Pages

Wednesday, August 8, 2018

AUNTY AINI'S GARDEN CAFE, Nilai

Masih ingatkah kisah nostalgia cinta Awie & Watie ?

Kali ini kita bercerita pula tentang Aini........................ 

Siapa Aini? Sharifah Aini? 

Aunty Aini aka Makcik Agak Agak

Kenapa Makcik Agak Agak?

Usha ni !



Makcik ni memang glamer dan pernah featured dalam tv dengan hosts terkenal seperti Gordon Ramsay and Anthony Bourdain.

Mesti bukan calang calang ni kan? So selepas kena dengan 'air tangan' Watie tempoh hari, the searching continued dan kami geng geng kuat makan datang ke sini dan mencuba sendiri air tangan Aunty Aini pulak.

Lokasinya di Nilai/Sepang tak jauh dari Watie Corner tu jugak.

Signage tepi jalan

Ada kawasan parking kereta di sediakan. Parking FOC

Aunty Aini's Garden Cafe ni terletak di kawasan perkampungan jadi expect suasana ala ala desa dengan pokok pokok menghiasi kawasan. Agak menarik untuk menggemari suasana relaks sebegini. 

Ayuh usha dulu persekitaran cafe ni.

Entrance masuk

Pintu kayu

Teratai

Bangsal menunggu

Sebaik saja masuk ke pintu utama, pastinya mata tak lepas menikmati pokok pokok menghijau dengan suasana yang segar.

Dan ada satu rumah kayu

Dan rumah kayu ini lah menjadi bahagian utama cafe Aunty Aini ni...

Dan bersambung dengan bahagian lain yang menjadi tempat tetamu duduk

Ada banyak tempat duduk di sediakan, cuma kerusi dan meja agak rapat rapat maybe nak cater pelanggan yang ramai. Masa kami datang hari tu pun agak ramai so duduk dekat dekat orang sebelah berborak terpaksa dengar.

Belah kanan....

"Aku beli handbag baru semalam. Sale kat Sogo !"

Belah kiri.....

"Hari ni aku tak nak makan banyak. Aku nak diet !"

Ermmm.....................

Nak makan apa? Usha menu dulu lah baru senang nak order !

Menu

Usha makanan yang disediakan

Lauk pauk dan masakan selera kampung

Air minuman dan hidangan pencuci mulut turut disediakan

Usha menu sampai lebam

Di sekitar bahagian utama cafe Aunty Aini ni, ada lagi kawasan seolah olah macam taman/kebun.

Sementara menunggu makanan kita tiba, jom kita merayau di sini sana.












Pendek kata ralit jugak la tengok pokok pokok dalam kawasan tu. Belakang cafe maybe rumah owner sebab macam ada orang mendiami. Tak de la aku pegi dekat dekat usha. Tapi kawasan yang boleh di usha usha dalam ni memang banyak pokok pokok dan tanaman tanaman tumbuh segar.

Ada jugak beberapa kawasan lain untuk pelanggan duduk dan rasanya di buka sekiranya ada reservation tertentu. Ada jugak toilet dan surau kecik.

Menarik. Tapi makanan dia macamana? Agak agak?

Tak boleh nak agak. Makanan kena rasa sendiri !

Minuman tiba

Ayam rendang

Daging salai masak lemak

Ikan masin

Lauk pauk

Dari atas !

So agak agak sedap ke tidak? Agak agak? 

Hahaha. Bagi tekak aku lah, makanan kat sini memang sedap. Serious sedap. Kalau nak compare dengan Watie Corner, sini aku rasa sedap lagi ! Sedap sikit laaaa tak de la jauh sangat kena tinggal.

Tapi..................... harga kat sini agak lebih pricey daripada Watie. So kalau tak kisah berbelanja lebih boleh lah ke mari. Plus Aunty Aini kan selebriti Chef so mahal la sikit harga makanan di sini.

Plus memang salah satu cafe yang hot di kawasan ni

Aunty Aini dan Anthony Bourdain

Sedap dan mengenyangkan. Memang patut di cuba. Jangan tak jumpa jalan balik sudah lah.




Ada kuih muih dan dodol gak di jual. Kuih bakar ni sedap tapi manis sangat

Tak nampak pun Aunty Aini masa aku berkunjung di sini. Maybe dia busy. Katanya Aunty Aini ni dulu pelakon. Tak tau lak berlakon citer apa. Korang agak agak?

Apa apa pun. memang recommended untuk yang mencari masakan Nogori dan lauk lauk kampung dan dapat makan dalam suasana kampung yang pastinya mendamaikan.

AUNTY AINI'S GARDEN CAFE
Batu 16, Kampung Chelet,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan

Waktu operasi :
11.30 pagi - 2.30 petang dan
5.30 petang sampai 11 malam.

Isnin tutup !


Sila pergi. Jangan teragak agak. Luar biasa keenakkannya...............

7 comments:

  1. Aunty Aini glamer.. Anak Aunty Aini pun pelakon cantik..
    So far saya masih belum sempat singgah sini, bila teragak nak pergi mesti tutup, keciwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak agak dia glamer ke anak dia lagi glamer?
      sapa anak dia? * sibuk nak tau

      semoga berjaya ke sana. agak agak tu bila? hahaha

      Delete
  2. Belum try...xleh le comment..tp suasana yg menyamankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah try.. jumpa anak dia kim salam. angelina joulie tu

      Delete
  3. Dia belakon dalam filem selubung. Baru je tgk ni...haha

    ReplyDelete