Pages

Tuesday, December 13, 2016

TRAVELOKA NZ : Queenstown

Dikelilingi kawasan ketinggian The Remarkables dan dikelilingi oleh Lake Wakatipu yang berliku liku, Queesntown memiliki tarikan yang tersendiri dan menjadi destinasi wajib bagi pengembara ke South Island New Zealand ini.

Lake Wakatipu

Pekan kecil namun memiliki segala tenaga untuk memuaskan pengunjung yang datang, bandar ini mendapat jolokan bandar 'Adventure Capital Global' yang menyediakan pelbagai pilihan aktiviti kepada pengunjung untuk melakukan perkara perkara luar biasa.

No-one’s ever visited and said, ‘I’m bored’in Queenstown !

The Remarkables dan Lake Wakatipu

Queenstown mempunyai penduduk bandar daripada 14,300 (Jun 2016) menjadikannya yang ke-29 terbesar kawasan bandar di New Zealand, dan kawasan bandar yang kedua terbesar di Otago , di belakang Dunedin.

Keindahan bandar Queenstown ini telah menjadikannya lokasi filem Bollywood terkenal iaitu Kaho Naa Pyarr Hai yang dilakonkan oleh Hrithik Roshan dan Amisha Patel.


Bandar Queenstown


Lake Wakatipu


Pinggir tasik


Santai dan tenang


The remarkables


Kapal pesiar


Bandar Queenstown


Bangunan


Casino


Bandar Queenstown


Queenstown di kelilingi oleh Lake Wakatipu yang mengalir sehingga ke Glenorchy

Lake Wakatipu dengan panjang 80 kilometer (50 batu), ia adalah tasik yang paling panjang di New Zealand, dan pada 291 km2 (112 batu persegi) dan merupakan tasik ketiga terbesar. 

Tasik ini juga sangat dalam dengan kedalaman maksimum 380 meter (1,250 kaki). Ia berada pada ketinggian 310 meter (1,020 kaki), ke arah hujung selatan Alps Selatan. 

Layan gambar sekitar Lake Wakatipu.

Sepetang di Queenstown

Dermaga

Pepohon

Kapal kapal

Queenstown Trail

Kapal persiar

Kapal pesiar di Lake Wakatipu

Station Skyline Gondola di atas bukit yang menyediakan view panorama menarik sekitar Queenstown. Tak berkesempatan naik naik dan nikmati pemandangan dari atas sana.

Lake Wakatipu

Cuaca tak menentu

Queenstown

Lake Wakatipu di Queenstown

Lake Wakatipu

Sebenarnya sepanjang kami berada di Queenstown ni, ada beberapa perkara yang tak best berlaku.

Masa di Queenstown ni, IH kehilangan hp dia. Kesian dia. Banyak gambar dan contact dalam tu. Lagi haru, hari tu adalah hari birthday IH ! Terus kami semua hilang mood.

Tak tau cemana boleh hilang. Memang tak leh nak fikir cemana tetiba lesap. Nak kata terjatuh, 5 kali kami pusing Queenstown Botanical Garden untuk cari. 

Akhirnya sampai ke malam, hasilnya begitu menghampakan.

Esoknya, masih teruja dengan rancangan asal kami untuk Skydiving di NZ walaupun rasa sedih IH hilang hp masih terasa. Tapi malang menimpa, skydiving kami dibatalkan atas faktor cuaca. Dari pagi menunggu sampai ke sudah, rasa kecewa membuak buak bila di bagitau, terjunan terpaksa di batalkan untuk hari itu.

Misi gagal !

Pasrah dan berserah. Queenstown tak seharusnya kami tinggalkan dengan rasa duka !



Dengar irama sekalung rasa
Untuk dinikmat bersama
Agar kau tiada duka

Salam... kasihku pembawa rindu
Kuutus di angin lalu
khabar berita dariku

Tiada duka oh tiada duka
Pergilah air mata... pergilah air mata
Tiada duka oh tiada duka
Kembali bahagia... kembali bahagia

Airmata... tiada duka
Ibu... usahlah merasa bimbang
Anakmu di perantauan
Namun takkan dilupakan

Ayah... kuiring sekalung doa
Agar kau akan bahagia
Di alam di samping Dia

Usahlah kau risau anakmu yang seorang
Berbagai dugaan dalam perjalanan
Selagi hidup selagi melawan
Jelas diingatan dikau berpesan
Kini menjadi semangat pegangan
Berpantang mati sebelum ajal

Untuk teman dan sanak saudara
Ku kirim salam kerinduan
Usah aku kau lupakan
Andai aku kan melangkah pergi
Kenanglah diriku ini
Menghibur untuk berbakti

Tiada duka... oh tiada duka
Pergilah sengsara... pergilah air mata
Tiada duka... ooh tiada duka
Kembali bahagia... kembali bahagia

Tapi alang alang berada di kota penuh cabaran ni, kami tak lepaskan peluang yang ada.

Selagi hidup, selagi melawan, kami sama sama mencuba untuk bungy jumping di Kawarau Bridge.

Kawarau Bridge Bungy

Setinggi 43 m

Sekurang kurangnya, ada juga perkara yang boleh di kenang sepanjang zaman yang manis dan mengujakan dari Queenstown ini

Masukkan Queenstown dalam itinerary anda. Ada banyak perkara yang boleh di lakukan. Pastinya menjadi destinasi kenangan setiap yang pernah sampai ke sini !

8 comments:

  1. Bandar yg menenangkan nmpknya.

    Uih, main bungy jump...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang dan damai....

      sekali terjun abih rm 500... kalu makcik mona tau mesti dia cakap...

      "Baik beli emas !"

      Delete
  2. Comey gokk Lake Wakatipu. Lake WakLebong tadop ke!

    ReplyDelete
  3. Queenstown is de best.

    Memang best.
    Sangat best.

    Semoga boleh sampai lagi.
    Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Tasik wanaka + tasik wakatipu = serious TasikWakenaTipu tak de ke ;-),

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pun dah kena pangkah.... sebab tak sampai hati

      Delete