Pages

Wednesday, November 6, 2019

Weekend Getaway : 03 | KLUANG STATION, Quill City Mall

Jalan kaki ke Quill City Mall. Acara penting adalah nak bawak budak budak tengok wayang.

Menapak jer. Jangan malas !









Tak nak bagi mereka keletihan dan kebosanan, ambik tugas Papa snappy gambar. Pepandai lah nanti aku edit.

Tapi biasalah dia orang ni, jalan kaki nampak kucing.. berhenti main dengan kucing. Pastu baru nak sambung berjalan. Sedar sedar dah sampai di Quill City Mall. Tak jauh pun.




Sementara menanti waktu tayangan, mencari port mengisi perut dulu. Buntu tak tau nak makan kat mana, last sekali kami decided untuk makan di Kluang Station.

Nak gi Kluang macam jauh sangat. Makan kat franchise dia je lah dekat Quill City Mall ni.

Aku pun dah lupa pernah try makan kat outlet Kluang Station ke tak sebelum ni. Rasanya macam pernah.




Sila jangan terpedaya istana kaca....., Kluang Station bukan lah franchise Kluang RailCoffee yang dekat station keretapi Kluang sana nuh.

Rasanya tak de kena mengena pun. Sama sama pakai nama Kluang jer.

Usha setting kedainya dulu....









Siap ada tiang letrik dengan kabel kabel sekali. Kalau kena karan how?? Kejong tengah mamah roti bakar ? Diri sendiri yang terbakar.

Tu sebenarnya interior design je kot nak menampakkan macam kat Kluang. Eh ke wiring letrik betul????

Ahaks..

Space-wise agak cozy dan banyak kerusi meja untuk pelanggan menjamu selera. Tapi cemana pulak dengan menu nya??? Jom menaakul menu dia pulak.








Here you will find not only a local fusion of authentic Hainanese food, but also a true homepage to the Chinese Culture and tradition, resonating with the nostalgia of a time-worn train station.

Menu dia agak banyak jugak lah so bagi kelebihannya untuk pelanggan memilih makanan yang kena dengan selera.

Order je lah apa yang ada.



Minuman muncul mengambil posisi di meja makan. Now tunggu makanan pulak.

Choooot ! Choooot ! Chooot !!!

* bunyi keretapi.

Maknanya adalah. Process menunggu tu macam aci je naik train dari KL sampai Kluang dan order kat Kluang Railcoffee sana.. !!

* begitu aku exaggerate

Tapi memang selow gilerrr.... 

Aku rasa macam kurang staff kot.. Kami dah lah mengejar masa sebab nak tengok wayang. Hampir hampir nak cancel order dah.






As usual, makanan aku paling lewat tiba. Tu lah order chicken chop sangat. Memang resah menunggu makanan tiba sampai tak sempat nak menikmati.

Main suap suap je, kunyah pun tak lumat sebab nak cepat.

Servis memang slow gilosh. Makanan pun so so je. Roti bakar pun sejuk. 

Tak abis aku makan sebab anak anak aku dah melonjak lonjak nak tengok wayang. Time tu aku memang dah tengok Avengers Endgame tu dulu tanpa dia orang so aku tak de lah kisah sangat kalau lambat skit pun.

Orang Hitaly kata makan polok polok nak cepat cepat abiskan pastu naik atas ke GSC.

KLUANG STATION, Quill City Mall
LG-05, Lower Ground Floor, Quill City Mall,
No.1018, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Business Hour
10.00 am - 10.00 pm (Daily)

Contact Info
Tel/Fax:+603-2602 2039

kluangstation.com.my/

Mereka ada few outlets di tempat tempat lain...



Abis tengok wayang jalan kaki balik ke hotel semula. Penat berjalan, perut lapar semula. Lagi lagi memang kat area Kampung Baru, tekak rasa nak mencekik jerrr...

How?????

4 comments:

  1. Boleh try nanti & terima kasih atas infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lai lai lai..... tapi kg baru dah dekat. lagi banyak choice

      Delete
  2. makanan dia bawak dari Kluang naik ketapi pancit tayar on the way...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ketapi salah reltrack... sampai ke gua musang? ehehehe

      Delete