Pages

Wednesday, November 13, 2019

THE HIDEOUT, Bukit Jelutong

Beratur ! Beratur !

Tunjuk perut masing masing.

Sapa yang slim shaddy serta fit boleh teruskan pegi berjogging. Sapa yang dah boroi sila maju 3 langkah ke hadapan......

Ayuh kita sama sama menyorok ! 


Ya. Menyorok dalam semak lah. Malu kalau orang nampak. Hahaha. 

Okey, kali ni nak usha cafe The Hideout yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.



Senja dah menjelang. Elok dinner awal sikit.

Lokasi sebenar berdekatan masjid Bukit Jelutong. Senang lepas makan terus lari ke masjid.



Cafe The Hideout ni terletak dalam bangunan lot kedai di sini. Kena park kat luar dan jalan kaki ke arah tengah kawasan. Nanti nampak lah signage dia. Cafe yang menyediakan fusion food, coffee dan juga terkenal dengan pastries nya.

Kami datang sekeluarga nak mencuba.

Usha setting luaran kedai.



Space yang luas maybe boleh organize event event tambahan. Tak banyak kedai yang di buka di kejiranan jadi kawasan tak berapa ramai orang.

Belah dalaman pulak....









Belah dalam cukup meja untuk menampung sejumlah pelanggan. Time kami datang tak ramai orang. Kedai bersih dan selesa juga. Cafe nampak dikendali oleh anak anak muda.




Tatap menu dengan wajah penuh nafsu.







Mereka turut menyediakan cakes dan ada tersedia Mille Crepe yang selalu menjadi igauan tekak dan selera.




Dah order, masa untuk menunggu makanan tiba. Service so so... tak de lah slow dan tak lah pantas juga.

Usha menu kami sekeluarga.






Lupa dah nama makanannya. Tapi OR order lamb, aku order chicken, anak bujang aku order fish and chips dan anak dara order carbonara pasta. Overall makanan kira OK lah. Lamb tu OR aku kata liat sikit. Aku tak tau sebab aku tak makan.

Oh. Minuman. Kang tercekik pulak di kedai orang.

 



Dan sudah tentu, kena cuba mile crepe yang ada di sini....



Biasalah anak anak aku nak satu sorang. Yang pelangi tu macam kurang mendapat sambutan tapi caramel tu Hero aku belasah sorang sorang.

Sedar sedar dah licin.



Overall, food tak mengecewakan. Cafe pun OK. Service pun OK. Cuma lokasi agak suram. Harga berpatutan dengan rasa dan service nya.






Kedengaran azan maghrib berkumandang. Masa untuk solat dan berdoa. Moga istiqamah dalam menjaga tubuh badan dan tidak makan secara berlebihan. agar tidak tersasar ke lembah ke-obese-sian.

Eh gi masjid naik kereta lah. Jalan kaki jauh jugak tu.

THE HIDEOUT CAFE
No.1, G-03 Jalan Bazar U8/100,
D'Vida Business Centre, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
 +603 7859 8433

Waktu Operasi: 11 pagi - 12 malam (setiap hari)

facebook/thehideoutbj/

4 comments: