Pages

Monday, June 22, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 09 | BIG ALMATY LAKE

Satu lagi lokasi yang sentiasa menjadi kunjungan wajib bagi sesiapa yang menjejakkan kaki ke bumi Almaty ni adalah Big Almaty Lake.


Big Almaty Lake adalah tasik semula jadi yang terletak di pergunungan Trans-Ili Alatau pada 2511 meter di atas permukaan laut berhampiran Almaty (15 km ke selatan dari bandar Almaty). Seperti sebahagian besar tasik di Trans-Ili Alatau, tasik ini terbentuk akibat dari kejadian gempa. Tasik ini merupakan sumber utama air minuman untuk wilayah ini. Pengunjung boleh melawat kawasan tasik dengan menggunakan kereta persendirian (kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat bandar), basikal, atau mendaki (kira-kira perjalanan setengah hari).

Jangan risau kalau tak de kenderaan, boleh naik public bas.

(Bus 28 goes from the roundabout at Al-Farabi and Navoi up Dulati street, from there you’ll have to hike about 15kms to the lake; or take a taxi from the city for about 2,000KZT, or by Private Vehicle. 200KZT park fee)


Big Almaty Lake terkenal disebabkan keindahan kawasan persekitarannya yang dikelilingi oleh gunung ganang serta kehijauan air tasik itu sendiri. Dengan udara yang segar lokasi ini sememangnya sesuai untuk perjalanan santai atau sekadar datang picnic dan melihat keindahan.



Perjalanan ke Big Almaty Lake ni biasanya akan disertai dengan beberapa aktiviti lain sepanjang laluan atau ketika waktu pulang.

Awalnya kalau dari Almaty, perjalanan akan melintasi kawasan kehijauan bukit bukau dan gunung ganang sebelum tiba di destinasi akhir iaitu di kawasan tasik.

Bas persiaran biasanya tak lepas naik jadi kena tukar ke pengangkutan yang lebih kecil. Kalau tak tersengguk sengguk lah nak sampai ke puncak. Tapi view memang lawa. Ada port port aci singgah untuk berpoyosing tanpa batasan !

Keadaan jalanraya agak sempit dan mencabar pemanduan jugak lah. Kalau jenis mabuk mabuk ready je la perut berkocak kocak nak sampai ke puncak.














Bila dah sampai ke puncak dekat tasik tu maka hilanglah segala jerit perih dan rasa mual mual dek keindahannya.

Mungkin time winter lagi lawa kot tapi nak sampai ke puncak ni mungkin lebih mencabar.

Ayuh layan jamu mata !








Tasik ni dah jadi tadahan untuk bekalan kegunaan air penduduk di sekitar bandar Almaty. Tak de banyak facility lain tersedia. Ada satu dua pondok kecik. Lain lainya kawasan tebing curam menghadap tasik.

Boleh je turun sampai ke permukaan tasik tapi kena hati hati. Tak pasti boleh mandi ke tidak. Oh.. Kalau nak memerut jangan suka suka membuang ke tasik, ada tandas awam ala ala nak roboh kat sini. Mana tak roboh, jambannya satu yang berkongsinya beribu ribu. Pepandai la membawa diri kalau bencana perut melanda diri.

Sebab lokasi Big Almaty Lake ni terletak berhampiran sempadan Kazakhstan dengan Kyrgystan, maka kelihatan ramai askar askar berkeliaran. Advisable bawak passport bersama sama in case kalau kena tahan.

Restoran atau hotel pun tak de. Mostly viewing point pun tepi jalan tu je. Tapi kalau nak picnic aci je la di lereng lereng tu.

Ada truck jual kopi dan jajan. Beli dan kudap sambil melihat keindahan alam.

























Memang asyik melayan view sampai tak sedar hari dah petang.

Ayuh beransur turun...



Time nak turun lagi la boleh muntah hijau sekali lagi dek laluan yang berliku liku.




Lawatan ke Big Almaty Lake ni seeloknya waktu pagi sebab diperjalanan ada tempat tempat lain jugak boleh singgah untuk beraktiviti.

Turun dari atas puncak, singgah menonton show burung di kaki kawasan pergunungan di sini. Di kawasan ni jugak la kalau nak berhenti untuk berak kencing dengan lebih selesa.





Burung bukan sebarang burung. Bukan burung tiong ke atau burung kakak tau tapi burung falcon dan burung hantu.

Saja lah show tunjuk burung burung hutan yang mendengar kata. Di lepas terbang dan pandai balik ke pangkuan tuan nya. Macam di kawal oleh remote jer. Ke burung burung ni ada battery?






Burung burung yang di bela dan di jaga, di latih serta di beri makan mesti lah mendengar kata. Kalau melawan silap silap kebulur nak cari makanan sendiri.

Nak kata kagum tu bagi aku biasa biasa je lah. Boleh la melengkap kan trip seharian ke Big Almaty Lake ni.


Abis show maka selesai lah lawatan dan balik ke bandar Almaty semula. Perut dan burung sendiri pun dah berkeroncong kelaparan bernyanyi nyanyi.

Tak kan burung dekat show tu je nak makan. Kami geng geng beburung ni nak juga ! Eh.... Lagi lagi geng geng burung jablai.. ( jarang di belai )... hiks.

bersambung...........

8 comments:

  1. Tak ada ke ambik gambar jamban yang nak roboh tu? Nak tengok jugak... Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...

      takut jamban terkejut kena flash terus roboh terus

      Delete
  2. lawaaaa tasik tu. Time autumn mesti lg cantik view kan

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. baru try try nak ngusik .... hantu in train.. hehe

      Delete