Pages

Tuesday, August 6, 2019

OLE OLE BALI @ Sunway Pyramid

Kejap kejap lagi silap silap aku bakal jadi duta Ole Ole Bali ! Hari tu dekat Ole Ole Bali, Cyberjaya tapi kali ni kita ke Sunway Pyramid.

Ke jadi duta Sunway Pyramid je ? Jadi Sphinx !


Sebabnya ada satu period tu aku dok ulang alik bermeeting di sini almost every week ! Apa la partner aku suka sangat ajak meeting kat sini.

Baik ajak gi Bali terus.. Kan?


Agak biasa jugak penyudahnya datang sini sampai aku dah tak tau nak order apa. Tapi kali ni bukan nak makan sangat tapi nak usha outlet Ole Ole Bali di Sunway Pyramid ni.

Terletak di bahagian luar shopping mall area Oasis Boulevard. Senang jugak kalau parking valet tapi mahal lah cas nya.









Cantik deco dan selalu tak ramai orang sebab tu kami suka meeting di sini... Tenang je

Ada jugak entrance dari belah dalam mall.





Bunga bunga (yang tak boleh di makan)

Kalau sakit pinggang better duduk di meja je.

Usha menu............





Sama je menu dia di outlet mana mana pun...

Selalu datang sini mesti aku dah kenyang jadi aku skip makan makanan yang portion dia macam nak bagi makan gajah tu. 

So order kudap kudapan.

Order ayam goreng potong kecik kecik ni pun sedap jugak. Ada kentang. Cicah dengan sambal. Lama lama jadi addicted je. Kadang kadang ambik yang cumi.

Jadi ini lah makanan favourite aku kalau datang sini...




Minuman dia agak pelbagai dan macam macam jenis. Boleh tukar tukar ikut warna spender yang di pakai hari tu. 

Sirap bandung?

Satu je, harga makanan dan minuman kat sini agak Yahudi. Mahai. Tapi pasrah sebab selalu bukan aku yang memilih tempat.

Tapi dia orang kena cas mahal sebab nanti nak bayar duta macam aku ni mahal mahal. Err duta Ole Ole Bali wajib pandai goyang Bali ke tak?

Eh ah eh ah......... eh ah eh ah...........

OLE OLE BALI @ Sunway Pyramid
OB-1C, 3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Open 11 am - 11 pm

2 comments: