Pages

Tuesday, May 14, 2019

HUA HIN, THAILAND : Budget & Itinerary | 01

Aku kongsikan budget dan itinerary Hua Hin.

Highlight dah muncul di sini : Sawasdee Hua Hin

01 HUA HIN

Apa istimewanya Hua Hin? Terletak kira-kira tiga jam pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga diraja Thailand, mahu pun penduduk Bangkok. Jika hujung minggu ataupun hari-hari cuti kelepasan am, Hua Hin pasti akan dibanjiri oleh pengunjung tempatan.



02 SEJARAH & TARIKAN PELANCONGAN

Merupakan sebuah bandar pelancongan pesisir yang terkenal di Thailand, Hua Hin terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Bandar ini mempunyai penduduk lebih 84.883 orang di kawasan seluas 911 km², lokasi geografi 12 ° 34'N 99 ° 57'E kira-kira 200 km ke selatan Bangkok , Thailand. Hua Hin juga salah satu daripada 8 daerah ( amphoe ) di Wilayah Prachuap Khiri Khan .

Dahulunya, Kota Hua Hin hanyalah sebuah perkampungan nelayan, tetapi selepas kerajaan membina sebuah resort pada tahun 1920-an, kawasan itu perlahan-lahan menjadi salah satu bandar pelancongan di Thailand.








Pada tahun 1834, sebelum nama Hua Hin diwujudkan, beberapa kawasan pertanian di Wilayah Phetchaburi telah dilanda kemarau yang panjang. Sekumpulan petani telah berpindah ke selatan sehingga mereka mendapati sebuah kampung kecil yang mempunyai pasir putih dan kawasan berbatu batu sepanjang pantai. Mereka tinggal di tempat itu dan memberikan namanya Samore Riang yang bermaksud pangkat batu.

Pada 1921 pimpinan kereta api negara, Pangeran Purachatra, membangun Hotel Kereta Api dekat pantai. Raja Prajadhipok (Rama VII) begitu menyukai tempat itu sehingga ia membangunkan sebuah istana musim panas di sana. Tempat itu dinamai Wang Klai Kang Won ('Jauh dari Ketakutan'). Kini menjadi tempat kediaman penuh Yang Mulia Raja Thailand. Yang Mulia Pangeran Krom Phra Naresworarit adalah anggota pertama keluarga kerajaan yang membangunkan sekelompok istana di Ban Laem Hin yang disebut Sukaves dan baginda memberi nama pantai berdekatan istananya sebagai Hua Hin.

Pada tahun 1932, Hua Hin adalah satu-satunya bahagian daerah Pran Buri . Sehingga tahun 1949 Hua Hin diangkat sebagai sebuah daerah di wilayah Prachuap Khiri Khan. Selepas pembinaan laluan kereta api selatan, Hua Hin menjadi resort pantai pertama dan paling terkenal di Thailand.

Terdapat banyak tarikan pelancong di Hua Hin, mulai dari tarikan semula jadi seperti Pantai Hua Hin dan Gua Phraya Nakhon, ke lawatan kuliner, dan taman tema serta pasar membeli-belah seperti The Venezia dan Hua Hin Night Market.

Selain itu, di bandar ini terdapat juga banyak tempat-tempat bersejarah seperti Istana Maruekhathaiyawan, dan Stesen Kereta Api Hua Hin, yang dibina pada tahun 1920 oleh Raja Rama IV.

03 DEPARTURE

Hua Hin memang tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Namun, destinasi percutian ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia setelah penerbangan tambang murah, AirAsia memperkenalkan perjalanan terus ke sini.

Dulu dulu pun aku memang aim nak jejak Hua Hin ni now bila ada direct flight makin berkobar kobar niat di hati.





Penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) - Hua Hin, Thailand (HHQ) dengan nombor penerbangan AK830 berlepas dari KLIA2 setiap hari dan mengambil masa selama 2 jam penerbangan. Aku rasa good deal jugak la aku beli tiket seminggu sebelum berlepas dengan harga RM 250 return per pax.

Travel light jer since pegi pun cuma 3 hari 2 malam.

04 ARRIVAL

Hua Hin Airport Hua Hin tak de lah besor mana dan flight pun tak banyak dalam sehari. Hari tu kapal terbang kami je ada kat situ. Ada gak feeling macam sampai dengan private jet. So kalau nak bergambar dengan kapal terbang & pintu masuk airport pun takde hal sbb airport tak busy. Form imigresen di beri dalam flight, isi dan pass masa kat kaunter chop passport. Dia orang capture facial so make sure turun flight muka tak sememah. Urusan immigration tak lama sebab tak banyak visitors. Keluar balai ketibaan ada kaunter taxi dan jual simkad. Beli simkad TrueMove 240THB 7 days unlimited data. Bagi je phone korang, awek tu slot in dan activekan sim tu. 

Dah ada line, cepat cepat message saudara mara dan sahabat handai dan bagitau yang korang dah kat Siam !

SocMed? Jangan lupa ambik gambar dengan kapal terbang sebagai bukti keangkuhan diri dah sampai oversea !






Untuk transfer from/to airport.

Kalau nak murah ke hotel, better naik grab. Tapi kena tunggu depan post guard kat jalan besar. Kena keluar dari bangunan airport tu sebab grab tak boleh masuk airport. Jangan risau, jalan besar depan airport.  Kalau nak free cuba check hotel korang ada sediakan servis free shuttle tak !

Lokasi : 7 km dari pusat bandar Hua Hin

Kita orang dengan yakinnya tunggu tepi jalan. On grab, belum abis sebatang rokok Avanza sampai. Harga ke hotel kami 240THB je. Masa nak balik, naik Vios driver dia awek Siam. Rate 200THB sebab naik di Mooz Restaurant selepas melantak makan tengahari.

Grab agak senang di Hua Hin.... ada sekali kami naik dari hotel penginapan ke Mooz Restaurant yang muncul adalah Ford Everest. Tetiba rasa feeling mewah berganda !





05 ACCOMMODATION

Macam aku bilang. 1.2.3.... Penginapan di Hua Hin banyak pilihan. Range from budget ke mahal. Hotel or apartment style semunya boleh di pilih. Pepandai lah usha harga. Rate pun bagi aku consider competitive gak ler.

Since decision pun last minit, tapi ada few hotel jugak lah in my list sebelum akhirnya aku decided memilih hotel hotel ni.

Hari pertama kami menginap di G Hua Hin Hotel.

Lokasinya di tengah bandar Hua Hin tapi bukan tepi pantai. Bilik besar boleh muat 3-4 orang tapi aku ambik 2 bilik sebab nak accommodate kami ber empat. Rate RM300++ per room per night tak masuk breakfast. Terbengong pulak aku terinclude breakfast walhal tak de banyak pun boleh makan.

Menyesal? Ada lah sikit sikit. Tapi not bad lah hotel ni. Selesa dan Cantik juga. Paling penting, kedai masad, supermarket, mall, sewa motosikal semua depan hotel tu jer.







Dan hari ke dua kami menginap di Centara Grand Beach Resort & Villa, Hua Hin. 

Resort tepi pantai yang cantik dan penuh sejarah. Ini lah Hotel Railway asal bagaimana Hua Hin ni bermula. Lagi pun aku saja nak stay sini sebab tak pernah stay under brand Centara. Considered one of the top hotel di Hua Hin so expectation aku agak tinggi. Room rate per night RM 600++ including breakfast. Breakfast dia memang mewah dan bagus !











Dont worry, penginapan memang banyak pilihan dan boleh je pilih ikut kemampuan. Aku ni saja je mengada ngada.

06 ITINERARY

Dah sampai....... so nak pegi mana ni?

Ni itinerary aku selama 3 hari 2 malam. Decision wise banyak aku plan masa di sana selepas study jarak dan kedudukan kawasan.

Day 01: Arrival and Check in G Hua Hin Hotel - Seen Space - Plearnwern - Railway Station – Takiab Beach - Tamarind night market - Cicada night market – Bluport Shopping Center - Dinner

Day 02: Check out G Hua Hin Hotel - Rajabhakti Park - Santorini Park – Camel Republic - Swiss Sheep Farm - Lunch at Ameena Halal @ Cha Am - Cha Am Beach - Mrigadayavan Palace – Venezia – Check in Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin - Hua Hin Night market + Dinner.

Day 03: Santai & breakfast @ Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin - Hua Hin Beach - Lunch @ Mooz - Airport

Basically, first day aku cover yang area dekat dekat Hua Hin tu je since kami pun merempit dengan motosikal. Hari ke 2 baru pegi area Cha Am dan cover theme park yang jauh jauh sikit sebab hari ke dua baru aku sewa kereta.

07 ATTRACTIONS

Attractions di Hua Hin ni terletak di 2 kawasan iaitu Hua Hin sendiri dan Cha Am. Jarak antara ke dua dua nya adalah lebih kurang 30 km apart. So kena fikir gak cemana nak bergerak to/fro.


Berikut adalah attractions yang ada dan aku sempat pegi. Some were dropped sebab aku rasa tak berapa sesuai dengan jiwa dan raga aku sebagai Artis Antarabangsa ni.

Perlu ke artis seperti aku pegi theme park semata mata nak bagi makan kambing?

Memang tak lah kan. Jatuh susuk kekacakan abang !

"Aku pun tak hingin kau suap Meng !"

So list of attractions di Hua Hin.

Day 01

Lepas check in G Hotel, lepak dan rehatkan diri maka bermula lah misi menjelajah tempat tempat menarik di Hua Hin ni.

SEEN SPACE

Since anak anak buah aku adalah BBNU dan BW kaki OOTD jadi tempat ni adalah perlu jenguk. Kat sini banyak bar, cafe dgn konsep industrial look & hipster. Tempat relax, chill chill dengan view infinity pool). Ramai anak muda amik gambar dan berposing maut. Awal awal aku dah hampir berdarah mata dan kena cuci dengan air Yasin. Kalau korang nak berdarah sama usha view ni wajib makan/minum dekat Oasis Cafe. 

Lokasi : 4 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara






Takde apa yang menarik sangat considering tak berapa kena dengan jiwa. Maybe aku dah tua !

PLEARNWARN

Lokasinya tak jauh dari Seen Space tu. Plearnwan Market ni macam suasana vintage dan retro Hua Hin zaman 1950an. Ada jual souvenir yang unik. Banyak jual cenderamata, t-shirt, mainan dan makanan. Untuk cuci mata dan ambik ambik gambar kira OK lah. Dah alang alang sampai. Masuk pun free ! Aku rasalah, tempat ni lebih cun kalau datang time malam. Jangan lah lewat malam buta, acik acik retro dah tutup kedai nak membuta.

Lokasi : 3 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara






HUA HIN RAILWAY STATION

Considered wajib datang. Lokasinya tengah tengah town. Boleh parking free kat tepi station, station ni takde pagar. Boleh main kat landasan kalau takde keretapi. Kalau kena langgar nasib lah ! Lepas letih bermain main boleh makan kat depan stesen ni banyak gerai makanan halal. Ni antara stesen keretapi tercantik di Thailand dan masih berfungsi. Ada gerabak keretapi yang dijadikan mini library. Expect orang yang ramai.

Location : Tengah tengah town Hua Hin.







TAKIAB BEACH

Pantai yang landai dan luas ada mountain dan budha temple. Kami pegi pun dah petang, saja usha usha kawasan sementara nak pegi Tamarind Night Market. Ramai gak orang melepak lepak di pantai ni. Boleh considered pantai ni kalau nak damai dan santai sebab pantai Hua Hin lebih ramai orang.

Location : 5 km dari pusat bandar Hua Hin arah Selatan





TAMARIND NIGHT MARKET & CICADA MARKET

Dua dua ni sebelah menyebelah jer, kami singgah masa balik dari Takiab Beach. Both located sebelah sebelah jer. Tamarind Night Market boleh makan makan santai dan dengar live band. Makanan dia lebih kepada local food. Aku jumpa warung jual roti halal.  Cicada pun ada jual makanan dan port lepak lepak dan banyak jugak jual local souvenir. Tapi di Cicada Market ni kena beli coupon kalau nak makan. Ada orang busking lagu Siam.

Take note dia punya operating hours/day.

Cicada:
Friday & Saturday 4pm • 11pm
Sunday 4pm • 10pm

Tamarind:
Thursday - Sunday 5pm • 11pm

Both pasar sangat bersih dan bagus persekitarannya.

Location : 4 km dari pusat bandar Hua Hin arah Selatan











BLUPORT MALL 

Antara mall terbesar di Hua Hin. Lokasi opposite Intercontinental Hotel. Kami tak singgah pun tapi kalau nak cari kelengkapan high end sikit, maybe sini ada. Mall nampak OK. Banyak deko deko.

Location : 3 km dari pusat bandar Haa Hin arah Selatan







Day 02

Hari ke dua, derak jauh skit. Lagipun dah ada kereta sewa. Check out terus dari G Hotel sebab hari ke 2 nak menginap di hotel lain.

RAJABHAKTI PARK

Satu dataran luas dengan 7 patung besar raja-raja Siam. Dikawal selia sepenuhnya oleh pihak tentera.Dari parking kereta boleh naik free shuttle ke dataran. Masuk percuma. Ada booth yang menerangkan perihal raja raja penting dalam sejarah Thailand. Kami pegi pagi orang tak ramai lagi. Jalanraya pun OK tak sibuk. 

Location : 11 km dari pusat bandar Hua Hin arah Selatan.






SANTORINI PARK

Theme park yang di bina resembles Santorini. At least setting dia lah tapi bukan tepi pantai. Kira port bergambar dan ada beberapa outlets macam Adidas, Converse dan sebagainya. Ada port makan dan surau juga. Permainan ada ferries wheel, haunted house, 7D movie dan lain lain lagi. Better datang awal pagi untuk mengelakkan berlaga ponggong. Tempat dia tak besar mana pun.

Tiket masuk dewasa: 150 THB dapat main 1 game/ride
Lokasi : 33 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara. 







CAMEL REPUBLIC

Taman yang direka bercirikan Morocco. Banyak tempat nak amik gambar dan bagi binatang makan. Bagi makan zirafah pun boleh. Ada jugak kebun binatang kecik biri biri, burung, arnab, flamingo. Nak tunggang Camel pun boleh. Tunggang Camila Cabello? Tak boleh ! Dia tak de kena mengena dengan tempat ni. 

Tiket masuk dewasa: 150 THB
Tutup hari rabu

Lokasi : 35 km dari pusat bandar Hua Hin. Opposite Santorini Park je. Kena u turn highway.







Bagi aku tarikan tempat ni cuma setting dia je. 

Bagi bagi binatang makan tu apa semua memang tak menarik mana !


"Tak menarik ke aku ni Meng?"

OK. Gigi putih. Menarik gak lah !

* pfff...

SWISS SHEEP FARM

Ladang biri biri yang penuh dengan deko kat Swiss ! 

Biri biri lagi? 

Sebab biri biri lah kami tak masuk pun sini.  Considering port ni memang khusus untuk kanak kanak lah. Kalau nak usha view dari luar boleh nampak. 

Tiket masuk dewasa: 150 THB
Lokasi : 32 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara, 500 meter dari Camel Republic.







Dekat sebelah Swiss Sheep Farm ni ada 2 kedai halal. Halal Bang Nan dengan Kedai Abang Mana. Ada masjid jugak belakang petrol station tu. Tapi kami tak makan situ sebab nak gi makan kat tempat lain. 

No ! bukan sebab bau kambing biri biri.

CHA AM BEACH

Cha Am Beach kiranya pantai untuk kawasan Cha Am. Ada banyak khemah khemah so boleh lah berkhemah berkhemah, berkhemah sama si Nopal. Si Nopal.... Si Nopal... anaknya Bahenol ! 

Kami pegi tengahari, berdenting panas. Pantai dia biasa biasa je, lawa lagi Takian Beach tu. Kami singgah makan tengahari di Ameena Restaurant sebelah Makro Supermarket.

Location : 28 km dari pusat bandar Hua Hin. 5 km dari Swiss Sheep Farm.






MRIGADAYAVAN PALACE

Entrance dia pelik sikit sebab macam masuk kem askar. Memang kem askar pun dan istana ni jauh ke dalam. Yakin lah diri mu. Pakai lah dashing ! Ikut waze sure sampai punya.  Ini istana untuk raja Siam dulu yang di bina untuk baginda datang bercuti cuti. Lawa tempatnya aku suka. Parking dan kena jalan sikit sampai ke area istana. Mungkin kurang sesuai untuk orang tua tapi ada kerusi roda disediakan. Kawasan cantik tepi pantai tapi sebahagian kawasan under restoration. Nak masuk kena tutup aurat. Ada kain dia bagi pinjam. Kalau tak nak bau kepam kain bekas orang dah pakai, jangan cekci cekci datang sini.

Tiket masuk dewasa: 30 THB
Lokasi : 18 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara. 10 km dari Cha Am.







THE VENEZIA

Sama macam Santoirini Park tapi yang ni resembles Italy. Boleh naik gondola, mini train updown House, 3D art Museum dan Mini Zoo. Pergi time petang best sebab tak panas. Better beli all in punya tiket kalau nak main semua sebab entrance tiket boleh pilih satu je ( tu pun yang murah ). Tapi jangan risau lah attractions dia pun tak best mana. Masuk ambik ambik gambar pun dah OK rasanya.

Tiket masuk dewasa: 299 THB all in
Lokasi : 9 km dari pusat bandar Hua Hin arah Utara.







HUA HIN NIGHT MARKET

Typical pasar malam di Thailand. Jual makanan dan barang barang. Bersebelahannya adalah Chatsila Market. Jual souvenir. Ada kedai makan muslim dekat Hua Hin Night Market ni arah ke Station Keretapi. Kami tapau je makan kat hotel. Brader tu pandai cakap Melayu. Penat je speaking London dengan anak dia nak beli jus tembikai tapi dia ingat aku nak beli buah tembikai ! Makanan pun sedap tapi agak slow sebab bini dia masak solo. Katanya dekat Chatsila pun ada gerai kebab Halal tapi kami tak gi usha. Dah ngantuk, keletihan serta tidak berMaya Karin !






Day 03

Hari ke 3 kami santai santai di hotel je. Breakfast dan pegi pantai. Check out pukul 12 pegi makan kat Mooz Restaurant dan ambik grab ke airport. Flight petang jam 3.

CENTARA GRAND BEACH RESORT & VILLA, HUA HIN









HUA HIN BEACH

Pantai yang sesuai untuk mandi manda. Banyak watersport activities. Can be crowded unless private area belongs to hotel agak kurang manusia. Kami lepak area depan hotel jer.

Location : Tengah tengah town Hua Hin.







26 comments:

  1. Untung anak buah abam Meng dapat tido hotel best.

    ReplyDelete
  2. Kete sewa tu bawak sendiri atau ade driver? Nak book mcm mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak sendiri. contact dia org thru facebook.

      https://www.facebook.com/tncarrental/

      Delete
    2. Kena cagar passport ke kalai sewa?

      Delete
    3. tak yah... dia snap page depan passport je pakai hp dia org. tapi kena sediakan deposit

      Delete
  3. Replies
    1. night market tu bukak everyday. cuma tamarind dgn cicada je on weekend only

      Delete
  4. Sewa moto berapa? Sewa kereta berapa

    ReplyDelete
  5. Cantik pulak tengok Hua Hin nih, teringin nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang port nak bergambar je hua hin ni.... boleh la nak ootd sampai pengsan

      Delete
  6. cantiknya gambar gambar tu. Rajin ambik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin jugak.. pastu tak tau nak buat apa..

      share2 la kasi org lain dpt tengok tengok sekali.

      Delete
  7. Salam nak tanya, breakfast kat hotel tu halal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat G Hotel tu takde la dia tulis halal... dan kami cuma makan roti dan buah je...

      tapi dekat centara ada special section utk vegetarian

      Delete
  8. Nak tanye, bila waktu sesuai ke hua hin?
    Atau x kisah bila2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada ongkosnya bu.....

      hahaha.... bebila pun ok. tapi kalau time hujung2 tahun ni takut hujan pulak. time kami pegi panas sangat sangat pulak rasa

      Delete
  9. https://www.youtube.com/watch?v=CdynsrU4ZpM

    cicada market night show. saya pergi tahun lepas.

    ReplyDelete