Pages

Saturday, October 21, 2017

PENANG 2017 : 10 - Bukit Bendera

Masa ronda ronda balik dari Batu Feringghi tu nak ke airport rasa macam awal lagi. Pusing pusing dan sampai lah ke area Bukit Bendera.

Bukit Bendera

Info

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia. Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.

Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

 Georgetown dari puncak Bukit Bendera

Aku pun dah lama jugak tak naik ke puncaknya. Rasa macam teringin pun ada. Tapi agak terkejut gak waktu tu sebab aku rasa last aku sampai dengan apa yang aku lihat time tu memang berbeza sungguh. 

Dah banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan.

Entrance Bukit Bendera  yang juga pintu masuk ke Stesen Bawah di Air Itam

Train turun naik ke puncak dan bahagian bawahnya.

Memang mula mula kami tak nak naik. Lagi pun nak cari parking macam payah je. Tapi ada parking bertingkat rupanya. Terus naik atas dan park.

Parking bertingkat

Usha usha macam tak ramai orang beratur beli tiket

Kaunter tiket dan information. Pastikan bawak MyKad untuk dapat rate tempatan.

Ni gerbang asal dulu dulu. Aku ingat lagi ni.

Tanpa membuang masa dan anak anak aku pun excited nak naik train, jadi beli tiket je lah. Memang plan nak naik sekejap je pun jadi lah.

Beli tiket dan beratur.

Rupanya laluan beratur tu punya lah panjang. Patut la nampak tak de orang sebab orang beratur kat belah dalam bangunan. Tapi kiranya tak de lah lama mana. Cuma tak dan naik train yang pertama je. Kena jugak lah menunggu.

Kalau tak nak menunggu, aci je beli fast lane tiket.

Train baru yang lebih canggih.

Kereta api kabel Bukit Bendera atau Funikular adalah dua bahagian kereta api bukit yang mendaki Bukit Bendera daripada pekan Air Itam, berhampiran George Town di Pulau Pinang, Malaysia.

Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Penumpang mengubah akan bertukar kereta api di stesen titik tengah. Kereta api mungkin akan singgah di stesen perantaraan lain atas permintaan. Sistem kereta api berusia 85 tahun itu menyediakan perkhidmatan sehingga 7 malam setiap hari.

Kereta Api Bukit Bendera pada mulanya dibina untuk golongan penjajah British bagi menikmati udara sejuk Bukit Bendera Pulau Pinang.

Dalam train yang lebih selesa. Pengalaman naik funikulur ni terasa laju semacam jugak. Lagi lagi aku duduk paling depan

Gerabak Kereta Api 80-an digunakan dari tahun 1977 hingga 2010

Station utama di puncak Bukit Bendera

Stesen Atas telah dinaik taraf dengan pembinaan platform pemandangan yang lebih luas iaitu Skywalk, tangga elektrik yang membawa kepada sebuah medan selera, serta lif, kafe dan muzium

View landasan ke arah bawah

Laluan skywalk dan juga kawasan tinjau

Sebaik melangkah keluar dari kereta kabel, lokasi pertama yang akan anda jumpa ialah viewing deck yang menempatkan platform yang menjanjikan pemandangan bandaraya Pulau Pinang yang sangat cantik.

Denagn cuaca yang baik dan tak berkabus memang boleh lihat mercu-mercu utama Pulau Pinang seperti Jambatan Pulau Pinang lama & baru, Menara Komtar, Pulau Jerejak, Fort Cornwallis, Terminal Feri dan sebagainya.

Usha...

Tokong

Air Itam

Georgetown

Jambatan Pulau Pinang

Butterworth

Berikut adalah sedikit fakta mengenai Bukit Bendera ni.

Penang Hill is the oldest British hill station in Southeast Asia, dated late 1700’s
The highest peak of Penang Hill stand at 833 metres (2,732ft) above sea level.
Penang Hill funicular train service started on October 1923
The current funicular trains is the 4th generation system which started its operation on 24th April 2011.
1st generation: 1906-1906
2nd generation: 1923 – 1977
3rd generation: 1977 -2010
The funicular track stretches a distance of 1,996 metres (1.99KM) from lower to Upper Station which is the longest in Asia.
Penang Hill funicular tunnel, at 79 metres (258ft) long and 10feet (3.0m) wide with a steepness of 27.9degree, is the steepest tunnel track in the world.
There are a total of 52 hill bungalows located on Penang Hill (42 of them are private-owned and 10 bungalows are state-owned). Most of them are more than 100 years old and Bel Retiro (Governors Bungalows) built in1789 is the oldest.
Number of visitor to Penang Hill in 2014 exceed 1.36 million.

Kawasan di puncaknya pun dah berubah dari last aku datang dulu.

Map Bukit Bendera

Viewing deck


Plak

Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera akan berjumpa teropong untuk skodeng. RM 1 untuk 2 minit. Macam biasalah anak anak aku yang benda benda ni dimahukannya. Pastu sibuk nak beli keychain la apa lah.

Aku biarkan je dia orang kat bawah, aku naik atas dan usha usha dulu. Tapi sebenarnya aku nak terkencing !

Jual jualan pun banyak


Beli beli key chain

Teropong

Di sana 

Taman taman cinta

Tangga tangga

Little Village Penang Hill

Lampu LED

Sesuai bagi yang berbulan madu ke bercint ake, boleh bergambar kat sini dengan lampu lampu LED. Kalau malam lagi lawa kot. Ada jurugambar professional tapi for sure la kena bayar depa.

Benda love lock love lock tu pun ada kat sini.

Ada restaurant di atas

Ramai orang lepak dan minum minum.

Ada jugak retoran lain

Menarik gak area sini

Cafe cafe menjual makanan dan minuman

Kawasan Dataran Bukit Bendera

Ruang dataran

Ada Owl Museum dan attractions lain jugak di atas ni. Maybe seaab hari dah petang orang pun dah kurang.

Yang penting aku berjaya kencing !

Dah abis kencing apa semua, aku turun balik ke station. Terkejut beruk aku tengok orang beratur kat situ punya lah panjang nak turun !

Sudah !

Kalau aku beratur sama memang tak dan. Silap silap terlepas flight malam nanti. Fuh !

Orang berduyun duyun beratur. Rasanya lebih dari 500 meter.

Memang tak de pilihan lain selain daripada upgrade ke Fast Lane.

Memang ada laluan khas bukan barisan orang yang beratur ramai tadi. Nanti di bawa ke bilik khas untuk menunggu train. Alhamdulillah, dapat jugak naik train. Memang tak lama menunggu.

Turun bawah dengan laju................

Sampai bawah kena bayar difference tiket asal dengan Fast Lane tadi tu.

Memang mahal sikit tapi nasib baik lah, kalau tak memang berjam jam tersangkut kat atas sana tu. Memang tak larat nak menunggu. Lagi lagi nak kejar flight balik KL malam ni nanti.

Alhamdulillah. Hilang cuak. Lega rasanya.

Kami tinggalkan Bukit Bendera dengan pengalaman dan kegusaran yang melanda jiwa raga. Hahaha.

Kesimpulannya, percutian di Bukit Bendera memang sangat menyeronokkan kalau datang bersama keluarga ataupun sebagai destinasi pilihan ketika berbulan madu di Penang. Tapi sebaiknya rancang perjalanan anda dan spare some time sebab kat atas sana macam macam boleh berlaku !

Refer : Penang Hill

Sebab ada masa kami gi pekena Nasi Kandar sekali lagi sebelum ke airport.

Sampai airport pulang kereta

Check in apa semua dan boarding.

Dan akhirnya trip ke Penang berakhir dengan jaya dan suka cita, Masing masing gembira dapat berseronok dan bercuti bersantai di Pulau Mutiara.



Sedetik tanpamu ku rasa keliru
Keanehan mula menjelma
Semalam ku sunyi tanpa suaramu
Di manakah ia berada
Lenakan daku

Lenakan daku
Nyanyikan lagu rindumu

Ku tetap di sini
Setia menanti mu
Dengan doa yang kudus
Oh oh oh

Biar masa cemburu
Dan musim pun berlalu
Takkan pudar cintaku
Oh oh oh

Dunia seakan senyum mengintai gelora
Di lautan yang suci
Menangis dan tawa
Biarlah bersama sehingga
Ke akhir hayatku ini

Sekali lagi ku mengulangi kata
Ku yakin kau akan percaya (percaya)
Percintaan ini ‘kan hidup selamanya
Hanya kau bertakhta di jiwa
Renunglah mataku

Renunglah mataku
Nyanyikan lagu rindumu

Insha Allah, nanti nak pi sana lagi .................... Penang pastinya selalu buat kami rindu !

TAMAT

6 comments:

  1. Aku gi owl museum tu dulu menyesal gila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab apa? muka mereka dah tak seram sgt skrg ni ke?

      #mukamanusialagibykmenyeramkan
      #burunghantukalahbertanding

      Delete
    2. Sbb xdok mende. Bukang ade burung atu sungguh pun

      Delete
    3. hahahah burung atu pun tak mboh dok situ

      Delete
  2. wahh, dah lain laa.. last pergi tahun 2002/2003
    dulu naik kereta kabel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. cepat betul berubah. tapi skrg ni mcm lagi efficient skit la dan facilities dah lebih baik. cuma org makin ramai jugak la

      Delete