Pages

Thursday, February 8, 2018

Sepetang Di Plan B Expresso, D'Pluze Cyberjaya

Plan B !

B tu sebenarnya for BIG GROUP. Under group yang sama managed chains and restaurant macam Ben KLCC dan lain lain lagi.

Rasanya aku pernah makan sekali Plan B @ Paradigm Mall lama dulu. 

Hari tu nak jumpa member ada discussion di Cyberjaya, terjumpa Plan B di sini tapi yang ni ada Expresso. Maybe target pelanggan dia lain skit kot. Kaki lepak? Peminum kopi? Dan gaya lebih tapi nan hado !

Tak de plan pun memula nak lepak tapi tengok orang tak de dan tempat nampak cozy, kami pun cuba !

Plan B Expresso

Belah luar

Now open

Perlukan sedikit intro?

Formed in early 2011, BIG is an ideology encapsulating the love for food and how it ties people and experiences together. The act of eating is a pleasurable and emotional experience which we endeavour to celebrate and deliver to our customers.

Plan B is a creative space specifically designed to encourage people to eat, linger and to get inspired. Offering an edgy alternative to the cookie-cutter coffee bars, Plan B is a culture café that focuses on artisan coffee and creative cooking. The style of food at Plan B is Aussie-meets-New York deli, with contemporary flavours, comprising of salads, sandwiches, pastas and a huge variety of cakes.

Usha dulu setting dia. Nampak menarik dalam luar. Nice to lepak lepak sambil mengopi. Konsep pun macam ala ala bar & bistro.


Entrance dari arah dalam mall


Menu


Setting di belah dalam


Sesuai untuk lepak dan makan makan

Luas dan cozy

Bahan bacaan


Meja mejaan

Tak de orang. Pekerja pun macam ada tak ader je. Tapi masuk dalam ke kaunter untuk mengorder.

Order di sini

Tak tau nak order apa

Then ternampak ni. Just nice... pilihan minum petang....

Pilih kek yang kita suka... dan di datangkan dengan coffee.... harganya RM 10 !

Not bad. Kek boleh pilih dari beberapa jenis kek yang ada. Tapi kopi cuma boleh order hot coffee saja. Kopi lain tak termaktub dalam syarat pakej ni. Kena order lain !

Tak pe lah, bukan nak makan mana pun. Nak duduk dan diskusi sikit.

Kami memilih meja di bahagian luar

Sebab nak merokok.

Agak menarik setting dia, ada big screen tv, meja pool, kerusi santai. Sesuai untuk datang lepak lepak dalam konsep yang santai.

Minum petang !

Kopi pun tiba

Minum minum pekena kopi 

Sambil makan kek. Besar pulak kek dia. Jenuh nak abiskan

Memang tak daya nak abiskan. Plus.. rasa kek dia biasa biasa jer.

Table for two !

Dan kunjungan kali ke dua try makan pulak.





Overall, tempat memang best untuk melepak. Maybe jugak sebab orang tak ramai hari tu so tak de lah rasa semak mana. 

Makanan so so, tapi setakat makan kek dan minum kopi tak leh nak justify mana. Maybe ada dish dia orang yang menarik dan patut di cuba. Nasi lemak? 

Restaurant memang OK. Bersih. Tapi service sedikit slow. Staff dia duk melepak atas sofa main phone. Pastu panggil pun buat selamba badak je. Nak aku menjerit keluar suara naga baru nak datang !

Kos makanan RM 20 sebab sorang RM 10. Untung ambik set minum petang RM 10 tu sebab kalau beli kek saja dah RM 12 ! Kalau nak kaya kena kedekut kedekut sikit.

Boleh di cuba. Kalau tak tau nak makan di mana atau kedai yang nak di tuju tu tutup. Jangan risau, masih ada ......................

Plan B untuk lepak dan menikmati makanan makanan yang ada di sini.

PLAN B EXPRESSO - Cyberjaya
Address:
GF-25 Dpulze,
Lot 47594, Mukim Dengkil,
63000 Sepang, Selangor.
Tel: +603 8322 6701 Fax: +603 8322 6702
Website : The Big Group
Fb : Plan-b-by-BIG Cyberjaya

Selamat mencuba !

8 comments:

  1. oh ada juga plan b kt cyberjaya..pernh mkn kt paradigm mall tp xsedap pn..kek pn xbyk pilihan ms pegi tu..tgk yg cyberjaya ni byk juga..tp kwn pegi yg plan b kt ipoh nmpk menarik..kena pi ipoh kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm nak kena gi ipoh la pulak ek. tapi kang gi ipoh banyak lak tempat nak pegi...

      Delete
  2. Dokek benar dah dengan opis aku tu. Lenkali datang hellohello !

    ReplyDelete
  3. aik, nasik lemok makang ngang kepok?

    ReplyDelete