Pages

Sunday, April 21, 2019

JELAJAH2NUSA : 06 | Pulau PADAR Part 02

..................bersambung

ALERT ALERT ALERT..................... ( boleh skip entry ni. Jangan teruskan pembacaan !!!!)

....... so aku fikir macam nak kentut. Maybe perut banyak angin. Belum sarapan pun ya. Belum berak pun sama. Macam tak leh nak control pulak. Aku salahkan cuaca di puncak Pulau Padar ni, tetiba aku melepaskan angin dengan rela tapi........................

Sambal lado sambal lado sambal lado..........

Tercirit uols !

Ya Auloh Nabila. Gi mana nih????????

Abang maluh !

* pekup muka................................... tapi tak tau nak lari ke mana. Jatuh gaung kan saja mati katak aku ni.

Serious aku tak tau nak buat apa. Yang tak berapa best tu, siap dengan bau ! Dan bukan sikit, banyak occay.............. kalau timbang mungkin cecah sekilo. Hahaha..

Tak cair dan tak keras. Sedang elok macam baru lepas kena ibu roti.. 

SEPELET !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Melekat kat spentot dan jubo.

Agak agak aku nak buat apa? Istinjak dengan batu? Air tak de ni.

Sesekali angin datang, bau nya terbang mengharumi kawasan ! Bau puaka.


Terduduk kejap aku di buatnya. Mencangkung lah takut tambah lekat macam majerine Planta pulak nanti.

Adui ! Loser gila rasa. Cemana lak boleh meluru marching keluar dia orang ni? Tak berpendidikan betul lobang bontot hari ni. Sesuka hati je melepaskan tinja pergi.

Kat atas gunung ganang lak tu !



Bila ada orang yang sedang mendaki naik dan sampai dekat aku, aku berdoa dalam hati supaya bau tak semerbak merayau di udara. Lagi yang mendaki tu makcik dan slow. Terangkat angkat hidung dia aku tengok.

Apakah makcik telah terkena rachun donia????????

Ya Allah. Biarlah rahsia ini hanya aku dan kau je yang tahu. Mana nak sorok muka menahan rindu. Eh malu? 

Kalau tak de bau tu okey lagi. Tapi aku rasa bau dia sampai terpisat pisat hidung sendiri.

Tenang. Tenang. Aku stay kat port yang sama agak lama. Usha kiri kanan. Ramai yang sibuk berphotog. Aku pun sibuk ambik gambar cuba cuba alihkan perhatian.

Pre wedding photo shots. Satu hal lak angkut gown berat berat sampai ke atas ni. Lagi haru kalau terspelet dalam gown tu.... Campak gaung lah !

Dan kau ni pulak gaya kenapa? Menahan bau rachun donia menusuk ke deria hidung ke?

Tenang Tenang Bertenang Bertenang.

Aku fikir aku ambik gambar ala kadar atas ni pastu aku turun lari ke bawah. Tak sanggup aku di malukan oleh diri sendiri macam ni.

Tiba tiba...

"Mas ! Bang !! Ke mari. Ayuh. Potret dulu yok................ Team photo. Team photo !"

Ah sudah. 

Tour guide aku tu tetiba rajin lak nak ambik gambar aku. Aku dah bagi tau aku tak suka bergambar. Lagi dalam situasi macam ni. 

No No No kamera please !!!!



Masa tu aku tak nampak lagi BW dengan IH. Kata Salma Hayek dia orang naik ke atas lagi. 

Si Salma Hayek ni pun satu. Dan dan tu ajak aku bergambar lah. Hish. Tau tak tahik di jubo sudah hampir kering ni?????? Ko rasa aku ada mood nak bergambar ria?

Aku kalau boleh nak berada jauh dari orang ni. Kadang kadang bila angin datang, memang bau pOntianak harum sundal malam pun boleh terovershadow nih. 

Tak leh nak describe dah cemana.

Pastu baru nampak BW dengan IH. Dia orang panggil aku. Aku jadi serba salah nak pegi dekat dekat dengan dia orang. Rasa bersalah pulak. Nanti aku di keji sezaman ! 

Nak tak nak pegi jugak. Tapi aku sengaja menjauhkan diri dari mereka. Cakap pun kena kuat kuat sebab jarak macam sebatu jauhnya.






Aku tak cerita apa apa pun kat dia orang. Aku harap tak de benda yang buat mereka berdua rasa ragu. Tapi dia orang biasa tengok aku tak de mood nak bergambar gambar ni so memang dia orang dah faham.

Ada pulak geng BBNU 2 orang kat atas tu. Pun datang nak bersembang.

Shuh ! Shuh ! Shuh ! Dia datang aku elak. Dia dekat aku menjauh bagi jarak.

Seriously pemandangan indah dari puncak Pulau Padar ni dah no 2. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah nak cepat turun dan bersihkan apa yang patut.

Masa kami nak turun dan sampai kat port Salma Hayek melepak boleh pulak guide aku tu buat permintaan.....

"Ayo donk.. Ayo semua... Kita guna drone......Yok berkumpul... di bikin bulatan. Rapatin...... Rapatin"

Uwa... Nak nangis pun ada aku time tu.

Dah tunggu dia naik kan drone satu hal. Dah duduk berkumpul kumpul dekat dekat macam tu buat aku rengsa tak rela. Pegi jauh jauh skit buat buat hisap rokok.

"Ayuh semua... Di bikin bulatan yok. Rapatin !!! Rapatin. Tangannya di pegangin....... "

Hangin pulak aku dia ni. Kepala hotak dia nak pegang pegang tangan? Buat nya ada bau melekat. Tak ke naya !!!

Terpaksa la aku ikut bila semua orang dah buat. Buat bulatan lah. Pegang tangan lah. Hish ! Tersiksa jiwa.

Duduk setempek macam tu, sah sah bau melekat. Angin pun kuat. Ini semua kerja gila !!!!!

"Ya udah. Nanti ramei ramei berlari...lambai lambai tangan sambil meloncat !"

Bodo sungguh la guide aku ni. Saja je nak jatuhkan kemaluan aku. Kalau aku lompat karang tahik tu bertindak lebih agresif cemana? Mereka mencari ruang untuk menyelinap keluar ni aku rasa. Ke masing masing dah kering jadi biskut?

Hahahaha

Silap silap karang drone tu sendiri meletup tak dapat menerima kenyataan seorang lelaki telah mencemarkan udara Pulau Padar ni????

Layan layan dia orang kejap je. 

Lepas tu aku nekad nak turun ke bawah. Aku bagitau BW dengan IH aku nak turun. Belum sempat dia orang cakap apa apa, aku nak dapat kuasa Usain Bolt + G Shanti meluru turun tanpa nak kisah apa apa dah.







Memang laju gila aku berlari turun. Dah lah pakai selipar je. Pedulik ! Ada pulak yang slow kat laluan memaksa aku berhenti. Time time tu sesekali angin menderu datang. Aku terpaksa beralh posisi beberapa kali supaya bau pergi ke arah lain.

Karang ada yang pengsan ni kang.

Aku rasa rekod kot laju gila aku berlari turun abis pintas semua orang. Sampai kat bawah rasa macam nak terjun masuk laut je. Tapi tak de pula time tu orang mandi. Kang aku di tuduh mental.



Sampai kat bawah aku terus cari bot kecik yang transport ke kapal besar aku tu. Mamat tu elok tengah menunggu. Aku terus panggil dia dan hantar aku dulu.

Jauh pulak nak sampai kapal aku tu

Hmmmm.. Dalam kepala otak aku dah fikir apa nak buat dulu sebaik saja sampai ke kapal nanti.

YES ! Anda rasa aku ada masa untuk sakit kepala?

Lari ke toilet dan macam busy gila menyamak diri sendiri. Selamat tinggal seluar dalam ku. Semoga kau menjadi kelambu ikan ikan dan mendambakan mu. Hiks.

Kembali tenang......................

BW dengan IH sampai di kapal akhirnya. Aku tengah lepak lepak baring baring macam tak de apa apa berlaku.

"Cepat nya kau sampai? Dah siap mandi ke?"

Dalam hati. Bukan setakat mandi jer. Aku dah boleh jadi duta product pembersihan. 

"Ajax FABULOSO? Di sini ! ( tunjuk lantai ) ................... Di sana ( tunjuk punggung sendiri )"

Semua yang ada dalam toilet tadi tu aku guna. Kalau boleh nak flush diri sendiri sama.

Hish. Ngeri sungguh ngeri.

+++++++

Maaf kalau entry ni over skit. Ter-graphic lebih. Memang memalukan diri sendiri dan bukan lah nak berkongsi sesuatu yang kurang sopan. Tapi tu lah pengalaman yang akan aku kenang.  It can happen to anyone.

Ingat Pulau Padar.. ermmmmmmmmmm. Ingat ......

Ah tak nak aku kenang dah kalau boleh.

Moral of the story. Kalau nak kentut, rasa kosong je.... lepaskan. 

Tapi kalau ada rasa macam barisan tentera beruniform cokelat dah ready ber-marching di pintu gua. Simpan kan sikit. Jangan lepaskan semua !

Hahahaha. Hoi. Aku malu !

* lari pekup muka terjun gaung



Entah mengapa ku gundah
Kadang ku berduka
Membisu rasa Oh...

Resah semakin melanda
Bila malam menjelma
Rindu ku tak sudah

Jangan kau simpan rindu mu
Luahkan padanya apa yang kau rasa
Biar rahsia di dada terungkap segalanya
membuang resah
Biar kan semua khayalan menjadi nyata

Mungkin kan keikhlasan kan merubah kehidupan
Yang dulu berselimutkan kusam
Mungkin biar

Dakaplah cinta untuk selamanya
Andainya setia kau akan bahagia

Cinta kau lah segalanya
Duka dan ceria membawa bahagia

Dakaplah cinta......
Jangan simpan rindu mu

bersambung.............

18 comments:

  1. hahahahahahahahahahaha.entri ni menyebabkan aku ketawa tak henti sampai abis baca. mujur kt office ni aku duk dlm bilik sorg.kalo open space mau terlihat mental sbb ketawa sorg.

    ReplyDelete
  2. ok tu meng.biar busuk tahi, jangan busuk hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sesekali angin datang.... bau memang mcm puaka. aku pun tak tahan. hahahaa

      Delete
  3. Bongok lah meng. Next time aku sampai padar aku nak amik gambar tag kauuuu kahkahkah siot je, mati hidupan liar dan tumbuhan sekitar padar tu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku risau kapal yang tenggelam tu angkara aku? tak la kan? hahaha

      Delete
  4. dalam tercirit tu sempat juga ye ambil gambar cantik-cantik! subhanallah cantiknyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cover line... buat buat busy.. hidung kembang kempis

      Delete
  5. patut lately selalu sgt gempa bumi... hahah

    ReplyDelete
  6. hahahahahahhahahahaha, taknak komen ape2, nak gelak je.
    hahahahhahahaha.

    ReplyDelete
  7. hahahahahahahahahah...yang pasti bau macam puaka !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau puaka dari lubang puaka...

      puaka pun surrender.. hahaha

      Delete
  8. Hahhaaahaahaa... Mesti pengalaman ini lebih mengerikan dari tengok Komodo kat Pulau Rinca kan Abang Meng?

    ReplyDelete
  9. Lolololololol... Dah bertahun tak komen kat sini and jadi silent reader.... But this time? Ini terlalu2 lawak! Hahahaa... I feel you... patut ada disclaimer... Even my colleague tegur, fir we never see you laugh like that before... Hahahaaaaa...

    Actually aku pun pernah kes mcm tu... Kat klinik, terus balik jalan kaki dalam demam (tak sempat jumpa doctor lagi)... dekat 4-5km jugak lah nak sampai rumah... Hahahaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kita serupa.
      masih kah kau ingat bau dia?
      masih kah?

      * nyanyi lagu masihkah kau ingat

      Delete