Pages

Monday, June 25, 2018

HUTAN CAFE, Cyberjaya

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!

Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terderah,
atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?

No ! Kau dah kenapa nak ke pantai? Kat pantai tak de makanan.

Cepat lari ke hutan sebab kat hutan ada cafe.... Let's gi makan kat Hutan Cafe !

Memula ingat nama dia Hujan Cafe..... sebenarnya hutan......

Hutan pun hutan lah. Janji makan dengan aman dan tak di ganggu binatang buas. 

Ada member member yang keje di Cyberjaya ajak lepak makan di sini. Dia orang kata cafe baru. Aku ikut jer... Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Cyberjaya. Masuk ikut bangunan Majlis Perbandaran Sepang tu. Area yang ada driving range dan aktiviti aktiviti kat situ.

Jalan ikut laluan yang ada tu... nanti nampak...

Hutan ! bukan hujan.....

Usha dulu setting Hutan Cafe ni. Setting luar dulu...




Dan setting dalam cafe....









Konsep dia, duduk dengan sopan santun. Dan anda akan di layan sebentar lagi.

Mulakan dengan ketuk meja

Nanti waiter datang bawak menu

Usha

Ada yang menarik?

Kalau menarik order lah

Kalau tak order lapar

Check jugak ada hari harinya terdapat hidangan istimewa di Hutan Cafe ni.

Basically menu dia ada asian, ada jugak western. Kira campur campur la untuk memenuhi tekak pelanggan.

Menunggu !

Sebab mostly kami datang time lunch dan order benda yang sama iaitu istimewa hari tu. Nasi Minyak dengan Ayam masak merah, jadi kira cepat jugak la makanan tiba.

Sirap bandung

Aneka minuman

Teh tarik dengan kuasa superbusa

Hidangan di meja

Not bad Nasi Minyak dia

Ada dalca dan Ayam masak merah

Papadom dan Acar

Sorang lagi ambik Nasi Kerabu dengan Ayam Percik

Mengenyangkan

Makanan memang agak OK bagi aku. Tapi paling best di sini adalah suasana dia. Memang santai dengan udara yang segar bugar. 

Service pun OK. Staff pun friendly jugak. Tempat bersih. Cuma satu je, desserts dia macam kureng menarik skit. Maybe sebab dia assume pelanggan belum berpusu pusu datang. 

So gi terjah !

Kalau nak beraktiviti pun boleh juga di sini.




Dah abis makan, sila lah nak ke pantai ke atau lari terus masuk hutan ! Atau belok singgah ke jamban?

HUTAN CAFE
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,
Jalan Kelab, Off Persiaran Semarak Api,
Cyberjaya.
Daily, 9am-10pm.
Tel: 03-8322-6765
Fb : Hutan Cafe Cyberjaya

Sila lah berkunjung !

7 comments:

  1. dulu sepupu I suka update dia makan sini, lepas jadi warga cyber dan pergi cuba, sedap jugakla makanan dia. rojak ngan laksa pun sedap. Kalau weekend sunyi sepi sikitla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu nama pun hutan..
      sunyi sepi takde orang.
      jgn jadi kedai bunian sudah
      hahahaha

      Delete
  2. hutan yg bersih & kemas nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Tengok menu semua makanan macam best..
    Paling penting persekitaran bersih.

    ReplyDelete
  4. lot of people keep blogging about this cool cyberjaya cafe.... is it still open after pandemic?

    ReplyDelete