Pages

Saturday, February 15, 2020

Trip Royale PEKAN 06 | AnCasa ROYALE PEKAN - Room & View

Nah ! Kali ni kita usha jenis jenis penginapan yang ada di hotel ni.



Terdapat 5 jenis kategori bilik penginapan di AnCasa Royale Pekan ni.

DELUXE PREMIER. Saiz bilik: 45 m²

Deluxe Premier King / Twin menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penyaman udara, tingkap-tingkap besar yang menghadap ke sungai dan ruang kerja yang mencukupi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

FAMILY SUITE. Saiz bilik: 69 m²

Family Suite menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penyaman udara, tingkap besar dan balkoni dengan ruang kerja yang mencukupi. Ruang hidup yang bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

JUNIOR SUITE. Saiz bilik: 81 m²

Suite Junior menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penghawa dingin, tingkap besar yang menghadap ke sungai dan ruang kerja yang mencukupi. Ruang hidup yang bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

SUITE EKSEKUTIF. Saiz bilik: 261 m²

Bilik tidur yang elegan dengan katil saiz King, ruang makan dan ruang tamu, satu TV plasma di bilik tidur dan ruang tamu, ruang duduk dan internet berkelajuan tinggi percuma. Bilik mandi yang direka dengan sempurna dilengkapi dengan pancuran hujan hutan, tandas berasingan dan basuh pinggan.

SUITE PREMIER. Saiz bilik: 326 m²

Perabotan yang elegan dalam nada tanah yang menenangkan memberikan latar belakang yang sempurna untuk tidur manis di tempat tidur yang mewah. Suite utama ini mempunyai ruang tamu yang berasingan yang menawarkan privasi ruang peribadi anda semasa perbincangan atau perjumpaan berlaku di ruang tamu.









Dan kami telah memilih bilik paling murah iaitu Deluxe Premier King / Twin. Ambik 2 bilik bersebelahan, aku stay dengan IH dan BW stay sorang sorang.

Antara kemudahan bilik yang tersedia untuk bilik jenis Deluxe Premier ini termasuk lah :

Bilik pancuran mandian berasingan
Tab mandi
Deposit Keselamatan
Telefon IDD
Penyaman udara
Pengering rambut
Jubah mandi
Peti sejuk mini
Meja Kerja
Kemudahan menyeterika
Kelengkapan peribadi percuma
Selipar
Saluran satelit
Permaidani
Perkhidmatan bangun tidur
Jam loceng
Almari pakaian atau almari
Kemudahan kopi & teh
Wifi

Jom usha biliknya................










Ruang Kerja.




Bilik air. dia cukup besar dan luas dengan segala amenities yang ada.







Amenities yang lain dalam bilik penginapan..





Bilik dan kemudahan cukup lengkap dan masih berada pada tahap keselesaan yang terbaik !

Dan usha pulak view yang kelihatan dari bilik penginapan kami.















View terbaik adalah dapat melihat matahari terbenam dari kamar penginapan !



With an accent on classic modernity, which adheres to the design tenets of simplicity and chic elegance, the new rooms showcase the finest materials and craftsmanship of AnCasa Royale Pekan, 

Penginapan terbaik !

Tak abis lagi. Bersambung lagi.. Tunggu kejap ! Nanti usha facilities yang ada di sini.



Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

bersambung.............

5 comments:

  1. Memang cantik hotel nih ... tapi terfikir lak ... nak buat apa eh kat tengah tengah Pekan nih ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat menginap lah.... ehehehe..
      pekan kan bandar di raja... MP pun bosskurrr.. mesti VVIP ramai nak pegi, takkan nak tido hotel OYO...

      Hakss

      Delete
    2. oh lupa. lokasinya pun sebelah rumah bosskurr :-)

      Delete