Pages

Monday, June 12, 2017

Jejak Bumi Parsi : 12 - YAZD : Meybod | Amir Chakhmaq Complex

Kembali mendapatkan mamat drebar tu. Muka dia masam mencuka ! 

"Where are your friends?"

Cheh ! Aku ingat aku last rupanya aku paling fit !

* angkat dumb bell dengan jari tunjuk kekuasaan.

Memang mamat Chinese dengan Anna awek Jepun tu tak turun turun lagi. 

"I dont know.. Probably still up there"

Pastu mamat drebar tu start membebel. Aku buat tak ambik pot je lah. Penat dan mengah tak hilang lagi tetiba dia membebel pulak apa ke hal?

Baik aku layan rokok.

Tak lama lepas tu baru la nampak dia orang berdua turun. Terus masing masing masuk ke kereta dan kami bergerak meninggalkan Chak Chak ni !

Kembali menyambung perjalanan

Sepanjang jalan tu masing masing membuta. Keletihan ! Aku cuba cuba tidur tidur ayam. Tapi aku perasan drebar ni pun tersengguk sengguk. Macam lelap pun ada. Cuak aku jadi nya. Tapi tak de pulak kereta beroleng oleng ke tepi. Maybe dia dah biasa tidur sambil driving kot.

Dan perjalanan membawa kami ke pekan pre Islamic Meybod. Perjalanan rasanya hampir sejam jugak pemanduan.

Quran Gate. Gerbang yang biasanya ada setiap kali memasuki kawasan bandar

Antara itinerary yang bakal kami lawati adalah Caravanserai, Actually aku pun tak clear dia nak bawak ke mana. Main ikut jer. Tapi aku pasti destination ni semua adalah destinasi biasa yang tour lain pun pegi sama.

Drebar bawak dan park kereta tepi jalan. Kami menapak ke tempat yang di namakan Caravansarai.

Kawasan Meybod

Shah Abbasi Caravanserai, Meybod, Iran

Baca ni....

Shah Abbasi Caravanserai is a roadside inn, located in Meybod, Yazd, Iran. Caravanserais supported the flow of commerce, information, and people across the network of trade routes covering Asia, North Africa, and southeastern Europe, especially along the Silk Road.

So kiranya Caravanserai ni adalah port perhentian pedagang pedagang dahulu kala yang melewati Silk Road untuk berdagang. Mereka singgah di sini untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan masing masing melewati dari arah Timur ke Barat dan sebaliknya.

In memory tentang kemegahan tempat ini satu ketika dulu

Area Caravanserai di Meybod

Senibina dan arkitektur asal masih dapat di lihat di kawasan bangunan di sini.

Shah Abbasi Caravanserai is one of the important Safavid period Caravanserais. It is very important in case of architecture, placing and interior design. It is based on a rectangular plan with a yard - Centered design.

Architecture and Interior design of the roof

Kini kawasan ni masih kekal sebagai pusat jualan dan perniagaan hasil tangan penduduk tempatan.

It is made of brick with four veranda method. The building is made up of covered passageways, exterior verandas, vestibule, central yard and one hundred rooms. The yard has 24 chambers that today are used as handicraft workshops or handicraft shops.

Jualan

Dan aku rasa tempat ni macam tourist trap jugak la

Tenunan karpet oleh warga tempatan. Tu gambar Anna the Japanese girl tengah tunjuk skill menenun.

Kawasan berbentuk square dengan courtyard di tengah dan kedai kedai jualan di sekeliling kawasan. Ada jugak warung kopi di tepi.

Antara barangan jualan

Aku tak usha sangat. Pusing pusing kejap je. Takut drebar tu masam muka kalau lama lama. Tapi punya la lama aku tunggu dia orang, rupanya mamat Chinese tu shopping sakan. Dia beli karpet macam sejadah. Dia kata murah. Tapi dari info, benang yang di pakai tu memang akan buat karpet tu terasa sejuk.

Lama menunggu sampai bertukar musim dah. Hehehe

Lepas abis melawat Caravanserai tu then kami bergerak ke Historical Ice Chamber yang terletak cuma across jalan je.

Ice House Meybod

Apa yang uniknya tempat ni adalah natural refrigerator zaman ancient dulu yang dibina untuk menyimpan air batu dan juga makanan. Material yang di gunakan dengan designnya dapat mengekalkan suhu dan takat beku walaupun ketika musim panas.

Yang tak bestnya nak masuk kena bayar !

Aku memula tak nak masuk aku tanya drebar tu apa ada kat dalam. Dia jawab.

"You must go inside to find out. It is historical building"

Terbeli pulak aku ni. Tiket masuk 150000 rial (RM 20).

Masuk masuk................ tengok tengok.

Sungguh aku rasa tak berbaloi. Bengang jugak aku tapi tak tau nak marah sapa.

OK. View yang mungkin jarang kita buleh tengok tapi setakat masuk dan jengah dalam ni kena bayar banyak tu aku rasa tak berbaloi

Pandang ke atas. Tapi tempat ni memang kalau bercakap bergema gema. Kalau menyanyi suara tak sedap pun boleh echo dan jadi merdu sikit. Sikit je lah.

Layankan je lah. Mamat drebar tu lak sibuk terangkan itu ini. Aku malas nak layan, aku keluar dulu.

Serious lepas keluar dari tempat ni aku rasa bengang. Bukan sebab aku kedekut nak bayar tapi aku rasa tak berbaloi betul bayar dan masuk setakat tengok tempat kosong macam tu.

Abis tu mamat drebar tu ajak gerak ke kereta tapi mamat Chinese tu bagitau dia nak ambik gambar kat kawasan sekitar ni dulu.

"We dont have much time"
"But I need to take some photos over there. Give me 10 minutes"
"10 is too long. 3 minutes !"

Tetiba mamat drebar tu cakap macam tu. Apa lagi menyirap terus mamat Chinese tu. 

"We pay you so you should listen to us !!"

Hahaha. Aku suka pertempuran ni. Biar bergasak pun tak per. Sebab aku pun ada rasa geram dalam dada ni !

Mamat Chinese tu blah gak gi ambik gambar. Tak jauh pun. Aku dengan Anna terus je ke kereta sebab aku dah ambik pun gambar kat area tu. Tak de apa pun cuma kawasan dengan bangunan lumpur jugak.

Mamat Chinese tu konon nak masuk gi explore dalam ni. Harapan lah kan... Tak de banyak masa bak kata drebar muka singa.

Kami tunggu dalam kereta dan sebaik je mamat Chinese tu sampai, kami terus bergerak. 

Sebaik saja bergerak mamat drebar tu bagitau yang sepatutnya kami akan ke Narin Castle tapi dia kata dia tak nak tourist tertipu so dia memang tak galak kan tourist pegi sana sebab tak de apa apa. Rugi bayar entrance fees je !!

Terus rasa nak menyirap. Yang ice house tadi tu macam ada apa apa ke? Boleh pulak dia bawak kami masuk. Tu lagi buang masa. At least Narin Castle ni kalau ikut sejarahnya adalah bangunan tertua yang masih ada di Iran ni... !!!

Drebar tu sibuk nak ajak balik terus ke Yazd tapi kami insist nak pegi jugak. Dah dekat kot, kalau tak masuk pun... berenti ambik gambar kat luar jadi lah.

Last sekali mamat Drebar tu diam je. Dia bawak jugak kita orang ke Narin Castle.

"3 minutes!"

Dia siap boleh sound supaya kami tak berlama lama. Siol je. So kita orang siap bergossip pakcik ni nak rushing apa hal nya. Dah tour ni patut memang 8 jam. Memang kita orang bertiga bengang kat dia.

So lepak kat Narin Castle tu kat luar je. Snappy snappy dari entrance.

Arah tuju

Narin Qai'eh atau Narin Castle, Meybod

Baca ni.

In the centre of Meybod, crumbling Narin castle rises imposingly above the town that has grown up around it. Revealing three layers of construction, the oldest foundations suggest some kind of settlement was built here as early as 4000 BC. Legend has it that the castle belonged to King Solomon and was built by jinns, but whatever the original provenance of the castle's foundations, most of what can be seen today dates from the Sassanian era.

Lying on the silk route, the castle was used by soldiers who provided an armed escort for passing caravans, charging a tax for their services.

The view from the top of the castle gives an interesting view of the town of Meybod and shows how the growing population of the citadel spilt beyond the castle walls. Watchtowers dotted around town until recently formed the further reaches of the urban area but these have since been breached as new houses stretch into the surrounding desert.

Entrance masuk

Citadel tower

View of Narin Castle

Maka dengan itu, selamatlah lawatan kami yang rasanya macam rushing gila dan ntah hapa hapa sebab dapat drebar yang ntah hapa hapa.  Nak rushing ke mana ntah. Laju je dia bawak kami balik semula ke Yazd.

Sepanjang perjalanan kami masing masing membuta jer. Malas layan dia. Boleh lak tu dia terlupa hantar Anna kat hostel dia so dia dropped Anna sekali kat Silk Road Hotel tu dan suruh Anna balik sendiri naik teksi !

Siot jer.

Sampai semula kat area Jame Mosque

And the best part... aku sebenarnya tak tau pun yang trip ni adalah termasuk makan. So bila drebar ni dropped kami, aku terus je la jalan nak gi ambik beg yang aku simpan kat hostel aku tu. Tetiba mamat Chinese tu tanya dia yang kami sepatutnya dapat lunch sekali.

Angin pulak mamat drebar tu. Hahahaha. Nasib baik gak ada mamat Chinese tu, aku pun lapar jugak ni. Dia berdua dok confront each other, sorang kata ada janji termasuk lunch dan mamat drebar tu kata tak de !

Gaduh la korang.

Last sekali drebar mengalah. Dia bawak kami masuk ke Silk Road Hotel tu dan dia order makanan untuk kami bertiga.

Cheapskate gila. Makan nasi dengan sayur terung masak sambal tak pedas !... 

Sebab lapar belasah je makan sampai habis. Pastu mamat Chinese tu berborak pasal kes drebar tu kat semua orang. Datang pulak geng dia sorang mamat Indo yang dia orang dah jumpa kat Isfahan so bergabung meletup berborak pong pang pong pang. Pening pala aku. 

Aku layan makan je dengan Anna tu. Kebetulan ada mamat Spanish mana ntah datang meja aku tu dan layan borak dengan Anna. Tettiba kagum gila dengan Anna Jepun tu borak bahasan Spain dengan selancar lancarnya.

Sebab aku berduka dek kerana tak faham. Aku malas layan dia orang.

Dia orang ada plan nak gi ke Tower of Silence, salah satu Zoroastrian's temple di Yazd yang masih ada dan kalau time nak senja macam ada ritual api api kat sana. Dia orang kecoh la ajak aku gi sama tapi aku rasa macam malas. Penat pun ya. Tak de hati nak explore Yazd dah.

Memang aku tak de tujuan khusus dan bila aku nak bergerak, tapi tiba tiba aku rasa macam malas nak stay kat Yazd ni dah.

Then aku decided nak gi bus terminal je lah dan ambik bas ke Isfahan !

Lepas makan aku balik ke hostel ambik beg aku. Dah bye bye kat dia orang semua tadi tu.

Dari area Jame Mosque Yazd aku jalan kaki. Ingat macam nak pegi Amir Chakhmakh Complex jap usha usha kawasan situ sebelum gi terminal bas.

Clock tower Yazd

Jalan kaki tak jauh pun. Dalam 15 minit jer

Masjid lain tapi di kawasan yang sama. Singgah kejap.

Pastu sambung jalan sikit lagi yang akhirnya membawa aku ke sebuah dataran

Dari jauh nampak bangunan yang tersergam indah dan gah. Dan itu lah... Amir Chakhmakh Complex.

Di kiri kanan ada kedai jualan dan entrance masuk ke Amir Chakmakh Mosque.

Lawa bangunan dia

Amir Chakhmagh complex is one of the Iran attractive places that every year attracts many tourists who trip to Iran individually or by Iran tours. It was built by “Mir jalaloldin chakhmagh” and his princess more than 600 years ago.

This complex includes a mosque, Tekeyeh (a place for funeral), traditional tomb of Fatemeh (Fatemeh is the name of Amithis chakhmagh’s wife), Haji Ghanbar Bazaar, traditional cistern, Nakhl (very big handmade thing that in the funerals people carry on their hands) and Tekeyeh cistern.

Sambung baca sini :  Amir_Chakhmaq_Complex

Menara Amir Chakhmaq

Hari beransur petang tapi tak ramai sangat lagi orang time tu. Aku jumpa satu spot ada kerusi so aku duduk jap.

Tengok dok usha usha kawasan ni, tetiba ada sorang perempuan ni lalu dekat aku dan dia berhenti. Pastu dia hulurkan bakul ada gula gula dalam tu. Terkejut gak memula. Pastu dia suruh ambik (pakai isyarat je sebab tak bunyi suara). Aku ambik satu.

"Thank you very much"

Dia senyum dan berlalu.

Aku tak tau la memang trend kat sini macam tu ke apa tapi sedikit sebanyak, emosi aku yang agak terganggu tadi rasa reda sikit. Aku pun tak tau aku nak emo pasai apa, tapi aku macam bengang dengan mamat drebar aku tu. 

Then aku usha usha skit kawasan ni dengan lebih dekat lagi.

Info dan sejarah Amir Chakhmaq Complex ni

Masa sebelum datang Iran aku memang set nak datang tempat ni. Tengok gambar memang lawa. Kalau malam lagi cantik view area ni

Usha usha lebih kurang

Info

 Aku singgah masjid kejap tapi tak leh masuk. Berkunci

Bangunan lain dekat sekitar kawasan Amir Chakhmaq Complex

Hari pun dah petang. Aku keluar kat jalan utama kat depan dan tahan teksi.

Teksi bawak aku ke terminal bas Yazd. Harga 100,000 rial.

Masa ni memang nekad nak ke Isfahan terus terus ni. Aku dah takde hati nak cover area Yazd ni. Bukan tak menarik, cuma rasa down tak abis abis lagi.... Kalau di ikutkan banyak tempat lagi boleh pegi tapi sebab dah tak de hati...

Sorry Yazd !



Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia
Bahagia

bersambung.....................

4 comments:

  1. Ingatkan amirmukhtar complex td. Huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada lagi tu.... nanti demo buat sendiri lah

      Delete
  2. Replies
    1. tak hagak hagak kan? buat sendiri lah.... belakang umah ker.. hahaa

      Delete