Pages

Thursday, April 11, 2019

TANJONG JARA RESORT ( TJR ) - Unmistakably Malay

Fronted by palm fringed, emerald seas, Tanjong Jara Resort is a sanctuary of luxury and well-being steeped in the unmistakable grace of age-old Malay traditions. Here, in the comfort of a room furnished in local timber and rich fabrics, guests are lulled by the sighs of waves and the warm tropical breeze. 

The award-winning architecture of this resort reflects the elegance and grandeur of 17th century Malay palaces, offering an authentic taste of the region’s spirit and an enduring embodiment of gentle Malay arts and hospitality. Seamlessly integrated with the resort is the Spa Village, dedicated to combining the therapeutic properties of natural local ingredients and the innate healing practices of the area, providing a special, restorative experience. 

Guests can choose to experience an eco-adventure river cruise, explore teeming coral reefs or browse in a night market. Whatever the activity, every breath is pure refreshment, a relaxation of the soul, a pure journey of revival. In Malay we call this Sucimurni, in Malaysia it is Tanjong Jara Resort.


Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu. Salah satu resort mewah YTL yang sememangnya menawarkan sesuatu yang luar biasa kepada tetamu yang datang menginap di sini.

Dan ini bukan lah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Memang aku bukan jenis suka repeat tempat yang sama, tapi ada reason kenapa aku kembali semula ke sini. Untuk santai dan bercuti.

Suasananya tetap sama

Ketibaan di sambut dengan paluan gong dan muzik gamelan

Dan senyuman gadis gadis

Dan urusan check in berjalan dengan lancar

.................. dan mudah

Tak banyak yang berubah dari last aku datang few years back. Lautan dan pantai masih mengamit memori indah satu ketika dulu.







Pantai dia memang tak sesuai nak mandi manda lagi lagi kalau monsoon season. Nasib baik sepanjang di sana cuaca OK. So tetap santai dan menawarkan suasana damai seperti yang aku berkehendak.







Dan yang membezakan kedatangan aku kali ni dengan yang dulu adalah dulu aku datang tak ambik pakej, tapi kali ni ambik full Residence's Package untuk pengalaman santai yang sedikit berbeza.



RESIDENTS' PACKAGE (harga bermula dari RM 599 per night)

Exclusive for residents of Malaysia & Singapore
Includes all meals
Purchase spa treatments at a special price during booking

3D2N Stay in our sanctuary of traditional luxury and well-being steeped in age-old Malay traditions. Book your room at Tanjong Jara Resort and enjoy the following:
Accommodation
Daily breakfast, lunch and dinner for two persons
In-room wireless internet access
Jara Hill Walk with our Resident Naturalist, subject to availability
Kampong Sucimurni Lifestyle, available every Saturday

Sama macam sewaktu ke Pangkor Laut Resort tempoh hari, ambik pakej ni rasa lebih mudah dan selesa.

Satu lagi yang membezakan dulu dan kali ni, dulu aku datang miskin sikit so ambik bilik yang paling murah iaitu Bumbung. Kali ni nak tukar angin dan upgrade sikit untuk duduk di Serambi with Seaview.

Ada lah view sikit bila bukak pintu..

Dengan pemandangan laut lepas

Adab Melayu, cuci kaki dulu sebelum masuk rumah

Large balcony

Dan penginapan yang lebih selesa..

Memang ada rasa berbeza stayed di bilik Bumbung/Serambi dengan Serambi with Seaview. Tapi amenities lebih kurang sama je kesemuanya.





Nasihat aku, sila ambik Serambi Room with Seaview kalau berpeluang menginap di sini. Tapi beza dekat RM 200 per nite jugak kalau nak compare dengan Bumbung Room. 

Kalau banyak pitis boleh ambik Anjung Room terus. Lagi puas hati.

Atau kalau mampu, duduk suite paling mahal di sini.

Condition bilik memang tip top. Setiap details di ambil kira dengan rapi. Sepanjang 3 hari di sini, segala keperluan bilik dan kelengkapan yang sepatutnya ada memang sentiasa diteliti.

SPA di SPA Village di sini memang antara yang terbaik. Tapi harganya mengalahkan harga bilik. Jadi urut diri sendiri jer lah. Tak pun gaha gaha je badan sendiri kat batang pokok !







Facilities tetap sama dan terjaga walaupun resort ni rasanya dah lama gila dan sepatutnya bahan bahan yang di perbuat dari kayu dah reput di mamah usia. Tapi semuanya masih elok dan sentiasa di kawal selia supaya tak memberi imej buruk pada guests yang datang menginap.

Gym

Swimming pool 1

Swimming pool 2

Daily activities juga sentiasa ada bagi memenuhkan masa.

Kampong Sucimurni Lifestyle masih tetap berlangsung bagi memberi pengalaman especially untuk westerners merasai suasana kehidupan kampong Melayu.

Dan yang paling berbeza kalau ambik pakej all inclusive atau bayar harga sewa bilik semata adalah dining experience. Residents' package masuk sekali breakfast, lunch dan dinners di restaurants yang ada di resort ni termasuk Di Atas Sungai, Nelayan dan Teratai.

Di Atas Sungei

Open space, outdoor

Di Atas Sungai menyediakan breakfast dan juga dinner.

Breakfast dia biasa biasa je. Spread OK lah not bad.

Dan ada Nasi Dagang dan Laksam. Menu berubah setiap hari. Ada satu hari tu ada pulut kuning dan roti jala.

Paling best dinner kat Di Atas Sungai ni. Sebab ambik pakej, kami di beri pilihan 3 jenis lauk pauk Melayu, be it udang, ikan, ayam atau daging dengan pilihan masakan tertentu. Chef akan datang advise dan akan ikut cara masakan yang kita mahu. Portion banyak gila dan SEDAP GILA !!! Udang butter adalah terbaik dan WAJIB repeat setiap malam.

Ya. Lauk lauk dia sedap gila di sini. Memang bersandar lepas makan tiap malam di sini.

3 course meals for dinner. Appetizer ada soup etc, main course dan desserts.

Chocolate Lava Cake adalah TO DIE FOR dan wajib repeat jugak setiap malam.

Gila lah dining experience dia kat sini memang cukup menyelerakan.

Dan kalau tak ambik pakej, harga meals dia boleh tahan mahal. Satu lauk je boleh cecah RM 50 setiap jenis lauk. So ambik pakej memang lagi berbaloi.

Selain Di Atas Sungai kami try jugak di Nelayan untuk lunch.

Makan tepi laut

Menu lunch second day. Beryani Chicken

Kari kepala Ikan

Sago gula Melaka

Menu lunch 3rd day.

Harga makanan so beruntung ambik pakej semua all inclusive.

Mengenyangkan dan menyelerakan. Siap boleh mintak dia buat Latte atau Cappucino for free. 

Tapi paling menarik adalah chef chef yang ada di sini especially di Di Atas Sungai. Friendly gila dan cakap lemah lembut. Very attentive dan resourceful especially Chef Maz.




Memang pengalaman di Tanjong Jara Resort kali ni sangat sangat berbeza. Highly recommended untuk try makanan di sini and of course penginapan yang selesa dan santai. Sampai balik KL pun masih teringat ingat kesedapan dan kelazatan masakan yang dihidangkan.

Serious tak tipu. Worth every cents. 

Dan kunjungan kali ke 2 ke sini aku rasa memang berbaloi. Takpe, aku doakan korang murah rezeki dan berpeluang rasa apa yang aku experience di TJR ni. Insha Allah.


So, it is OK to seek out a new and unfamiliar place but to visit a same place twice can oftentimes make for an even more fulfilling vacation experience.

Kudos TANJONG JARA RESORT. Truly Unmistakably Malay. 



Tinggilah tinggi
Tinggi tinggi burung di awan
Akhirnya engkau turun
Akhirnya turun mencari kawan

Terbang di awan
Turun mari ke dalam taman
Kalau mencari kawan
Mencari kawan biarlah padan

Bukan saja
Bukan saja kita kemari
Kita bercinta
Curahkan rahsia hati ke hati

Burung tempua
Sana sini mencari sarang
Kalau hati dah suka
Samalah kita terbang pulang

p/s tapi ada cerita misteri masa menginp di sini, cuma macam hilang mood nak cerita kat entry ni. Nanti kalau ingat aku cerita semula.

12 comments:

  1. cantiknye tempat ni...erni ni nama je kg kat trg..tapi x penah sampai lagi sini..tapi part gaha bdn kat pokok sbb spa mahal tuu mmg hampeh...bhahahahaa...kang bdn x ilang lenguh...yg dapat gatal2..bhahaha

    ReplyDelete
  2. cantik betul resort ni, makanan pung sedap...mmg berbaloi dgn harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time monsoon season harga pakej dan bilik dia lebih murah kot. kurang orang

      Delete
  3. wah bestnya bab makan tu...mcm best nk try. aci tak nk duduk satu malam je. kang 2 mlm takut balik jd guni beras plak hahaha. pada hal pitih xdok

    ReplyDelete
    Replies
    1. resident pakej utk 3 hari 2 malam. kalau duk satu malam ambik harga bilik je lah. makan kena bayar extra tapi tak leh pilih banyak2 sesuka tekak..

      Delete
  4. gaha badan kat pokok abih la naik birat

    ReplyDelete
  5. Salam. Boleh tahu book dari mana?

    ReplyDelete