Pages

Friday, February 9, 2018

JUARA TOMYAM, Kg Baru

Kita mulakan dengan pantun puaka pusaka ala ala hipster.

Kalau Tuan pergi memburu
Jangan lupa spotify Celine Dion
Kalau Tuan ke Kg Baru
Mana agaknya Tomyam paling Champion? 

Okey. pantun tak rhyme tapi ada feel feel hipster sikit kat situ kan ?

So nak tahu jawapan Tomyam Champion tu meh sini aku bawakan............ Juara Tomyam !!!!

Nampak view KL macam ni !

Juara Tomyam

Kawasan parking disediakan

Restoran Juara Tomyam ini terletak di Jalan Puan off Jalan Raja Uda, Kampung Baru, bersebelahan dengan Menara Perkeso. Tak jauh dari Menara Celcom. Khabarnya Juara Tomyam ni sudah bertapak lebih daripada 20 tahun dan menjadi tempat kegemaran warga kota kerana kepakarannya menyediakan masakan ala Thai terutamanya Tomyam.

"Craving for DELICIOUS and SPICY Thai food? Juara Tomyam Kg Baru is the place..The WELL- KNOWN HOTTEST spot in town..Visit us now..There is no place like a HOT place !!!..@ JUARA, food is love.."

Pergh.... motto kedai !

Aku memang pernah dengar tapi tak pernah cuba. Sebab tak tau kat mana di Kg Baru tu dan malas nak cari tapi kali ni cuba dengan lebih gigih singgah untuk makan tengahari.

Usha kedai dulu.

Ruang yang agak luas

Sebab siang maybe kurang orang. Kalau malam jadi tumpuan tua dan muda menjamu selera.

Tak tau nak expect apa, order ikut tekak dan selera. Memula ingatkan ada nasi campur tapi tak de.. Or maybe aku dah terlewat kot, dia orang dah kemas kemas dah.

Usha menu dulu.....

Makanan

Minuman

Kami order ala carte jer. 

Makanan memang cepat siap sebab tak de orang time tu kot.

Minuman

Fresh orange dan air kosong

OR order Nasi Goreng USA

Tomyam campur

Telur dadar

Habuan.... siap siap untuk melantak !

Hmmmm expectation aku tinggi sebab kata Juara ! Tapi Nasi Goreng USA tu macam bukan USA je... daging dia liat OR cakap. Dan tak aku jamah kuah dia pun tak berapa umpph ! 

Dan tomyam pulak berminyak. Lebih minyak dari kuah. Nama tomyam campur tapi ada ayam je. 

Paling sedih, ada udang tapi kulit semata mata !!! Isi udang tak der !

Sambal belacan sebagai penambah selera

Verdictnya memang kami makan tak abis. Memang tak berapa kena dengan selera. Rasa ke'juaraan' tu memang kureng. Tak tau la maybe aku datang siang kot, chef hebat maybe keje malam malam je. Yang siang chef trainee je kot. Hahahah..

Nasib baik la harga agak berpatutan.

Apa apa pun, boleh la kalau nak cuba. Tempat memang dah lama. Terkenal seantero kg Baru sebagai tempat makan yang sedap dan lazat. Jadi, aku rasa kunjungan aku ni kira sikit unlucky lah. Maybe next time try datang time malam pulak kot la memang terasa power masakannya. Kalau tak juara maybe naib juara.

Juara Tomyam !

JUARA TOMYAM KAMPUNG BARU
No 2 Jalan Puan off Jalan Raja Uda,
Kuala Lumpur, Malaysia

Open everyday 11.30 am - 3 pm & 6 pm - 12 am
kecuali Jumaat ( 6pm - 1 am)

FB :  JuaraTomyam/

Kita sudahi dengan pantun juga...dari Juara Pemantun seantero Kg Baru !

Kalau sudah selesai berburu
Jangan lupa pulang ke rumah
Kalau pegi ke Kg Baru
Jangan lupa pulang ke rumah !

Sekian....................... 

6 comments:

  1. Masa member datang dari Sabah nak makan tomyam sedap, saya mwnggogle jgk tomyam di mapung baru tapi takde pulak juara tomyam ni dalam hasil senarai carian. Mujur jgk tak keluar.

    Kami makan tomyam kat kedai biasa je kat dgn LRT Kg Baru sbb tgk tamai org keluar LRT singgah kedai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... tak pe area tu banyak kedai.. dan boleh je try and error. kalau best buleh ulang. tak best cepat cepat keji ajak kawan kawan..

      hahaha

      Delete
  2. Juara tomyam ni zaman akhir 90an dan awal 2000an mmg popular. Tapi ramai yg kecewa bila makan situ sebab tomyam dia tak seperti yg dikatakan iaitu "juara".

    Bagi aku, nak merasa tomyam yg sedap kena gi Rosdet tomyam, Kak Mah Tomyam dan ada lagi satu tu..semua kat kg baru. Mungkin kau penah pegi kot...Aku pulak suka Sukhumvit kg baru tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosdet sedap jugak... kak mah belum cuba lagi. nanti la gi usha.
      sukhumvit tu pun belum try gak.
      thanks

      Delete