan rasa ketenangan kepada jemaah yang masuk ke ruang dalaman masjid Baiken ini.

 







Kawasan mihrab dan ruang mimbar masjid dipenuhi dengan tulisan khat dan ayat ayat suci Al Quran.






Secara keseluruhannya masjid Baiken ini adalah salah satu masjid paling megah dan moden di Kazakhstan dan bandar Almaty khususnya.


Masjid ini dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9 malam untuk lawatan selain di buka untuk umat Islam beribadah.

bersambung...........

2 comments: