Pages

Thursday, September 28, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 13 : Baros - Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi

Dah sarapan ! Dah kenyang !


Tempat kami sarapan tadi

Berjalan balik ke villa sambil usha usha kawasan tepi resort.

Piano deck untuk yang ingin santapan secara romantis. Minah Elizabeth Tan tu cakap dia pegi dinner kat tempat ni semalam. Lawa layan sunset. Kita orang sah sah tak mampu nak dinner kat sana. Dinner pun makan maggie je. How?

Jetty tempat kami sampai semalam

Bangunan reception area

Buaian santai

Usha kawasan santai dan istirehat tepi pantai. Gigih aku dengan IH bukak payung payung yang ada bagi nampak effek lebih relaks. 

Maybe sebab angin or tak de orang melepak sangat, mostly payung payung ni kuncup je manjang.














Terpana. 

Memang ini lah yang kami harapkan. Cuaca yang baik. Pemandangan yang cantik. Air laut yang tenang dan kebiruan. Ini lah syurga idaman. 

Terasa jatuh hati bertimpa timpa dengan tempat ni. Memang pilihan yang tepat untuk kami datang ke sini. 

Dah mula rasa syahdu syahdan nak meninggalkan Baros ni. Macam tak sanggup lagi berpisah. 

Tapi kami ada setengah hari lagi di sini sebelum berangkat pergi.



Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

whooo huooo.

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

Balik ke villa dan rest kejap.

Ni lagi view dari villa yang tak jemu jemu di pandang

Laut lepas

Hari nak menjelang ke tengahari. Matahari semakin meninggi. Plan kami memang lepas breakfast hari ni nak gi snorkeling lagi tapi nak usha bahagian lain pulak. Kalau semalam dah usha dekat area overwater villa ni je tapi hari ni bak kata minah kat marine center, ada spot spot lain sekitar Baros Resort ni yang patut jugak kami teroka untuk snorkeling.

Bersiap siap dan ready berpakaian untuk meneroka alam lautan. Kami menapak ke kawasan lain di resort ni.


Ada orang berenang renang kat area villa. Kami nak snorkel tempat lain


Macam biasa akan ikut laluan tepi pantai


Sambil feeling feeling bergambar


Nak snorkel kat area ni


Spotnya di luar batas batu yang ada tu. 


Di bahagian sana karang karangan masih segar bugar kehidupannya

Dan macam biasa, susah nak jumpa orang lain jadi kami je yang conquer tempat kat pulau ni tapi kat tepi pantai tu ade pulak yang bersantai bawah bawah pokok. 

Bila kami turun ke laut je then baru nampak orang lain turut sama. Tak ramai pun tapi OK lah at least nampak meriah sikit.

Acara snorkeling hari ni not bad. Yang penting penyu berenang renang riang menengok kami. 









Ada dekat sejam lebih gak kami snorkelling kat sini. Hari makin panas. Matahari pun makin terik. Naik dan kami balik ke villa semula.

Sambil tu usha usha lagi kawasan sekitar resort ni lagi.

Tepi pantai

Dan masa nak balik ke tu nampak ada shark bermain main riang kat tepi pantai tu jer. Masa snorkelling tadi tak de pulak jumpa. 

Ada dua tiga ekor jugak

Mesti ikan ikan kecik tu semua trauma

Lari...................... !

Nampak jinak je. Tapi memang kata minah kat marine center tu, shark ni semua takut dengan manusia. Kalau penyu memang feeling feeling cantik dan suka datang dekat dekat. 

Balik ke villa

Home sweet home...

Sambung mandi pool

Pastu snorkelling sekali lagi kat villa

Sambil berposing posingan

Pastu kelaparan................. !

Tik Tok Tik Tok. Jam terus berdetik. Bermakna semakin kurang masa yang kami ada untuk terus mengecapi nikmat syurga dunia di sini.

Ah ! Tetiba rasa stress.....

Dah rasa terbuai hanyut di lautan sepi di pulau Baros di Maldives ni............

bersambung......................

10 comments:

  1. what a bless kan Meng...dapat sama sama menyelam dengan penyu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kdg kdg rasa macam penyu tu ada remote control.. saja dia org letak sebagai tarikan sebab terlebih manja

      Delete
  2. Nak ke piano deck tu kena naik bot la kot.. Ke buleh ngarung jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia org hantar naik bot dan tinggal kat situ buleh dating2 sambil makan suap suap. after some time baru dia org gi pick up.

      tak leh berenang... mcm jauh je

      Delete
  3. Yg lengkap baju lengan panjang dan seluar panjang semasa snorkeling tu BW kah?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. penyu penyu ni mcm terlebih manja... maybe mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapa mereka.

      hahahaa

      Delete