Pages

Thursday, June 11, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 04 | CENTRAL MOSQUE ALMATY

70% penduduk Kazakhstan adalah beragama Islam. Maka tidak pelik, terdapat banyak masjid masjid di kawasan bandar dan luar bandar di dirikan untuk menampung keperluan penganut di sana.

Salah satu masjid di kota Almaty adalah Central Mosque, Almaty.


Central Mosque Almaty adalah masjid terbesar di Almaty dan juga seluruh Kazakhstan.

Direka untuk menampung 7000 jamaah, ia dibina di tapak masjid lama pada tahun 1890 namun telah musnah terbakar pada tahun 1987. Asas baru masjid itu diletakkan pada tahun 1993 dan pembinaannya selesai pada tahun 1999. Senibina masjid ini direka oleh arkitek Bajmagambetov and Sharapiev.  

Pada tahun 2000, kubah besar itu dihiasi oleh ayat-ayat dari Al-Quran yang di ukir oleh para kaligrafi Turki. 





Asalnya masjid ini dihiasi dengan marmar putih tempatan dan jubin kaca berwarna. Kubah berwarna biru dengan berdiameter 20 m, tinggi 36 m. Ketinggian menara adalah 47 meter kemudian kubahnya di tukar kepada warna emas.

Pada 22 Disember 2006, Bank Negara Kazakhstan menggambarkan masjid itu dengan duit syiling 500- tenge edisi terhad dari perak sterling. 

Menara berlatarbelakangkan Zailiysky Alatau Mountains, sememangnya pemandangan yang menakjubkan ! 





Pelan masjid ini berbentuk segi empat dengan laluan pintu masuk ke lorong tengah yang menuju ke ruang solat utama yang berbentuk segi lapan serta ditutupi kubah.  

Dindingnya dipenuhi dengan corak dan ukiran ayat-ayat Al-Quran. 

Usha kawasan dalam.













Masjid yang mengagumkan serta menyenangkan mata dengan pemandangannya yang indah, pencahayaan yang baik dan lokasi yang damai di mana seseorang boleh duduk, berehat dan berdoa sambil mengagumi keindahan sekitarnya. 

Terdapat dewan untuk lelaki dan wanita, bilik untuk membaca Al-Quran, dewan perkahwinan, dan juga bilik untuk pelajaran Islam. 

Terdapat peraturan tertentu untuk mengunjungi masjid menanggalkan kasut anda sebelum memasuki ruang solat, berpakaian sederhana dan jangan buat bising.

Central Mosque, Almaty adalah simbol senibina Islam di Kazakhstan. Ia terletak di Jalan Pushkin dan sangat dekat dengan Green Bazaar yang terkenal.



Masjid ini kini menjadi sebuah bangunan berkubah emas yang megah di kota Almaty.

Central Mosque 
Pushkin St, Almaty, 
Kazakhstan 

Dah solat boleh gi shopping mopping !

bersambung.............

2 comments:

  1. Elok pulak mu gi photoshoot time xdop org. Mmg terserlah kelawaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. timing la tu ... kalau ada pun takkan nak halau. hehe

      Delete