Pages

Saturday, December 10, 2016

TRAVELOKA NZ : Arrowtown | Glenorchy

Dari Lake Wanaka melintasi Crown Range Road menuju ke bandar Queenstown.

Pandangan ke arah bandar Queenstown and The Remarkables

Ke mana arah yang hendak di tuju?

Menuju ke destinasi berikutnya. Arrowtown.

Arrowtown adalah sebuah bandar perlombongan emas bersejarah di wilayah Otago. Terletak di tebing Arrow River kira-kira 7.5 km dari State Highway 6. Terdapat juga akses jalan terus ke Queenstown melalui Shotover Gorge dan laluan ketiga melalui Lake Hayes yang indah.

Pekan ini telah mencapai jumlah penduduk rendah iaitu kurang daripada 200 orang pada tahun 1960. Pekan ini telah menyaksikan pertumbuhan yang agak besar dan pembinaan tetapi berkurang apabila perjanjian yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan yang bertujuan untuk mengekalkan rupa bandar seperti sediaada.

 
Bangunan di pekan Arrowtown


Pekan lama

Pekan yang agak santai tapi semakin popular dikunjungi pelancong.

Dari Arrowtown dan melintasi bandar Queesntown menuju ke utara Lake Wakatipu sejauh 45 KM, terdapat sebuah penempatan kecil yang menjadi tarikan pelancongan yang popular.

Terletak berhampiran dengan Mount Aspiring National Park dan Flordland National Park, Glenorchy menjadi tumpuan untuk aktiviti aktiviti termasuk canyoning, flying, jet bot, menunggang kuda, berkayak, berbasikal gunung, bermain ski , snowboarding, terjun udara dan berperahu.

Glenorchy

Latarbelakang bergunung ganang

Lake Wakatipu

Boatshed near wharf

Suasana yang tenang

Dan mendamaikan

Menariknya di sini juga ada willow tree....... seperti di Lake Wanaka

Menjadikannya tarikan utama di sini

Bukan 1 tapi 7 dan sejejar tumbuh di permukaan tasik

Guardians of Glenorchy.... 

Mahu? Mampu?

Selain daripada keindahan alam

Jambatan

Dan tasik yang tenang

Gunung ganang

Glenorchy

Air tasik yang kemerahan.

Flight berlegar legar di udara

Yang ingin menyaksikan keindahannya

Santai di tepi tasik

Menikmati biasan dan pantulan

Sebelum berangkat pulang ke Queenstown

Dan meninggalkan keindahan Glenorchy yang bakal mengamit kerinduan

Oleh kerana keindahan bentuk muka bumi Glenorchy ini, tidak hairan lah mengapa tempat ini pernah menjadi lokasi pengambaran beberapa filem antarabangsa seperti Lord of the Rings - The Fellowship of the Ring (2001), Vertical Limit (2000), The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008) dan X-Men Origins: Wolverine (2009) 

Selanjur bercinta... biar sampai berumah tangga. Terlanjur ke Queenstown, langsung saja ke Glenorchy dan nikmati suasananya....



Masih tiada ikatan
Walau telah lama berpasangan
Hanya bahasa meyakinkan
Hubungan kita

Dengan suara yang syahdu
Dapat kau lukis hatiku
Keindahan mimpi-mimpimu

Apakan benar cinta berbunga
Harum di dalam jambangan jiwa
Sehingga ku asyik terlena
Olehnya...

Rindu berlarutan
Mimpi berpanjangan
Namun belum ada kenyataan
Mahligai masih lagi
Terapung di awangan
Dalam madah
Seloka cinta

Berapa lama lagi
Perlu aku nanti
Rindu ini mencecah ke bumi
Segala janji kan menjadi nyata
Dan bertapak mahligai bahagia

Bukan aku memaksa
Tapi selanjur bercinta
Biar sampai berumahtangga...

Biar kita beralas adat
Demi menjaga bangsa berdaulat
Agar kita dapat syafa'at
Di akhirat

8 comments:

  1. Cantik, mmg cantik.
    Xder post pasal mkn2 kah? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan makan entry lain kali.

      ni entry malas dan tak berapa bermasa....

      Delete
  2. Arrowtown macam pekan org pencen..haha. Glenorchy...lawaaaa!Road to paradise katanya..teringat aksi pose2 cun kat jembatan tue..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekan pekan kat NZ ni semua macam port org pencen dgn warga tua tua tinggal.. hahaha.

      tak buat yoga angkat kaki sebelah macam budak tu kat pokok2 ?

      Delete
  3. Cantik betul their mountains :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah. Di beri kesempatan untuk melihat sendiri keindahannya.

      Delete