Pages

Thursday, June 22, 2017

Jejak Bumi Parsi : 22 - MARANJAB to ABYANEH VILLAGE

Dan lepas sambung tidur sekejap then aku terjaga lagi. Tak lama lepas tu semua orang pakat pakat bangun sebab kami nak usha sunrise di Maranjab Deserts ni.

Masa bangun semalam, bintang memang banyak kelihatan tapi sebab cuaca sejuk sangat, tak sanggup nak usha dan berdiri kat luar lebih lebih.

Pagi tu kami bangkit dan nikmati suasana pagi di Maranjab Desert ni.

Matahari terbit

Pagi. Sejuk gila time ni, kami keluar siap bawak selimut lagi

Caravanserai di Maranjab Desert

Matahari sudah mula meninggi

Kami tak buang masa lama lama di sini. Memang masing masing tak mandi pun. Sejuk ketar gigi. Waheed pun tak sempat siapkan breakfast sebab dia kata dia tak leh tidur sebab aku berdengkur !

Puiii !
Padahal masa aku nak tidur tu dia dah kroh kroh bunyi macam badak sumbu. Lagi nak komplain aku tidur berdengkur !

Jadi pagi tu lepas bersiap siap kami pun bergerak meninggalkan caravanserai di Maranjab Desert ni. Ada 2 tujuan yang kami bakal singgah di sini sebelum bergerak ke destinasi seterusnya hari ni.

Bye bye caravanserai

Tak tau aku nak cakap trip Maranjab Desert ni berbaloi ke tidak. Bagi aku kalau nak join trip ni kena prepare mental dan physical. Tempat ni bukan la tempat bermalam yang cukup facilities so mungkin agak menyusahkan dari segi nak mandi etc. Tapi kalau nak tengok landscape gurun, aku rasa tempat ni menarik. 

Tapi bagi Kim K yang pegi ke Varzaneh, dia kata kat sana lagi cantik dari gurun di Maranjab ni. Lebih banyak sand dune !

So memang pagi ni sebelum keluar dari Maranjab ni kami nak singgah di area sand dune. Jadi Waheed bawak kami ke sana.

Malangnya area sand dune di Maranjab ni tak de la besar mana.

Kalau ada pun banyak yang di rosakkan oleh laluan pacuan 4 roda yang melintasi kawasan ni

Sand dunes

Sekadar yang ada

Ahli ahli peserta trip aku ni. Hah nampak tak Kim K yang berjubah hitam tu. Saling tak tumpah macam Miss Nina ( tapi sama part jubah hitam tu je laa ) 

Dan lepas tu kami bergerak ke lokasi persinggahan ke 2 iaitu salt lake.

Perjalanan menuju salt lake

Malangnya kawasan salt lake ni tak nampak menarik mana pun

Cuma kalau tengok betul betul nampak la garam garam yang kekeringan. Laluan pun sukar untuk kenderaan keluar masuk

Jumpa tompokan garam

Agak kecewa, so kami keluar meninggalkan Maranjab area ni. Bye bye Unta !

Dan perjalanan di teruskan dari Maranjab Desert ni kami singgah di Kashan untuk beli makanan. Sempat makan dalam kereta je dan kami terus menuju ke destinasi seterusnya. Abyaneh.

Abyaneh, a famous, historic Iranian village is in Natanz County, near Kashan. With a unique reddish hue, the village is one of the oldest in Iran, attracting numerous native and foreign tourists year-round, especially during traditional feasts and ceremonies. 

The village has been called an entrance to Iranian history. The local clothing, for example, is in a style of great antiquity. An Abyunaki woman typically wears a white long scarf (covering the shoulders and upper trunk) which has a colourful pattern and an under-knee skirt. Even the most immediate villages' women have different dress style so that one could tell if she is from Abyaneh or not. 

Abyaneh can be accessed on a day trip from Kashan, or you can hire a driver to take you to Abyaneh, Natanz, and drop you in Isfahan.

Jalan menuju ke Abyaneh

Sepanjang jalan melepasi Kashan dan terus ke Abyaneh, kami melintasi kawasan nuclear Iran. Ada tanda tak dibenarkan mengambil gambar di sepanjang jalan tu.

Dengan jarak perjalanan lebih kurang 80 KM dari Kashan, most of us membuta sepanjang jalan. Sekali sekala berborak sesama sendiri dan menikmati pemandangan.

Akhirnya penanda jalan mengesahkan yang kami bakal tiba tak lama lagi

Kawasan ini di kelilingi dengan bukit bukau dan ada yang masih bersalji

Ada pintu masuk ke dalam kawasan ni dan bayaran di kenakan sebanyak IRR 50K bagi setiap individu yang ingin memasuki kawasan ni.

Laluan masuk ke kawasan perkampungan

Waheed park kereta di kawasan letak kereta dan biarkan kami berjalan sendiri.

Masa beli tiket tu ada peta di sertakan bagi memudahkan kami nak explore kawasan ni.

Seawal awal kedatangan kami, kawasan ni nampak sunyi sepi. Tak nampak penduduk atau pun pelancong lain.

Laluan di celah celah bangunan berwarna merah yang menjadi identiti kawasan Abyaneh ini

Tapi tetiba jumpa kucing yang manja terlajak. Ni satu satunya kucing kat Iran yang aku jumpa yang suka di belai. Yang lain semua sombong nak mampsss

Nak duduk atas riba dan suka di belai manja. Tetiba datang pulak sekor lagi yang kurang lama mendambakan kasih sayang yang sama. Tapi akiu malas layan

Aku aim nak tengok view Abyaneh Village ni dari atas bukit sepertimana dalam tiket dan gambar gambar yang menunjukkan keseluruhan kawasan ni.

Misi nak cari spot ni


Kena lalu ikut semak samun

Dan untuk sampai ke spot tu kena panjat bukit

Dan mendaki sampai ke bahagian atas kawasan kubu

Siap boleh jumpa rumah kecik kecik di bina di pinggir bukit disitu

Mencabar jugak la nak sampai ke atas

Tapi akhirnya berjaya juga. Ni kubu dan old castle di atas bukit

Bukit bukau

Dan ini lah view yang kami idam idamkan !

Baca ni sementara aku hilangkan penat.

Abyaneh (Persian: ابيانه‎‎, also Romanized as Ābyāneh, Ābiāneh, and Abyāneh) is a village in Barzrud Rural District, in the Central District of Natanz County, Isfahan Province, Iran. At the 2006 census, its population was 305, in 160 families. Characterized by a peculiar reddish hue, the village is one of the oldest in Iran, attracting numerous native and foreign tourists year-round, especially during traditional feasts and ceremonies.

An Abyanaki woman typically wears a white long scarf (covering the shoulders and upper trunk) which has a colourful pattern and an under-knee skirt. Abyunaki people have persistently maintained this traditional costume.

On top of the village sits the ruins of a Sasanid era fort.

The dialect of the people of Abyaneh has preserved some characteristics of the Middle Persian language, the language of the Sassanian Persia.

Since June 2005, the village has been undergoing archaeological excavations for the first time ever, as a result of an agreement between Abyaneh Research Center and the Archaeology Research Center of the Iranian Cultural Heritage and Tourism Organization (ICHTO)

So nikmati kawasan Abyaneh Village ni dari puncak bukit ni.

Rumah rumah

Bukit bukau

Lereng bukit

Kawasan keseluruhan

Memang agak terpongeh la nak sampai atas tapi view kat atas memang menarik ! Wajib naik.

Dah abis lepak lepak kat atas ni kami nak turun dan nak exoplore kawasan celah celah bangunan merah ni semua. So kena turun balik semula

Rumah rumah penduduk walaupun tak ramai yang masih mendiami kawasan ni

Pintu dengan tombol yang membezakan untuk lelaki dan wanita

Kebanyakkan bangunan di perbuat daripada tanah

Dan batu bata

Tutup tanpa penghuni

Sebenarnya dalam kawasan Abyaneh Village ni banyak jugak tempat yang boleh di lawati. Ada masjid dan tempat tempat yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Tapi masa tu maybe hari dah hampir petang so semua masjid berkunci dan tutup. Ada satu kedai runcit pun dah nak tutup.

Sesekali ada nampak penduduk tetap di sini tapi mereka malu malu. Nak ambik gambar pun macam tak mahu.

Warga Abyaneh

Dalam senyap sunyi tu kami jumpa satu kedai teh

So kami singgah nak minum.

Dah abis minum tu, nak bayar terkena rupanya. Patut la pakcik tu diam je. Tanya harga pun main tunjuk papan tanda. Masa kami datang papan tanda ni tak de. IRR 50K untuk secawan teh. ( RM 7 )... Halal kan je lah.

Deko dalam kedai pakcik ni. Ada pulak orang Melayu mana yang tinggalkan pesanan di sini !

Usha kawasan ni skit lagi

Ada juga kedai kedai jualan

Tapi memang tak de ramai pengunjung

Pergunungan sekitar Abyaneh

Bagi aku Abyaneh ni harus di kunjungi ! 

Boleh merasai pengalaamn seolah olah berbalik pada waktu silam yang sempurna satu ketika dahulu. Bakal menjadi satu lagi site under UNESCO World Heritage.



Sempurna waktuAda dirimu
Ada cintamu
Apakah kita Akan bersama
Harus bersama

Semua indah Kan bererti
Rasa hati lagi

Sungguh ku milikmu Kau milikku
Takkan ada Yang pisahkan kita

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Sungguh ku milikmu
Kau juga milikku
Sempurna

Semua indah
Kan bererti
Rasa hati lagi

Sungguh ku milikmu
Kau milikku
Takkan ada
Yang pisahkan kita

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Takkan aku tinggalkan dirimu

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu
Sempurna oleh waktu

Masa kami nak gerak balik baru nampak ramai yang baru sampai. 

Cuaca pulak macam nak hujan, jadi kami tinggalkan Abyaneh Village menuju ke Kashan.

Menuju Kashan

Di Kashan kami berpisah dengan awek awek Siam Ter dan Dung sebab mereka akan ke Isfahan. Aku dengan Kim K ikut Waheed balik ke Qom dan dia akan drop kami di sana. Plannya kami akan naik teksi ke airport tapi nak singgah dulu kat Qom dan tengok apa yang ada di sana.

Qom pun memang dalam list aku !

bersambung............

12 comments:

  1. Waahhhhh. Kagumnyaaaa! Ada sisi lain selain binaan masjid yg agam dan mewah.

    Ni bukan harus pergi Abyaneh, wajib pergi ni.

    ReplyDelete
  2. Lupa plak nak komen gambo Kim K. Mmg dah agak dah kalau ada pun gambar muka dia mesti tak nampak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. cukup la tu sipi sipi.... kang glamer mengalahkan artis antarabangsa lak dia

      Delete
  3. Chai 7 ringgit.. hahaha.. den pun terkena.. mmng jdi bahan umpatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. pastu buat muka tak bersalah... mcm tak faham satu benda.

      takpe la sedekah je lah

      Delete
  4. Abyaneh mmg cantik....sy pergi bln mac 2017...masa tu thn baru utk org Iran yg dipanggil Norooz. Cuti thn baru Iran,mrk cuti selama seminggu....jd sepanjang kami di sana semua tempat yg dilawati penuh dgn org2 Iran bersama keluaga...termasuklah diKashan, Isfahan,Shiraz,Yazd dan Tehran. Mmg cantik org2 Parsi ni...peramah dan sgt menghormati tetamu.Setlh diberitahu kita dari Malaysia...huhhh..muka depa ni mcm terkejut dan teruja sgt. Bdk2 sekolah rendah dtg mendekati kita dan cuba utk berbual dlm bhs Inggeris.Seolah2 mcm sdg mempraktis bhs Inggeris mrk dgn pelancong yg dijumpai....bnyk pengalaman menarik di Iran...mcm nak pi lg nihhh....:)

    ReplyDelete