Pages

Tuesday, June 26, 2018

Ayam Bakar Pasu Terlangkop, PORT DICKSON

Ni kisah satu hari bukan di hari raya. Time ni kebetulan aku ke Port Dickson atas urusan so mencari port untuk mengisi perut time lunch.

Borak borak dengan ahli jemaah, dia orang ajak makan di sini. Dah viral ! Ayam Bakar Pasu Terlangkop. 

Terlangkop sebab dah tak laku ke???? Bukan ! 

Nak tau... ayuh kita singgah !!

* pimpin tangan abang rambut ketak 

Terletak di Teluk Kemang. Tepi jalan je. Boleh pakai waze.

Viral !

Terletak di Batu 8 Teluk Kemang Port Dickson (Berhampiran dengan Balai Bomba Teluk Kemang). 

Apa yang istimewa di gerai ini ialah mereka menyajikan resepi salai ayam bakar di dalam pasu terlangkup   

Dikhabarkan cara ini lebih membuatkan ayam ayam yang dibakar itu rasanya lebih enak.

"Ayam Bakar Pasu Terlangkup dimasak di dlm pasu dgn teknik salai...kesedapan melampau-lampau dimakan dengan sos rahsia.."

Rahsia tu..... so jom kita try rasa dia terlangkop ke tidak !


Gerai dia khemah kanopi jer

Kami sampai elok tengahari so waktu terbaik untuk melantak dan memenuhi selera.

Parking di kawasan yang di sediakan

Nampak orang boleh tahan ramai beratur

Yang duduk makan pun ramai juga

Konsep dia, datang, order makanan, bayar dan makan. Nak order tu kena lah beratur.

Kurang hensem wajah ayam tu.....

Beratur !

Yang beratur tu semua nak order ayam bakar pasu terlangkop tu. Kena tunggu turn sebab proses pembakaran sedang di jalankan.

Usha sikit cemana aktiviti menelangkop ayam untuk pembakaran di dalam pasu.

Pasu pasu

Ada ayam dalam pasu tu. Pasu pasu tu pun nampak special sikit daripada pasu bunga yang kita biasa tengok kat kedai.

Kerja kerja pembakaran ayam

Nampak tak ayam di bakar dengan resipi sos rahsia tu......

Dan begitulah prosesnya sehingga para pelanggan datang dan memilih ayam ayam yang masih panas panas dan hot !

Resepi pengusaha gerai ini menggunakan konsep salai bakar yang dapat mempercepatkan proses penyalaian kepada setengah jam compared to cara biasa yang memakan masa 3-4 jam. Cara ini juga dapat mengelakkan ayam tersebut hilang jusnya dan menjadi kering yang boleh mengurangkan rasa keenakan ayam ini. 

Harga ayam... sekor RM 22. Setengah ekor RM 11.

Ada jugak lauk sampingan yang turut dijual kalau tak nak ayam bakar tu.

Ayam salai masak lemak cili api

Daging salai masak lemak cili api

Dan aneka lauk pauk yang lain.....

Pastu ada jual air minuman

Kalau hipster sikit, ada shake shake bon bon....

Dah tengok persiapan dan makanan makanan yang available? 

Dah beratur berpeluh ketiak dengan kegigihan yang luar biasa demi sesuatu yang viral ?

Masa untuk makan !

Pelanggan yang agak ramai.

Kecik besar, tua dan muda.........................

Oh ya. Ayam bakar tu di makan dengan nasi ala ala kaler kuning tak tau nasi apa.. Minyak? or Nasi Ayam kot. Nasi putih pun ader.. Nasi harga lain..

Hasil daripada pembakaran pasu terlangkop, ayam sudah siap terhidang.....

Air dilupa jangan... Kang tercekik kang !

Set hidangan

Selera tambahan

Merasai kenikmatan selero nogori.....

Verdict ?

Bagi aku tak de apa keistimewaan pun yang dapat di rasa. Macam ayam bakar biasa jer. Kalau nak compare, ayam Kenny Rogers lagi power. Overated sikit la ayam bakar pasu terlangkup ni. Tapi tak de lah tak sedap sampai rasa nak telangkup kan meja. Selera masing masing....

Tapi kalau nak cuba apa salahnya. Benda viral mesti sebab orang suka. Jadi tak salah nak try dan rasa sendiri kesedapannya. Mungkin nak tambah viral lagi, bakar dalam pasu IKEA ker.... Aummmm. Baru hipster level level teratas.

Kan dik? Nanti adik besar, ciptakan resepi viral... ayam bakar pasu tergantung sepi !

Anyway mengenyangkan. Cuma makan di bawah khemah agak panas jugak la dengan pelanggan yang ramai.

Azza Elite duta Ayam Bakar Pasu Terlangkop?

Jangan trauma sudah !

Jadi bolehlah datang dari jam 11 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali hari Jumaat.

AYAM BAKAR PASU TERLANGKOP
5, Taman Bayu,
Teluk Kemang
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Phone: 011-1462 5271


Kalau masih lapar boleh cari kudapan kudapan tepi jalan yang ada berdekatan

Sambil minum air kelapa.... fuh.... hilang rasa haus dan dahaga !

Okey. Selamat menchoba !

7 comments:

  1. Aku mkn sini dulu, ayam biasa je...tapi family aku duka gulai lomak dia, sodapppp...

    ReplyDelete
  2. Lama tak datang PD dalam tak sedar viral ayam bakar pasu terlangkop.
    Boleh cuba, masak lomak daging salai pun nampak agak menarik..

    ReplyDelete