Pages

Saturday, April 20, 2019

JELAJAH2NUSA : 05 | Pulau PADAR Part 01

Disclaimer : 

Penulis mengesyorkan agar anda tidak menghabiskan membaca entry ini. Tidak ada yang istimewa atau berbeza entry ini dengan entries entries sebelumnya tetap penulis ingin mengabadikan entry ini untuk momento diri sendiri. 

Entry ini penuh dengan kebusukkan dan tidak ada secalit bau wangi sekalipun.

Anda boleh menekan tanda pangkah di sebelah kanan bahagian atas skrin ini untuk menamatkan entry ini atau anda akan terpalit dengan kebusukan yang luar biasa !

Sekian. Harap reti !

* pandang kiri kanan.

Mana orang? Okey semua dah tak de dan tak membaca entry ini. Bagus. Boleh lah kita mulakan....

************

Hari ke 2 pelayaran di laut Flores, Nusa Tenggara Timor.

Awal pagi aku di kejutkan supaya bangun dan bersiap.

"Bersiap? Kita nak ke mana?"
"Tu ! Nak daki atas sana tu"




Di luar suasana masih gelap lagi. Sesekali kapal berayun dibadai ombak laut. Seingat aku semalam badainya lebih dari ini. Lagi luarbiasa dan agak mengerikan. Beberapa kali rasa nak tercampak dari katil sebab kapal beroleng oleng. Alhamdulillah. Tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Tapi pagi pagi ni aku di minta bangun dan mendaki?

Tak boleh nak digest rasanya. Aku duduk di koridor tepi dan pasang rokok. Bot kecik dah mula bergerak menghantar geng geng yang lain ke pulau Padar yang jelas kelihatan.






Pagi pagi nak mendaki? Serious lah ! Aku tak mandi lagi. Tak gosok gigi. Belum berak. Dah berapa hari tak berak ni? Semalam kat Bali pun tak sempat nak memerut. 

Ergh. Sungguh aku tak ready fizikal dan mental macam ni.

Sarapan pun tak lagi. Mana ada kekuatan dan tenaga tetiba nak hiking ke puncak?

Kamera pun tak ready lagi nak snappy pepagi

Akhirnya aku beralah. Bot kecik datang semula untuk ambik aku. Cuma aku je yang masih tinggal atas kapal ni, yang lain dan di hantar ke daratan.

Pasrah.




Sempat aku tanya mamat bot yang bawak bot kecik hantar aku tadi tu kenapa awal sangat? Dia kata sebab takut cuaca panas nanti nak hiking. Kalau matahari dah meninggi lagi panas cuaca atas sana.

Logik juga. Tapi kenapa tak bagi tau ?????????????????????

Ni aku nak marah ni.

Aku salahkan guide aku. Padahal semalam dia duduk lepak borak dengan kami semua tak de pulak dia cakap bangun pagi pagi pukul 6 esok kita nak mendaki.  Dia cuma kata esok nak mendaki tapi tak bagitau pukul berapa.

Kalau tak sempat lah aku nak ready ready sikit. Pakai headband ke bagi nampak macam mountaineers skit. Kan? Malu lah kalau orang nampak aku kurang bergaya !

Dia orang semua dah menunggu untuk mula mendaki. 

Dan dan tu aku terus turut serta dan sama sama menuju puncak !

 
Seawal pendakian kena naik anak anak tangga yang siap di bina dengan papan...

Dan yang menariknya lepas mendaki tangga tu kita nampak the other side of Pulau Padar.

Dan pendakian di teruskan lagi ikut laluan yang di sediakan.

Mood aku masih ke luat. Tak leh nak terima lagi kenapa mamat tu tak bagi tau kena hiking awal awal pagi macam ni. 

Aku mendaki macam kena paksa. Hempas hempas kaki je. Malas dan tak de mood. Tapi view semakin tinggi mendaki semakin cantik persekitarannya.








WARNING : Anda boleh berhenti dari terus membaca entry ini seperti amaran awal tadi.  Sebarang keputusan dalam pemilihan anda adalah tanggungjawab sendiri.

JANGAN CAKAP ABANG TAK WARNING !

Nampak Pink beach dari atas puncak Pulau Padar semasa mendaki.

Ada few port untuk berhenti rehat. Masing masing mendaki dengan pace sendiri. Ada yang laju jauh ke depan. Aku sebab tak de mood memang saja slow slow macam itik pulang petang.

BW dengan IH dan team kapal aku semua dah ntah ke mana. Maybe dah sampai puncak. Tak pe lah. Aku slow slow. tak de apa nak di kejar pun.









Dah nak sampai kat puncak pertama dah. Nampak ramai yang berkumpul dan ambik ambik gambar.

Berjaya jugak akhirnya aku mendaki dalam mood yang tak tentu hala macam ni.

Tapi tu bukan puncak yang dikatakan port yang cantik yang boleh nampak ke dua dua teluk kiri dan kanan Pulau Padar ni. Yang tu kena mendaki sikit saja lagi.............





Angin agak kuat jugak la kat atas ni. Dan time tu tetiba perut rasa memulas dan aku terasa nak terkentut.....

* pandang kiri kanan

Tiba tiba..................

"Nabila !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..... Gi mana ni?????? Bantuin aku Nabila...........................!"

Tidakkkkkkkkkkkkkk.

"Ah ! Tiada guna aku hidup di dunia ini lagi. Biar saja aku mati. Bunuch saja diri ku................................................."

Bunuch ! Bunuch ! Biar matik !!

p/s tak de lagu entry ni sebab hiba menangis pilu....

bersambung...............

13 comments: