Pages

Monday, October 23, 2017

HOKKAIDO 2017 - Budget & Itinerary - Part 1

Konnichiwa !

Ini adalah budget & Itinerary trip memburu fall foliage ke Sapporo, Jepun.

Iklan acah dah muncul di sini Hokkaido 2017 - The Highlight

Hokkaido

Macam aku cakap trip ni aku decided dan plan 2 minggu sebelum berangkat. Agak tergesa gesa dan aku agak busy sampai tak de masa nak study.

2 days sebelum berangkat baru kecoh kecoh dengan itinerary dan persiapan. Nasib semuaya dipermudahkan.

Trip memburu autumn

Sapporo aalah antara bandar yang agak baru di Jepun yang terletak di atas pulau Hokkaido yang merupakan wilayah terbesar di Utara Jepun.. Penduduk Sapporo berkembang dari cuma 7 orang pada tahun 1857 kepada hampir 2 juta hari ini. 

Sebagai sebuah bandar baru, terutamanya ditaraf piawaian Jepun, bermakna ia mempunyai cuma sedikit senibina tradisional Jepun berbanding bandar-bandar seperti Kyoto dan Tokyo. Namun kekurangan yang ada tetap menjadi tarikan tersendiri kerana keindahan landscape serta lokasi untuk menikmati musim sejuk yang lebih panjang dan mencabar.

Jom usha dan tengok apa yang menarik dan info info travel ke Hokkaido bagi yang memasang niat untuk ke sana.

Ayuh Kitaro ! Muzik iringan menemani bacaan................

Perkara perkara yang perlu di ambik tau oleh sesiapa yang mahu berkunjung ke Sapporo  !

01 : FLIGHT & VISA

Air Asia X memulakan penerbangan terus dari KLIA ke Sapporo bermula pada tahun 2015 dengan 11 penerbangan setiap minggu. Jarak perjalanan adalah selama 8 jam penerbangan. 

Waktu penerbangan dari KLIA adalah pada pukul 11:30 malam dan sampai di New Chitose Airport pada jam 8 pagi keesokkan harinya. Penerbangan dari Sapporo berlepas jam 9.30 pagi dan tiba di KLIA pada jam 4.30 petang.

Air Asia X

Aku memang dah lama usha flight tiket ke Sapporo ni tapi selalu tak berpeluang. Masa decided nak abiskan replacement leave, aku planned nak pegi ke some place with autumn foliage and Sapporo came to mind. Beli tiket 2 minggu sebelum dengan harga RM 820 return. Tak de lah murah sangat but affordable. 

Aku travel light, so tak ambik luggage. Cuma pilih seats dan beli meals on board. Flight pegi dan balik tak penuh dan smooth.

New Chitose Airport di Sapporo

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Jepun dan boleh tinggal selama 90 hari.

Welcome to Hokkaido. Airport dia kecik je tapi immigration agak slow sebab ada capture fingerprints.

New Chitose Airport ini dihubungkan dengan jaringan JR Train ke Sapporo, Otaru serta bandar bandar lain.

Airport train


Train dari airport ke Sapporo Stn adalah setiap 15 minit. (perjalanan 36-40 minutes, unreserved JPY1040; reserved JPY340). Boleh jugak ambik train terus ke Otaru melalui Sapporo Station (JPY1780). Selain tu ada jugak bas dari airport yang menghubungkan bandar bandar berdekatan.

02 : CUACA

Hokkaido adalah lokasi paling sejuk dari mana mana kawasan seluruh Jepun, dan iklim musim panas yang pendek dan musim sejuk yang agak panjang antara sebab yang menjadi tarikan pelancong mengunjungi Sappooro. Musim panas bermula pada bulan Mei sehingga Ogos.

Sapporo mempunyai iklim benua lembap dengan variasi suhu yang luas antara musim panas dan musim sejuk. Musim sejuk adalah sejuk, dipengaruhi oleh Anticyclone Siberia, dengan suhu purata pada bulan Januari ialah -3.6 ° C (25.5 ° F) dan mempunyai malam dengan suhu sekitar -7 ° C (19 ° F). Sapporo menerima banyak salji semasa musim sejuk dibawa angin Siberia dan kelembapan dari Laut Jepun. Ia sebenarnya, bandar bersalji kedua yang bersaiz di dunia, dengan salji sepanjang tahun rata-rata 597cm (235 inci), hampir 10 kali di New York City dan 2.5 kali di Buffalo, bandar paling salju di Amerika Utara.  

Summers hangat dan lembap, dengan suhu purata pada bulan Ogos, bulan paling panas, iaitu 22.3 ° C (72.1 ° F) dan hari biasanya mempunyai paras tertinggi sekitar 26 ° C (79 ° F). Bacaan sekitar 30 ° C (86 ° F)  tetapi suhu sangat panas sangat jarang berlaku.

Musim luruh tiba awal di Hokkaido (bermula September)

Dan untuk aku, trip kali ni aku memang monitor cuaca untuk adjust itinerary aku. Memang misi aku datang untuk autumn foliage yang mana sepatutnya bermula di pertengahan September lagi sehingga akhir October. Malangnya, aku agak awal untuk menikmati autumn di Sapporo kerana pokok pokok masih menghijau.

Aku idamkan musim luruh di Sapporo ni ( sebab aku tak suka time snow. Sejuk buat aku susah nak bergerak )

Most part of the city masih hijau lagi.

Dan seperti yang aku jangka, aku di landa hujan lebat di Otaru. Sampai kamera hang terus dan cuaca terasa sejuk gila.

Kalau cuaca cerah pun sebenarnya suhu agak sejuk juga. Ada hari 7 darjah C, ada jugak 12 Celcius. Memang dah kena pakai winter coat.

Tapi sekitar park park di Sapporo ada yang mula berubah warna tapi tak meriah lagi.

Kecuali di Jozankei yang 80% sedang mengalami fall foliage.

Dan paling tak sangka, some part Pulau Hokkaido ni dah mula di hujani salji yang sudah mula turun.

Kira untung gak lah, trip aku ni dapat merasa banyak musim. Dah cuaca memang boleh tahan sejuk kalau hari hari mendung especially hujan. Memang kena ready baju winter awal awal lagi di Sapporo ni.

03 : CURRENCY

Matawang Jepun adalah YEN ( Japanese Yen - JPY).

Note JPY 10,000 

Salah satu sebab aku pilih Jepun adalah kerana aku masih ada baki duit Yen dari trip dulu. So tak perlu nak tukar banyak dah.  JPY 10,000 = RM 377 (Oct 2017). 

Duit Yen ada note kertas dan juga syiling. Syiling sangat berguna untuk beli air di vending machine, beli tiket subway dan urusan urusan pembelian lain. Syiling 100 Yen walau nampak kecik kalau convert dekat RM 4 jugak ! Dan tu lah harga minima barang barang runcit di Jepun ni.

Jepun dan vending machine berpisah tiada.. (pinjam ayat Azra)

Sediakan duit syiling secukupnya !

04 : TRANSPORT & ACCOMMODATION

Cara terbaik untuk travel di Hokkaido adalah dengan sewa kereta ! Boleh drive ke mana mana saja dan sangat jimat untuk group yang travel bersama.

Lawa pulak nampak Toyota CHR

Tapi bagi solo traveller macam aku ni, tak mampu nak drive sorang sorang, so naik pengangkutan awam je lah.

Seperti bandar bandar besar di Jepun yang lain, Sapporo mempunyai jaringan pengangkutan awam yang baik.

Subway ada 3 jaringan utama yang menghubungkan almost semua tempat menarik di Sapporo ni. Tak de lah berselirat sangat macam di Shanghai ataupun Tokyo.

Cuma kena pandai cemana nak naik subway dengan jaringan yang betul dan exit yang tepat. Kalau tak jenuh la buang masa berjalan jalan cari lokasi.

Timing subway memang tepat cuma kadang kadang pack dengan penumpang kalau time mula dan abis waktu bekerja.

Selain tu perkhidmatan bas jugak agak efficient.

Station utama di Sapporo adalah Sapporo Station. Ada 2 jaringan berhenti di sini yang menyabungkan kepada perkhidmatan train antarabandar iaitu JR Train

JR Hokkaido menghubungkan bandar bandar di sekitar Pulau Hokkaido ni.

Aku memang tak beli JR Pass, tapi masa nak pegi ke Asahiyama, naik lah JR Train ni dari Sapporo ke sana.

Macam biasa train di Jepun memang selesa

Untuk berjalan sekitar city macam Sapporo dan Otaru, aku cuma jalan kaki je. Pavement elok dan jalan pun tak sibuk. Memang kena berhat hati jugak lah tapi pejalan kaki di Jepun selalu dapat keistimewaan daripada kenderaan.

Streetcar di Sapporo

Seterusnya adalah penginapan.

Hotel hotel di Sapporo

Sebenarnya banyak je hotel di Sapporo ni tapi kalau standard 3 star ke atas harga memang mahal ! Lagi lagi aku memang booking last minit, semua bilik harga RM 500 ke atas semalam. Fuh. 

Dan banyak jugak hostel dan penginapan style backpackers yang ada. Mostly dorm type lah, tapi aku memang looking for private room so kena pandai pandai cari.

Backpacker's INO Place. Terletak 3 station dari Odari Park

Hasilnya dapat jugak bermalam 3 malam di private room tapi 1 malam lagi tak de yang kosong, malam terakhir di sana baru aku decided nak stay je kat dorm sebab nak bermalam kejap je pun. Cuma tidur dorm memang buat aku tak lena dan kurang selesa.

Dorm

Harga private di hostel aku tu biasanya memang akan lebih mahal tapi kalau mencari keselesaan itu lah jadi keutamaan. Rate aku satu malam dalam JPY4200. (RM 160). Hostel ni OK tapi banyak sangat arahan. Dont do this. Please do this... Rimas aku di buatnya ! 

Aku ada check jugak tapi tak banyak AirBNB yang available di sini time tu.

Bilik capsule macam ni pun ada. Tapi mencabar jugak la nak bermalam kat tempat gini.

Sebaiknya kalau nak ke Sapporo ni, penginapan book awal awal. Biasanya banyak penuh time weekend.

05 :  ITINERARY

Aku separatekan itinerary ni ke : HOKKAIDO 2017 -  Budget & Itinerary - Part 2

Berjalan dengan misi musim luruh di Hokkaido

06 :  FOOD

Ada satu yang aku kureng sikit pasal Japan ni iaitu makanan dia ! 

Lagi lagi jenis aku yang memilih nak makan ni jadi kali ni aku memang anticipate aku akan ada masalah bab makan so aku bawak instant food !

Thank you Bang Brahim !

Pendek kata sepanjang kat Sapporo aku tak de makan kat kedai pun. Pagi keluar panaskan makanan Brahim ni dan membawa aku kenyang sampai ke malam. Satu pack boleh 2 kali makan ! Bawak maggie cup jugak dan kudapan sikit.

Di Sapporo malah seluruh Hokkaido, makanan yang famous di sini adalah Hairy Crab !

Banyak resto ketam ketam mahal ni

Dan di jual jugak di pasar pasar

Seafood untuk hidangan

Aku memang tak cuba dan tak terasa nak mencuba. Jadi aku pandang sepi je..... Tapi kalau sesapa nak cuba boleh lah cuba. Cuma aku warning ketam jenis ni memang mahal harganya !!!!

Jangan nanti kecewa dapat bil mahal, ada yang berak kat tempat shower. Haip. Jangan......

Selain tu akan banyak terjumpa buah Rock Mellon ni di sini.

Buah ni memang sedap tapi harga buleh tahan cekik darah ! Terbantut nak merasa. Kadang kadang ada yang sebjik sampai harga RM300 lebih ! Sedap sangat la kot.

Even senipis ni orang jual dekat JPY 500 (RM 18)

Tapi !

Bagi menyemarakkan rasa bersatu dengan budaya pulau Hokkaido ni, maka aku tak lepaskan peluang untuk mencuba Hokkaido Cheese Tart di sini !

Memang aku aim nak cari. Dapat pulak kedai dia sebelah hostel aku tinggal.

Eh Eh Eh. Hari hari aku belasah makan cheese tart ni. Sedap lah ! Memang kalau lama boleh buat aku jatuh obese makan benda ni hari hari.

Bagi yang berminat, banyak benda buleh makan dan boleh di cuba. Dan di Sapporo ada jugak kedai halal tapi sebab aku tak cari so kurang tau kat mana. 

Boleh refer sini : 4 Muslim Restaurants in Sapporo

07 : WHAT TO BUY ?

Selain shopping, benda lain yang kurang masuk dengan aku adalah bab shopping ! Aku tau mana mana di Jepun sure orang berborong borong beli belah. Siap boleh pegi Factory Outlets untuk shooping. 

Tapi dari pengamatan aku, Sapporo pun tak kalah kalau nak bershopping sakan di sana. Banyak tempat jual jualan yang ada.

Daiso macam ni bertingkat tingkat !

AEON? Apa kelas !

Underground shopping mall. Akan lalu kalau nak tuju ke station subway

Ada jugak high end mall, jual barang barangan berjenama

 Tanuki Koji Shopping Arcade sepanjang lebih 1 Kilometer mostly jual souvenirs

Selama aku di Sapporo memang tak gi mall. Lalu lalang je tu pun usha usha tengok orang. Cuma ada sekali aku masuk kedai bertingkat jual macam macam sebab nak cari Fridge Magnet ! 

Tu pun aku pening tengok kat kedai tu jual macam macam barang. Tak reti nak pilih.

Misi mencari FM di Sa[poro gagal. Jumpa kat Sapporo TV Tower tapi mahal macam apa jer

Last sekali tak jumpa cari so memang tak beli ! Kat Otaru maybe banyak tapi sebab hujan aku tak dan nak cari. So kalau sesapa cari FM di Sapporo, good luck ! Nanti bagitau aku mana nak cari yang murah.

08 : BUDGET & EXPENSES

Budget dan Expenses. Berapa nak bawa dan berapa nak belanja. Bagi aku ni semua depends. Tapi ni perbelanjaan aku selama berada di sana selama 6 hari 5 malam.

1. Flight ticket (Total : RM 990)
KLIA - Sapporo = RM 820 return without luggage etc.
Meals : RM 80
Changing seats : RM 90

2. Accommodation.
Backpackers Hostel INO Place. =JPY12900 private for 3 nights.
Last night dorm : JPY2900 per night.

3. Attractions.
Sapporo TV Tower : JPY 720
Hitsujigaoka Observation Hill : JPY520
Ropeway to Mt Moiwa : JPY1700
Ropeway to Mt Ashidake : JPY 2900
Tour Jozanken with Onsen package : JPY1800 ( Kalau bus sahaja return JPY 1600)
Bus tour Jozanken : JPY500
Bus tour to Hōheikyō Dam : JPY400

4. Transport.
Airport transfer : New Chitose Airport - Otaru = JPY 1780 & Sapporo Stn to Airport : JPY1040
Subway range JPY 200 - PY 350 per way. Depends on jarak dan jauhnya station. Kalau banyak kali plan nak guna, boleh ambik 1 day pass for subway with unlimited rides.

Train dari airport ke Sapporo Stn adalah setiap 15 minit. (perjalanan 36-40 minutes, unreserved JPY1040; reserved JPY1340). Boleh jugak ambik train terus ke Otaru melalui Sapporo Station (JPY1780). Selain tu ada jugak bas dari airport yang menghubungkan bandar bandar berdekatan.

Streetcar : JPY200 one way from Susukino to Ropeway iriguchi.

JR Train : Sapporo to Ashiyama : JPY5200 return. Unreserved.

5. Makanan.
Air minuman ; Range dalam JPY100 - JPY 170. Lagi murah beli kat vending machine.
Kudapan, roti, donut : Range dalam JPY 130 - JPY 200 seketul.
Kinotoya Cheese Tart : JPY 170 each.

Aku bawak JPY43,000 (RM 1622) untuk trip ni dan bawak balik semula around JPY3.000 (RM130). Abis bayar accommodation dan semua perbelanjaan di sana dengan cash ni. Dan aku memang tak de shopping apa apa pun.

So overall perbelanjaan aku : RM 1622 + RM 990 (Flight ticket) = RM 2,612.

Badget boleh dikurangkan kalau dapat flight tiket murah atau menginap di dorm instead of private room. Ambik kira jugak transport dan tambang perjalanan contohnya intercity yang required train dengan harga tiket agak mahal unless memang ada JR Pass. 

09 : VERDICT

Apa lagi yang lebih mengembirakan selain daripada dapat melawat tempat yang memang dala, bucket list. Perjalanan yang smooth tanpa sebarang masalah. Dapat tengok apa yang aku nak tengok. Cuaca pun berkawan baik dan under control, maka aku rasa trip ke Sapporo ni adalah best. 

Di tambah dengan facilities dan kemudahan serta tarikan di negara Jepun memang sememangnya menyenangkan.

Jadi verdictnya aku memang suka dan gembira dengan trip Sapporo ni !









10 : TIPS & RECOMMENDATIONS

Tips yang aku boleh kongsikan bagi mereka yang ingin ke Sapporo dan Hokkaido ni based on pengalaman aku di sana.

01 - Check timing dan musim serta cuaca time lawatan kita tu.

The best time for autumn in Sapporo in mid October - end October.

Kalau awal September, kena ke Daisetsuzan National Park di mana autumn memang start awal di sini. Kalau trip awal Oct, boleh cuba usha foliage di Jozanken dan Hōheikyō Dam. Kalau time lavender boleh ke Furano dan melawat ladang ladang di sana.

Kalau misi mengusha autumn pastikan datang tempat pada waktunya.

02 : Sahabatku perokok budiman. Jangan sesuka hati merokok di kawasan di city yang di gazetkan sebagai kawasan larangan.

Akan ada sign sign macam ni. Jangan sesuka hati tak follow kang kena denda.

Memang susah nak cari orang merokok sambil feeling2 berjalan. Memang ada tempat khas untuk kita. Jadi pepandai lah cari dan guna sebaiknya.

03 : Bagi yang tak de bawak pocket wifi macam aku ni, jangan risau. Banyak tempat tempat dah spot di Sapporo yang bagi free wifi.

Boleh lah update berita pada yang tersayang.

04 : Travel dengan subway di Sapporo. Kalau rasa satu hari tu banyak kali nak turun naik subway elok je guna 1 day pass Subway ni.

Harga 1 day pass on weekdays JPY850 dan weekend JPY520. Yes with unlimited rides.

Sorry terbalik

05 : Gunakan tourist info center yang ada untuk mendapat maklumat terkini, jadual bas/train serta peta untuk rujukan.

Dia orang ni sangat informative. Dan maklumat yang dia orang ada lebih current such as kat mana autuman dan start dan berapa percent dedaun dia dah mula nak luruh. 

Siap ada live camera tunjuk kawasan kawasan yang ada, so boleh la kita decide apa plan kita selanjutnya.

Dekat Sapporo Station ada satu tourist info. Minah tu sangat membantu.

Kat Sapporo TV Station pun ada satu kat bawah tu.

06 :  Budaya orang Jepun ni semua on the phone. Memang boleh nampak dia orang akan sentiasa pegang phone, check phone dan gaya hidup berBFF kan handphone. Yang bagusnya, dia orang tak bising. Baik dalam train atau di mana mana jer. Cuma aku yang tumpang stress tengok masing masing all the time dengan phone.

Especially dekat subway station, kena hati hati sebab masing masing laju bergerak. 

Jadi kena hati hati sebab takut jadi macam ni.

Kebabo !!!

07 : Kalau keluar dan tak bawak powerbank. Nak charge battery kamera atau hp ke apa, boleh cari tempat ni.

Family Mart.

Selain dari tempat beli barang makanan, boleh jugak guna facility charging yang ada kat sini. FOC. Jangan lupa bawak cable sendiri !

08 : Pastikan naik turun subway dan exit di pintu yang sepatutnya. 

Kalau tak, silap silap sesat !

09 : Jangan buat hal di tempat orang ! 

As much as rasa pelik dan tak biasa dengan cara dan budaya di sana.

Jangan sesekali berak di shower !! 

Tau? Jangan memalukan kaum dan bangsa !

Jangan tertekan butang help.. Kang berlari pekerja datang ingat OKU yang perlukan bantuan !

10 :  Jangan risau risau, Sapporo dan kawasan sekitar pulau Hokkaido ni senang nak travel. Solo pun OK.  Tak caya? Tanya dia ni....

Come to me Sayang Sayang Sayang ! ( Dah macam Dato Vida dah minah ni )

So abis part ni, esok bersambung HOKKAIDO 2017 - Budget & Itinerary - Part 2

bersambung................

4 comments:

  1. buah melon tu bercampur dengan emas kot, tu yg harga sampai rm300/- sebijik....hi..hi..hi...view semua awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. maybe manis sungguh kot rasanya tu yang mahal tu

      Delete
  2. Bakpo mahal sgt tiket airport train yg unreserved?
    Anyway extra trip: accomodation sgt mahal time sapporo snow festival - 3x ganda weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah harga tu.. yang reserved punya tu silap tulis. kurang 1 kat depan ( dah betulkan )

      masa aku pegi tu pun hotel mahal mahal belaka rate dia

      Delete