Pages

Tuesday, June 9, 2020

KAZAKHSTAN - Journal of Nomads :: 03 | MEDEO & SHYMBULAK SKI MOUNTAIN

Tak sah kalau ke kawasan pergunungan dan tak ambik kesempatan menikmati keindahan kawasannya lebih lebih lagi kalau time musim sejuk bersalji.


Tapi time aku berkunjung ke Kazakhstan ni belum masuk musim winter tapi alang alang dah sampai, kena jugak usha usha kawasan.

Di luar kota Almaty terdapat sebuah kawasan yang terkenal dengan ski mountain nya iaitu Shymbulak Ski Mountain. Port untuk berwinter aktiviti.






Shymbulak resort ski resort terletak di bahagian Lembah Medeu di pegunungan Zaiilisky Alatau, pada ketinggian 2.200 meter (7.200 kaki) di atas permukaan laut. Kawasan peranginan ini cuma kira-kira 25 kilometer di selatan bandar Almaty berdekatan kawasan Medeo. Ia terkenal dengan iklimnya yang sederhana, sebilangan besar hari yang cerah dan salji yang banyak sepanjang musim sejuk (dari bulan November hingga Mei).

Untuk sampai ke puncak Shymbulak ini, terlebih dulu akan melintasi kawasan gelanggang The Medeo di bahagian kaki pergunungan.








The Medeo adalah gelanggang ice skating yang terletak kira kira 1,691 meter di atas permukaan laut, menjadikannya salah satu gelanggang luncur tertinggi di dunia. Ia memiliki 10,500 meter persegi ais dan menggunakan sistem pembekuan dan penyiraman yang canggih untuk memastikan kualiti ais.

Gelanggang besar seolah olah sebuah stadium terbuka dengan permandangan yang memukau di persekitaran ini juga menjadi lokasi acara acara besar seperti Pertandingan Voice of Asia dan lain lain lagi.












Voice of Asia merupakan festival muzik yang diadakan setiap tahun bermula dari tahun 1990 di Almaty, Kazakhstan yang menghimpunkan penyanyi penyanyi dari  negara negara Asia termasuk lah Malaysia. 

Antara wakil Malaysia yang pernah bertanding dan mendapat tempat pertama adalah Anis Suraya dan Ziana Zain. Namun satu satunya wakil Malaysia yang pernah menjadi juara Grand Prix Voice of Asia ini adalah Siti Nurhaliza.

Di sini lah lokasi pertandingan ini di adakan sehinggalah tahun 2005, ianya dihentikan sebab kekurangan dana.



Tidak jauh dari gelanggang The Medeo ini adalah station cable car untuk ke puncak Shymbulak Ski Mountain.

Medeu: 800KZT admission. 

Chimbulak: Day ski pass 5,000KZT, one lift ticket 600KZT, return gondola ticket from Medeu to the top of the mountain at Chimbulak 2,500KZT. Take bus #6 and #6A from Dostyk street, they run every few minutes. It’s a 30 minute bus ride up to Medeu.











Perjalanan dengan cable car dari station bawah ke station pertengahan akan di sajikan dengan pemandangan kawasan pergunungan dengan hutan menghijau serta puncak bersalji.



Di station pertengahan terdapat kawasan RNR. Ada banyak resort dan juga restaurant di buka untuk pengunjung.














Dari station ini, kena naik lagi cable car ke puncak. Time winter sini pun dah penuh salji kot.










Sampai di station cable car pada ketinggian 2,860 meter, kena tukar cable car lagi sebelum betul betul sampai di puncak Shymbulak Ski Mountain ni.















Akhirnya baru lah sampai ke station puncak ! Fuh. Jauh jugak perjalanan nih. Nasib la aku ni bukan jenis gayat. 

Tapi view memang padu walaupun belum musim winter sepenuhnya.

Boleh tahan gak la sejuk beku. 










Di atas puncak masih belum banyak aktiviti beroperasi, so layan je la view  sambil main baling baling sajli dan feeling feeling jadi Anna dan Elsa !










Serlah kan ciri ciri kekampungan.................  

Let it go !
Let it go !

"Ada yang nak order ABC?"

bersambung........................

2 comments: