Pages

Wednesday, July 10, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 05 | 03 : CESKE BUDEJOVICE

Selesai di Cesky Krumlov kami terus bergerak meninggalkan pekan kecil yang bagi aku sangat sangat cantik tu. Memang tak rugi kami detour ke sini walaupun tersasar jauh gak dari laluan asal.

Sepatutnya pagi ni kami dah berada di Vienna tapi sekarang baru nak menuju ke sana.



Sebenarnya boleh je kami terus ke Vienna pagi tu, tapi idea ni pun datang masa kami decided nak ke Cesky Krumlov ni iaitu singgah di Ceske Budejovice.

České Budějovice is the capital city of South Bohemia in the southern Czech Republic. Surrounded by arcaded houses, the grand Přemysl Otakar II Square is home to the baroque Samson’s Fountain and the Town Hall with 3 spires. The Gothic-Renaissance Black Tower has views of the old town and Klet’ Mountain, southwest. Rebuilt many times, the nearby Church of St. Nicholas has baroque chapels and 3 naves.

Perjalanan dari Cesky Krumlov ke sini lebih kurang setengah jam je. Jadi tak jauh sangat.






Sampai di sini kami terus tuju ke area oldtown. Carik parking sebab plan nak singgah kejap ambik ambik gambar je. Nasib jumpa parking tepi jalan berdekatan kawasan center.



Di Ceske Budejovice ni terdapat main square di tengah tengah pusat kota yang dikenali sebagai The Square of Premysl Otakar II yang merangkumi kawasan yang agak besar dengan bangunan bangunan memaparkan campuran gaya seni bina yang menarik.


Tak jauh dari tempat kami parking tu ada The Black Tower bersebelahan dengan St Nicholas Cathedral.

Black Tower terletak tidak jauh dari Přemysl Ottokar II Square dan kerana ketinggian hampir 72 m sangat mudah untuk dilihat dari sekitar bandar. Ia dibina pada abad ke-16 sebagai menara pengawal dan menara loceng. Terdapat tujuh loceng di menara dan setiap satunya mempunyai nama tersendiri iaitu : Budvar, Bumerin, Maria, Marta, Oktava, Stříbrný dan Umíráček. Pada musim panas, menara dibuka kepada orang ramai untuk naik ke atas.




Kawasan dataran di tengah tengah bandar lama ini dikenali sebagai Přemysl Ottokar II Square. Ia adalah dataran kedua terbesar di Czechia, selepas dataran di bandar Vysoké Mýto, di Wilayah Pardubice. Bahagian selatannya seluas 132.5 m (434.7 kaki) lebar dan lebar sebelah utara adalah 137.4 m (450.78 kaki), yang bermaksud dataran ini bukan persegi geometri yang sempurna, tetapi hampir sama.

Antara bangunan lain yang terdapat di kawasan ni termasuk lah, cityhall yang sebelum ini telah rosak dalam kebakaran pada abad ke-17, dan pada separuh pertama abad ke-18 ia dibina semula dalam gaya Baroque. 







Fountain of Samson (Samsonova kašna). Ia dicipta oleh pemahat Bohemia Josef Dietrich dan stonemason Zachariáš Horn semasa pembinaan semula dewan bandar pada awal abad ke-18. Patung utama menggambarkan Samson alkitabiah pada singa. 

Pada tahun 1990-an, patung-patung asal digantikan dengan salinan dan berpindah ke City Hall untuk perlindungan, di mana pelawat masih boleh melihatnya. Air pancut diterangi pada waktu malam. Ia dianggap simbol kota.




Usha kawasan kawasan selain sekitar dataran ni.











Kami merayap tanpa tujuan. Hanya pusing pusing sekitar kawasan main square ni.












Balik semula ke tempat parking kereta dan bergerak meninggalkan bandar Ceske Budejovice ni. 

Walau tak sehebat Ceskey Krumlov, tapi bandar ni boleh jadi tempat singgahan untuk tengok kawasan kalau berada di area berdekatan.




Meninggalkan Ceske Budejovice menuju ke Vienna. Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah.

Sepanjang perjalanan tu kami disajikan dengan pemandangan pekan pekan kecil yang cantik serta ladang ladang petani dengan buah labu dan sebagainya.

Sempat kami singgah di kawasan rehat untuk makan tengahari.
















Kembali ke bumi Austria kami tak perlu beli vignette sebab yang ada masih valid lagi.

Melepasi waktu tengahari kami menghampiri bandar Vienna. Ibukota negara Austria dan salah satu bandar kemasyuran di benua Eropah ni. 

Dah rasa dekat dah nih !!!!



Dekat padamu
Arah ingin kutuju
Walaupun jauh akan kutempuh
Kerana hanya sunyi menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Oh dekat padamu
Di sana kan bersatu
Dua jiwa yang terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh janji kukotakan

Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah kucuba kali kedua

Walau jauh akan kugegas berlari
Walau tinggi bisa kuterbang di langit
Walau sedalam mana akan kuselami
Kerana cinta sedalam itu mekar
Bila ku dekat padamu

Dekat padamu itu destinasiku
Tak kira apa jua kuterima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa

bersambung.................

6 comments: