Pages

Tuesday, February 20, 2018

KEMBARA BALKAN - GREECE | 05 ATHENS : Roman Agora | Hadrian's Library | Kerameikos

Mari menyambung kembara kita di bumi Greek ni.

Lokasi seterusnya...

Good things. few major attractions di Athens ni boleh jalan kaki jer.

Worst sikit, cuaca panas berdenting ! Sila pakai lotion untuk kekal mulus dan mengelakkan dari rentung !

* campak Qu Puteh dalam kawah dodol.....

Dari Ancient Agora, aku bergerak ke Roman Agora.

Entrance....


Roman Agora


Gate of Athena Archegetis

Constructed in 11 BCE by donations from Julius Caesar and Augustus, the gate was made of 4 Doric columns and a base of Pentelic marble. It was a monument dedicated by the Athenians to their patroness Athena Archegetis.

The original Agora was encroached upon and obstructed by a series of Roman buildings, beginning with the imperial family's gift to the Athenians of a large odeion (concert hall). The Odeon of Agrippa was built by him in around 15 BC, and measured 51.4 by 43.2 metres, rose several stories in height, and – being sited just north of the Middle Stoa – obstructed the old agora. In return for the odeion, the Athenians built a statue to Agrippa at the site of the previous agora; they based it on a plinth recycled from an earlier statue by covering the old inscription with a new one.

Kawasan dalam Roman Forum


View

Ruin

Part of Roman Ancient Columns

Salah satu bangunan utama dan terpenting dalam sejarah Roman Agora ini adalah Tower of Winds.

Tower of the Winds

The Tower of the Winds or the Horologion of Andronikos Kyrrhestes is an octagonal Pentelic marble clocktower in the Roman Agora in Athens that functioned as a horologion or "timepiece". It is considered the world's first meteorological station. Unofficially, the monument is also called Aerides (Greek: Αέρηδες), which means Winds. The structure features a combination of sundials, a water clock, and a wind vane. 

It was supposedly built by Andronicus of Cyrrhus around 50 BC, but according to other sources, might have been constructed in the 2nd century BC before the rest of the forum. In summer of 2014, the Athens Ephorate of Antiquities began cleaning and conserving the structure; restoration work was completed in August 2016


Info


Tower of wind dari arah dalam


Remains of the Roman Agora built in Athens during the Roman period

Terdapat jugak bekas masjid Fethiye Mosque yang asalnya adalah sebuah gereja Kristian yang diconvertkan semasa pemerintahan Ottoman sekitar tahun 1456/58.

Aku tak lama di kawasan Roman Agora ni sebab cuaca panas dan kawasan pun memang terbuka.  Dah lah kalau masuk kawasan ni exit belakang tak di buka. Nak tak nak kena patah balik dah keluar ikut arah entrance masuk.

Panas weh !


Roman Agora dari arah Tower of the winds

Roman Agora di Athens...

Dari situ aku menapak balik ke Monastiraki Square. Tak tau mana nak tuju sebenarnya dalam cuaca panas panas begini.

Nasib ada laluan teduh tepi tepi bangunan

Sampai kat area Monastiraki Square, terletaknya Hadrian's Library yang aku dah jengah awal awal tadi tapi tak masuk. Now dah ada tiket, rugi lak kalau tak masuk walaupun dari luar nampak kawasan ruins semata.

Usha. Mode rajin nak gi library ni.....

Kawasan Hadrian's Library

Berlatarbelakangkan Acropolis

The Library of Hadrian (aka Hadrian’s Library) in Athens was constructed circa 132-134 CE as part of Roman Emperor Hadrian’s grand re-building plan for the city. 

The library was the largest in Athens and with its columned facade and high surrounding walls, built to impress. The building was used to store important literary works and legal and administrative documents as well as offer a place to hear lectures and host various philosophical schools.

Facades

The ruins

Di dalam kawasan Hadrian's Library ni terdapat beberapa landmark penting juga.

Tetraconch - the court of the library

A three-aisled basilica (7th century)

Terdapat jugak small museum gallery kat dalam kawasan ni.

Usha usha.

Konon konon enjoying the fragments...

Cas cas minat sejarah....

Tapi sebenarnya aku nak rasa aircond ! Haks..... Siap pakej tumpang kencing sekali.

View ke arah Acropolis

Hadrian's Library

Keluar dari kawasan Hadrian's Library merayap lagi di kawasan Monastiraki Square.

Usha masjid ni tapi berkunci lak. Kalau tak boleh tumpang solat dan berteduh.

Usha FM. Beli dulu seketul dua.. Harga lebih kurang je sama.

Monastiraki Square.

Panas tak menahan.

Serious aku rasa tak leh nak berjalan dek kerana cuaca yang perit macam tu. Dah nak tengahari. Sudahnya aku duduk lepak kat corridor bangunan kat area Monastiraki Square ni. Beli air... hisap rokok dan tegang tegangkan urat saraf.

Lama gak, ada dalam setengah jam sambil usha usha gambar yang aku dah ambik sepanjang hari ni.

Sambil sambil tu merancang mana aku nak pegi selepas ni dengan tiket yang ada.

Time rasa dah OK dan nak bergerak semula, tetiba aku rasa something kat kasut aku. 

Selangkah.
Dua langkah.
Tiba tiba rasa tapak kasut terkepak ! 

Ah sudah... panik aku di buatnya..... Cemana ni????? Terpaksa aku jalan seret seret.... 

Ya Aulloh................... !

Duduk jap termenung mengenang nasib diri.  

"Come on Meng... gaya kena ada. Mana boleh travel pakai kasut tapak tercabut... Malu lah ! Tak style lah. Tengok aku style kan?"

Malas nak fikir panjang panjang, kebetulan ada kedai kasut lak kat situ.

Kedai kasut

"Saya nak beli kasut. Bagi saya kasut tahan lasak, kalis peluru dan tak lut di baham harimau !"

* matilah dia hulur terompah Lady Gaga kat aku.

Mamat kedai tu terus je membanting tulang membantu aku mencari kasut yang sesuai. Yang paling sesuai tentu lah yang paling murah. Tapi paling murah pun macam mahal sebenarnya. Nasib badan la trip kali ni kena beli benda benda yang tak de dalam plan asal. Kelmarin beli jam. Hari ni beli kasut pulak.

Dan beli kasut baru, aku ambik port duduk tepi bangunan dan terus pakai kasut baru.

"Saya nampak ranggi tak?"

"Tak mboh.. Dok pakai doh !" * pose pose jari kat muncung bibir ala ala Dato Seri Vida

Kalau ikutkan, baiki baiki kasut ni kira aci pakai lagi. Tapi satu hal lak aku nak bawak ke hulu ke hilir plus tak de tukang kasut kat Athens ni. Sudahnya aku tinggal tepi lorong tu. 

Lama kasut Jeep ni berbakti pada aku. Dah merata rata dia ikut aku travel. Hayat dia sampai di Athens ni dan harus di ganti.

"Maafkan aku Jeep. Kita terpaksa berpisah di sini. Kalau rezeki kau bertemu tuan yang baru... Kau peliharalah kaki nya agar tidak bercagu...."

* peluk Jeep sambil meratap hiba keluar air mata Ribena Laici.

"Bye Jeep..Jaga diri dan dara mu baik baik di bumi Athens ni !"

Wah ! Dah ada kasut baru. Apa lagi.... ayuhlah kita melangkah dengan lebih yakin.

Nak pi mana lagi ni?

Aku fikir fikir, since aku boleh ke Kerameikos dan tengok jarak pun lebih kurang 700 meter je so aku decided ke sana walaupun oppsite way dari destinasi aku yang seterusnya. Tak pe lah. Kata kasut baru, kena lah lebih berdaya saing.

Lagi pun kena jalan satu Athens nak tunjuk kasut baru kat orang kan?????

Jom jalan ke Kerameikos.

Cafe cafe

Lukisan jalanan

Bangunan 

Walaupun jalan ikut bawah pokok tapi kepanasan tetap membahang. Lesu lak rasa. Slow slow menapak akhirnya sampai juga ke tempat yang di tujui.

Kerameikos.

Tengok dari luar rasa macam tak menarik dah. Pulak tu entrance dia macam jauh la pulak kena jalan terus.

Aku usha usha dari luar pagar jer and decided untuk patah balik je lah.

Tau tak, Kerameikos ni sebenarnya apa??? 

Kerameikos (Greek: Κεραμεικός, pronounced also known by its Latinized form Ceramicus, is an area of Athens, Greece, located to the northwest of the Acropolis, which includes an extensive area both within and outside the ancient city walls, on both sides of the Dipylon (Δίπυλον) Gate and by the banks of the Eridanos River. It was the potters' quarter of the city, from which the English word "ceramic" is derived, and was also the site of an important cemetery and numerous funerary sculptures erected along the road out of the city towards Eleusis.

Ya.. kubur !

Agak menyesal gak la. Buang masa je.

Patah balik... eh. jangan lupa. Kasut baru, tenaga pun mesti baru. Mahal tau walaupun Converse bongok jer.

Lalu kat cafe cafe ni balik. Rasa macam lapar jugak tapi tak tau nak makan apa.

Last sekali aku beli buah kat Monastiraki Square jugak. Plum. Murah je sebakul 1 Euro. Pastu tak abis makan terpaksa pikul ke hulu ke hilir. 

Banyak lagi tempat nak pegi ni..!

* flip jump sambil tayang kasut baru..................

bersambung............

12 comments:

  1. part kasut nak tergelak, part kubur pun nak tergelak dan part usung buah plum lagi laa nak tergelak... hai3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik gelakkan orang....

      * asah keris tamingsari

      Delete
  2. Kelakar Bang Meng... Tukar status terus dari Globe Trekker masa pakai kasut Jeep ke budak sekolah melawat kawasan bersejarah bila pakai kasut Converse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... itu je kasut paling murah.... pun mahal sebenarnya..

      pasrah...

      Delete
  3. Sedihnyaaaa kasut kena tinggal!

    Tapi kasut pepel lawaaaaaaaaa! Muda bergaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan purple.. grey..

      tak lalu nak pakai kasut purple..

      semoga jeep ditemui oleh org org yang penyayang dan dapat menjaga beliau menjadi lebih berdaya saing

      Delete
  4. Replies
    1. * masuk hutan ambik buluh runcing...

      nak tikam kat mana ni?

      Delete
  5. dari kasut xdok tali ke kasut bertali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... tali asyik lerra je... berkali kali terpaksa buat pose menonggeng tepi jalan ikat tali

      Delete
  6. Hahaha..sian jeep kena tinggal.Putus sudah kasih syg..*tetiba ahaks*

    Mai athens ni imaginasi kena tinggi kot kan..nk membayangkan zaman2 kegemilangan dorang kan kan

    ReplyDelete
  7. hheheh jodoh dia dgn aku sampai kat situ jer...

    bagi yg suka hal hal sejarah syok la. tapi kalau x minat sgt macam aku ni, pegi usha usha ambik gambar pun oke

    ReplyDelete