Pages

Thursday, September 6, 2018

KEMBARA BALKAN - BOSNIA HERZEGOVINA | 01 MOSTAR : Menuju Mostar

Kembara Balkan bersambung ke negara seterusnya. Bosnia & Herzegovina.

Perjalanan merentas sempadan bermula dari Dubrovnik di Croatia menuju ke Mostar. Mostar memang dalam list perjalanan aku tapi sepatutnya aku tuju ke Plitvice Lake dan Zagreb dulu. Last minit aku terpaksa dropped 2 destinasi ni dari list sebab kekangan masa. Maybe next time je lah !

View di Croatia

Kawasan pesisiran pantai

Kawasan pedalaman menuju ke Mostar

Untuk sampai ke Mostar, kena masuk sempadan Bosnia dan keluar balik ke sempadan Croatia sebelum merentas kawasan dan sekali lagi akan melalui sempadan negara Bosnia.

Masa kat boarder tu kami semua tak turun, seperti biasa driver collect passport etc. So sepanjang jalan tu passport memang dengan driver lah. Dan perjalanan bas ada gangguan sikit sebab driver tu silap masuk jalan dan bas terpaksa berpusing di laluan sempit untuk cari jalan keluar balik semula.

Buang masa jer.

Masa tiba di sempadan Bosnia yang ke 2, sekali lagi urusan imigration di selesaikan dan lepas tu driver pass passport kat semua penumpang. Malangnya sorang penumpang kehilangan passport dia, so bas terpaksa berhenti sebab dia tak di benarkan masuk ke Bosnia.

Lama gak la menunggu. Rupanya passport dia tertinggal di sempadan Croatia yang mula mula.

Tak tau nak salahkan sapa tapi minah tu bengang gak lah dan penumpang lain pun terpaksa akur bas menunggu lama untuk ada orang bawa passport tu dan hantar ke sempadan tempat kami menunggu ni.

Perjalanan di teruskan. Sepatutnya waktu perjalanan 3 jam setengah, tapi kami melaluinya hampir 5 jam ! Aku cuma risau kalau malam sangat payah nak cari penginapan sebab aku belum booking mana mana tempat lagi ni.

Bas memasuki kawasan Mostar

Bas sampai di bus main station di Mostar. Station bas ni terletak sebelah train station.

Masa turun dari bas tu aku perasan sorang makcik ni bawak signage dan letak atas dada dia. Board tu tulis Hostel Dada.

Elok sangat la Dada di atas dada. Aku pegi toilet dulu dan cari tempat nak tukar duit sebab aku tak de currency Bosnia lagi.

Tak jumpa proper currency exc, tanya orang katanya boleh tukar kat kedai ni. Malangnya aku tak de duit Euro kecik.. Dia tak accept 50 Euro sebab aku nak pecahkan 10 Euro je ke BAM. Pasrah !

Berjalan keluar dari bus terminal tu aku terserempak lagi dengan makcik tadi tu.

"You looking for hostel?"

Aku angguk. Then dia tunjuk phamplets yang dia pegang, keadaan bilik dan dia bagitau lokasi penginapan dia tu sebelah bus station tu je. Harga untuk single room cuma 10 Euro ! Murah gila la bagi aku so pantas je aku setuju..................

Jalan kaki tak sampai 10 minit, kami tiba di penginapan Hostel Dada ni. 

Hostel ni adalah rumah yang sama dia duduki. Ada few rooms. Ada shared room dan private jugak. Dia pun duduk di kediaman yang sama. Agak friendly orangnya...

Bilik aku pun bersih dan agak selesa.

Ambik masa dan bersihkan diri dan buat apa yang patut, then aku melangkah keluar menuju ke bandar Mostar. Nak usha usha kawasan di sini sebelum gelap malam.

Juga misi nak tukar duit dan cari makanan ! Lapar.

Jalan kaki

Nampak jelas binaan binaan bekas perang yang melanda di sini satu ketika dulu

Gereja

Bangunan di sekitar bandar lama

Singgah maghrib jap di masjid ni

Dan usha usha kawasan sekitar Old Town ni.







Mostar is a city in Bosnia and Herzegovina, formerly one of the most ethnically diverse cities in the country, and today suffering geographical division of ethnic groups. The city was the most heavily bombed of any Bosnian city during the war in Bosnia and Herzegovina following the breakup of Yugoslavia. At the beginning of the war, air strikes destroyed many important buildings and structures, damaging the city historical core. The Old Bridge, a symbol of Mostar was damaged first by JNA forces during 1992, and on 9th November 1993 utterly destroyed by Croatian Defence Council tanks positioned on Hum hill after two days of heavy shelling.

Mostar has been most famous for this beautiful historic Ottoman-style bridge, which spanned the Neretva river in what is considered the historic center of the city. Through combined efforts with the international community, rebuilding of The Old Bridge was completed in 2004, almost 11 years after its destruction, using some of its original pieces recovered from the Neretva river. A significant portion of the city has been rebuilt and visitors might be surprised to see that this formerly war-torn city is a lively and beautiful destination once again, particularly the area within and around the old town. However, many visible signs of Mostar's troubled recent history remain

Rasa sangat best dapat tengok Old Bridge di Mostar ni. Walaupun dari jauh sebab aku memang plan esok baru nak explore habis habisan tempat ni.










Bergerak ke area Old Town.. Nak cari money exchange tapi tak jumpa. Jumpa kedai makan, tapi dia tak terima Euro note besar !

Kecewa !

Last sekali usha usha kedai dan tengok souvenir je. Tak boleh nak beli lagi... 

















Dua tiga restaurant aku tanya tapi semuanya tak terima. Aku memang tak de note kecik Euro. Last sekali balik ke hostel, nampak kedai roti dengan harapan dapat beli roti.. Dah la roti nampak sedap. Tapi bila tanya jawapan memang hampa !

Macam nak menangis je rasa.

Jalan balik ke Dada's Hostel

Jarak pun tak de lah jauh mana. Jalan kaki dalam 15 minit je. 

Sampai hostel nasib aku ada bekalan maggie, masak maggie dan makan untuk alas perut. Memang lapar betul rasa. Lepak kat hostel malam tu borak borak dengan sorang minah NZ yang sama sama menginap.

Then aku guna internet untuk study perjalanan aku seterusnya. Sebab ada masa, aku planned nak stay di Mostar dulu seharian esok untuk explore tour yang ada di sini. Dan selepas menimbal balik, aku beli flight tiket dari Belgrade nanti balik ke Istanbul. Trip ke Bucharest terpaksa aku lupakan.

Ada sedikit lagi perubahan dalam itinerary aku lepas ni tapi aku rasa doable dan aku agak OK.

Malam tu tidur lena di Mostar menanti hari esok untuk merayap rayap dan usha kawasan bekas perang.

bersambung.................

8 comments: