Pages

Friday, May 24, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 03 | 01 : INNSBRUCK

Kembali bersiarang setelah lama bersarang............... hey !

* kompang di palu... penganting baru.

Ini sambungan dari Day 02 kisah road trip Central Europe tahun lepas. 

Masuk hari ke 3. 

Pagi hari ke 3 kami masih lagi di bumi Innsbruck, Austria. Bangun pagi terus buat senaman ringan. OK. Itu tipu !




Cuaca nampak cerah hari ni. Kelihatan kawasan bergunung ganang di persekitaran Innsbruck yang sememangnya menjadi tarikan di sini terutamanya waktu bersalji sebab ramai yang datang main ski.

Dari pagi kedengaran ngauman enjin kapal terbang turun mendarat. Rupanya ada airport tak jauh dari penginapan kami ni.

Jadual hari ni nak bergerak dari Innsbruck, Austria ni menuju ke Germany. Tak de plan lagi malam nanti nak menginap di mana. Kalau by the end of the day kami berada di Munich dan hari malam, maybe di sana lah kami akan bermalam.

Korok korok penginapan ni pun, breakfast disediakan ! Peluang yang ada tak di sia siakan. Tak perlu BW masak banyak banyak pagi tu, cukup sekarang bekalan tengahari karang.

Ayuh, pegi breakfast dulu.

Breakfast ala kadar. Usha apa yang boleh di makan je.

Time BW dengan IH tak abis abis lagi melantak, aku keluar jap merayap di kawasan berdekatan. Ada sungai dan kawasan penempatan di luar kota Innsbruck ni.




Menarik gak kawasan ni. Tenang je dengan sungai yang mengalir lesu. Tapi kami tak leh berlama lama di sini, ada destinasi lain yang perlu kami tuju.

Check out dulu....

Bye bye penginapan ku. Terima kasih bagi menumpang semalaman

Aiman Tino bersiap sedia bertugas untuk hari ni.....

Sebaik saja melangkah keluar dari perkarangan hostel penginapan iaitu Technikerhaus Schülerheim Wohnheim u Technikerzentrum, kami menuju ke pusat bandar semula. 

Plan nya nak usha kawasan time siang sebab semalam datang malam tak nampak apa. Alang alang masih di sini, usha sikit kota Innsbruck ni.

Kawasan University of Innsbruck

Menuju ke pusat kota

Kawasan alpine Innsbruck yang merupakan pusat ski terkenal di sini... yang juga merupakan largest ski resort in Alps. Time tu tak de salji dah.

Bandar Innsbruck. Kami berlegar legar cari port parking.

Susah gak nak cari parking space. 

Last sekali park belakang supermarket tepi sungai. 

Dan menyusuri kawasan sungai Inn kelihatan Colourful Houses Innsbruck berlatar belakangkan gunung ganang. Memang menarik dan lawa kawasan persekitaran tepi sungai ni.

Bangunan bangunan ni turut dikenali sebagai Mariahilf quarter of Innsbruck menjadi simbol bandar ini sendiri.





Jumpa kedai cenderamata then bebudak berdua tu hilang dari pandangan mata.




Nasib baik jumpa. Kalau tak aku report polis kata 2 orang manusia hilang. Mereka perlu di temui sebab masih menyusu badan !

Hahaha.

Nasib baik lepas tu aku dengar ada orang sembang cakap Melayu. Rupanya tengah busy cari FM. Aku memang tak de mood nak cari cenderamata ke apa apa masa trip ni. Biar je lah dia orang yang membeli.

Then kami terjah ke kawasan Oldtown, Innsbruck semula. Semalam malam tak berapa jelas. Kali ni boleh usha banyak historical buildings yang ada di sini.















Pusing pusing ambik gambar je. Salah satunya adalah Goldenes Dachl atau Golden Roof.

Malas nak ambik tau sangat pasal bangunan bangunan tu. Yang pasti mereka bersejarah. Biar kekal di situ dan di jaga baik baik. Nanti orang lain boleh datang usha pulak.

Selesai berlegar legar di oldtown tu, kami bergerak balik ke parking kereta. Risau gak parking lama lama sebab tak berbayar.



Nasib baik Aiman Tino masih selamat di situ. Sempat kami masuk supermarket tumpang kencing.





Dah abis semuanya masa untuk bergerak lagi. Goodbye Innsbruck !

Perjalanan meninggalkan Innsbruck menuju ke Schwangau, Germany. Dan kami di sajikan dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan yang tak tergambarkan.









Siap berenti tepi jalan ambik gambar. Jadi jakun kejap. Kalau orang tengok mesti kami di kecam bertubi tubi.

Serious lawa kawasan ni. Tapi tak leh berhenti lama lama.


Perjalanan nak sampai ke Schwangau ambik masa sejam setengah. Perjalanan smooth je. Tapi view memang power.

Sempat kami singgah di satu hentian tepi jalan dan pekena kopi di kawasan Fernsteinsee.











Ada old castles dan jugak beautiful lake.

Hmmph. Tarik nafas dalam dalam. View seindah ini terpaksa ditinggalkan.............. 

Tak boleh terlalu memuja.... Masa pastinya mencemburui kami bertiga..... !



Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia
Kini sepi dalam memori semalam

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
Hooo
Terlalu memuja

Disini berakhir segala
Episod bersamanya

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
hooo
Terlalu memuja
Aku dipersia
Tibalah waktunya
Rintihan berlalu

bersambung.....................

4 comments:

  1. cantiknya sungai...background gunung ganang. tasik tu pun...wahh, untung la

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantiknya tasik tuuuu

    ReplyDelete