Pages

Friday, November 10, 2017

Balkan 2017 : 05 - KOSOVO

Kosovo adalah wilayah yang dipertikaikan kedaulatannya dan cuma sesetengahnya mengaakui ia adalah sebahagian daripada Southeastern Europe. Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada Februari 2008 dengan nama Republik of Kosovo  

Kosovo sebagai sebuah negara landlocked. Dengan kedudukan strategiknya di Balkan, ia berfungsi sebagai pautan penting dalam hubungan antara Eropah tengah dan selatan, Laut Adriatik, dan Laut Hitam.  Sebagai sebuah negara kecil yang mempunya lebih daripada lima puluh peratus penduduknya di bawah garis kemiskinan. Kosovo bukanlah kekurangan sumber asli tetapi sumber semula jadi ini masih belum diterokai. Pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Kosovo. 

Republic of Kosovo

Kosovo, walaupun sebuah republik sekular, sebahagian besarnya berbahasa Albania dan Muslim tetapi ada juga sejumlah besar kaum minoriti yang tinggal di kawasan sempadannya, terutama Serbia.

Fakta ringkas Kosovo :

Capital Pristina
Government Kosovo
Parliamentary democracy
Currency Kosovo: Euro (€)
Area 10,887 km²
Population 2,126,708
Language Official: Albanian 95%, Serbian 3%
Regionally Spoken: Turkish, Romany
Religion Muslim 95%, Orthodox 4%, Roman Catholic 1%
Electricity 230V/50Hz (European plug)

Ibukota dan bandar terbesarnya adalah Pristina, dan kawasan bandar utama yang lain termasuk Prizren, Peć dan Gjakova. Ia bersempadan dengan Albania di barat daya, Republik Macedonia di tenggara, Montenegro di barat dan wilayah Serbia yang tidak mengiktiraf pentadbiran wilayahnya sebagai sebuah negara di utara dan timur. 

Pristina. Ibu negara Kosovo

Warga Kosovo. Namanya Emma (Maembong?)

* asalnya aku tak plan nak ke Pristina, tapi tiket bas dari Skopje banyak ke sana dulu. So aku terpaksa ke Pristina  ( Cross boarder ) sebelum ambik bas ke Pritzen.

* Kosovo agak mundur dari negara negara Balkan yang lain dan pembangunannya agak terbantut. Bangunan bangunan lama di Pristina seolah olah seperti Malaysia di zaman 70 an. Sebab tak plan nak datang, aku sendiri tak de peta sebagai rujukan. So main jalan ikut kaki jer.

* barangan lebih murah di Kosovo berbanding negara Balkan yang lain. Currency mereka adalah Euro.

* cuaca panas sewaktu aku di sini, memula macam tak nak explore Pristina sebab tau tak de banyak benda boleh usha, tapi sebab dah sampai usha jugak sikit sikit. Memang kurang menarik ibu negaranya. 

* Pritzen pulak lebih santai dan menjadi tarikan pelancong ke Kosovo berbanding Pristina. Terdapat salah satu gereja yang diwartakan sebagai UNESCO site di sana. Kawasan dia pun agak cantik dan relaks. Pekan dia kecik je boleh jalan kaki 10 minit pusing kawasan dah abis.

* aku menginap satu malam di Prizren. Ada kenangan pahit, terguling masa kat bus station Prizren sebab asyik masyuk baca peta kat phone tak perasan jalan tu bertangga. Sia sia buat show. Tapi tak de pulak yang datang nak menolong !

* tambang bas dari Pristina ke Prizren sebanyak Euro 4. Perjalanan dekat 2 jam.

* barang di ingat, Kosovo ni memang tak geng dengan Serbia. So kalau passport ada chop Kosovo nak masuk Serbia banyak la di tanya. Tak boleh travel direct between both countries, kena masuk negara lain dulu as a transit.

Layan tempat yang sempat aku lawati di Kosovo ni :

01. PRISTINA

Pristina adalah ibu kota Kosovo, juga merupakan bandar terbesar di negara ini. Maju sebagai pusat perindustrian, komersial dan kebudayaan negara. Bandar ini padat penduduknya dan merupakan kediaman kepada 500,000 orang.

Bahasa utama yang anda dengar di jalanan adalah bahasa Albania. Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kebanyakan orang dari Kosovo, terutamanya golongan muda, bercakap sekurang-kurangnya sedikit bahasa Inggeris. Menavigasi di sekitar bandar adalah mudah - pusat bandar kecil dan boleh dilalui.

Persekitaran kawasan Pristina

Statue of liberty

Jalanraya utama di Pristina

Mother Theresa Church

City Center

Bangunan bangunan di Pristina

Grand Hotel

Square utama di Pristina

Pedestrian street. Kawasan mall di tengah tengah bandar Pristina

Xhamia e Sulltanit. Salah sebuah masjid di Pristina

Gerai jualan buah buahan. Murah buah buahnya

Dia minttak ambikkan gambar mereka

Kedai kedai

Bangunan perumahan di Pristina

National Library University of Pristina

Statue Bill Clinton, Rasanya USA banyak bantu Kosovo dulu dulu tu yang sampai ada jalan dan statue Bill Clinton di sini

02. PRIZREN

Prizren, in Kosova, is a city of mosques, few monasteries and an open air museum.

Prizren adalah sebuah kota dengan jumlah mempunyai seramai 177,781 penduduk.  Bandar bersejarah ini terletak di tebing Sungai Prizren Bistrica, di kawasan Pegunungan Šar di bahagian selatan Kosovo. 

Bandar ini mempunyai sempadan yang hampir dengan Albania dan juga Republik Macedonia.  

Dihubungkan dengan jaringan jalanraya sejauh 99 kilometer (barat laut) Skopje, 85 kilometer di selatan Pristina dan 175 kilometer (109 batu) di timur laut Tirana.

Perjalanan dari Pristina ke Prizren

Lalulintas

Landskap

Prizren yang scenic

Tarikan pelancong

Air sungai yang mengalir

Church of Our Lady of Ljeviš - UNESCO World Heritage Site,

Tapi tak di buka untuk lawatan. Macam dah usang sangat bangunannya

Prizren

Sungai dan jambatan

Tarikan pelancongan

Kaljaja (Prizren Fortress) is a medieval fortress where the capital of Serbia was once located.

Sofi Sinan Pasha Mosque  

The Mosque of Sinan Pasha is one of the most important monuments from the occupation of Ottoman Empire in this territory.

Gereja

Sungai

Kedai kedai cenderamata

Tempat makan

Masjid utama

Bangunan masjid

Sungai mengalir

Pekan Prizren

Pekan yang tenang. Malam cepat sunyi

Sungai 

Fakta fakta menarik mengenari negara Kosovo.

01. Kosovo adalah negara terbaharu abad ke-21 dan diiktiraf oleh lebih 60 negara termasuk 22 negara anggota EU. Ia mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada 17 Februari 2008.

02. Ibukota Prishtina. Euro adalah mata wang rasmi Kosovo.

03. Kawasan Kosovo adalah pegunungan dengan puncak tertinggi, Gjeravica setinggi 8,714 kaki di atas paras laut. Ia mempunyai dua dataran utama dan beberapa sungai dan tasik yang terkenal.

04. Iklim Kosovo adalah kontinental dengan musim panas yang hangat dan musim sejuk dan bersalji kerana jaraknya jauh dengan Laut Adriatik di barat dan kawasan pergunungan di timur.

05. Kosovo adalah ahli 'Dana Kewangan Antarabangsa', 'Kumpulan Bank Dunia', 'Persatuan Pembangunan Antarabangsa' dan 'International Finance Corporation.'

06. Sukan yang paling popular ialah bola keranjang, berkanu, tinju, catur, bola sepak, gimnastik, renang dan tenis meja.

07. Bahasa rasmi negara Kosovo adalah Albania dan Serbia. Bosnia, Turki, Romani dan Croatia juga dituturkan secara meluas.

08. Kosovo mempunyai kadar morbiditi tertinggi di Eropah dari segi penyakit yang disebarkan melalui air.

09. Sumber semulajadi termasuk plumbum, zink, tembaga, perak, emas, arang batu, bauksit, lignit dan nikel. Pertanian, perlombongan dan perusahaan mikro adalah industri utama yang wujud di negara ini.

10. Sekitar 90% rakyat Kosovo adalah etnik Albania, yang sebahagian besarnya adalah Muslim. Baki 10% adalah beragama Ortodoks Christian Serbs.

Prizren

Dari Prizren aku melintasi sempadan untuk ke Albania. Tukar plan sewaktu di sana. Konon lebih mencabar dan adventurous. 

Sudahnya................ Aku terdampar sepi in the middle of nowhere. Boleh pulak hujan tiba tiba turun seolah olah meratapi kesedihan yang melanda hati !

* cry..........................

Gelita jiwa... mencari cahaya petunjuk jalan.



Dunia seakan berganti
Menyambut hadir ku di sini
Nyanyian ombak bersaksikan
Percintaan kita berdua
Biar hujan turun membasahi diri
Tetap saja diri ku milik mu
Biar ribut merebah aku ke bumi
Cinta ku hanya satu untuk mu
Ooh… oh

Kau kekasih kau yang ku rindui
Hanya dikau cahaya dihati
Kau kekasih kau yang ku sayangi
Cinta kita abadi selamanya
Dengar sayang bisik cinta ku hanya
Padamu…. oh

Desiran angin telah mengerti
Ke mana rindu ku kan pergi
Demi kerana cinta ini
Yang kian semarak menyala nyala
Bawakanlah rindu ku kepadanya
Biar wajah ku dihatinya
Bawakanlah cinta ku kepadanya
Katakan cinta kita abadi
Ooh… oh

Kau kekasih kau yang
Ku rindui
Hanya dikau cahaya dihati
Kau kekasih kau yang
Ku sayangi
Cinta kita abadi selamanya
Oo… hanya kau kekasihku
Cinta ku hanyalah untuk mu
Selamanya

Kau kekasih kau yang ku rindui… rindui
Hanya dikau cahaya dihati
Kau kekasih kau yang sayangi
Cinta kita abadi selamanya

Kau kekasih kau yang ku rindui
Hanya dikau cahaya dihati
Kau kekasih kau yang sayangi
Cinta kita abadi selamanya

2 comments: