Pages

Sunday, June 11, 2017

Jejak Bumi Parsi : 11 - YAZD : Masjid-e Jame | Kadranaq | Chak Chak

Bangkit awal pagi di bumi Yazd !

Yazd yang dahulunya juga dikenali sebagai Yezd, adalah capital kepada Yazd Province, Iran. Bandar ini terletak kira kira 270 KM (170 batu) di Tenggara Isfahan dan mempunyai penduduk seramai 486.152.

Disebabkan kedudukannya berdekatan persekitaran padang pasir Yazd di gelar sebagai "City of Windcatchers" dengan senibina unik Parsi, Selain itu terdapat beberapa tarikan istimewa Yazd yang tersendiri termasuk lah Zoroastrian Fire Temple), hasil kraftangan Persian, kain tenunan serta sutera.

Jalan depan masjid Jame Yazd tak jauh dari penginapan.

Hari masih pagi. Sejuk lak tu. Bangun dan bermalas malas dulu selepas selesai tanggung jawab pada yang Maha satu. 

Naik atas bumbung hostel layan view dulu. Nampak masjid Jame tak jauh dari situ. Sebab sejuk sangat masuk bilik dan sambung tidur balik. Huhuhuhu.

Aku ada aktiviti yang dah aku rencanakan untuk hari ni. Dah booking pun semalam tour kat kiosk kat Silk Road Hostel tu yang mana tour akan bermula jam 8 pagi nanti.

Ada masa. Bangun dan siap siapkan diri. Mandi dan berdandan kasi lawa lawa. Mesti lah.. nak tunjuk rupa paras yang ala ala Pan Asian Frying Pan kat bumi orang ni, Kehenseman kena selalu di jaga rapi supaya tak di cerca oleh masyarakat di sini.

* minum todi sampai pengsan sebelum kena rejam.

Awal lagi sebenarnya so breakfast pun belum ready. So aku pegi usha Masjid Jamek Yazd tu dulu secara dekat.

Masjid-e Jame (Friday Mosque) dengan minerat yang iconic yang juga merupakan mineret tertinggi di Iran ! 

Masjid dah di buka dan kelihatan orang keluar masuk ke dalam.

Dari arah dalam masjid di bahagian courtyard

The Jāmeh Mosque of Yazd (Persian: مسجد جامع یزد‎‎ – Masjid-e-Jāmeh Yazd) is the grand, congregational mosque (Jāmeh) of Yazd city, within the Yazd Province of Iran. The mosque is depicted on the obverse of the Iranian 200 rials banknote

The 12th-century mosque is still in use today. It was first built under Ala'oddoleh Garshasb of the Al-e Bouyeh dynasty. The mosque was largely rebuilt between 1324 and 1365, and is one of the outstanding 14th century buildings of Iran.

Gerbang dalam area courtyard. Masjid ini sebenarnya berasal dari binaan sebuah fire temple yang kemudiannya di tukar menjadi sebuah masjid.

Memula aku nak masuk tapi pagi tu macam ada tazkirah dan ramai orang kat dalam so tak jadi nak jengah. Kang artis antarabangsa buat kemunculan mereka bakal hilang fokus !

Masjid-e Jame. Waktu siang cantik. Time malam lagi menarik dengan cahaya kebiruannya.

Jalan jalan sekitar kawasan masjid ni then aku balik ke hostel untuk bersarapan.  

Jam dah hampir 7.30 pagi. Mari bersarapan dan isi perut kenyang kenyang !

 
Courtyard hostel

Breakfast kat hostel ni lebih variety. Lebih banyak daripada hostel aku di Shiraz semalam, Dah cuba cuba berdampingan dan meminati flat bread sebagai sarapan ruji di sini.

Dah kenyang tu, aku check out dan simpan beg kat hostel tu sebab trip aku ni akan berakhir petang karang, so check out siap siap.

Trip ke mana nak tuju ni?

Take a day trip to Kharanaq (must visit place - one of the last remaining mud cities of Iran), Chak Chak (a plgrimage center for Zoroastrians, rather underwhelming) and Narin Castle, Meybod (probably the oldest bulding in Iran, dating back to atleast 2000 BC). Usually visited together, these places take around 7 or 8 hours including travel. The Tourist Information office near Alexander's Prison offers this tour for IRR 1,500,000 per head. Alternatively, you can hire a taxi for the same (cheaper if you are 4 people or more).

Dan ini lah salah satu trip yang agak popular kalau sesapa datang ke Yazd ni.

Kalau ikut wiki tu, harga dia dalam 1,500,000 rial per head (RM 200) tapi masa semalam waktu aku sampai, usha kat kiosk Silk Road Hotel tu harga dia cuma 500,000 rial sorang (RM 66) so aku terus sambar. Lagipun trip ni kiranya join trip satu kereta so tong tong share bayar kat drebar. Since murah jugak aku proceed je sebagai aktiviti aku siang hari di Yazd ni.

Dan seperti di janjikan, aku pegi ke Silk Road Hostel tu untuk berkumpul pagi tu. Tup tup.. malang kadang kadang berbau hamis ! Mamat Malaysian Chinese tu join dengan aku satu kereta.

* patut bawak kapas nak sumbat telinga.

Macam biasa lah, dia excited je tau aku join satu trip dengan dia tapi dalam hati aku sumpah seranah why oh why... kenapa mesti dia? Kenapa bukan Katy Perry ataupun sesapa ?

Pasrah.

Mula mula memang kami berdua je dengan drebar. Then drebar tu pegi ke hostel lain dan ambik sorang lagi. Gadis manis dari Jepun. Namanya Anna !

Nasib aku dok depan so tak de la kena layan sangat mamat tu pong pang pong pang. Anna tu je la layan dia dan aku telinga capang ni dengar dan menyelit di kesempatan yang ada. Awek Jepun Anna tu menarik jugak. Dia travel banyak tempat dan dia tahu banyak bahasa. One of them Bahasa Indonesia..

Ya.. cewek Jepang itu bisa ngomong bahasa Indonesia !!!

Dan bermula lah perjalanan kami meninggalkan kota Yazd ke Kadranaq. Destinasi pertama kami.

Kharanaq atau Kharanaq yang bermaksud land of sun adalah sebuah perkampungan lama di luar kota Yazd kira kira 70 KM apart. Dekat sejam lebih gak la perjalanan sebab drebar tu tak bawak laju.

Sembang dengan drebar tu dia kata kalau melebihi hadlaju, kat Iran ni tak kena saman tapi kereta kena tarik so tak leh drive dah. Dia sepanjang jalan banyak jugak dia letak motosikal dan kereta yang pernah accident untuk bagi kesedaran. 

Seawal perjalanan aku dengan mamat Chinese tu bersembang tak sudah sudah. Macam Google bergerak, dia tau semua benda !

Dan... 30 minit kemudian. Suasana senyap dan sepi. Rupanya dia dah tertidur ! Anna tu relaks je diam kat belakang. Cuma sesekali drebar aku ni ajak sembang dan cerita itu ini, Aku layan kan jer.

Selepas melalui kawasan tandus dengan berlatar belakangkan bukit bukau, akhirnya kami sampai ke Kadranaq.

Perkampungan Kadranaq. Penempatan yang di bina dari tanah lumpur yang masih kekal sehingga sekarang.

Baca ni....

The site has been occupied for approximately 4,000 years, while the dilapidated adobe buildings that draw foreigners from around the world date back around 1,000 years. The abandoned town is a photographer’s dream with a labyrinth of streets, tunnels, passageways, and rooms, as well as more impressive buildings such as a tiny mosque, a shaking minaret, and an old caravanserai that welcomed merchants and pilgrims centuries ago.

Bahagian Old Town Kadranaq yang telah dibina daripada batu-bata lumpur yang di panaskan membentuk sebuah kawasan penempatan zaman dahulu. 

Kawasan ini memiliki lembah pertanian yang subur, tetapi apabila bekalan air kering penduduk lari meninggalkan bandar ini yang akhirnya menjadi sisa runtuhan semata.

Sisa runtuhan dari bangunan asal yang masih kekal

Lorong, terowong dan laluan di kawasan sekitar kota tua Kadranaq ni. Ada lorong sempit sempit dan agak tak berapa utuh. So kena jalan hati hati di kawasan ni.

Drebar aku cum tourist guide. Tapi jalan laju gila nonong nonong je tak bagi space dah untuk kita orang nak snappy aman damai.

Salah satu monumen penting di tempat ini adalah sebuah masjid yang dibina sejak dari zaman Qajar lagi.

Sebuah menara setinggi 15 meter telah di restore dan menara masjid ini dikenali sebagai Shaking Mineret kerana sentiasa bergetar dan bergerak tanpa di ketahui punca sebenarnya ianya terjadi.

Ruang lain di kawasan masjid

Satu lagi bangunan penting adalah masjid berkubah biru yang pernah menjadi tempat persinggahan pedagang pedagang yang melintasi kawasan ini satu ketika dulu

Usha kawasan sekitar Kadranaq. Kawasan ni sudah tidak lagi di diami. Mostly mereka berpindah ke kawasan lain yang lebih lengkap facility tak jauh dari sini.

 Macam tak yakin je takut runtuh bila memanjat ke bumbung. Binaan bumbung mereka ada lubang lubang untuk pencahayaan masuk ke ruang dalam rumah.

Ancient sungguh rasanya

Aku. Mamat Chinese tu dengan Anna memang nak explore lebih lama kat sini tapi mamat drebar tu suruh kami cepat cepat ke kereta. Rushing betul dia macam nak kejar sesuatu. Nak abis cepat je. Stress jugak aku di buatnya !

Menarik jugak Kadranaq ni tapi tu lah tak leh explore lelebih.

So kami tinggalkan area kota tua Kadranaq ini untuk ke destinasi seterusnya.

Perjalanan di teruskan lagi dan kali ni kami ke sebuah tempat bernama Chak Chak

View di perjalanan dengan gunung ganang kering dan tandus. Masing masing layan mata yang layu.

Ni drebar aku. Aku perasan dia drive pun tersengguk sengguk. Siap lelap lagi. Isk !

Dan perjalanan tak jauh mana dari Kadranaq tadi tu

Sehingga la kami nampak sebuah kawasan dengan bangunan bangunan di bina di pinggir kawasan perguningan. 

Itu lah Chak Chak namanya.

Drebar tu parked kereta dia dan bagi kami 30 minit untuk melawat kawasan ni. Tak pasti cukup ke tak tapi macam nak kena mendaki.

Chak chak ni bukan la tempat penempatan tapi ianya penting kerana menjadi tempat penganut penganut Zoroastrians ( menyembah api) datang macam kita pegi Haji.

Info pasal Chak Chak ni...

Chak Chak (Persian: چك چك‎‎ – "Drip-Drip", also Romanized as Chek Chek; also known as Chāhak-e Ardakān and Pir-e Sabz (Persian: پیر سبز‎‎) "The Green Pir") is a village in Rabatat Rural District Kharanaq District, Ardakan County, Yazd Province, Iran. At the 2006 census, its existence was noted, but its population was not reported.

The village consists of a pir perched beneath a towering cliff face in the desert of central Iran. It is the most sacred of the mountain shrines of Zoroastrianism. Located near the city of Ardakan in Yazd Province, Chak Chak serves as a pilgrimage point for pious Zoroastrians. 

Each year from June 14–18 many thousands of Zoroastrians from Iran, India and other countries flock to the fire temple at Pir-e Sabz. Tradition has it that pilgrims are to stop riding the moment they catch sight of the temple and complete the last leg of their journey on foot.

Gigih !

Terpongeh jugak nak panjat sampai atas tapi view agak stunning !

Kiranya bangunan bangunan kat atas ni sebagai port dia orang yang datang ni bermalam time pilgrimage mereka ni dan tempat ni disediakan percuma untuk mereka. Cuma kena bawak selimut etc. Ada ruang tidur dan ruang dapur jugak untuk memasak.

Time aku datang area ni kosong je. 

Naik ke atas lagi

Nak naik free tapi ada satu kawasan gua di sini kalau nak masuk kena bayar 50 rial (RM 7)

Pintu masuk ke gua kecil

Dalam gua di Chak Chak

Sebenarnya ada cerita kenapa tempat ni di jadikan tempat suci bagi penganut penganut Zoroastrian ni.

Dalam kepercayaan Zoroastrian ini, Chak Chak adalah lokasi di mana Nikbanou, anak perempuan kedua pemerintah Parsi pra-Islam yang terakhir, Yazdegerd III dari Empayar Sassanid, telah dikepung oleh tentera Arab yang menyerang mereka pada 640 CE. kerana mereka enggan menganut agama Islam.

Sebab takut ditangkap Nikbanou berdoa kepada Ahura Mazda untuk melindunginya dari musuh-musuh tersebut dan secara ajaibnya dinding gunung ini terbuka dan beliau berjaya berlindung dari musuhnya. Dan di lokasi ini lah beliau lenyap tapi di percayai masih menghuni tempat ini.

Salah satu feature utama Chak Chak ini adalah air yang sentiasa menitis dari bumbung gua.

Dan air ini kononnya adalah airmata Nikbanou yang kesedihan. Chak Chak bermaksud 'titik titik air yang jatuh'

Dalam gua yang di jadikan tempat penganut berdoa dan bersembahyang

Bahagian dalam

Terdapat juga pokok yang tumbuh dari dalam gua sehingga rantingnya keluar dan menjadi simbolik kepada tongkat Nikbanou

Spent tak lama kat sini. Ambik ambik gambar je then aku turun semula.

Sempat layan view dari atas puncak Chak Chak ni. View memang lawa.

Lari turun laju laju............... drebar dah menunggu. Muka ketat je. 

Makin benci dan naik menyampah lak aku kat mamat ni !



Apa kau tak melihat
Besarnya rasa cintaku
Ku berjuang untuk menjadi
Yang terbaik untukmu

Meski sering kau sakiti
Tapi ku tetap rindu
Ku cuba terus bertahan
Meski hatiku pilu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku marah tapi ku rindu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku rindu sama kamu

Meski sering kau sakiti
Tapi ku tetap rindu
Ku cuba terus bertahan
Meski hatiku pilu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku marah tapi ku rindu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku rindu sama kamu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku marah tapi ku rindu

Semakin aku benci semakin aku rindu
Rasa hati ini sudah tak menentu
Aku benci tapi ku rindu
Aku rindu sama kamu

Dan sering ku cuba
Tuk melupakanmu
Tapi ternyata
Aku masih rindu

bersambung.........

6 comments:

  1. Replies
    1. ada doh.. noise cancellation ear piece.. tapi macam poyo je nak pakai selalu kat telinga

      Delete
  2. Klau bangsa lain belajar bahasa, mmg diorg laju je belajar bahasa indonesia. Slang betul indonesia plak tu.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya view chak chak..tapi cerita dia dah cam ala2 citer batu belah batu bertangkup pon ada gak..hehe

    ReplyDelete