Pages

Tuesday, November 12, 2019

NASI KUKUS FAMOSA, Cyberjaya

Hari tu ada delegasi dari luar negara datang ke Malaysia dan mereka berkeinginan nak makan makanan dan lauk pauk Melayu.

Aku ingat nak bagi dia orang makan ulam ulam dan daun kayu tapi nanti dia orang membawang sesama mereka yang orang Malaysia ratah makan daun daunan jer pulak.

Bagi mengelakkan mereka merangkak di padang Mahsyar kelak nak mohon maaf pada kita semua sebab menuduh rakyat Malaysia yang bukan bukan, jadi aku kena mencari alternatif lain.

Hah !!!.

Mendapat maklum balas positif dari kawan kawan sejagat maka kami makan tengahari di Nasi Kukus Famosa, Cyberjaya.


Ya.. Di Cyberjaya. Bukan di A Famosa Melaka whatsoever.

Famosa bermaksud famous !

Restonya terletak di lot kedai CBD Perdana 2 belah tengah. Ada setting duduk makan di dalam dan di luar. Jangan duduk tengah jalan pulak nanti kena langgar dengan lori lazada dan pos laju !

Usha setting tempat makan ni.








Resto bersih dan selesa.

Menyediakan nasi kukus dengan ayam berempah dan berlauk dengan lauk lauk kampung dan tak berapa nak kampung. Ada kuih muih serta kudapan lain.






Memang mencabar nak ambik gambar sebab orang ramai. Tapi demi nak kasi extra famous resto Nasi Kukus Famosa ni aku bertindak dengan penuh berhati hati lagi berani agar tidak di kesan oleh mata mata jahat mahupun CCTV.

Dan ni hidangan pilihan untuk para delegasi.








Ada jugak ulam ulaman dan dedaunan kat situ. Tapi tak pe lah. Yang pasti lauk dia agak menarik dan rasanya pun lazat.

Gulai lemak sedap. Ayam percik terbaik di rantau abam.... !

Licin siap bertambah tambah lagi mereka. Tu belum di kasi makan daun ketum lagi tu. Eh.... daun kesum. 

Kenapa nak kena makan daun kesom eh? Hahaha

Cuma harganya agak mahal sikit tapi dia dah tulis siap siap kat situ berapa seketul harga ayam percik etc. Dan ayam tu bukan sebarang ayam... Masih Dara jelita !!!

Jadi check dulu sebelum menceduk sesuka hati.

Atas kesedapan yang luar biasa tu, aku ada berkunjung sekali lagi lepas tu, tapi kali ni dengan kawan kawan je. Baru boleh makan pakai tangan dan menikmati. Kalau masa bawak delegasi dulu tu aku sibuk lak menjaga kebajikan mereka laksana seorang Pramugari.

Eh. Pramusaji ! 

Ke lebih kepada aksi macam Peragawan? ( feeling feeling tak tau nak buat apa )

Hahaha



Sedap gak la lauk lauk dia. Kena dengan selera aku. Cuma tak leh selalu selalu sebab jauh nak gi Cyber nuh dan harga pun tak berapa nak wallet friendly.

Tapi mereka ada set nasi bajet jugak lah. Tapi time aku pegi tu tak der pulak ! Bajet lari mungkin.....?

Boleh jugak try Nasi Ayam...............


........................dan juga lauk ikan fairy..... U know?


Lauk pari lah. Of kos lauk pari bukan lauk pilihan aku. Tapi member kata sedap juga.

Kalau ke kota Siber, silakan berkunjung !

Buka setiap hari bekerja : 7 pg - 4 petang tapi Jumaat, Sabtu, dan Ahad tutup.

Pagi tu ada breakfast agaknya.

NASI KUKUS FAMOSA
4807-0-15 CBD Perdana,
Persiaran Flora, 2,
Jalan Perdana, Cyber 12,
63200 Cyberjaya, Selangor

fanpage : Nasi-Kukus-Famosa

OK. Aku dah siap memfamoskan lagi kedai yang siap sedia famous !

8 comments: