Pages

Thursday, November 9, 2017

Balkan 2017 : 04 - MACEDONIA (FYROM)

The Republic of Macedonia diterima dalam PBB di bawah rujukan sementara Former Yugoslav Republic of Macedonia FYROM (Bekas Republik Yugoslavia) dan merupakan negara landlocked (tiada sempadan lautan). Macedonia bersempadanan dengan Serbia dan Kosovo di utara, Albania di barat, Bulgaria di timur, dan Greece di selatan.

Walaupun mudah diakses dari semua tempat di luar negara, dan memiliki semua kemudahan seperti negara Eropah yang lain, Republik Macedonia kekal sebagai salah satu negara yang kurang dikunjungi walaupun memiliki syurga alam semulajadi, gunung ganang, tasik dan sungai dengan lakaran sejarah yang kaya dan kampung-kampung yang indah yang kekal tidak berubah selama berabad-abad lamanya. Populasi majoritinya adalah etnik Macedonia dan Ortodoks tetapi terdapat juga minoriti Muslim Albania. 

Macedonia ini dapat digambarkan mewakili negara negara Balkan dalam erti yang sebenarnya kerana campuran pengaruh Macedonia, Albania, Turki, dan Mediterania dalam senibina dan etnik.

Republic of Macedonia

Fakta ringkas Macedonia, atau dikenali sebagai Former Yugoslav Republic of Macedonia.

Capital Skopje
Government parliamentary democracy
Currency Macedonian Denar
Area 25 713 sq km
Population 2.107 million (2013 estimates)
Language Macedonian 66%, Albanian 23%, Croatian 3%, Slovene 2%, other 4%
Religion Orthodox 64%, Muslim 30%, Roman catholic 3% and Jewish 3%
Electricity 220V/50Hz (European plug)
The life expectancy in Macedonia is 74 years.

Bandar Skopje

Statue Alexander the Great and Macedonia flag

Skopje adalah ibukota Republik Macedonia; ia berada di rantau Povardarie, dan merupakan bandar terbesar di negara ini. Skopje telah diduduki sejak sekian lama dan dibuktikan dengan wujudnya beberapa gereja dan biara Byzantine di sekitar bandaraya ini. Terdapat juga beberapa tapak sejak zaman Roman lagi seperti Scupi and Skopje's Aqueduct. Walau bagaimanapun, hasil tinggalan terbesar di Skopje ialah dari zaman Uthmaniyyah yang mana Uthmaniyyah memerintah Macedonia selama beratus-ratus tahun dan membina sejumlah besar masjid dan bangunan lain.

Memiliki sejumlah 506,926 penduduk, Skopje adalah pusat kewangan dan politik Macedonia. Bandar ini pernah musnah dalam gempa bumi paling teruk pada 26 Julai 1963 yang memusnahkan 80% bangunan dan melenyapkan bandar ini dalam beberapa saat sahaja.

Panorama Skopje seketika dulu

* Skopje dan Macedonia memang tak pernah ada dalam radar tempat yang aku nak lawati sampailah aku decided nak buat trip Balkan ni. Tapi asalnya Skopje pun tak de dalam list, aku lebih prefer untuk ke Lake Ohrid tapi maybe tak de rezeki, cuma sempat jejakkan kaki ke Skopje je.

* Aku abiskan dalam 4 jam jalan kaki sekitar bandar Skopje bermula jam 6 pagi sebab overnight bas dari Sofia sampai awal. Nasib baik station bas dekat je dengan city so boleh jalan kaki je.

* Jalan jalan awal pagi di Skopje syok gak sebab cuaca belum panas lagi dan tak de orang ramai sangat. Lengang je rasa.

*  Di Skopje ada je yang pelik tengok aku dan tegur. Ada yang teka aku dari USA !!! Jangan cemburukan saya... ( walaupun mesti dia ingat aku puak puak Negro ) Tapi dia orang sangat gembira bila tau aku Muslim. 

* Macedonia menggunakan wang sendiri iaiti Denar. Boleh tukar dekat bus station guna untuk beli tiket bas untuk perjalanan seterusnya dan beli makanan sikit sikit atau untuk simpan luggage.

* Overall, Skopje bagi aku menarik dan tenang je walaupun bertaraf ibu negara. Banyak statue statue terbina, ada kesan tapak sejarah lama, dan rupanya Mother Theresa tu aku baru tau berasal dari Skopje ni je.

* Sepanjang tour di Skopje, ada sekor anjing ni gigih ikut aku berjalan. Dari mula sampai akhir. ada je dia sebagai peneman. Along the way banyak pulak kawan kawan dia yang mengekor tapi kejap kejap je ler. Dia je yang setia. Masalah gak salah sekor dari kawan anjing ( Justin Bieber ) ni terlebih mesra dan datang jilat tangan aku. Tak sempat nak elak terpaksa samak di sungai.

* Time jalan jalan pepagi hari di Skopje juga aku kenal dengan sorang mamat Macedonia ni (actually sama bus dari Sofia ). Dia bawak aku tour tengok tempat di Skopje ni. Dia doktor gigi di Bucharest, Romania dan on the way nak balik ke Lake Ohrid. Tak dapat pegi Lake Ohrid, dapat kenal orang sana pun mujur lah. Dia ada ajak aku ke singgah ke Bucharest dan dia nak bawak aku jalan jalan ke sana. Asalnya aku memang excited tapi along the trip aku rasa memang tak sempat ke Romania kali ni. Maybe next time je !

Antara tempat tempat menarik yang sempat aku lawati di Skopje :

Mentari terbit di bumi Skopje

Kota dengan seribu statues - SKOPJE

Saints Vasily the Great Church

City of Skopje

Salah satu statue di Skopje

Art Bridge dan bangunan Financial Police Office 

Tepi sungai pun ada statue

Vardar River

Stone Bridge. The Stone Bridge was built in the 6th century by the Byzantine emperor Justinian

The Warrior on a horse and Macedonia Square

Bronze lion

MIT University

Porta Macedonia

Alexander the GREAT at Macedonia Square

Marriot Skopje

Macedonia Square

Statue Mother Theresa

 Mother Teresa House

 St. Constantine and Elena Church

Parliament house Macedonia & Double Decker bus

Bandar Skopje

Cross Millennium di atas gunung

Skopje

Anjing (Justin Bieber) yang mengekor dengan awek dia depan nuh.

Museum of the Macedonian Struggle

Suli Han and Old Bazaar. (Justin Bieber) masih ada.

Mustafa Pasha's Mosque

Kale Fortress. The Kale Fortress stands on the highest hill in the Skopje valley and offers great views over the city.

Telekom Arena dan (Justin Bieber) enterframe

Vodno Mountain in Skopje, and it is the biggest cross in the world. 

City of Skopje

Bangunan Customs Administration of the Republic of Macedonia

Stone bridge and Macedonia Sq dari Kale Fotress

Church St. Demetrius

Stone Bridge and Vardar River

Archaeological Museum Of Macedonia dengan statues statues yang banyak

Mother Theresa Square

Dimitar Vlahov Walk

Cafe Bar Sidro, Anchor, Skopje

Bangunan station TV yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Skopje

Fakta fakta menarik mengenai Macedonia.

01 - Terdapat bahagian-bahagian salib asli di mana Jesus disalibkan di biara St. Bogodorica Prechista di Kichevo, dan St. Jovan Bigorski dan St. Georgij Pobedonosec di Debar.

02 - Menurut NASA, Tapak Warisan Kokino adalah tempat pemerhatian astronomi ke 4 paling tua di duniaselepas Abu Simbel, Mesir; Stonehenge, Great Britain; dan Angkor Wat, Kemboja. Kokino terletak kira-kira 30 km dari bandar Kumanovo.

03 - Tasik Ohrid adalah yang tertua dan salah satu tasik terdalam di Eropah (kedalaman max 288m atau 940 kaki). Dianggarkan berusia 4 juta tahun dan mempunyai 200 spesies endemik yang belum ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Ia telah diisytiharkan sebagai tapak World Heritage site oleh UNESCO pada tahun 1979.

04 - Mother Theresa of Calcutta dilahirkan di Skopje, Macedonia. Walaupun dilahirkan di Skopje, beliau berasal dari etnik Albania. Rumah asal kelahiran beliau pada tahun 1910 masih kekal dan dijadikan muzium di kota Skopje ini.

05 - Macedonia adalah satu-satunya negara yang mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia tanpa menumpahkan walau setitik darah. Ia tetap tenang tanpa sebarang peperangan walaupun ketika perang Yugoslavia pada awal 1990-an dan telah mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada tahun 1991.

06 - Satu lagi ciri menarik mengenai negara ini ialah ia mempunyai paling banyak gunung ganang dari mana-mana negara lain di dunia. Macedonia mempunyai sebanyak 34 puncak gunung, masing-masing dengan ketinggian lebih daripada 2,000 meter di atas paras laut; dengan Gunung Golem Karb yang tertinggi pada 2,753 meter. Kebanyakan puncak di Macedonia tidak pernah dilawati oleh orang ramai.

07 - Abjad Cyrillic iaitu tulisan rasmi di Macedonia, didasarkan pada abjad yang dibangunkan pada abad ke-9 oleh dua saudara Macedonia (Wilayah) - St Cyril (Cyrillic) dan St Methodius. Ia diajarkan oleh murid-murid mereka di sebuah biara di Ohrid, dari mana ia tersebar di eastern Slavic world.

08 - Nama rasmi Macedonia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas Republik Yugoslavia Macedonia, atau FYROM. Ini disebabkan oleh perselisihan yang panjang negara ini dengan Greece mengenai sejarah mereka sebagai bekas Kerajaan Macedonia. Walaupun mereka rasmi FYROM di U.N, kerajaan telah memujuk lebih daripada 130 negara (135 pada masa penerbitan), termasuk Amerika Syarikat, untuk mengenalinya sebagai Republik Macedonia.

09 - Skopje telah mengalami beberapa gempa bumi yang dahsyat dalam sejarah, yang paling besar pada 518 dan pada tahun 1963, hampir meranapkan bandar Skopje keseluruhannya. Di samping itu, Austro-Hungarian General Piccolomini  pernah memerintahkan bandar ini dibakar pada abad ke-18.

10 - Alexander the Great, yang merupakan bekas raja Kerajaan Macedonia, adalah penakluk  dunia pertama yang memperluas empayarnya melintasi Greece dan Persia lalu ke India dan Mesir. Semasa zamannya, Kerajaan Macedonia adalah negara yang paling berkuasa di dunia; tetapi selepas kematiannya, kekuasaannya itu runtuh dan berpecah menjadi wilayah Rom pertama di 146 B.C.

11 - Sejak menjadi negara merdeka pada tahun 1991, Macedonia mempunyai dua bendera. Kedua-dua bendera pertamanya dan bendera semasa mempunyai matahari kuning pada latar belakang merah. Versi pertama didasarkan pada simbol yang terdapat pada batu nisan purba yang ditemui pada tahun 1977 di bandar Vergina. Walau bagaimanapun, Vergina berada di Macedonia dan Greece. Greece memutuskan untuk mendakwa mereka memiliki hak cipta untuk menggunakan simbol itu. Untuk memaksa Macedonia mengubah bendera, Greece menyekat perdagangan dengan Republik Macedonia dan memaksa ibu pejabat PBB di New York memerintah supaya bendera Macedonia ini diturunkan. Sebagai suatu kompromi, dan untuk memulakan perdagangan dengan jiran mereka Greece, Macedonia menukar benderanya menjadi yang terkini sejak dari tahun 1995.

12 - Nama negara berasal dari Kerajaan Greek purba Macedonia; yang dinamai oleh orang Makedonia purba. Nama mereka, Μακεδόνες (Makedónes), berasal dari kata sifat Yunani purba μακεδνός (makednós), yang bermaksud "tinggi, tirus". Nama ini pada mulanya dipercayai mempunyai maksud "highlander" atau "yang tinggi", mungkin merujuk kepada sifat fizikal orang Macedonia purba dan / atau tanah pegunungan mereka.

13 - The cave Peshna in Makedonski Brod digambarkan oleh New York Times sebagai “exactly like Helm’s Deep from Lord of the Rings”.

14 - Cross Millennium adalah salib setinggi 66 meter yang terletak di puncak Gunung Vodno di Skopje, dan ia adalah salib terbesar di dunia. Dibina untuk menjadi peringatan 2,000 tahun Kristian di Macedonia dan seluruh dunia.

Skopje

Dari Skopje aku berangkat meninggalkan negara Macedonia ini untuk ke Kosovo. Dari Skopje ke Pristina dulu sebab tiket bas ke Prizren habis.

Sampai Prizren aku terguling tanpa sengaja kat station bas.  Ramai pulak orang memandang. Salah aku gak sebab kusyuk tengok handphone tak perasan laluan tu bertangga. Terus terjelepuk pose pose Tapak Sulaiman.

Hampir hampir aku camouflage adegan terjelepuk hina itu menjadi persembahan Dikir Barat bagi menutup malu !



Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup

Bagaikan diriku bintang berkelip
Dihujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman

Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu tersimpan
Dalam sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk kuluah padamu

Pabila kau bersedia

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup
Seperti insan yang punya kekasih

Rindu yang tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk kuluah padamu

Seperti insan yang punya kekasih

16 comments:

  1. Replies
    1. tak pun.. tapi sampai semula kat tempat dia.. dia minum air kat paip tu banyak gila..

      dahaga la tu kot

      Delete
  2. Good entry heh..gigih aku baca 1 per 1 tanpa tinggal! dan yang pasti family Kim K adalah dari keturunan albania..hahahaha..

    but so nice info untuk orang yang tak tahu mcm aku ni. tq ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama... so tanam la minat utk jumpa sedara mara Kim K di sana

      Delete
  3. oii mana citer passport ko xde masa kat sempadan weiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh .. lupa nak citer. nanti la bila rajin.. tapi dia selongkar beg satu persatu.. pastu tahan passport aku sebab aku je warga bukan europe dlm bas tu..

      apa dia check pun tak tau

      drebar tu marah aku sebab aku isap rokok kat sempadan. hahahhaa

      Delete
  4. mesti justin bieber kesedihan slps ditinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awek awek di skojpe sure ramai boleh mendamaikan hati beliau

      Delete
  5. ala cute je justin tu folo ke sana ke mari

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak gambar dia sibuk mencelah bedah... gila glamer

      Delete
  6. banyak info...takyah dah gi library..thank you Meng...aku harap Justin Bieber mendapat upah dari ko..sian dia setia meneman ko kulu kilir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. justin oke. awek dia tu bebal sikit.... siap menjilat2.. ingat tangan aku bau kfc agaknya

      Delete
  7. mkn hati jer baca entry ni....sedih....dah bertahun plan....tak jadi2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah... selagi boleh berdoa. selagi tu harapan masih ada..

      amin

      Delete