Pages

Wednesday, June 21, 2017

Jejak Bumi Parsi : 21 - MARANJAB : Maranjab Desert

Selesai berlegar legar di Shrine di Aran va Bidgol kami bergerak ke Maranjab Desert. Destinasi utama kami di mana kami akan bermalam di sana.

Maranjab Desert, Iran

Jalan menuju ke Maranjab Desert

Apa yang menarik dengan Maranjab Desert ni?

The Maranjab Desert is located in Aran va bidgol, Iran and around 60 km north-east of Kashan.

Maranjab Aran Bidgol in the northern city of Aran Bidgol located in Isfahan province. This desert from north to Salt Lake Aran Bidgol, the West Desert Lakes issue and salt pond and dock Sultan Moreh, from East to desert sand dam and Desert National Park and the southern city of Aran and Bidgol is limited.

The average height of about 850 meters Maranjab sea level and the highest point of the island is about 880 meters above sea level, and needs to be security, relative moderation, variety of tourism attractions, the diversity of animal species and vegetation in desert areas a good place for tourism and investment in this area has provided and draw many tourists to the area.  Much of the desert is covered with dunes and sabulous. Maranjab is very rich in terms of vegetation. The main vegetation consists of salt-friendly plants including tamarisk trees and bushes arch and is Qych.

Menurut Waheed kami kena pantas sebab laluan masuk ke kawasan gurun tersebut bakal di tutup sebelum malam. Jadi... ayuh !

Sampai di pintu masuk. Ada check point di sini, ada guard yang check setiap pengunjung yang masuk. Kami menyerahkan passport untuk di periksa

Jalan masuk ke Maranjab Desert yang kering dan berdebu

Di sebab kan kami belum makan, dan masing masing agak lapar, so Waheed mencadangkan kami picnic jer kat gurun ni.

Aku imagine picnic dekat bawah pokok ke apa...

But NO !  Kami park tepi jalan dan picnic tepi jalan yang tandus

Tapi walaipun kering dan tandus, cuaca sebenarnya adalah sejuk !

Makan bekalan yang di bawa, Besar pulak portionnya. Tak abis makan.

 
Perjalanan di teruskan

Sepanjang perjalanan memang kawasan tandus dan kontang.

Landscape yang berbeza daripada apa yang kami nikmati di bumi Iran sebelum ni

Trip Maranjab Desert ni adalah trip di mana pengunjung akan mengunjungi kawasan Gurun Maranjab di luar kota Kashan, melihat sendiri gurun di bumi Iran ini dan landskap muka bumi sehingga ke kawasan penginapan Caravanserai yang terletak di tengah tengah kawasan gurun.

Seperti yang di maklumkan, laluan adalah berliku dan berdebu

Tidak ada penempatan di kawasan Maranjab Desert ni

Tapi kami jumpa anjing besar or maybe serigala

Dan juga sekumpulan unta berkeliaran di kawasan ini

Dan rata ratanya mereka jinak dan boleh di dekati... Tapi jangan la pegi tunggang atau cium dia orang pulak... Terkejut unta unta ni nanti.

Dan di sepanjang jalan kami di hidangkan dengan macam macam bentuk muka bumi

Sempat singgah dan nikmati pemandangan dari sini

Ada jugak yang cuba cuba nak buat motor cross. Bunyi bising mencemarkan alam

Landscape

Pasal Maranjab Desert ni.

Maranjab one of the most beautiful desert areas of Iran. Long sandy hills and forests of the area worst beautiful arch. Salt Lake Aran Island Bidgol wandering around the area are spectacular. Needs to be wandering in the ocean desert island, except for one or two months of the year due to the rainfall in the region is visible, the rest of the year will be converted to salt marsh. Dastkan historical wells in the East Desert, Caravans of camels had been drinking. Maranjab castle, caravanserai on the Silk Route is in the desert and the caravan for a trip to Khorasan, Isfahan, Rey and vice versa passed this way. The sand desert area subparagraph (stiff competition in the local dialect) desert area north of the city of Isfahan Badrod continue sabulous large sand dam, the tallest sand dunes East is about 70 meters. 

Perjalanan di teruskan lagi

Ada kereta tersadai dek kerosakan. Memang masak la kalau jadi macam ni sebab tak ramai yang lalu lalang. Coverage phone pun tak der !

Plan kami nak nikmati senja nanti

Unta kabi kabi !

Salah sorang awek Siam posing melayan feeling

Tapi cuaca berawan cepat je buat senja menghilang

Menuju ke Caravanserai

Dalam bayang bayang kelam malam

Laluan memang mencabar. Berkocak kocak jugak la perut sebab jalan kejap berbukit kejap mendatar. Nasib baik tak de apa apa yang buruk berlaku. 

Lewat malam menjelang akhirnya kami selamat sampai di caravanserai di Maranjab Desert ni.

Kami sampai dah nak malam. Waheed uruskan hal hal penginapan. Tak de ramai orang time tu, cuma kami dan penjaga kawasan je yang ada.

Caravanserai

Memang tempat ni tak seperti yang kami jangka.

Cuaca sejuk gila time tu. Nak berjalan pun rasa nak terbang sebab angin kuat.

Kami di beri satu kabin penginapan untuk 5 orang. Memang semua kongsi dalam satu bilik tu.

Sejuk tak tahan. Kami di bekalkan dengan heater ni

Ruang dalam tak de la besar mana. Tapi boleh la sorang ambik satu sudut.

Yang tak tahannya. Toilet jauh kena jalan kaki !! Bila malam kawasan gelap. Air pulak memang air sejuk semata mata.. Fuh ! Memang mencabar.

Nak ambik air sembahyang pun rasa menggeletar tubuh badan, ni kan pulak nak mandi !

Setengah jam pertama, antara kami diam je. Masing masing menakul apa benda semua ni? Kenapa kami berada di tempat yang semacam primitif sekali. Dah la sejuk, pastu heater rosak !

Kami di bekalkan dengan selimut dan bantal setiap seorang.

Dan aktiviti malam di penuhkan dengan acara makan makan dan bersembang.

Waheed rebus ubi ni dan jamu kami makan.

Hah. Ayam Kentucky aku masih ada berbaki ! Nasi siang tadi pun ada lagi

Konon malam tu nak layan milkyway. 

Bukan cakap nak pegi tengah gurun, nak keluar ke pintu luar pun sejuk menggigil.

Last sekali layan borak je. Awek awek Siam tu pun boleh tahan berborak. Sorang nama Ter. Sorang nama Dung... Senang nak ingat nama mereka. TER-DUNG !

Dok borak borak, Waheed tidur dulu. Berdengkur ria dia di situ. Last sekali, kami tutup lampu dan semuanya melenakan diri....

Tengah malam tu time dok lena tiba tiba aku terjaga................ rasa nak kencing.

Fikir gelap nak keluar, sejuk lagi. Hmmm Last sekali nekad nak pegi. Baru nak gerak tetiba banyak je suara...

"Are you going to toilet?"
"Yes"

Pastu semua bangun cepat cepat nak ikut !..

Hahaha... Oke Oke.. Korang semua jangan takut. Abang ada ! Abang ni berani tauuu !!!

* gelak pekup mulut



Seandainya aku luahkan semua yang tersimpan
Sejujurnya adakah engkau akan mendengarkan
Menyambut rasa menghapuskan segala beban jiwa
Tanpamu hilang semua harapanku

Jangan pernah katakan jika
Jangan pernah kata kau bisa
Pergi tinggalkan aku

Senafas pun takkan ku mampu
Menjalani hidup tanpamu
Terlalu jauh aku mencintakanmu

Jangan pernah katakan jika
Jangan pernah kata kau bisa
Pergi tinggalkan aku

Jangan pernah katakan jika
Jangan pernah kata kau bisa
Pergi tinggalkan aku

Senafas pun takkan ku mampu
Menjalani hidup tanpamu
Terlalu jauh aku mencintakanmu
Terlalu jauh aku mencintakanmu

bersambung.............

14 comments:

  1. Mana ko amik penerangan dlm english tu? Berterabur aku baca... Heheh

    Ubi apa tu? Sedap x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah cut and paste sajork..... english tahap langit ke 7 kot...

      ubi tu mcm labu... makanan kudapan org iran.. dia rebus je. ok la rasa sikit.. banyak2 tak kena tekak jugak

      Delete
  2. Takut tgk gmbo serigala tu. Mcm nak terkam org.

    Nama gurun ni tak masuk dalam silibus alam dan manusia ek. Tak pernah baca.

    Gambo Kim-K tadop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu.. Kim K akan buat kemunculan di akhir entry

      Delete
  3. kahkahkah...rupenye semua penakut nak gi toilet...seb bek abg Meng ado...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... tu la. nasib abang berani !! * muntah hijau

      Delete
  4. Awek dalam bilik tu Kim K atau awek Siam? Untungla ko Meng dikelilingi oleh aweks kat tgh2 desert. Mesti rasa Macho kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awek siam tu....

      macho tak macho.. gosok gigi air sejuk mengelupur jugak jadi nya

      Delete
  5. kekdahnya semua penakut hiks.
    kau ala2 hero la meng. mesti depa kagum.
    wah so brave this man

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of chos...

      40 kali gi skrin test cerita transformer... ! ( jadi watak sampingan sajork tu pun kena rejek )

      Delete
  6. hahahahaha comelnye cerita ni... Mmg ni je ke penginapan yg ada kat kawasan ni? ada tak yg jenis semenggah sikit toilet kat dalam. Sejuk2 mmg nak asik p toilet ja... haiyo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde... jangan mimpi ada resort mahu pun Inn...

      ni memang tempat bermalam pengembara pengembara mcm zaman dulu kala... pasrah ! wifi tak de.. coverage phone pun tak de... so sila busykan diri dengan something.

      tapi kalau cuaca tak sejuk sgt malam malam lepak buat camp fire sambil tengok milky way menarik juga

      Delete
  7. Hahaha..nasib ada abam meng.

    ReplyDelete