Pages

Monday, February 17, 2020

Trip Royale PEKAN 07 | AnCasa ROYALE PEKAN - Facilities

Kalau nak di kira kan, ini lah hotel paling berbintang kat Pekan ni. Tak pasti cemana boleh wujud di sini, tapi since AnCasa ni under UDA Holdings, dan UDA sendiri telah dibangunkan pada zaman Tun Abdul Razak lagi ditambah pulak bila Pak Jib jadi PM maka jadi agak perlu hotel bertaraf 4 bintang seperti ini di bangunkan walaupun cuma di bandar Pekan !


Ayuh kita lihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di AnCasa Royale Pekan ni.



KOLAM RENANG

Kolam renang agak bersaiz besar dan memang sesuai kalau nak berenang riang especially kalau ada kanak kanak.

Cuma nya pool dia tutup agak awal iaitu jam 6 petang !






GYMNASIUM

Gym untuk kegunaan para tetamu yang menginap di sini. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan angkat berat, rintangan dan peralatan gym kardio supaya tetamu dapat bergym-ak dan melakukan aktiviti senaman walaupun ketika datang bercuti.

Gym terletak di tingkat 2 dan waktu operasi-nya dari 7.00 pagi - 9.00 malam setiap hari.








ANCASA SPA

Ada SPA tapi masa aku datang hari tu SPA ni macam tak beroperasi jer. Maybe on demand basis kot.



BUSINESS CENTER

Business Center untuk yang datang atas tujuan kerja dan memerlukan perkhidmatan seperti fotokopi, percetakan dan pengimbasan.






IN HOUSE LOBBY ENTERTAINMENT

Kalau nak dengar orang main piano serta muzik yang dimainkan dari alat alat tradisional Melayu yang disebut Caklempong, ada di lobi.







TEMPAT LETAK KERETA

Ruang letak kenderaan percuma disediakan.



BILIK MEETING

Meeting room untuk sesi mesyuarat atau outside meeting.






KEMUDAHAN LAIN

Ada taman permainan untuk kanak kanak...




Ada rekreasi outdoor untuk team building etc. Ada court jugak.



Lookout point mengadap Sungai Pahang. Layan sunset kat sini memang cun.



Gazebo dan pondok pondok untuk santai dan istirehat.



Selain tu di Ancasa Royale Pekan ni terdapat jugak port dining untuk tetamu sama ada yang menginap atau datang nak makan makan di hotel.

SAFFRON BRASSERIE

Ni restoran utama yang terdapat di sini. Di buka sepanjang hari dan restoran ini menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang mewah. Cukup popular time bulan puasa.

Di sini lah juga sarapan pagi di sediakan dan kami sempat bersarapan jugak semasa menginap di sini.











Breakfast dia not bad lah considering tak ramai orang dan makanan sedap dan buffet dia agak banyak jugak. Siap ada pulut nyor dengan ikan masin !

Petang petang boleh lepak santai sambil pekena kopi etc...





Selain tu ada S2DIO SPORTS CAFÉ. Satu-satunya kelab di Pekan yang menyajikan hiburan malam kepada tetamu dan warga tempatan.




Tapi tak dengar pulak bising bising. Aku pun tak de terasa nak berdisco dansa ke apa jadi tak sempat usha.

AnCasa ROYALE PEKAN
2670, Jalan Pekan-Kuantan,
Kampung Peramu
26600 Pekan,
Pahang.

Tel : 09-424 6600
Fax : 09-424 6700


Sememangnya pilihan penginapan paling meletop kalau di Pekan !






Selain keselesaan untuk menginap atau pun lokasi percutian, hotel ini  cukup romantis kalau nak buat majlis perkahwinan ala ala grandis !
Nah ! Kali ni kita usha jenis jenis penginapan yang ada di hotel ni.



Terdapat 5 jenis kategori bilik penginapan di AnCasa Royale Pekan ni.

DELUXE PREMIER. Saiz bilik: 45 m²

Deluxe Premier King / Twin menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penyaman udara, tingkap-tingkap besar yang menghadap ke sungai dan ruang kerja yang mencukupi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

FAMILY SUITE. Saiz bilik: 69 m²

Family Suite menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penyaman udara, tingkap besar dan balkoni dengan ruang kerja yang mencukupi. Ruang hidup yang bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

JUNIOR SUITE. Saiz bilik: 81 m²

Suite Junior menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penghawa dingin, tingkap besar yang menghadap ke sungai dan ruang kerja yang mencukupi. Ruang hidup yang bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

SUITE EKSEKUTIF. Saiz bilik: 261 m²

Bilik tidur yang elegan dengan katil saiz King, ruang makan dan ruang tamu, satu TV plasma di bilik tidur dan ruang tamu, ruang duduk dan internet berkelajuan tinggi percuma. Bilik mandi yang direka dengan sempurna dilengkapi dengan pancuran hujan hutan, tandas berasingan dan basuh pinggan.

SUITE PREMIER. Saiz bilik: 326 m²

Perabotan yang elegan dalam nada tanah yang menenangkan memberikan latar belakang yang sempurna untuk tidur manis di tempat tidur yang mewah. Suite utama ini mempunyai ruang tamu yang berasingan yang menawarkan privasi ruang peribadi anda semasa perbincangan atau perjumpaan berlaku di ruang tamu.









Dan kami telah memilih bilik paling murah iaitu Deluxe Premier King / Twin. Ambik 2 bilik bersebelahan, aku stay dengan IH dan BW stay sorang sorang.

Antara kemudahan bilik yang tersedia untuk bilik jenis Deluxe Premier ini termasuk lah :

Bilik pancuran mandian berasingan
Tab mandi
Deposit Keselamatan
Telefon IDD
Penyaman udara
Pengering rambut
Jubah mandi
Peti sejuk mini
Meja Kerja
Kemudahan menyeterika
Kelengkapan peribadi percuma
Selipar
Saluran satelit
Permaidani
Perkhidmatan bangun tidur
Jam loceng
Almari pakaian atau almari
Kemudahan kopi & teh
Wifi

Jom usha biliknya................










Ruang Kerja.




Bilik air. dia cukup besar dan luas dengan segala amenities yang ada.







Amenities yang lain dalam bilik penginapan..





Bilik dan kemudahan cukup lengkap dan masih berada pada tahap keselesaan yang terbaik !

Dan usha pulak view yang kelihatan dari bilik penginapan kami.















View terbaik adalah dapat melihat matahari terbenam dari kamar penginapan !



With an accent on classic modernity, which adheres to the design tenets of simplicity and chic elegance, the new rooms showcase the finest materials and craftsmanship of AnCasa Royale Pekan, 

Penginapan terbaik !

Tak abis lagi. Bersambung lagi.. Tunggu kejap ! Nanti usha facilities yang ada di sini.



Udang sama udang
Masak gulai dalam kuali
Jikalau masih bujang
Carilah teman berhati-hati

Naik Bukit Bendera
Bukit Bendera di tempat kami
Kalau dah sama suka
Hantar pinangan ikatlah janji

Tanjung Pagar ternama
Kapal datang dan pergi
Jangan bermain cinta
Kalau tidak sesungguh hati

Udang sama udang
Tak 'kan sama anak tenggiri
Bujang sama bujang
Orang tua yang makan hati

bersambung..............

6 comments:

  1. Ye pernah lalu kat PEKAN ni....ternampak hotel yang gah ni....dlm hati...eeehhh ada hotel yang best kat pekan yg kecik ni...lain kali boleh menginap....huhuhu

    ReplyDelete
  2. memang gah hotel nya. serupa kat bandar2 besar

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tu lah... payoh nok juppe tu.. tapi bila juppe makan dok banyok mana

      Delete