Pages

Wednesday, September 27, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 12 : Baros - Anugerah Terindah

Good morning Baros !

Bangkit pagi dengan semangat luar biasa. Aku masih membuta lagi sebenarnya pastu dengar suara riuh rendah BW dengan IH kat luar. Ingatkan ada ikan jerung bertenggek ke apa, rupanya sibuk berposing di pagi hari.

Menanti fajar pagi memunculkan dirinya.......

Malas layan aku sambung tidur. Pastu terjaga. Sayup sayup kedengaran......

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Dah gila ke apa dia orang ni?

Sebab tak puas hati aku pun bangun juga. Berdiri di balkoni dan cekak pinggang !

"Korang ni dah kenapa? Ke tepih !!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Jalan ambik posisi tepi kolam renang.

"Ehem ehem...."

* betulkan peti suara pastu kelip kelip mata dan terus in character

Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku

* kasi high pitch suara soprano sambil libas libaskan tangan dengan gemalainya....

"Hah ! Lain kali macam ni. Hiba kena kasi lebih. Mainan dalaman jangan lupa. Sebab tu lah pentingnya English Edu-Ka-Tion!!!"

Hahahahah. Mahu kena tolak terus jatuh ke bawah laut.

Masih kabur balam balam cahaya

Lepas selesai urusan yang perlu di laksanakan sesubuh hari, kami menunggu sampai mentari muncul lagi.

Sebab lambat sangat aku gi usha dulu belah luar dan merayap usha usha kawasan di waktu pagi.


Suasana pagi

Kapal tradisi

Pagi

Masa merayap tu aku terserempak dengan sorang minah Chinese ni. Sebab ala ala mood baik hati aku tegur la dia dan dia pun sapa lah balik semula. Sebenarnya aku tegur sebab nampak dia bawak drone, so aku tanya la dah dia cakap dia nak pasang drone. Tapi pihak resort tak benarkan drone di area villa tu. Kalau nak kena pegi belah pantai di pulau.

Borak kejap then dia bergegas blah. Aku lepak lepak kat area overwater villa tu je tunggu matahari terbit.

Last sekali nampak gak matahari muncul

Bergegas ke bilik dan snappy dari dalam villa dulu.



Berebut rebut nak snappy kat same spot. Terpaksa aku guna kuasa veto dan nyaris nyaris berlaku pergelutan dalam perebutan kuasa dengan budak berdua tu.

Malas layan dia orang, pastu keluar balik dan usha dari arah luar pulak.


Samar samar pagi

Sudah mula meninggi

Dah macam orang gila lari keluar masuk. Agak matahari dah tinggi sikit, aku sambung merayap kat belah luar. Usha suasana waktu pagi.

Jambatan

Santai

Masa aku lepak santai kat sini hisap rokok, minah yang borak dengan aku sekejap tadi tu lalu. Aku saja tegur dia sekali lagi dan dia pun macam berminat nak borak borak. So kita orang duduk dan borak borak.

Dia citer dia tak leh nak naikkan drone sebab angin kuat. Nampak macam frust jugak dia. Comey awek ni macam Elizabeth Tan pun ader.

"Where are you from?"

Aku tanya dia.

"Malaysia"

Oh no !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tidak ! Tidak ! Tidak  ! * echo sampai ke hujung tanjung. 

Macam tak leh nak terima kenyataan je. Aku ingat aku lah Malaysia yang pertama datang Baros ni tapi rupa rupanya Baros tidak asing mana bagi orang Malaysia. Ada jugak orang lain datang sini dan time yang sama pulak dengan aku ni. Cis ! Dah tak leh nak mendabek dada.................. !!

"But you don't sound like Malaysian"
"I know.. because I studied in International School"
"In Malaysia?"
"Yeah. Sri KL"

Fuh ! Dekat dengan rumah aku je rupanya..................

Facilities santai memang banyak tapi tak de orang guna

Minah ni datang honeymoon ! Dan dia duduk Baros 7 hari !!!

* lari menyelam dalam laut sebab malu..

Aku cuma mampu satu hari je kat sini !! Awek ni keje Singapore dan kawin dengan Malaysian jugak, Doktor di Singapore. So dia orang honeymoon kat Maldives ni. Muda lagi. Baru lepas kawin lah tu kot. So borak borak la dengan dia, dan dia citer, Bora Bora lagi lawa dari Maldives. Dia pernah pegi family trip ke sana !!

Bora Bora gi family trip????

Okey. Memang confirm dia orang kaya. Aku mampu gi Bora Ombak kat Ampang jeeewwww

* seka air mata kepiluan

Borak borak lebih kurang pastu dia gerak balik ke villa. Mesti laki dia tengah membuta lagi pagi pagi ni, dia je gigih keluar

Dan aku terpaksa sambung gigih melayan perasaan sendiri. Terus rasa kerdil je kat sini. Dah tak leh nak berlagak lagak mana. Orang lain lebih mampu dari apa yang aku kecapi. Jadi, bersyukur lah kurang kurang aku dapat gak rasa sipi sipi angin syurga di sini !

* desiran ombak membelah pantai membuai rasa pilu.......



Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang tlah beri kau padaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada celah cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu s'lalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang tlah beri kau padaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untuk ku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang tlah beri kau padaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah

Usha usha skit kawasan ambik gambar.

Deretan overwater villa di Baros

Keseluruhan kawasan villa

Balik villa aku kerah budak budak berdua tu bersiap. Macam biasa dia orang akan pose pose busy update social media masing masing. 

"Pantas !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kita nak gi sarap"

* jeritan puaka tebing biru buat dia orang bingkas bangun dan bersiap siap. 

Ni part paling best sebab sejak dari semalam hanya makan makanan tak berapa fresh sangat. Semua bekalan yang kami bawa je. Kali ni dapat makan makanan yang segar dan baru di masak.

Mesti kena makan habis habisan. Berak siap siap kosongkan perut.

Sebab hari masih awal pagi, jadi nak gi ke tempat breakfast tu, kami pusing satu pulau. Ikut jalan jauh. Biar betul betul lapar sebab nak mentekedarah jap lagi.

#bayarmahal

Ayuh gi makan !

Tenang cuaca dan laut di pagi hari

Tak nampak orang lain. Maybe masing masing tengah membuta lagi

Jauh pulak rasa nak sampai. Lapar dah ni dan tak sabar sabar nak melantak

Sikit je lagi

Yezza, Kita sarapan di sini. 

Lime Restaurant. All day dining place

Makan dengan view infinity pool

Dan pemandangan laut biru

Time kami tiba masih belum ramai guests lain ada. Tapi staff staff dia orang berkobar kobar semangat nak layan kita orang. Sebagai orang yang mementingkan gaya dan standard, kita orang dah biasa dengan keghairahan seperti itu, jadi kita orang buat biasa biasa jer !

Tetap maintain mewah.

Padahal Tuhan je tau betapa kita orang lah yang paling excited gila nak melantak kat sini pagi ni !

Penyambut tetamu menunggu kami di pintu luar

Sampai je di beri welcome drink ! Padahal memang datang nak makan minum pun kat sini. Maybe dia tau kita orang keletihan kot. Muka berpeluh peluh semacam je nih.

Ada surat khabar dari pelusuk dunia di sediakan

Usha tempat

Cari port paling menarik. Jauh dari orang sebab kalau buruk lantak orang tak nampak sangat

Dapat tempat. Duduk dan kami di beri menu dan macam macam benda pulak lagi untuk di baca. Hotel hotel mewah macam ni tak de service orang tolong bacakan untuk kita ke?

* mati la kena curah dengan air panas

Good Morning !

Aktiviti dan updates untuk hari ni sekitar resort 

Dengan maklumat maklumat lain

Duduk duduk je sorang demi sorang staff mereka datang. Bagi itu ini, tanya itu ini. 

"Eh ! Kacau lah. Pegi jauh jauh. Susah lak aku nak ambik gambo ni kang"

Tapi sebelum tu apa kata gi usha dulu kawasan dan menu menu yang di sediakan untuk breakfast ni.

Tengah tengah ni tempat roti saja. Segala jenis mak nenek roti ada di sini melainkan roti canai

Macam macam rupa

Section salad

Dan makanan makanan mentah macam ni.

Sushi mushi

Madu dari aneka jenis

Rebah tepi Ratu lebah tengok sarang sarang sekali ada kat sini.

Fresh juices

Oat, bijirin dan muesli

Section masakan panas. Masakan tradisi dan lain lain

Section favorite aku.

Macam macam jenis buah buahan ada

Dan setiap section ada penjaga dan boleh mintak je apa apa

Rasa nak bertenggek je kat sini makan buah buahan feeling feeling Tarzan

Tak berapa banyak mana tapi agak mencukupi untuk mengisi perut dan sarapan pagi.

Ambik makanan yang patut dan bawak ke meja. 

Dan bermulalah sesi melantak

Serbu.......... macam semua benda nak di rasa

Makan je jamah sikit sikit

Sambil jiwa tenang melihat keindahan alam

Deck

Mengunyah tanpa henti

Dan makanan bukan setakat apa yang ada kat bar tadi tu jer.

Ada jugak menu menu ala carte yang boleh di order. Semua FOC belaka.

Waffles

Crepes

Toast 

Sebenarnya tak tau nama sangat. Main bedal je order setiap satu. Satu satu yang datang tu pun sedap sedap lak tu. Abis la makan sampai memboyak !

Servis memang tip top. 

Abis air je dia orang datang tambah. Kopi. Teh. Kau batuk kokol kejap je then dia datang offer Ginger Tea lah dan macam macam lagi. Belum kira nak tambah order makanan macam macam yang ada dalam menu tu.

Sambung makan sampai kenyang

Orang lain dah datang, makan dan dah balik ke villa masing masing. Kita orang masih kekal utuh di situ ! Sapa pedulik?

Pastu nak terberak lak. Balik berak dan sambung makan lagi. Dari pukul 8 pagi sampai abis time breakfast 10.30 pagi.

Macam ni lah gaya orang tak kaya tapi feeling feeling mewah dan menyiksa jiwa raga sendiri. Sudahnya sumbat punya sumbat dah kenyang tak leh nak begerak.

Plan asal kami memang nak snorkeling sekali lagi pagi ni, pastu check out tengahari. Tapi since dia bagitau kami check out petang nanti dan speed boat akan hantar ke airport pukul 6.45 petang. Kami ada banyak masa. Maybe sempat layan sunset sekali lagi di Baros ni !

Plan makin panjang. Nak buat itu ini... masalah sekarang ni... perut dah macam membusung kekenyangan !

Villa macam memanggil manggil ajak sambung tidur

Atau bersantai je buat senaman rehatkan mata di buaian yang ada?

Perlukan kami mengikut kata hati, atau bangkit dan bersatu dengan alam dan hidupan laut sekali lagi di sini?

bersambung.......................

10 comments:

  1. gambar2 semua cantik belaka dan suasana pun tenang aman damai tapi yang kelakar part " nak pergi tempat breakfast, ikut jalan jauh, biar betul2 lapar sbb nak mengtekadarah kejap lagi " mmg kelakar laaa.... huishhh..breakfast dia pun mantap, mcm2 ada terliur tengok, segala shushi, juices, roti, buah2an dan segala mcm desert ada mmg patut kenyang laa, makan cukup2 sbb bayar pun mahal...last skali manggis pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kalau betul ada durian ke apa memang power abis la hahahaha...

      tapi memang breakfast dia org makan banyak2 pastu kenyang sampai ke petang.. save lunch, malam baru makan..tapi kita org buruk lantak, dok lama lama.. order semua yang ada dlm ala carte menu tu. hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. makan cicah gula? hahahahah mcm tak de org ambik pun

      Delete
  3. Replies
    1. Insha Allah halal sebab maldives negara Islam. Cuma kalau kat provate resort mcm ni ada beer dan alcohol laa

      Delete
  4. gambar sunset mmg terbaik la.. bak kata omputih
    "Sunsets are proof that ending can be beautiful too"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat atas tu sunrise...

      yeah. sunset pun beautiful too...

      Delete
  5. View sunrise kat Baros ni memang tak mengecewakan, terbaik meng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u... frust gak kalau gi pulau2 ni pastu tak dpt good sunrise/sunset. kurang seri je

      Delete