Pages

Friday, September 7, 2018

KEMBARA BALKAN - BOSNIA HERZEGOVINA | 02 MOSTAR : Selamat Pagi Mostar

Good morning Mostar !

Bangun pagi buat senaman silat pulut pendekar Mustar dulu ambik feel...... ahaks

View Mostar 

Pagi tu aku bangkit awal. Tapi sebab summer, subuh hari pun dah hampir cerah. Siap bersiap siap, aku rancang nak keluar usha kawasan Mostar awal pagi ni. Hasil dari sembang sembang semalam dengan few orang, aku decided nak ambik tour ke kawasan sekitar Mostar ni hari ni. Kebetulan, anak Dada owner hostel ni buat tour berdekatan dan memang ada 2 orang nak join trip dia hari tu.

Aku setuju nak join dengan harapan, abis tour nanti aku boleh ambik train atau bas ke Sarajevo !

Pagi pagi Dada dah siapkan breakfast untuk aku dan penghuni yang lain. Tapi sebab aku bangun dulu so aku makan dulu. Simple breakfast tapi kenyang lah.

Ni Dada. Nenek nenek gak lah. Tak dapat snappy dari depan, nampak dari belakang je lah. Friendly dan baik hati orangnya.

Sempat la borak borak time breakfast tu dan Dada cerita cemana dia hidup sebelum dan selepas perang berlaku. Memang susah nak bangkit tapi dia percaya kehidupan mereka akan jadi lebih baik selepas ni. 

Rumah ni rumah dari arwah suami dia yang terkorban dan dia jadikan hostel dan penginapan. Dan berkat usaha dia, dia mampu beli lagi satu rumah dan buat hostel juga. Hostel satu lagi tu anak perempuan dia yang jaga. Dada ni di bantu oleh Cucu dia bernama Salmah. Yes.. mereka adalah rakyat Bosnia yang menganut agama Islam.

Abis breakfast aku melangkah keluar. Janji aku balik sebelum pukul 10 pagi nanti untuk join trip.

Pagi di Mostar

Suasana masih sunyi sepi

Bangunan pusat beli belah yang dibedil sewaktu perang Bosnia dahulu masih kekal tak dibaiki

Masjid yang sempat aku singgah semalam.

Sebab hari masih pagi, nak usha tempat tukar duit pun belum di buka lagi so aku berkeliaran sekitar kawasan.

Sungai Neretva yang mengalir di bandar Mostar


Mostar


Sungai ini jugak dahulunya menjadi sempadan pembahagi kawasan antara penduduk Muslim Bosnia dan Croaks. Sebatang jalan utama iaitu Boulevar Revolucije menjadi medan pertempuran antara kedua dua puak ini dan kesan peperangan masih kekal kelihatan sehingga kini di kawasan ni.

Banyak taman taman di jadikan perkuburan kerana kekurangan kawasan untuk mengkebumikan mayat sewaktu perang.

Bekas bank









Jalan kaki ikut laluan utama tu membawa aku ke Stari Most, The old bridge yang menjadi mercu tanda Mostar ini....

Originally built by the Turks in 1566, it was destroyed in 1993, but rebuilt in 2004. The bridge is the highlight of Mostar and is a UNESCO World Heritage Site. 

The bridge is 21m high and you will frequently see members of the Mostar Diving Club dive off the bridge. It is customary to give the divers a few KMs after they make the jump.

Stari Most

Pagi pagi memang masih tak de orang so aku berkeliaran je lah tanpa pedoman....

Bangunan bangunan

Kedai cenderamata

Restoran

Hammam Muzium

Cafe cafe yang masih belum di buka

Projek restoration

Kawasan sekitar Jambatan Stari Most

Stari Most

Stari Most atau Old Bridge adalah jambatan zaman Uthmaniyyah abad ke-16 yang dibina di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina yang melintasi sungai Neretva dan menghubungkan kedua-dua bahagian bandar ini. Ia dibina oleh Mimar Hayruddin, perantis dari arkitek terkenal Mimar Sinan yang membina banyak bangunan utama di Istanbul. Stari Most ini berdiri selama 427 tahun, sehingga ia musnah pada 9 November 1993 oleh pasukan tentera Croat semasa Perang Croat-Bosniak. 

Seterusnya, satu projek telah dirancang untuk membina semulanya; jambatan yang dibina semula dibuka pada 23 Julai 2004.

Salah satu mercu tanda yang paling dikenali di negara ini, ia dianggap sebagai seni bina Balkan Islam yang termasyur di kota Mostar ini.

UNESCO site

Lantai

Tangga

Muzium

View

View

View

Stari Most

Old Town

Masjid

Peta kawasan

Old Town Mostar

Centuries before the Ottoman conquest of Bosnia, Mostar was a small hamlet situated at a strategic crossing of the Neretva River. Its hinterlands consisted of a broad agricultural plain on the west bank and steep terraces on the east bank surrounded by barren mountains. 

Mostar was a representative multi-ethnic and multi-cultural settlement in Bosnia and Herzegovina, which had possessed an independent political identity since the twelfth century. By the fifteenth century, most of the lands that would later become part of modern Yugoslavia were inhabited primarily by peoples of the same south Slavic heritage.

Architecture_of_Mostar

Layan view sekitar Old Town Mostar.. 



















Timing agak OK aku sampai kat kawasan perniagaan di tengah tengah bandar Mostar ni banyak resto dah di buka. Bank pun sama, so aku masuk salah satu bank tu dengan harapan dapat tukar duit.

Malangnya dia tak terima aku nak tukar 10 Euro je dari sekeping note 50 Euro !

Aku fikir buat apa aku nak tukar banyak banyak duit Bosnia Mark ni sebab aku tak banyak nak guna pun. Jemmed kejap otak !

Nasib baik aku teringat aku ada note USD kecik, so aku tukar je 10 USD ke Bosnia Mark ! Hah.. Lega..... selesai satu masalah !

USD 10 dapat 18 BAM. Harap mencukupi lah.

Dah ada duit sikit, tenang skit nak berjalan.

Dekat Mostar ni ada few spot yang boleh nampak Stari Most tu dengan view yang lawa. Salah satunya adalah dekat dengan masjid ni.

Kalau waktu biasa kena bayar. Dan boleh naik ke atas menara tengok view

Perkarangan masjid

Semalam aku datang kat masjid yang sama untuk snappy. Bila malam, tak kena bayar. Dan sama jugak time ni aku pagi pagi free lagi.

Boleh usha view dari sini






Berdekatan dengan masjid ni ada banyak kedai kedai jual cenderamata. Aku pegi la usha usha.. Tetiba sorang pakcik ni tegur.

"Where are you from?"
"Malaysia"

Dia angguk angguk.

"Dr Mohammad Mahathir is a good man"

Aku terkejut gak memula. Tapi cuba faham apa dia cakap aku tau dia maksudkan Tun M. Tapi kelakar dia sebut nama terbalik balik.

Aku senyum je lah sambil tengok FM nak beli. Pakcik ni masuk ke dalam dan tak lama keluar semula dengan air kopi...

Dia pelawa aku minum tapi aku malu malu. Lagipun aku nak cepat. Aku tolak dengan baik. Pastu aku menyesal !





Since macam ada masa, aku sempat singgah pekena kopi Bosnia.

Tu lah sombong sangat tadi. First time aku rasa Bosnian Coffee ni terus aku suka.


Sampai di hostel, Dada sibuk berkemas.

"She will be here shortly"

Dia bagitau. Okey. Aku setia menunggu. Dada buat secawan teh untuk aku.  Kejap lagi anak dia datang untuk bawak aku jalan jalan !

bersambung....................

8 comments:

  1. Bila baca entry Mostar kau ni...buat aku mcm terpanggil nk masukkan Mostar dlm wishlist aku. Teringat balik kisah2 perang ni masa sekolah dulu..mengimbau. Mc best gak tengok kopi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mostar ni wajib pegi. jangan skip. lawa tempatnya
      kopi tu memang sedap. pekat likat. sekali lekat kat lidah... terasa rasa kopi dia

      Delete
  2. Replies
    1. haah... tapi pekat dia kaw kaw.. lekat kat lidah. mcm kopi luwak

      Delete
  3. Bestnya morning walk kat tmpt lawa..sorang manusia pun xnmpk meng..hihi.

    Kopi itu nmpk sedap! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jalan time org tak bangun lagi... aman damai je..

      kalau ke bosnia memang kena try kopi dia tu..

      Delete
  4. bang meng, berapa tour anak dada tu charge? nak compare ngan riki online.. haruskah beli online @ beli tour kt sana lg murah? tq

    ReplyDelete