Pages

Saturday, October 15, 2016

Birthday Princess 2016 : TGI Friday's & Bear Besar, Shah Alam

Bulan Oktober ni adalah bulan yang cukup istimewa untuk anak dara aku si Princess sebab birthday dia datang setiap kali Oktober menjelang.

Sebab dia paling last dalam keluarga kami yang celebrate birthday so acap kali jugak la dia tanya bila giliran dia pulak nak tiup lilin dan potong kek.

Kebetulan hari tu aku ada urusan kerja di luar negara so dia dah bagitau awal awal dia nak hadiah bear besar !

Aku pun tak boleh nak agak besar mana bear yang dia nak tu. Tapi knowing Princess ni, kalau dia nak apa apa mesti ada lah tu dia tengok kat mana mana orang punya.

Masa kat airport Heathrow London ada promotion beli barang then dapat bear dengan harga GBP 4 je. Aku dah teruja lah nak beli dan hadiahkan dia, konon nak beli perfume kat duty free tu, tapi bila nak bayar rupanya aku lupa aku layover dan keluar dari airport Atartuk di Istanbul so bakal menyusahkan aku untuk bawak benda tu.

Jadi misi gagal !

Masa aku sampai kat KLIA dia ambik, mata melilau je cari kot kot aku beli kan dia bear yang dia nak. Memang riak muka memang kecewa jugak la tu.

Dan birthday Princess tahun ni jatuh pada hari bekerja, so tak de la kami celebrate apa apa. Tapi since dia cakap nak kek dan bawak jajan ke sekolah, so OR uruskan semuanya untuk dia celebrate kat tadika dia.

Ini cake birthday dia tahun ni

Bungkusan jajan untuk kawan kawan dia di sekolah.

Sebab kami tak celebrate apa apa di rumah, so weekend lepas tu aku ajak lah semua keluar nak celebrate birthday dia. Boleh pulak dia cakap.

"Kenapa nak potong kek lagi? Birthday adik kan dah lepas?"

Hahaha... Tak nak pulak dia celebrate lagi. Tapi kami keluar je lah dan sekali lagi tahun ni kami celebrate birthday Princess dia TGI Friday's.

Keluar makan makan je pun

Macam lama jugak lah tak jengah sini. Menu pun dah berubah

Order fried calamari. Halus betul.

Birthday girl punya air pilihan. Shake cherry apa benda ntah. Pastu tak abis

Makan dia pilih spaghetti. Kid's meal adalah free bagi setiap adult punya main course

Hero pun pilih spaghetti yang sama. Anak bujang aku ni mood tak elok skit time ni, dia tau bukan birthday dia tapi dia nak ajak gi ToyRUs dia nak beli Gundam. Malas aku layan !

Ni aku punya hidangan. Tennessee apa benda ntah. Ada ayam dengan udang.

Ni Lamb Chop untuk OR dengan air tembikai

Tak de apa apa pun yang suprise. Makan makan je. Tapi kat TGIF ni aku bagitau nak celebrate birthday Princess so waiter and waitress dia datang menyanyi riang lagu Happy Birthday untuk anak dara aku.

Dan macam biasa Princess malu malu !

Princess dan Hero

Dan TGIF baik hati bagi aiskerim untuk Princess sebagai meraikan birthday dia yang ke 6 tahun ni

Dah besar anak dara aku. Dah buleh dapat menantu...... awwwwww !!!!! ke dapat Mak Baru?

Lepas makan di Subang Parade, so kami pun bergerak ke kereta. Aku dah plan slow slow dengan OR nak bawak Princess pegi cari hadiah birthday dia yang dia nak tu. Sebenarnya dia memang masih nak, tapi aku cakap hari tu aku tak dapat beli bear kat airport tu dia pun macam pasrah !

Tak pe Nak. Bapak kau ni akan cuba sedaya upaya mengembirakan anak anak nya. Jadi...............  kami ke Shah Alam mencari beruang besar.

"Papa kita nak pegi mana ni?"
"Papa nak jumpa kawan Papa jap"

Then park kereta depan kedai ni, dia turun. Then tetiba dia nampak dalam kedai.

Bear Besar !

Tak fikir apa lagi dah. Anak aku tu dah nyaris nyaris histeria tengok bear besar besar macam saiz aku lak rupanya.

Aku suruh dia masuk dan pilih jer mana yang dia nak.

Melilau lilau dia cari beruang pelbagai saiz dalam ni

Rambang mata sekejap

Last sekali dia aim yang kaler pink. Memang saiz paling besar yang ada. Dan yang itu lah yang dia nak !

Yang saiz kecik kecik macam ni memang dia tak pandang lah

Princess nak jugak yang besar kaler pink tu. Dan untuk adil kepada pihak Hero, aku pun suruh dia pilih. Ingat dia tak nak. Rupanya teringin jugak anak jantana ku ni ada patung beruang ! Hero pilih saiz kecik skit kaler biru

Nampaknya masing masing puas hati.

Bukan main seronok lagi dah dapat hadiah hari jadi. Momen momen kegembiraan tu la yang buat aku tumpang bahagia.

Aku pun tak reti nak cakap beruang yang aku beli tu bermutu tinggi ke tidak. Aku dapat info pun dari facebook. Boleh refer sini : FB Bear Besar

Bear Besar. Com
ACG-9 Jalan Plumbum AC7/AC
Shah Alam, Malaysia

Dekat area Murni Sect 7, Shah Alam.

Harga varies mengikut saiz dan jenis. Yang besar Princess punya tu RM 160 sekor. Hero punya saiz kecik skit RM 70. Bagi aku OK je lah... jangan dua dua ekor tu hidup sudah ! Seriau pulau aku tengok besar besar macam tu.

Balik rumah beruang beruang digomol digauli dan di manjai

Yang Hero siap berbaju dan berseluar dalam

Yang Princess pun tak kurang ada baju jugak.

Tidur malam pun berselimut bagai

Masing masing tengah sibuk menjaga masing masing punya bantal peluk. So tak payah lah nak berebut bantal peluk dah.

Happy birthday untuk anak Papa yang comey lotey. 

Semoga membesar dengan baik dan sempurna tatasusilanya. Papa doakan kesejahteraan dan kemajuan yang baik baik dalam setiap detik dan masa pembesaran. 

Sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan segala kemudahan.

Happy birthday Sayang, Papa love you !



How do I,
Get through the night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?
Oh, I

I need you in my arms, need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,
Baby you would take away everything good in my life,

And tell me now
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

Without you,
There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.
And I,
Baby I don't know what I would do,
I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,

And tell me now,
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

Please tell me baby,
How do I go on?

If you ever leave,
Baby you would take away everything,
I need you with me,
Baby don't you know that you're everything,
Good in my life?

And tell me now,
How do I live without you,
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?

How do I live without you?

How do I live without you baby?

16 comments:

  1. HB Princess!
    Bear pink tu saiz 2m kah? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok tau la tapi bapok gong. lagi besor pada tuan dia

      Delete
  2. Happy birthday princess!
    Jadi anak yg solehah dgr ckp mama n papa k :)

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Princess!
    Semoga jadi anak solehah kebanggaan mama n papa..amin. 😊

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Princess....Kak Seri ucapkan... Moga jadi anak yg baik n berjaya dunia akhirat.. Berbakti dgn mama n papa... Jgn nakal2 tau... Tahniah uncle Meng... ada anak yg come lote...sayangi anak dgn sebaik2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. terima kasih.

      moga moga mereka membesar sihat seadanya. cukup makan pakai segala

      Delete
  5. Alolo comeynya bear...Hepi belated besday Princess...moga besar nanti menjadi comey macam hacik...ehh

    ReplyDelete
  6. happy birthday Princess..
    bakpe tak kabo nok bebear besor gaya gajoh.. akak banyak bebear.. ( akak ke..abam meng jgn muntah tepi perigi eh :) besor papa pinses pun ada. hahhahaha..
    btw besor dh hero abam meng.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hok besor sekali saiz guane? ada beso kapal korek?

      hahaha. hero tu memang membesar bagai johan. uniform sekolah pun dua tiga kali tukar setahun.

      bila ntah nak kurus tu.

      * paku dulang paku serpih

      Delete
  7. happy birthday supergirl..

    dah bapak supermeng kan

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Princess ...

    Semuga Princess menjadi anak yang menyejukkan mata kedua ibubapanya ....

    ReplyDelete