Pages

Saturday, January 14, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 06 | Day 03 : Hooker Valley

Selepas acara berguling guling atas padang tepi jalan tadi, kami meneruskan perjalanan.

Aku sendiri tak pasti sejauh mana lokasi destinasi kami yang seterusnya, tapi cuaca yang berawan tiba tiba buat aku rasa tak syok. Lepas ni mesti tak best nak ambik gambar !

Cuaca di kawasan Hookey Valley. Destinasi yang bakal kami kunjungi...

Akur dengan faktor cuaca, IH memandu Sepiah memasuki kawasan yang tetiba menjadi kabus dan berawan. Hujan mula sedikit sedikit mencurah membasahi bumi.

Tak lama lepas tu kami nampak sign ke arah Hooker Valley

Sepiah bergerak perlahan menghampiri kawasan parking yang disediakan.

Tak tergerak pulak hati aku nak tanya dia orang ni, apa tujuan kami ke sini. Tempat ni pun aku tak pernah dengar. Ni pun baru je lepas aku check itinerary yang dia orang buat.

Tup tup dah sampai.

Hooker Valley? Lembah Pelacuran?

"Kita nak makan kat sini ke?"

Tetiba ringan mulut pulak aku nak tanya.

"Haah. Tapi kita kena trekking. 2 jam jer"
"Trekking?"

Tiba tiba macam nak keluar tanduk ! Aku tak tau pun ada aktiviti trekking ???? Aku tak bawak sebarang kelengkapan untuk trekking. Jeans ni je lah sehelai yang aku bawak. Kasut pun tak pasti layak buat trekking ke tidak.

Salah aku jugak, tak ambik tau apa itinerary dia orang nak buat time kat NZ ni. Nasib lah....

"Ala... kejap je. Kawasan dia flat"

BW tak abis abis cuba meredakan keadaan. Aku diam je. Tengok cuaca macam nak hujan. Ada couple berpayung sakan tapi payung pun dah terbang ditiup angin.

Lepas park kereta, IH dengan BW dah bersiap siap. Aku macam biasa, Pakai apa yang ada. Jaket dengan jeans dan kasut. Bawak beg kamera dan bergerak ikut dia orang.

Tak tau apa aku nak expect. Ikut kan je lah. Dah sampai pun. Tak payah nak banyak songeh. Kalau aku tak larat kang, aku berhenti je lah biarkan je dia orang yang trekking mana dia orang nak pegi pun.

Seawal awal pemandangan. Nampak kawasan pergunungan dengan kabus dan hujan bakal datang. Angin yang kuat sesekali menerjah ke muka

Tengok pada trek tu macam mendatar je so aku pun ikut kan je lah. Jalan pelan pelan tapi cuaca memang macam meracau sikit. 

 
Laluan pokok pokok renek

Ada trek disediakan. Nampak tak susah mana

Jam di tangan dah menunjukkan hampir 2 petang. Aku dok borak borak dengan IH. Dia kata tempat ni lawa. Aku setuju ! Tapi cuaca berkabus buat mata tak nampak apa. Lokasi terakhir sudah tentu lah Hooker Valley yang aku sendiri pun tak tau nak imagine cemana.

Kata dia lagi trekking ambik masa dalam 1-2 jam je. Jarak pun lebih kurang 5 KM jer.

Ikut lah nanti sejauh mana yang nak kita tuju.

Salahkan diri sebab tak study apa apa sebelum pegi !

Jalan lagi


Ikut laluan yang betul

Tak lama lepas tu kami jumpa satu family Indian. Tegur jap tanya jauh ke tak? Dia orang kata dia orang sampai bridge pertama je. Jauh sangat nak jalan, so dia orang patah balik. 

Rupa rupanya orang Malaysia !

So kami borak borak bertiga, and decided, kami trekking sampai bridge pertama je ler.

So jalan lagi.... 

Ada panjat panjat sikit then kami sampai ke viewpoint pertama.

Alpine Memorial Viewpoint dengan Mueller Glacier di bahagian bawah


Hujan turun. Tak sempat nak baca

Dan nampak suspension bridge yang pertama

Masa ni hujan dah mula turun. Kejap rintik rintik. Kejap lebat.

Aku dok cover beg kamera sebab kamera ada kat dalam. Hujan hujan pun susah nak ambik gambar.

Penanda

Air mengalir

Bridge pertama

Jalan sampai kat bridge pertama. Crossed tu then hujan nampak macam reda.

"So cemana?"
"Teruskan je lah... kalau nak datang balik sini kena kumpul duit tambang lagi sekali "

Tu dia kata kata pembakar semangat. Nasib tak de obor je kalau tak berlari aku bersemangat waja. So kami bergerak melepasi kawasan seterusnya.

Laluan masih flat cuma hujan turun yang menganggu sedikit perjalanan kami.

Masa kat sini kami terserempak dengan dua tiga orang yang dah pun berpatah balik.

Memula jumpa minah salleh ni, aku tanya dia jauh lagi ke. Dia jawab dia tak teruskan sebab kat depan sana hujan ribut dan angin kuat. Dia takut so dia patah balik !

Hmmmm.. Dengar macam mengerikan jer. 

Nampak pelangi

Dan kami jalan lagi.

Rata rata tak de yang searah dengan kami, banyaknya yang dah patah balik semula. Last sekali jumpa couple Melayu.

"Jauh lagi tak?"
"Ada lah dalam sejam"
"Cun tak kat sana?"
"Cun. Ada Iceberg. Tapi angin kuat dan hujan lebat"

Aku tengok dia orang pun macam basah kuyup dah. 

Selesai mengucapkan selamat tinggal dia orang blah turun. Kami yang masih terhegeh hegeh nak naik menuju ke Hooker Valley ni.

Dengar citer pasal iceberg macam menarik. Tapi tengok dia orang basah kuyup tu, aku pun cuak jugak. Cemana nanti ni? Ni pun dah separa kebasahan dah atas bawah !

Tapi view di kiri kanan laluan tu memang lawa. Kalau cuaca cerah mesti mengancam abis.

Sampai di suspension bridge yang ke 2

Sesekali kami melintasi sungai dengan deruan bunyi air mengalir

Laluan selepas bridge ke 2 ni memang lagi stunning. Tapi cuaca makin memburuk. Angin kuat gila dan sesekali hujan lebat turun buat kami tak de tempat berlindung.

Orang semakin kurang kelihatan.

Tumbuhan renek di kawasan ni

Tapi masa tu masing masing dah sibuk tanya. Jauh lagi ke? Jauh lagi ke?

Dan jawapan tu tak mampu di jawab oleh sesiapa.

Kami pun tak de peta. Jalan pun ikut laluan yang ada. Perut lapar tok sah cerita lah. Sesekali angin menyerang datang pulak bunyi yang menyeramkan.

 
Jalan ikut laluan jambatan kayu tapi yang ni pendek jer. Dan terus lagi

Sampai lah ke jambatan ke 3

Selepas jambatan ke 3 ni tiba tiba ribut datang dan hujan mencurah curah. Sakit muka kena titisan-titisan air hujan yang tajam dibawa ribut.

Nasib baik la kami nampak ada pondok kecik dan cepat cepat kami lari dan berlindung di situ.

Ada pondok

 Nasib baik la ada pondok tu. Sempat kami singgah untuk berteduh dari ribut.

 
Tak de orang sewaktu kami sampai

Pondok ni mungkin jadi tempat berteduh kalau di landa ribut. Ada tandas tak jauh dari pondok ni. Keadaan tandas agak hazab jugak la. Boleh la kalau setakat nak melepaskan hajat. Tapi BW sampai ke sudah tak sanggup nak guna. Kat belah dalam pondok ni tak de apa apa pun, cuma ada kerusi untuk duduk je.

Ada tingkap tapi cermin pun dah berderai pecah

Dalam gambar gambar aku ni nampak cerah je cuaca nya kan, tapi sebenarnya ribut dengan angin menggila. Hujan pulak lebat mencurah curah buat kami ketakutan dan hilang arah. Ditambah dengan bunyi angin yang menderu. Serammm.

Tapi dah alang alang berteduh di sini, perut masing masing pun dah lapar. Apa kata kita melantak dulu !

Isi perut dengan bekalan makanan

Alhamdulillah, kenyang jugak lah. Walaupun makan dalam cuaca sejuk menggigil.

Waktu kami berlindung kat pondok ni, ada mat salleh 2 orang singgah. Tapi dia lagi hilang arah sebab nya phone dia tak de coverage.

Aku tanya samada dia baru nak naik atau turun. Dia kata baru nak naik tapi dia rasa macam tak boleh nak proceed. So both of them terus je turun balik semula !

Kita orang bertiga masih boleh berpandangan lagi. Masing masing pun dah tak tau nak decide cemana. Hujan makin lebat. Angin memang kuat. Memang sah dah basah kuyup. Kebetulan aku jumpa plastik kat situ, so aku aku ambik balut beg kamera.

Abis makan kami masih menunggu dengan harapan ribut mula reda.

"Cemana? Nak terus ke nak patah balik ni?"

Aku tanya IH.

"Ntah.... Ikut lah"
"Kalau kita patah balik.. buatnya tempat tu dah tak jauh? Rugi !!!"
"Tu lah"

Diam.

Masing masing cuba berfikir dan mengagak sebarang kemungkinan.

"Jom lah ! Hari pun dah gelap ni. Alang alang basah.. Terus je lah!"
"Tu lah. Kang nak datang nak kena beli tiket lagi"

Tak abis abis si BW dok azan pasal kena beli tiket. Takut sangat kerugian.

Dan keputusan tu adalah sebulat suara. Motto nya di sini 'never give up'. Begitu kami bertekad. Walaupun hujan masih lebat dan ribut masih menggila, kami bergerak meninggalkan pondok kayu tadi menuju ke Hooker Valley !

Dalam hati tawakkal dan berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan.

Let's go. Let it go !



Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door

The snow glows white on the mountain tonight,
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.

Don't let them in, don't let them see,
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway

It's funny how some distance makes everything seem small
And the fears that once controlled me can't get to me at all.
Up here in the cold thin air I finally can breathe.
I know I left a life behind but I'm too relieved to grieve.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand, and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway

Standing frozen
In the life I've chosen.
You won't find me.
The past is all behind me
Buried in the snow.

Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand, and here I'll stay
Let it go, let it go
The cold never bothered me anyway, yeah, whoa
(Na na, na na, na na na na na) [x4]
Let it go yeah
Na, na.
Here I stand.
Let it go, let it go, oh
Let it go.

Sekali lagi kami di landa kebasahan

Ikut laluan jambatan yang panjang ni

Atas jambatan ni lagi mencabar. Angin kuat dan kami tak de pemegang. Sesekali rasa macam nak melayang walaupun badan dah berat macam kapal kargo tapi angin ni lagi kuat sebenarnya

Perjalanan di teruskan. Kali ni angin semakin kuat. Laluan bertukar menjadi laluan berbatu batu

Masa kat sini, masing masing diam dah tak berkata apa apa.

Mulut dah terkunci tak leh bersuara. Nak bukak mulut pun susah. Otot-otot muka dah kejung. Hingus tak payah cerita lah dah meleleh leleh. Dengan sejuk nya. Dengan hujan nya. Memang betul betul tawakal je lah.

Dah la tak pasti jauh mana lagi kami harus mendaki. Tapi kami makin bersemangat. 

"The cold never bothered me anyway !!!!....................."

* rampas microfon Azharina dan tarik key 7 octave

Batu batu di jalanan

Akhirnya kami nampak kerusi kayu di kawasan ni

Dan di belah bawah nampak tasik. Kami yakin ini lah Hooker Valley. 

Dekat tebing tasik ni memang lagi mencabar. Angin yang ntah datang dari mana macam ribut melanda sampai tak boleh nak berdiri. Memang lebih kuat dari perjalanan tadi. Berserta dengan hujan dan juga kesejukkan sampai ke sum sum tulang.

Nampak iceberg ! Tapi kat belah bawah. Pelan pelan kami turun ke bawah. Masa ni cakap pun main pakai bahasa isyarat je. Tak leh bukak mulut dah.

Dah la nak turun ke bawah tu tak de pemegang. Ikut laluan curam batu batu jer. Angin pulak tolak kuat. Kami turun merangkak ikut lereng tebing tu ke bawah.  

Sampai kat bawah tu baru la nampak iceberg dengan jelas.

Iceberg. Nak gi dekat tapi terbatas. Nak berdiri pun tak boleh. Angin kuat gila

Iceberg di Hooker Valley

Hooker Valley

Masa ni ambik gambar pun lebih kurang je.

IH dengan BW nak berposing pun tak boleh. Tak boleh berdiri. Kena merangkak jer. Cuaca sejuk gila. Angin kuat. IH nak pasang monopod pun tak boleh. Pegang monopod pun bergoyang goyang nak terbang.

Sudahnya kami decided nak patah balik semula. Cukup lah. Cuaca tak elok membataskan segala galanya. Lagi teruk sebab hari dah petang dan nak gelap. Dengan bunyi angin yang agak menyeramkan.

Naik daki semula dan kami berpatah balik ke tempat asal kami datang tadi.

Bye Hooker Valley. Kami berjaya sampai walaupun tak boleh berlama lama

Perjalanan balik kami masih di basahi hujan dan ribut kuat. Sesekali terpaksa berjalan merangkak dan berpegang pada pokok dan batu batu. Dah lah kasut tak water resistant. Abis jadi berat penuh dengan air hujan. BW kata kaki dia dah kebas. Dah tak rasa apa-apa.

Rasa sedikit puas hati sebab kami akhirnya berjaya jejakkan kaki di Hooker Valley ni.

"Aku rasa hujan hari ni sebab pagi tadi aku tak mandi "

Pengakuan ikhlas berani mati aku kat dia orang berdua. Masing masing buat muka tak layan.

"Eh... aku bukan sengaja tak nak mandi tau, aku tak de coin. Plus.. sejuk !"

Ayat ayat membela diri ternyata tak mendapat sambutan. 

Laluan balik

Masing masing jalan ikut kaki jer

Hooker River

Masing masing nonong je jalan.

Masa balik kami tak jumpa orang lain dah. Memang kami yang last naik dan kami yang last turun. Dah kat bawah baru nampak mak dengan anak warga Korean kot sibuk dok ambik gambar dalam hujan.

Dengan baju yang basah kuyup. Semuanya rasa makin berat jer tapi Alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai ke tempat permulaan.

Satu hal pulak nak salin baju. Ada toilet kat situ tapi masalahnya air tak de. Sejuk pulak tu. IH lagi kesian sebab dia bawak 1 seluar je. Abis kuyup tak de seluar dah. Parkinson sekejap dia 5 minit menggeletar.

Dah abis tukar tukar baju semua, dengan kain pelikat kami ke Hooker Village untuk mencari penginapan yang kami dah booking.

Penginapan kami di Aoraki Mount Cook Alpine Lodge. 

Dapat katil berbungkus kesejukkan macam nak demam.

Nasib jugak kat lodge ni ada laundry, so malam tu kami laundry keringkan pakaian. Walaupun dah pakai dryer 45 minit, tetap baju tak kering-kering. Penyudahnya, kami keringkan kat heater bilik je. BW jadi tukang jaga. Lepas satu, satu letak kat heater tu. Macam buat biskut. Hahaha.

Then makan malam

Makan buah kiwi dengan gaya mewah sambil mengimbau kembali detik detik mencabar hari ni

Mt Cook. Walaupun tidak dapat aku tawan, tapi trekking di Lembah Pelacuran hari ni benar benar satu cabaran

Trekking di Hooker Valley adalah wajib bagi yang datang ke South Island ni. Tapi kena tengok cuaca jugak lah. Aku bet kalau cuaca cerah view dia memang lawa gila babas !

Malam tu masing masing tidur awal kepenatan.  

Penat bertarung dengan cuaca. Penat berperang dalam mencari kekuatan emosi dan minda serta bertahan dalam kebasahan. 

bersambung...................

24 comments:

  1. pergh abam...walaupun macam nuraka sikit perjalanan tu..berbaloi dapat view lawa gila .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tgk kat blog mana hari tu. dia pegi time cuaca clear. memang lagi lawa tempat ni....

      nasib la time kitaorg kena merentas nurakaaljaha sikit dgn cuaca yang buruk mcm tu sekali.

      kalau apa apa jadi mesti org ckp saja cari nahas.

      Delete
  2. woowww... walaupun perjalanan mencabar.. tp tempat tu cantik gileee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. berbaloi lah dengan penderitaan yang di tanggung * termasuk kebasahan dan lencun

      Delete
  3. aku paling tertarik dgn gamba maggi ko tu...tgh lapo ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aku pun tetiba rasa lapar.

      teringat makan maggie time sejuk2 travel terasa lak nak makan.

      Delete
  4. Memang interesting cara ko cerita perjalanan trekking Hooker Valley nih. Aku gi Oct 2015. Trekking jugak Hooker Valley ni tapi sampai jambatan panjang tu je. So aku nak tanya, dari jambatan panjang sampai hooker valley yg ada iceberg tu jauh ke? berapa minit? Kitorang dulu nak teruskan perjalanan gak tapi cuaca dah hampir gelap masa tu.

    So overall korang trekking pergi balik berapa jam di Hooker Valley tu? Aku tak puas hati lagi tak trekking habis. InsyaAllah nak pegi lagi kalau ada rezeki.

    Ni gambar yg kitorang amik kat Hooker River. Masa ni dlm kul 2pm.

    https://c1.staticflickr.com/8/7329/27237188465_51251200d1_c.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambatan panjang yang berlingkar2 tu ke? ada 2.

      yang paling panjang tu dah dekat dah.. ada dlm 15 minit nak sampai. tapi kalau cuaca oke.. dekat je.

      kalau kira overall lama gak sebab kita org berhenti kat pondok tu lama. makan dan ribut kuat masa tu. masa balik dah nak gelap dah.

      thanks for sharing. gambar kau tu lawa. tapi aku pernah tgk pic minah salleh ni pegi.. langit biru.. lawa gila area hooker valley ni.

      tapi repeat tu aku tak nak lah. hahaha. kau repeat and share pix !

      Delete
  5. Dalam gambar tak gaya hujan lebat pun... cerah cantik macam panas tengahari... Lenkali saya pun nak pakai ayat BW la "nanti kena kumpul duit lagi nak datang" hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dlm gambar nampak elok pulak. tp time kat sana punya la hazab. nak ambik gambar pun tak buleh. bergegar sebab sejuk, hujan dan angin kuat.

      Delete
  6. Gigih kome..nasib sume selamat tp moto BW paling win..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir betul gak. nak kena dtg lagi.nak kena beli tiket pulak... redah je lah

      Delete
  7. wow......................! what an adventurous journey and worth it! kudos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik .. lama tak bersiaran.. mana pegi? di luar kawasan ker

      Delete
    2. kannn........i was demoted to isolated area :(

      i still tracking ur blog ni cuma payah nak comment dgn pantas dan tuntas

      Delete
    3. keep on moving... stay positive !

      Delete
  8. Mr Meng....

    maksudnya, korang cover Lake Tekapo, Lake Pukaki & trekking Hooker Valley dalam masa sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. make sure start awal pagi di Tekapo and trekking di hooker valley not too petang. Pukaki tu hanya satu persinggahan...

      * tarik key Ekamatra

      Delete