Pages

Monday, August 5, 2019

2019 : Bila Mak Datang Ke KL....(REPORT CARD)

Makcik Mona datang KL tempoh hari. 

Aku pening kepala tak tau nak bawak dia ke mana. Duduk rumah kang dia kebosanan kang kesian pulak. 

Ini adalah Report Card aktiviti-aktiviti Bila Mak Datang Ke KL........................

01. Mak aku kata nak makan Nasi Lemak tersedap di KL.. 

Jadi kami pegi makan Nasi Lemak Village Park di Uptown Damansara.












Mak aku approved. Dia kata sedap Nasi Lemak Lopah ni. Tapi mak aku agak frust sebab memula dia nak makan Nasi Dagang tapi nasi dagang belum tiba awal pagi tu.

Nasib mak aku tak kata nak bersalam dengan Neelofa ! Mana aku nak cari pagi pagi Neelofa tido lagi.

02. Mak aku memang suka durian, so aku ajak dia gi makan durian.







Berlawan makan durian dengan anak dara aku yang antu durian jugak tu. Puas hati Mak kata sebab dapat makan Musang King. Ya lah. Mak happy. Aku yang pening bau.

03. Ada masa kami gi minum petang kat luar. 









Mak aku ni bab makan kat luar payah sikit. Bnayak benda yang tak serasi dengan selera dia. Mamak memak dia tak mau. Nasib ada kedai kedai ke-Melayu an kat area berdekatan.

04. Mak aku kata dia sakit lutut. Sengal sengal bisa kalau naik tangga. 

Tak pe mak. Let's gi urut urut kaki ! Manjakan kaki Mak di Manjakaki...








Tapi dia kata budak tu urut kuat sangat. Macam sakit kat bahagian lain pulak. Eh....  aku suruh urut satu badan terus SPA SPA dia tak mau. Malu.

05. Ajak mak aku makan desserts manis manis. Dia tak tolak. Mak OK jewrrrr. ! 

Here we go mader. Lava cakes Chili's pemanis selera dan rasa.









Manis sangat dia kata. Suruh try western food dia tak mau. Tak kena dengan tekak. Nasib ada budak budak habiskan.

06. Jom mak tengok wayang !!

Mak aku tanya cerita apa? 

X Men !
Apa benda tu?

Krik. Krik. Krik...........

Yang ni je mak aku rejek sebab dia kata nanti dia tak faham. Tak pe. Mak gi shopping jalan jalan dalam mall sampai abis wayang.





Aku dengan budak budak je tengok XMen. Nasib mak aku tak tengok sebab aku rasa mesti dia kecewa sebab cerita XMen tu tak best. 



Ajak mak aku makan McD. Dia cubit isi ayam mcD tu je. Segala crispy crispy yang menyaluti ayam dia kata Kennot Go ! Banyak ajinomoto mak aku kata. Macam tau je resepi resepi rahsia McD mak aku ni !

2 minggu lebih mak aku dok KL ni dan kali ni lebih banyak duk rumah aku sebab time tu aku baru baik sakit.

Aku suh dia stay lagi nanti boleh aku bawak jalan jalan ke tempat lain di KL ni.

"Tak nak. Mak nak balik. Buah nangka mak dah nak masak. Nanti buruk. Pokok pokok dah lama tak kena siram bla bla bla....................."

Hmmm...








Menurut perintah !

Aku hantar mak aku balik kampung. Sempat jenguk pokok nangka dia yang dah nak masak tu dan melawat kebun bunga dia yang tak seberapa tu.

Lah. Pokok bunga kertas je pun. Patriotik tak mak aku balut buah nangka dengan bendera?

Hiks. Tapi dah nama mak. Selagi terdaya aku cuba buat dia gembira. Aku harap dia happy masa datang KL tempoh hari dan tak serik nak bertandang ke rumah aku lagi.

Kebetulan hari ni birthday mak aku... 

Aku bacakan je entry ni untuk dia time call nanti.

Selamat Hari Lahir Mak! Moga selamat sejahtera Mak di dunia dan di akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta dirahmati dan diberkati terus menerus dalam ibadah kepadaNya…

Terima kasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak-anak Mak, Sesungguhnya tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas Mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas. 

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil.

Amen ya Robb…

Love you Mader !



Mungkin tiba sudah masa
Untuk ku bicara
Mungkin tiba sudah waktu
Untuk kamu tahu

Lama sudah ku sembunyi
Ku simpan sendiri
Kuharap kau memahami
Bila kau ketahui

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selain mu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku

What if I had never met you
What if I
What if I had never met you
What if I

Sungguh tak aku sedari
Waktu yang berlalu
Berlalu pergi denganmu
Tinggalkan diriku
Ku akui sesungguhnya
Aku telah jatuh
Dan tak pernah kurasai
Sakit yang begini

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selain mu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku

I am too hurt
To fall in love again
I am too hurt
To fall in love again

8 comments:

  1. happy birthday mak admin! memang seronok dapat bawak mak jalan jalan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... bawak org tua mana sgt leh angkut... dekat2 je

      Delete
  2. Happy birthday Makcik Mona. Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Ilahi. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga ramona rahman ni tetap vogue seperti selalu

      Delete
  3. Happy birthday Aunty Mona. Semoga sentiasa dalam redha Allah.

    Memang patriotik Meng. Aku nampak je gambar tu terus fuyoohh nangka Malaysia sungguh wooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kau dah lupa daratan. lama sgt dok bermukim di kg halaman K tu.
      cepat cepat la balik. tanam pokok nangka lak

      thanks for the doa

      Delete
  4. Alhamdulillah. Beruntung Auntie Mona dpt anak cam Supermeng ni...

    ReplyDelete